Salam 1 Malaysia.

Saya berumur 35 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak. Di sini saya ingin berkongsi cerita yang menimpa hidup saya. Bermulanya dengan perkenalan saya dengan seorang selebriti program masakan yang di kenali ramai. Pada 13/12/2011, beliau menjemput saya untuk menyertai beliau berkerja dengan sebuah syarikat Pengurusan Acara (Event Management) iaitu yang di miliki oleh artis pelawak (bekas anggota kumpulan Senario) dan seorang lagi rakan beliau.

Selepas berjumpa dan berbincang dengan mereka semua di pejabat, saya bersetuju untuk menyertai syarikat terbabit untuk menguruskan sebuah acara yang akan diadakan di Padang MPT, Taiping, Perak pada 3 dan 4 March 2012 dengan gaji sebanyak RM1500/- sebulan dan akan menerima keuntugan bersama (Profit Sharing) yang belum dipastikan jumlahnya.

Acara ini diluluskan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan disahkan pegawai khas kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia. Bermula dari 14/12/2012, saya telah mula berkerja sehinggalah pada awal bulan Februari apabila saya terdengar bahawa beliau ingin membuang saya dari syarikat kerana saya tidak dapat bekerja selama 2 minggu disebabkan sakit. Saya terus bersemuka dengan rakan kongsi kepada belaiu untuk penjelasan dan dia memberitahu saya bahawa beliau tidak mahu saya terbabit pada hari acara tersebut tetapi saya masih berkerja di syarikatvsehingga 29/02/2012.

Apa yang saya menghampakan saya ialah, saya tidak menerima gaji dari 14/12/2011 sehinggalah hari ini, dan sebilangan mereka yang terbabit dalam pengurusan acara tersebut termasuklah kerani di pejabat juga tidak mendapat gaji yang dijanjikan. Salah seorang ahli jawatan kuasa (AJK) juga menerima nasib malang apabila terpaksa menanggung kos Katering sebanyak RM56,000.00.

Malah selepas habis acara yang diadakan di Taiping, syarikat tersebut terus tutup dan mereka terus menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi lagi. Saya dapat menghubungi salah seorang rakan kongsi tetapi beliau memberi alasan Kementerian Pelancongan Malaysia masih belum membuat pembayaran kepada syarikat.

Saya berharap Aduan Rakyat dapat menyiarkan cerita saya ini untuk menjadi peringatan kepada semua supaya berhati-hati. Saya mempunyai bukti jika pihak Aduan Rakyat ingin melihatnya dan saya juga telah membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak pada 10/04/2012 berkenaan kes ini.

Info terbaru yang saya dapat ialah, cek yang di beri kepada Majlis Perbandaran Taiping untuk pembayaran sewa Padang MPT juga tidak sah (cek tendang) dan pemenang Pertandingan Joran dari tempat Pertama sehingga tempat Keenam masih belum menerima Hadiah Wang Tunai yang dijanjikan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
J

By: J

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.