Saya adalah salah seorang pembeli rumah di Saujana Rawang (GLOMAC S/B) yang telah ditipu oleh Eksekutif Jualan GLOMAC. Eksekutif Jualan tersebut telah menindih-nindihkan unit rumah yang kita inginkan.

Pada awal januari 2011 saya telah memlih unit rumah tersebut, oleh yang demikian saya telah membuat pimjaman terhadap Maybank. Maybank Islamic Berhad Selayang telah meluluskan pinjaman saya no rujukan MLB/LOC2/62508/2011/8971 tarikh 10/2/2011. Segala urusan semuanya di buat di sales office GLOMAC Saujana Rawang. Tetapi malangnya awal september rakan isteri saya telah memberitahu bahawa eksekutif jualan telah lari dan menindih-nindihkan unit rumah yang di inginkan. Oleh yang demikian saya segera menghubungi GLOMAC dan memberitahu unit rumah saya, unit rumah saya yang saya inginkan adalah bukan milik saya, ia adalah milik orang lain dan pinjaman beliau di luluskan pada Julai 2011.

Pihak GLOMAC mengaku kesalahan beliau, tetapi Unit rumah tersebut tidak boleh dapat kembali dan sekiranya inginkan Unit lain, saya perlu mengikut harga yang baharu iaitu RM185k(EVA) terdahulu semasa saya membelinya harga hanya rm165k sahaja. Oleh kerana harga rumah yang naik sekarang ini, saya dan isteri bersetuju memiliki unit lain dan dengan harga yang baharu. Segala urusan saya mesti membuat yang baharu. Kerugian yang saya nampak wang peguam untuk pinjaman dan Pemaju akan hangus, tetapi itu tidak rasa apa-apa sangat, yang harga baharu tu yang kite tak berapa nak nampak, kalau macam ini seronoklah Pemaju apala sangat nak pulang kan kembali RM500 deposit yang telah di beri sebelum. Sedangkan Pihak Pemaju akan mendapat keuntungan dengan harga rumah yang baharu,saya juga di beritahu bahawa pemilk rumah yang dapat unit rumah saya tersebut itu dengan harga yang baharu.

Sekarang saya melakukan urusan yang baharu di sales Office GLOMAC Saujana Rawang, perkara ini dan perbuatan ini sama sahaja yang saya lakukan sebelum ini. Sekiranya eksekutif jualan yang baharu ini pun menipu saya jugak, kepada siapa lagi perlu saya dan para pembeli lain ingin mengadu,Kerajaan menyeru membeli “Rumah Pertama” di galakkan.tetapi bila menjadi sebegini saya dah jadi fobia.Lagipun ianya tiada beza dengan eksekutif jualan terdahulu dan sekarang,borang dan proseder yang sama sahaja saya isikan.cuma pihak GLOMAC mengatakan eksekutif Jualan tersebut telah berhenti dan melarikan diri.

By: Mohd Hazny

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.