Salam…

Sudah lama saya terpanggil untuk menyuarakan ketidakpuasanhati atau rasa terkilan dengan apa yang saya dan kawan-kawan alami.

Dahulu sebelum masuk ke Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) kami menempuhi temuduga. Di dalam temuduga tersebut ada diantara pegawai Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menjanjikan pekerjaan jawatan awam bagi kelulusan National Instructor Training Program (NITP). Namun mulai tahun 2001, pelajar NITP tidak lagi diserap bekerja dengan kerajaan sebaliknya perlu pohon melalui borang SPA8 (online). Atau lebih tepat lagi jika tiada kerja jadi penganggur.

Sudah 8 tahun saya dan rakan-rakan habis belajar Diploma Pengajar Vokasional namun SEKALI pun tidak pernah dipanggil temuduga jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) dalam kursus yang tepat. Apa yang menyedih & mendukacitakan ialah, pelajar junior iaitu lepasan selepas kemasukkan 2005 (mempunyai cgpa) telah dipanggil temuduga berbanding lepasan kemasukkan 2001. Saya sendiri hubungi pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkenaan panggilan temuduga mereka mengatakan hanya menyenarai pendekkan lulusan Diploma dengan cgpa atas dari 3.50.

Bagaikan rentung jiwa dan raga bila mendapat tahu SPA hanya memanggil lulusan Diploma dengan CGPA. Manakala lulusan Diploma tanpa cgpa pasti dipinggirkan sampai bila-bila.

Pihak CIAST iaitu melalui Pengarahnya, Encik Ghazlan menggesa bekas pelajar isi borang untuk buat cgpa tetapi perlu ada bersama fail bukti/portfolio setiap semester. Apa yang dikesalkan jika pelajar baru habis belajar 2-3 tahun mengkin masih ada fail/portfolio tersebut. Bagaimana dengan bekas pelajar yang sudah tamat belajar 8 tahun sudah? 3 tahun (6 semester). Kursus Utama+Subjek Tambahan+Subjek Wajib.

Adakah bekas pelatih NITP/DPV ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya? Pengarah CIAST sendiri tidak mahu tolong kami. Kami pernah ada Perasmian Alumni 2008 (Jubli Perak CIAST 25 tahun). Namun dimanakah menghilangnya Pengerusi dan Semua AJK Alumni CIAST yang sudah dilantik pada tahun 2008? Janganlah diam menyendiri bila dah dapat pangkat dan kuasa. Tolong dengarlah rintihan kami.

Kami sudah menghabiskan masa 3tahun duit kerajaan dengan program ini. Kami belajar pakej lengkap bagi mengisi jawatan PPLV ini. Kenapa Kerajaan perlu ambil lulusan Diploma dari IPT lain untuk jawatan PPLV? Mahu buang masa kami atau mahu bazirkan duit keraja

Wallahualam

-DPV 2/2001-1/2004 CIAST-

By: Khairil Amri

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.