
Di mana peruntukan kami?
Assalamualaikum w.a.t
Saya merupakan graduan yang mengikuti skim latihan graduan menganggur (INSEP) di sebuah IPTA di Johor. Semasa sesi taklimat saya difahamkan kerajaan telah memperuntukan sejumlah wang untuk segala program kami sepanjang 7 bulan. Ini termasuk elaun dan aktiviti2 yang berkaitan dengan kursus. Kami digalakan menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan kursus seperti lawatan industri dan sebagainya.
Namun setelah kami menjalankan kursus, sebaliknya yang berlaku di mana aktiviti yang kami jalankan terutamanya lawatan industri tidak mendapat kelulusan dan peruntukan secara tunai untuk kegunaan kami seperti hotel dan peruntukan makan kami. Apa yang lebih tidak kami jangkakan sebilangan besar tenaga pengajar tidak diberikan seperti yang dijanjikan. Malah aktiviti yang dijalankan oleh pihak ITPA berkenaan untuk kami tidak mengikut jadual yang telah ditetapkan dan menganggu perjalanan pembelajaran dan jadual latihan industri kami.
Kad Hijau yang pada mulanya dijanjikan kepada semua graduan pada asalnya tidak diberikan sebaliknya hanya beberapa kursus sahaja namun setelah beberapa bulan difahamkan masih tidak diperolehi. Terlalu banyak biokrasi untuk kami perolehi peruntukan yang sememangnya kerajaan berikan kepada kami.
Terus terang saya katakan,,saya sememangnya kecewa dengan apa yang berlaku ke atas kami dan tenaga pengajar. Diharap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan supaya perkara ini tidak berulang pada masa akan datang.
By: Hidayah
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
Mat_kul




