Salam,

Saya merupakan seorang penduduk di sebuah apartment yang terletak di Seri Kembangan, Selangor. Saya ingin membuat aduan tentang management di Desaminium Rimba dimana mereka tidak memberikan perkhidmatan dan keselesaan yang diharapkan oleh penduduk.

Pertama sekali saya ingin menyentuh issue berkenaan dengan security guards yang tidak professional serta melayan visitor dengan kasar sekali. Minggu lepas, hari sabtu, bersamaan 31/03/2012, dalam pukul 6-7 petang, kawan saya ingin mengambil visitor pass tetapi tidak diberi dengan alasan, keutamaan visitor hanya diberi kepada mereka yang hendak ke majlis tahlil sahaja masa tu. Soalan saya, sejak bila visitor bole diberi keutamaan? Bukan sepatutnya “first come first serve”? Tapi pak guard disitu masih lagi menggunakan alasan bodoh itu juga.

Jadi saya tanyalah mereka atas arahan siapa. Sekurang2nya mereka mempunyai notis yang mengatakan bahawa ada “majlis tahlil and no visitor is allowed” baru la saya faham. Tapi apabila ditanya mereka mengatakan bahawa maklumat sepertu itu tidak bole diberi. Nama guard itu juga tidak diberi.

Keduanya, Pihak pengurusan Parking dan Keselamatan di apartment itu telah memberi notis pelekat baru. Menurut kenyataan yang dipaparkan di dinding, setiap penghuni perlu menjelaskan semua bil2 tertunggak untuk mendapatkan pelekat dan kad masuk ke kawasan apartment. Saya terpaksa menunggu kurang setengah jam menanti giliran pada hari ahad minggu lepas untuk mendapatkan stiker dan membuat bayaran. Bukannya sikit nak bayar parking tu. Untuk 3 bulan saya harus bayar RM140.00. Tidak kisahla walaupun hati ini berbuku . Yang penting ada parking di dalam. Sampai giliran mulalah si kerani bertanya saya dari mana dan sebelum ni buat bayaran sewa rumah di mana. Saya memberitahu nama company developer yang saya bayar itu. Dengan muka masam-masam kundur peram si kerani perempuan tu pun senyum la dengan mengatakan yang saya tak boleh mendapatkan stiker dan kereta saya harus di letakkan diluar kawasan apartment.

Dengan penjelasan yang agak ringkas dia memberi alasan yang selama ini saya telah membayar melalui saluran yang tidak sah. Mereka mengatakan Company developer tu berhutang dengan mereka sebanyak hampir RM600,000 untuk bayaran maintainance dan sebagainya. Seingat saya, tak ada pun sebarang kenyataan atau apa sahaja maklumat yang mengatakan selama ini yang penduduk harus membayar Management Parking tu untuk bayaran sewa rumah. Saya pun tak di maklumkan langsung tentang hal-hal hutang pi utang ni. Tiba-tiba saya pulak yang menerima kesannya. Saya bertanya lagi bagaimana hal ni boleh berlaku.

Si kerani tu menyuruh saya berjumpa dengan penyelia. Si Penyelia pula begitu baik sekali dengan saya. Masa mula-mula saya masuk tadi beria-ia benar dia meminjamkan saya pen, mempelawa saya ke bilik sebelah yang kosong untuk aku mengisi form. Tetapi bila saya mula bertanya tentang hal yang di beritahu si kerani tadi muka Penyelia berubah menjadi kurang selesa. Si Penyelia mulalah menegakkan benangnya yang basah. Memberitahu tentang hutang Developer yang menimbun tidak dijelaskan. Urusan mahkamah la. Saman menyaman la. Itu ini semata-mata nak meletakkan saya seperti orang yang patut di salahkan. Tapi sesuatu yang mereka tidak sedar adalah apa kena mengena saya dengan semua masalah ni. Saya datang nak bayar duit parking. Nak beri mereka duit. Bukannya saya nak menyusahkan mereka. Saya nak menambahkan pendapatan mereka.

Ini adalah aduan yang banyak saya dengar dari penduduk lain dan saya mengharapkan tindakan sewajarnya ataupon berita ini dapat dikongsi dengan mana2 pembeli2 bijak yang lain. Bukan saya ingin mengatakan yang mereka menipu tetapi mereka seharusnya memberikan perkhidmatan juga keselesaan kepada penduduk.

Sekian, terima kasih.

By: Riezman

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.