≡ Menu

Citylink Nilai Buat Kerja Sambil Lewa

Saya ingin membuat aduan tentang Citylink Nilai yang tidak menghantar barang customer pada waktu yang sepatutnya. Saya sepatutnya menerima barang yang di pos dari Pasir Mas, Kelantan pada 14 Aug 2018. Dijangka sampai kepada saya pada keesokkan harinya.

Malangnya pada 16 Aug saya masih lagi tidak menerima barang saya. Saya check melalui internet, barang saya telah sampai ke Citylink Nilai pada 15 Aug pada pukul 7.42 pagi! Saya hairan kenapa barang itu masih lagi tidak sampai sedangkan barang itu sudah sampai di Citylink awal.

BACA:  Aktiviti Cement Batching Plant di Mutiara Bukit Jalil

Saya buat panggilan kepada Citylink bercakap dengan Sathiya, dia mengatakan tidak dapat buat penghantaran kerana sudah lewat petang dan barang banyak. Bila saya cakap kenapa perlu saya tunggu sedangkan saya bayar lebih untuk penghantaran cepat dia kata dia akan check dan call saya balik. Tapi memang sampai sudah dia tak call balik. Saya cuba call tapi tak dapat. Suami saya pun call banyak kali dan tak dapat.

BACA:  Kesesakan Semakin Serius di Bandar Saujana Putra

Saya sangat tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Citylink dan juga pekerjanya yang sambil lewa.

Saya mohon pihak Tuan buat sesuatu atau siasat etika pekerja Citylink.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Projek Perumahan PR1MA Rantau Terbengkalai Assalamualaikum & Salam Sejahtera Saya merupakan salah seorang pembeli rumah di PR1MA Rantau, Lot 148xx. Saya mendapati bahawa projek ini s...
Tanah Runtuh di Lenggeng dari Tahun 2004 Hingga Ki... Lot 4513, Kg Beranang Ulu, Bt 18, 71750 Lenggeng N. Sembilan. Sungai yang dikatakan parit kecil kini telah melalui tanah Lot 4513 dan telah men...
Jalan Kerap Rosak di Kampung Serting Tengah Aduan ini berkenaan kerosakan jalan raya di Kampung Batu 38, Kampung Serting Tengah yang bukan sahaja telah mengakibatkan kemalangan  dan kerosaka...
Sikap Konsesi Lebuhraya (LEKAS) Tidak Bertanggungj... Pada 25 Mac 2018 kenderaan yang dipandu oleh saya telah terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya LEKAS Senawang menghala ke utara. Saya telah melan...