Saya adalah pelanggan Celcom semenjak tahun 1997 atas pakej “Staff Platinum”. Pada 13 June saya telah menghubungi khidmat pelanggan bagi mengetahui status sim card. Alangkah terkejutnya saya apabila dapati nombor saya sudah ditamatkan perkhidmatannya.

Menurut pegawai perkhidmatan tersebut akaun saya sudah “temporary disconnect” pada 13hb March 2011 kerana tidak aktif. saya diberi masa 3 bulan untuk mengaktifkan talian tersebut. Dan pada 13hb Mei, perkhidmatan saya ditamatkan terus. Saya tidak diberi sebarang memo atau peringatan malah saya telah menerima bil setiap bulan seperti biasa.

Saya disuruh untuk ke pusat khidmat pelanggan baru mendaftarkan semula nombor tersebut. Bagi mendapat kepastian saya telah menghubungi semula CELCOM pada 15hb Mei untuk mendapat kepastian. Saya telah menyuruh penyelia untuk memeriksa di pusat khidmat pelanggan dan merayu agar nombor saya di kembalikan.

Jawapan yang saya terima adalah ” Tak boleh nomber tersbut telah didaftarkan atasa pra-bayar.” Alangkah terkejutnya saya akan berita tersebut. Apa akan berlaku sekiranya saya memohon cuti untuk ke Pusat khidmat pelanggan? Adakah pihak Celcom akan membayar kembali wang minyak, tol dan juga parkir saya?.

Bagi saya ini semua satu penipuan dari pihak CELCOM yang cuba untuk mengaut keuntungan.

By: Siti

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.