Telekomunikasi | Aduan Rakyat Online - Part 2



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Archive for the ‘Telekomunikasi’ Category

Penipuan Digi topup

Saya berasa sangat kesal dengan perkhidmatan digi.  Telah beberapa kali wang saya habis begitu sahaja sedangkan penggunaan tidak seberapa.

Contoh terakhir, pada hari ini, 15 Ogos 2011 saya telah mengisi top up sebanyak sepuluh ringgit.  Dan 2900 menghantar makluman memberitahu baki wang saya RM 11.14.  Saya menghantar 2 mesej kepada 2 individu yang setiap satu hanya 1 muka.  Apabila saya semak baki wang saya tinggal RM 6.84.  Saya langsung tidak menelefon sesiapa.

Bagaimana terjadi demikian?  Saya berasa benar-benar tertipu.  Sebelum ini pun begitu,  saya menghantar 3 mesej dan call tidak sampai 3 minit, saya terima mesej dari 2900 mengatakan baki wang saya tidak sampai RM 2.  saya tidak tahu pada siapa saya patut mengadu.  Harap dapatlah sesiapa membantu saya.

Read the rest of this entry »

Too Much Pornography On TV!

As a concerned woman, let me explain this, nowadays television is much exposing and exploitising women. This Hindi movies and English movies not to forget Malay movies nowadays portraying women as a symbol of sex. This is not good for the community, youngsters, all level of community.

This indirectly and directly contribute to crimes like raping and sexual harassment, sumbang mahram, free sex. There is much pornography on tv in all the channels you watch especially HBO, ZEE TV and much more.

Read the rest of this entry »

Penipuan internet oleh Isma Hafiz bin Rosly

Saya telah ditipu oleh seorg bernamaIsma Hafiz bin Rosly (no ic 870110-14-5905) dari Perlis. Dia menyatakan mahu menjual telefon bimbit htc brharga RM600. Tetapi setelah duit dah dimasukkan ke akaun bank bernombor 162786014370 no telefon yang dipakai terus ditutup dan dibuka jarang jarang.

Saya tahu sebab sms yang saya hantar ada yang sampai. Saya berharap orang ini ditangkap dan diberi tindakan sewajarnya dan saya dapat menuntut kembali duit saya.

Read the rest of this entry »

Unifi tidak datang membuat pemasangan

Unifi telah berjanji membuat pemasangan di rumah saya pada 7/7/2011 antara pukul 9.30am – 12.30pm. Saya telah menunggu sehingga 9 malam tetapi mereka tidak sampai juga. Saya telah berkali2 telefon dan bertanya apa status pemasangan saya. Mereka kata mereka akan datang juga pada hari itu walaupun malam. Pada pukul 9pm, saya call sekali lagi, dan wakil Unifi berkata technician mereka telah memulangkan order pemasangan saya menunjukkan mereka tidak sempat buat, dan tidak memberitahu saya sehingga membuatkan saya menunggu sehingga malam.

Pada 8/7/2011, awal pagi saya membuat panggilan ke Unifi utk reschedule pemasangan ke hari ini atau Isnin, tetapi wakilnya memberitahu saya paling awal mereka boleh membuat pemasangan ialah pada 22 July. Kesalahan terletak kepada mereka kerana tidak sempat menyempurnakan order pemasangan saya dan tidak bertanggungjawab memberitahu saya tetapi kenapa saya yang menerima penalti; terpaksa mengambil cuti sehari sia-sia, masa saya terbuang, dan order saya kini berada di belakang queue semula. Saya diberitahu jika tiada orang di rumah pada 22 July, order saya akan reschedule ke tarikh lain akan datang. Jika ini prosedur yg dilakukan cycle ini akan berulang tanpa berakhir.

Read the rest of this entry »

Maxis kenakan bayaran untuk penggunaan internet

Saya ingin majukan masalh ketidakpuasan keatas penggunaan service telekomunikasi oleh Maxis. Boleh dikatakan tiap-tiap bulan saya dikenakan bayaran keatas penggunaan internet melalui telephone. Sedangkan saya tidak pernah on internet melalui phone.

Yang terbaru telephone saya kena blok disebabkan over limit. Tak sapai 2 minggu saya dikenakan byran RM200. Saya menelefon CSA maxis menanyakan masalah ini di memberi jawaban saya on internet. Saya meminta tarikh, masa dan website mana yg saya on pada mula nya dia kata blh bg.

Read the rest of this entry »

Celcom – Tipu pelanggan

Saya adalah pelanggan Celcom semenjak tahun 1997 atas pakej “Staff Platinum”. Pada 13 June saya telah menghubungi khidmat pelanggan bagi mengetahui status sim card. Alangkah terkejutnya saya apabila dapati nombor saya sudah ditamatkan perkhidmatannya.

Menurut pegawai perkhidmatan tersebut akaun saya sudah “temporary disconnect” pada 13hb March 2011 kerana tidak aktif. saya diberi masa 3 bulan untuk mengaktifkan talian tersebut. Dan pada 13hb Mei, perkhidmatan saya ditamatkan terus. Saya tidak diberi sebarang memo atau peringatan malah saya telah menerima bil setiap bulan seperti biasa.

Read the rest of this entry »

Maxis Customer Service tidak mesra pelanggan

Assalamualaikum w.b.t

Saya ingin mengatakan rasa tidak puas heti dengan layanan pekerja di bahagian khidmat pelanggan Maxis.

Masalah bermula apabila telefon saya yang menggunakan postpaid Maxis dicuri. Bermula hari kejadian dan dua hari seterusnya saya cuba mendail Hotline Maxis 123 yang biasa saya guna apabila berlaku kecurian seperti ini. Tetapi gagal. Saya tidak dapat ke mana-mana Maxis Centre berdekatan kerana kekangan masa sebagai seorang penyelidik yang berada di makmal dari pagi sehingga malam.

Oleh kerana masih tidak dapat mendail Hotline Maxis dan bimbang postpaid saya digunakan oleh pencuri terbabit, saya terpaksa juga mengambil cuti semata-mata untuk ke Maxis Centre berdekatan. Apabila aduan dibuat, bil saya telah digunakan sebanyak RM500 ++. Kali terakhir saya guna, bil saya adalah sebanyak RM16. Maxis Centre berkenaan telah mengambil kenyataan saya berkenaan kes tersebut beserta report polis yang saya telah buat sebaik sahaja telefon saya dicuri. Menurut pegawai yang mengambil keterangan saya, pihak beliau akan menguruskan kes berkenaan dan akan menghubungi saya sebaik sahaja kes selesai.

Read the rest of this entry »

Memohon Line telefon

Saya memohon agar pihak yang berkenaan dapat memasang satu kabel talian telefon (telecom) di Kampung Tampok Laut. Hal ini kerana berikutan ketiadaan kabel telefon ini memyebabkan ramai penduduk kampung tidak dapat mengakses talian internet. Ramai penduduk kampung di sini mempunyai komputer tetapi sayang mereka tidak dapat mengakses talian internet kerana ketiadaan kabel.

Selain itu bagi penduduk kampung yang mempunyai telefon talian tetap juga talian telefonnya tidak “clear” dan kadang-kadang talian tidak dapat dihubungi kerana penduduk kampung terpaksa menggunakan elektrik untuk memasang telefon tersebut. Tambahan pula, ada segelintir penduduk kampung yang mendapat bantuan laptop 1Malaysia tidak dapat mengakses internet dan terpaksa ke pekan yang berdekatan untuk mendapatkan talian.

Read the rest of this entry »

Bekalan elektrik dan kemudahan asas di Gua Musang

Semenjak kampung ini dibuka, separuh dari penduduk di kampung ini tidak menerima kemudahan bekalan elektrik. Aduan kepada pihak TNB telah lama dibuat tetapi sampai sekarang tiada tindak balas.

Bagi anak-anak yang masih bersekolah terpaksa membaca buku menggunakan pelita ayam. Selain itu, hanya 1 jalan kampung dan 1 jalan keretapi sahaja yang menghubungkan penduduk kampung dengan kawasan luar. Jika musim banjir dan air naik serta jalan keretapi rosak, penduduk tidak dapat keluar masuk, termasuk manghantar anak ke sekolah.

Read the rest of this entry »

Penjualan handphone China di stesyen minyak

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Aduan ini dilakukan selepas berlaku gangguan terhadap saya semasa mengisi minyak di sebuah stesyen minyak di MRR2 Gombak.

Saya difahamkan terdapat ramai kutu-kutu yang menjalankan operasi menjual handphone China di stesyen tersebut secara haram. Saya dihampiri seorang lelaki yang cuba memperdaya saya untuk membeli HP tersebut, tetapi saya menolak secara baik.

Read the rest of this entry »