Telekomunikasi | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Archive for the ‘Telekomunikasi’ Category

P1 menipu dengan unauthorised subcribtion of sercive

Saya adalah pelanggan setia P1 sejak tahun 2010, dan telah melanggan perkhidmatan itu dari mula. Pada bulan May 2013, P1 telah menghubungi saya untuk menaik taraf (upgrade) account saya dengan menukar modem jenis “on the go” dengan tambah beberapa RM10-20 sebulan dari plan lama. Saya bersetuju utk melangganan plan itu dengan SYARAT tiada kontrak yang di kenakan keatas saya seperti plan yg terdahulu. Pihak P1 juga telah mengesahkan bahawa plan yg bakal saya langgan itu tiada kontrak. Dgn pengesahan itu, sy telah bersetuju melanggan plan baru dari P1 TANPA kontrak.

Malangnya setelah setahun lebih menggunakan perkhidmatan P1 dengan menggunakan plan baru itu, sy dapati kualiti liputan adalah sangat teruk, walaupun aduan telah dibuat tetapi liputan tetap tidak memuaskan sehinggakan sy terpaksa membayar bill bulanan tanpa dpat menggunakan liputan di luar.

Read the rest of this entry »

Penipuan P1 Wimax Setelah 8 Tahun

Saya telah menggunakan servis P1 di rumah pada 8 tahun yang lepas selama beberapa minggu. Semasa promosi diadakan di kawasan saya, Taman Melawati, servis amat baik dan setelah promosi tamat, servis bertukar amat teruk.

Setelah beberapa kali membuat aduan, pihak P1 tidak dapat menyelesaikan masalah dan bersetuju untuk menamatkan servis dan kontrak saya. Pihak P1 telah datang mengambil modem dan saya telah tandatangan borang serahan dan penamatan kontrak. Salinan tidak diberi tetapi mereka akan menghantar secara pos salinan penamatan kontrak yang sampai sekarang tidak diterima.

Read the rest of this entry »

Tiada tindakan dikenekan terhadap P1?

Sebelum ini saya telah mengahantar aduan kepada Aduan Rakyat. Tidak lupa juga pada mangsa-mangsa p1 yang lain telah membuat aduan kepada banyak pihak tetapi tiada pembelaan.

Dimana pihak berwajib yang boleh mempertahankan hak-hak pengguna yang tertipu dan terpaksa membayar satu amaun yang sangat tinggi tetapi tidak menggunakan perkhidmatan P1.

Read the rest of this entry »

Penipuan & Penindasan dari Packet One (P1)

Salam Satu Malaysia & Selamat Sejahtera,

Saya ingin menyuarakan ketidakpuasan hati berkenaan perkhidmatan (lebih tepat lagi penipuan secara halus) yang dilakukan oleh P1. Saya telah membuat pesanan & pembayaran RM100 melalui internet bagi perkhidmatan WIFI Home Package dari P1 pada 31 Jan 2013.

Perkakasan yang dihantar bukan barangan baru (recycled) & rosak pada hari pertama digunakan. Saya dinasihatkan ke pusat servis berdekatan di Wangsa Maju & ditukarkan kepada perkakasan yang lain (recycled juga). Seperti dijangkakan “perkakasan yang baru” ditukarkan itu juga rosak.

Read the rest of this entry »

Tayangan bogel di saluran 145 HyppTV

Saya ingin membuat aduan tentang tayangan seorang lelaki berbogel dengan aksi mandi di sungai, tanpa seurat benang pun, di saluran 145 HyppTV (unifi) pada pukul 6.43 petang 6 mac 2013 dalam rancangan travelchanelHD.

Walaupun lelaki tersebut membelakangi camera, tetapi anggota punggung masih dikira sebagai anggota sulit di dalam masyarakat asia, apatah lagi dalam negara dengan agama rasmi adalah islam. Tiada sebarang bentuk censorship dilakukan.

Read the rest of this entry »

Perkhidmatan Streamyx Mengecewakan

Perkhidmatan Streamyx daripada Telekom Malaysia gah dari segi nama sahaja. Dikawasan Bukit Sentosa Rawang amat sedih. Rakyat membayar pada perkhidmatan yang tidak efisen. Kalau membuat aduan kepada Telekom, jawapannya senang sahaja. Ramai orang gunakan perkhidmatan tersebut. Tetapi setahu umum infrastuktur telekomunikasi di Malaysia salah. Infrastruktur yang ada sekarang tidak boleh menampung peralatan canggih 4G dan sebagainya. Cuba lihat Korea Selatan, mereka siapkan infrstruktur yang boleh menampung peralatan tersebut diseluruh pelusuk negara. Maka sekarang mereka boleh berkomunikasi dengan menggunakan peralatan canggih yang semakin hari semakin canggih.

Di Malaysia, hanya dikawasan kononnya bandar raya, kawasan elit, kawasan yang ada orang ternama tinggal boleh diadakan kemudahan tersebut. Kenapa sebab takut kena transfer, atau tahan kenaikan pangkat dan sebagainya. Ini realiti. Sediakanlah rangkaian infrastrutur 4G atau lebih tinggi kekawasan luar bandar dan seluruh Malaysia dulu sebelum peralatan-peralatan canggih ini sampai. Oh kita sedang laksanakan, dalam perancangan, tidak ada bajet lagi, bukan bidang kuasa kita dan macam-macam alasan mereka boleh berikan kalau kita tanya.

Read the rest of this entry »

Penipuan oleh Mior Alang Iskandar

Saya ada membeli telefon kepada individu di atas. Malangnya setelah bayaran sebanyak rm550 dibuat, barang yang dijanjikan tidak sampai. Setelah lebih seminggu,saya syak ada sesuatu yang tak kene.Bila saya search namanya di google,baru saya tau rupe2nya ramai lagi mangsa yang telah tertipu.dan silap saya adalah terlalu percaya dengan orang yang tidak dikenali.

Pelik kerana aduan telah banyak dibuat,tetapi individu tersebut masih lagi bebas.sampai bile? Saya harap lepas ni dia akan dikenakan hukuman yang setimpal atas kesalahan yang dilakukan.

Read the rest of this entry »

Penipuan dari pihak yang mendakwa Celcom

Pada 22/8/2012  jam 9.43 am saya telah menerima panggilan yang kononnya dari Celcom (no private) , memaklumkan nombor talipon saya telah dipilih utk memenangi hadiah RM 7000. Beliau seterusnya bertanya bank mana saya guna. Bila saya kata tak minat, beliau kata bukan nak mintak no acc. cuma nak tahu bank mana saya ada. Saya berkeras tak berminat. Pemanggil yang suaranya slang Indonesia tu terus letak talipon.

Aduan saya ini harap diambil tindakan supaya jangan ada yang tertipu.. Saya dah banyak membaca (guru) mungkin dapat meneka ada unsur penipuan  (Senang ke org nak bagi duit percuma pada orang lain), macam mana kalau ada yang percaya dan tertipu…

Read the rest of this entry »

Masalsah iPhone 4S dari Celcom

Saya telah membeli iPhone 4S 16/12/2011 dari Celcom Center di Cawangan Melaka. Selepas membeli saya dapati bettery iPhone 4S tersebut mengalami maslah. Pada 22/11/2011 saya telah menefon pihak terbabit dan di maklumkan saya boleh membuat penukaran iPhone 4S tersebut di pusatbaiki Celcom Cube di AEON Bandaraya Melaka.

Selepas membuat penukaran (untuk info Celcom memberi jaminan 7 hari sekiranya berlaku sebarang masalah pada iPhone tersebut pengguna boleh membuat penukaran serta merta kerana ia termasuk dalam perjanjian antara Celcom dan iphone dan pengguna) saya dapati iPhone 4S yang baru di tukar mempunyai masalah pada display iaitu ia kekuningan berbanding dengan iPhone 4S saya sebelum ini yang di beli dari Celcom Center Melaka dan juga display yang di pertontonkan untuk umum di Celcom Blue Cube.

Read the rest of this entry »

Pengurus Celcom cawangan Kota Bharu tidak professional

Aduan saya ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi staf Celcom bagi cawangan Kelantan yang beralamat di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan. Pada 12hb Disember 2011 yang lepas saya telah ke cawangan Celcom ini untuk membuat tempahan awal bagi telefon model i Phone 4S 32G White dan telah membayar RM200 sebagai yuran tempahan. Saya diberitahu bahawa pihak cawangan akan menelefon saya sekiranya stok telefon berkenaan telah sampai dan pada 18hb Disember 2011 saya telah menerima panggilan mengatakan telefon yang saya tempah itu boleh diambil. Oleh kerana terikat dengan waktu kerja pada tarikh 18hb Disember 2011, saya telah memberitahu bahawa saya akan datang mengambilnya pada keesokan hari, iaitu pada 19hb Disember 2011 dan saya diberitahu bahawa saya boleh berbuat demikian.

Pada 19hb Disember 2011, saya telah pergi ke cawangan Celcom tersebut dan telah bercakap dengan staf kaunter bernama, Rosmarini Salizan Mustafa. Apa yang membuatkan saya tidak berpuas hati ialah selepas menunggu hampir setengah jam saya diberitahu bahawa stok telefon yang saya tempah lebih dari seminggu telah habis. Malangnya bagi pihak mereka, saya terlepas dengar perbualan antara staf tadi dengan seorang lagi rakannya, dipercayai staf bertanggungjawab untuk menjaga stok telefon yang mengatakan stok iPhone 4s sudah habis dan telefon yang warna putih pula telah diambil oleh pengurus cawangan sedangkan beliau sebenarnya sebelum itu telah menempah yang berwarna hitam. Kata staf tersebut lagi dalam perbualannya bahawa alasannya hanya kerana ’bos suka yang warna putih!’.

Read the rest of this entry »

Talian tetap TM dan Streamyx: Kes tutup, masalah tidak selesai

Pada 5 Nov 2011 saya telah membuat aduan (1-1752570399) kepada TM melalui talian 100 berhubung kerosakan talian tetap dan streamyx dirumah saya. Hingga 11 Nov saya tidak menerima   apa-apa respon dari TM. Saya melakukan panggilan susulan kepada TM pada 11 Nov dan dimaklumkan bahawa kes saya telah ditutup sedangkan masalah masih tidak selesai. Saya merasa hampa kerana kes saya ditutup tanpa TM berhubung dengan saya untuk kepastian samada masalah telah selesai atau belum.

Pada 11 Nov juga, TM membuka 1 lagi aduan bernombor 1-1789797089. Kemudian pada 14-Nov , saya menerima sms yg mengatakan masalah saya diselesaikan. Tetapi malangnya, sekali lagi masalah tersebut tidak selesai langsung. Pada 15-Nov , saya ke TM Point Kangar dan sekali lagi membuat laporan, staf TM point mengatakan mereka tidak dapat membuat apa-apa kerana ini merupakan bidang tugas Telekom Alor Setar. Mereka hanya boleh membuka semula laporan saya yg bertarikh 11-Nov dan meminta saya menunggu 2 hari lagi.

Read the rest of this entry »

Permohonan talian telefon sudah 1 tahun tetapi belum di pasang

Saya telah memohon talian telefon semenjak March 2010 di TM point Titiwangsa, tapi malangnya sehingga sekarang masih belum dipasang. Kecewa saya apabila singgah bertanya permohonan saya pegawai bertugas di TM point akan menyatakan alamat saya tiada dalam sistem dan akan melakukan siasatan. Tetapi malangnya sehingga sekarang 5/10/2011 masih tiada berita dari TM.

Jiran sebelah rumah sudah dipasang talian telefon sudah agak 1 tahun. Disini saya sertakan no talian kepada jiran saya xxxxxxx. Kenapa masalah saya belum ada jawapan adakah setahun tidah cukup untuk menyiasat.

Read the rest of this entry »

Tiada Perkhimatan Talian telefon Villa Bestari Apt, Johor Bahru

Saya sebagai Pengerusi di Villa Bestari Apt, di Johor Bahru, ingin mengadu tiada perkhimatan talian telefon di kawasan kami. Walaupun apartmen kami terletak di salah sebuah tempat yang pesat membangun di johor. Apartmen ini adalah di bina oleh Khoo Soon Lee reality. Bila kami merujuk perkara ini kepada pihak pemaju, mereka menuding jari kepada pihak Telekom, bila merujuk kepada pihak telekom, mereka menuding kepada pemaju. Perkara ini berlaku sejak 10 tahun.

Untuk pengetahuan tuan, di kawasan kami tinggal seorang wakil rakyat, beliau dapat talian telefon tetapi tiada untuk kami.Oleh yang demikian kami penduduk di sini benar-benar berharap tv3 dapat menyelesaikan masalah kami.Tolonglah kami.Sekian Ribuan terima kasih

Read the rest of this entry »