Rumah Urut Extra Service di Kuala Terengganu

Baru-baru ini saya ada membuat beberapa laporan tentang suami saya yang selalu menghabiskan masa bersama pelacur asing di beberapa hotel didaerah ini.

Trend terkini, suami saya sering berkunjung ke pusat urut. Saya pernah menggekori kereta suami dari jarak jauh untuk membuktikannya. Alangkah terkejut dia pergi ke sebuah spa (Motel Desa). Terkantoinya ada beberapa sms dari pekerja spa (melayu) menghantar ayat yang mengghairahkan dan menawarkan sekali lagi extra sevice.

Saya sebagai seorang Islam dan isterinya ini ingin harapan pihak berkuasa membuat siasatan dan bertanggungjawab ke pusat2 urut dan spa itu untuk menggelakan lagi dari keluarga anda sendiri yang terkena. Islam melarang kita melakukan maksiat.

By: Zahlia

Dihalang Masuk Kenderaan ke Rumah Sendiri

Ken Rimba Legian residence yang terletak di seksyen 16 Shah Alam merupan satu kawasan perumahan baru semenjak memperolehi CF pada hujung tahun 2012. Lokasi yang terletak berhampran dengan institusi pengajian tinggi seperti UiTM dan UniSel khususnya telah mendorong pemilik rumah untuk menyewakan unit-unit mereka kepada mahasiswa mahasiswi institusi tersebut. Ianya juga merupakan antara kawasan yang diminati pelajar untuk menyewa kerana tidak berjauhan dengan kampus. Secara tidak langsung seperti ianya menjadi satu agreement “ willing landlord-willig tenant”.

Akan tetapi deperlihakan seperti Ken Holding atau pihak pengurusan Ken Rimba itu sendiri seperti tidak mempersetujui tindakan kebanyaan pemilik rumah yang telah menyewakan rumah milik mereka semenjak memperolehi kunci rumah di kawasan kediaman itu. Difahamkan Ken Rimba management office telah membuat arahan atau undang-undang mereka sendiri terutamanya berkenaan bilangan kenderaaan yang dibenarkan masuk juga menghadkan jumlah penghuni bagi setiap satu unit rumah tersebut.

Terkini bermula dari tanggal 1 November 2013, pihak management Ken Rimba telah meletakkan arahan kepada penghuni rumah baik pemilik mahupun penyewa supaya meletakkan kenderaaan mereka diluar parameter pagar kawasan kediaman berkenaan. Alasan yang diberikan oleh pihak pengurusan adalah kerana mereka bertindak atas persetujuan persatuan pemilik rumah perumahan tersebut.

Pihak penyewa khsusnya kami, para pelajar telah membuat aduan kepada tuan rumah mereka dan amat memeranjakan hampir kesemua pemilik rumah tidak mengetahui tentang rangcangan baharu yang dibuat oleh pihak pengurusan Ken Rimba. Lebih-lebih lagi, kebanyakan tuan rumah / landlord yang menyewa kepada kami (students) ini juga tidak pernah memberikan persetujuan mereka secara formal mahupun secara lisan.

Saya difahamkan pemilik rumah semasa membuat perbelian ini tidak mengetahui bahawa mereka sebenarnya “ tidak dibenarkan” untuk menyewakan kepada para pelajar khususnya. Kebanyakan pemilik rumah sudah beranggapan bahawa unit mereka senang untuk disewa memandangkan lokasi perumahan ini begitu hampir dengan institusi-institusi pengajian tinggi di Shah Alam.

Sebelum ini saya belum pernah dengar mana-mana kawasan perumahan yang menghadkan bilangan kenderaan mahupun penghuni. Pada awalnya Ken Rimba Management menghadkan kepada 8 penghuni khususnya penyewa jika dikalangan pelajar dengan access 4 kereta dan 4 motosikal. Terkini had telah ditetapkan kepada 3 kereta dan 2 motosikal. Difahamkan kebanyakan penghuni/penyewa kawasan tersebut adalah pelajar; mereka lebih bermotosikal, kini kami terpaksa menigggalkan kenderaaan kami di luar kawasan pagar perumahan dan berjalan masuk. Yang pasti keadaan ini meletakkan risiko kenderaan kami untuk aktiviti kecurian atau kerosakan yang mungkin disengajakan oleh pihak lain. Adakah pihak management Ken Rimba akan bertanggunjawab? Semistinya tidak!

Ingin juga saya berkongsi bahawa adalah tidak munasabah kami, selaku penyewa dipaksa untuk “register” sebelum dibolehkan masuk kedalam kawasan rumah yang kami membayar sewa. Apatah lagi mereka (pihak securiti atas arahan pihak pentadbiran Ken Rimba) hanya menerima lesan memandu bergambar ataupun kad pengenalan kami! Tidak ada undang-undang yang membenarkan sekuriti warga asing untuk berkuasa memegang IC/lessen memandu warga tempatan!

Ken Rimba diwar-warkan sebagai “High-end” area… Adakah dengan kehadiran kami ; para siswa dan siswi dilihatkani sebagai golongan pertengahan atau golongan rendah sehingga tidak dihormati hak kami yang sebetulnya sebagai penghuni/pemyewa tetap kawasan itu? Keadaan ini juga dilihat sebagai suatu discriminasi dalam masyarakat.

Sefahaman saya selepas pembelian dibuat, kunci rumah diserahkan kepada pemilik rumah, title pemilikan diberi maka urusan sewaan unit rumah itu bukan lagi urusan Ken Rimba management.

Saya tidak faham dan tidak mempunyai sebarang pengetahuaan bahawa terdapat kekangan untuk pemilik supaya tidak membenarkan rumah mereka, iaitu HAK mereka untuk disewakan kepada warga tempatan, yang mempunyai kerakyatan sah hanya kerana mereka adalah golongan pelajar?

Laporan aduan polis dibuat membukti kebenaran aduan ini. Mohon tindakan diambil atas aduan yang berasas ini.

Sekian terima kasih.

By: Mariah Mustaffa

Pendatang tanpa izin di Bandar Putra Permai

Saya ingin membuat aduan mengenai masalah pendatang asing yang begitu ramai menetap di kawasan kami, di sekitar Bandar Putra Permai berdekatan Pasar Borong Selangor. Kami mendapati kehadiran mereka mendatangkan beberapa masalah dan mengganggu ketenteraman hidup penduduk di kawasan ini.

Pendatang asing mula bertapak dikawasan kami semenjak sekian lama dan bilangan pendatang asing ini bertambah sejak bermulanya beberapa projek pembangunan di sekitar kawasan yang berdekatan dengan Bandar Putra Permai. Oleh yang demikian, semakin ramai pendatang tanpa izin mula menduduki pangsapuri kos rendah di sekitar kawasan kami dengan menyewa beramai-ramai.

Sikap dan moral yang ditunjukkan oleh pendatang asing amat membimbangkan kami. Mereka seringkali dilihat menjalankan kegiatan minum arak dan berdua-duaan antara lelaki dan perempuan sambil bermesra tanpa segan dan silu terhadap penduduk tempatan. Botol-botol dan tin-tin arak sering bergelimpangan di sekitar kawasan tempat tinggal mereka. Kami khuatir tindak-tanduk mereka mempengaruhi kanak-kanak tempatan yang sedang membesar di kawasan kami.

Bukan itu sahaja, pendatang asing di sekitar kawasan ini juga pernah bergaduh dikalangan mereka sendiri dan melibatkan senjata tajam, besi dan kayu. Kami khuatir jika perkara ini dibiarkan berlarutan akan melibatkan kecederaan dan korban nyawa samada di kalangan pendatang asing mahupun penduduk tempatan. Kami juga tidak pasti samada pendatang asing yang berada di kawasan ini adalah pendatang tanpa izin atau tidak. Kami berharap agar pihak tuan dapat membuat siasatan terperinci mengenai hal ini.

Pada masa yang sama, sebahagian daripada pendatang tanpa izin tersebut juga melakukan pelbagai jenayah seperti berjudi dan menyalahgunakan dadah. Hal ini telah kami maklumi melalui beberapa orang penduduk yang pernah terserempak dengan mereka ketika melakukan jenayah tersebut. Sebelum ini, kejadian seperti itu tidaklah kronik di kawasan tempat tinggal kami. Keadaan ini juga amat membimbangkan penduduk di kawasan ini kerana kami takut sekiranya ada di antara anak-anak kami yang akan terpengaruh dengan gejala yang tidak sihat tersebut.

Selain itu, kebersihan kawasan perumahan kami dan sekitar Bandar Putra Permai juga terjejas. Lawatan ke kawasan pangsapuri kos rendah mendapati sampah sarap berlonggok di tepi tangga, tepi jalan dan tikus kelihatan berkeliaran. Penyakit berjangkit yang jarang dilihat pada suatu ketika di kawasan kami mula merebak. Saya bimbang sekiranya perkara ini tidak ditangani, ia akan menjadi pandemik.

Golongan pendatang tanpa izin ini juga ramai yang bekerja di Pasar Borong Selangor. Ini menyebabkan ramai pekerja tempatan tidak dapat peluang pekerjaan disebabkan gaji yang diberi majikan di situ adalah lebih murah berbanding gaji yang diberikan kepada warganegara.

By: Indah

Lambakan Pusat Urut di Sri Gombak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya merupakan penyewa premis sekitar Taman Prima Sri Gombak. Saya ingin membuat aduan mengenai lambakan pusat-pusat urut di sekitar Taman Prima Sri Gombak berhampiran kedai Cosway dan pusat karaoke.

Berdasarkan perbualan dengan penyewa- penyewa lain, pusat-pusat urut sekitar sini menawarkan khidmat seks dan urutan B2B. Kerap juga tukang-tukang urut yang berpakaian menjolok mata turun dan merayau-rayau sekitar premis ini.

Saya khuatir sekiranya dibiarkan ini akan menjerumuskan remaja sekitar ini ke aktiviti yang tidak bermoral. Untuk maklumat majoriti penduduk kawasan sekitar sini adalah beragama islam.

Saya mohon pencegahan dan serbuan mengejut dilakukan bagi membanteras aktiviti tidak bermoral ini. Sekian laporan saya.

Wassalam..

By: Khalid

Permasalahan sosial – Kedai Urut Homosexual

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Pengenalan

Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Tv3 kerana menyediakan ruangan ini untuk mendengar serta membantu permasalahan yang berlaku kepada rakyat untuk paparan kepada media. Terima kasih stinggi-tinggi diatas keperihatinan pihak anda.

Untuk makluman dan pengetahuan pihak tV3, sebelum ini buletin utama telah mempaparkan gejala-gejala tidak sihat yang berlaku dibeberapa tempat di ibu kota dengan isu berkenaan “Rumah Urut”.

Percabahan rumah urut yang hidup bagaikan cendewan di sekitar ibu kota amat membimbangkan. Ini kerana perkhidmatan yang disediakan adalah bukan sahaja urutan malahan perkhidmatan seks. Sebagai contoh rumah urut yang terdapat di Bandar Tasek Selatan. Rumah urut tersebut di kenali sebagai EmpXXX SPA yang beroperasi selama 24 jam. Perkhidmatan yang disediakan bukan sahaja urutan biasa malahan urutan badan ke badan serta seks luar tabie.

Objektif

Malaysia adalah salah satu negara Islam yang sedang pesat membangun dan biarlah negara kita membangun seiring dengan sahsiah akhlak pemakin negara yang bersih dan terpuji. Pembangunan yang dirancangkan mestilah berkonsep dengan Islam sebenar. Merencana pembangunan dengan megikut landasan Islam dan membasmi kemungkaran serta menghidupkan syiar Islam sebenar.

Kesan dan Akibat

Dengan pertambahan rumah urut sebegini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kepada pembangunan akhlak pemakin negara malahan kepada negara yang berstatus sebagai sebuah negara Islam.Terdapat banyak kesan tidak sihat yang saya fikir tidak perlu di perjelaskan serta dihuraikan satu persatu.Kita tidak mahu pesakit HIV/Aids di Malaysia meningkat lagi serta memburukan nama negara. Walaupun saya terbaca pada keratan akbar KOSMO pada tarikh 1 Disember yang lalu berkenaan dengan kadar penurunan pesakit HIV/Aids di Malaysia. Kita berasa bersyukur walaupun kadar perbezaan penurunan tidaklah begitu banyak tetapi angka tersebut ada sedikit penurunan.

Kesimpulan

Sebagai pihak media utama di Malaysia ini maka perlulah memainkan peranan penting dalam pembentukan akhlak muda-mudi sebagai pemakin negara demi mengecapi pembangunan yang seiring dan mengikut lunas-lunas Islam. Diharapkan juga pihak Tv3 melaporkan terus segala aduan yang dibuat kepada pihak berwajib supaya kita dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat ini daripada belaku berleluasa dan akhirnya merosakan imej negara sebagai sebuah negara Islam.

Sekian kerjasama pihak anda amat saya hargai. Marilah kita bersama membangunkan negara seiring dengan sahsiah murni pemuda-pemudi pemakin negara.

Sekian Terima Kasih,

PEMUDA ALLAH..

By: nazwansoid

E-Pemerdagangan Manusia, Tempahan Pelacuran Secara Online)

Mohon maaf kiranya bahasa saya tidaklah begitu bagus dalam penulisan. Mohon admin ketengahkan lagi isu Pelacuran walaupun isu ini bukanlah satu perkara yang mudah untuk diselesaikan selain rasuah dan kuasa. Dalam hadith Rasulullah pun ade mengatakan manusia akan dilalaikan dengan 3 perkara : Kuasa, Wang dan Wanita. Ia juga merupakan isu utama negara tercinta kita, Malaysia masa kini.

Saya paling anti dengan pelacuran, saya buat survey dalam internet dan mendapati beberapa laman yang menawarkan servis pelacuran / callgirl / escort girl / one night stand dll. kalau nak listing kat sini rasanya boleh jadi novel kot. Itu di MALAYSIA. yang paling menyedihkan bila tengok komen / feedback / reservation request adalah dari kalangan orang MELAYU dan mengaku ISLAM. Kalau lain agama lantak diorang lah.

Kalau admin perlukan detail laman sesawang tersebut boleh rujuk dengan saya melalui emel. InsyaAllah saya akan beri kerjasama jika admin berminat. Saya tercari-cari mana lagi tempat yang saya boleh adukan perkara ini. Setidaknya ini kemampuan saya untuk bantu masyarakat.

By: Hafiz Ali

Pusat Judi Terbuka Berleluasa

Saya amat hairan kerana terdapat banyak pusat judi boleh beroprasi secara terbuka dan terletak di kebanyakan pusat membeli belah di sekitar Kulai Jaya.IOI mall,Tesco,TJ Mart dan banyak lagi yang saya tidak sebutkan disini.Ia beroperasi 24 jam dan berlesenkan pusat hiburan keluarga.Mustahil pada saya pihak berkuasa tidak tahu pekara ini kerana telah bertahun tahun telah beroperasi tanpa apa-apa tindakan?

Amat malang pada saya kerana kebanyakan pengunjungnya adalah melayu yang menghabiskan wang gaji mereka tiap-tiap bulan disitu.Boleh saya tahu sejak bila kita ada mengeluarkan lesen judi secara terbuka atau mungkin terdapat unsur rasuah disini?

Saya amat berharap pekara ini diselesaikan secepat mungkin kerana benda ini telah berlarutan lebih kurang 4 – 5 tahun.

By: nasir

Penyebaran Ajaran Syiah di Tasik Puteri Selangor

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lama web aduan rakyat kerana dengan menghebahkan cerita tentang penyebaran ajaran syiah oleh seorang penduduk Desa Puteri Rawang tidak lama dulu menyebabkan ajk lama surau yang disyaki mengamalkan ajaran syiah telah meletak jawatan serta merta. Maka dengan ini diumumkan Surau Alhidayah Desa Puteri Rawang telah  bersih dari pengaruh syiah dengan perlantikan AJK baru, baru-baru ini.

Penulis berharap penduduk Desa Puteri Tasik Puteri Rawang boleh datang kesurau dengan hati yang tenang tanpa ragu-ragu tentang pengaruh syiah. Bagi jemaah yang selalu datang kesurau mereka sudah tahu siapa penganut syiah. Dan akhir-akhir ini penganut syiah sudah faham kehendak jemaah mereka sudah tidak menyebarkan ajaran syiah kepada kami golongan ahli sunnah.Yang penting sekali mereka sudah tidak dibenarkan menyampai ceramah disurau kami.

Berkat doa kami jemaah surau dan penduduk menyebabkan Allah membantu kami dari terikut atau terpengaruh dengan ajaran syiah yang sangat menentang golongan ahli sunnah, bagi mereka ahli sunnah ini sesat sebab tidak mengamalkan ajaran yang sebenar. Sedangkan ustaz yang menjadi guru mereka itu pun bacaan quran tajwid tidak tepat.Itu belum diduga ilmu agama lain lagi.Tetapi beliau berani  komen Imam As Shafie terutamanya dari Imam 4 mazhab umumnya yang memang berbangsa arab, memahami bahasa Arab, yang memang mujtahid mutlak bahawa imam As Sahfie dan Imam-imam ini mengeluarkan pendapat kurang tepat. Dari segi logik kita boleh lihat siapa yang hebat Imam As Shafie dan Imam-imam mazhab ke atau Ustaz syiah berbangsa melayu, dimana tidak hafal Quran,tidak hafal Hadis dan amat tidak fakih dalam agama, lagi hebat? Fikir-fikirkanlah.

Akhir sekali peringatan untuk diri saya dan semua pembaca, jika ingin berguru mesti berguru dengan ramai guru jangan hanya tertumpu kepada seorang guru, tempat menuntut ilmu mestila ditempat yang terbuka seperti di Masjid dan tempat yang diiktiraf, bukannya dirumah, belajar dalam keadaan tertutup lewat malam. Kerana syaitan sentiasa mencari peluang untuk menyesatkan kita. Penulis juga ingin memohon maaf jika perkataan dan tulisan penulis ini menyinggung perasaan mana-mana penduduk dan orang perseorangan. Semoga Allah menyatukan hati-hati kita.

By: penduduk desa puteri

Kapit, Sarawak pusat judi ?

Saya terpanggil untuk menyuarakan kekesalan berkaitan kewujudan pusat-pusat judi di pekan kapit. Pusat-pusat judi ini begitu mudah dikunjungi dan boleh dimasuki oleh sesiapa sahaja, hatta kanak-kanak di bawah 12 tahun sekalipun.

Perkara yang menjadi persoalan di sini adalah bagaimana pusat-pusat judi ini dibenarkan beroperasi? Apa yang dilakukan oleh majlis berkuasa tempatan dan polis diraja malaysia berkenaan perkara ini ?

Adalah sesuatu yang tidak dapat diterima akal apabila pekan sekecil ini mempunyai sehingga hampir sepuluh buah pusat judi kuda dan mesin slot, yang ditempatkan secara tersembunyi walaupun mudah dikujungi oleh orang awam. Apa yang menimbulkan kekesalan adalah terdapat anggota pdrm sendiri yang menjadi pengunjung pusat-pusat judi ini. Ada khabar angin yang timbul mengaitkan beberapa orang usahawan yang mempunyai kaitan dengan vvip yang dibenarkan menjalankan premis judi ini tanpa gangguan.

Adakah menjalankan bisnes dengan cara yang tidak sepatutnya ini harus ditutup mata seandainya kita menpunyai kaitan dengan pihak polis atau ahli politik ? Ini adalah persoalan yang sering dibincangkan di kedai kopi. Kenapa piihak bukit aman tidak bertindak tegas dalam perkara ini ?

Cegah sebelum parah !!!

By: mohamad shukri

Perniagaan pendatang asing di Cyberjaya

Disini saya ingin membuat aduan di atas pemerhatian saya sendiri dan juga daripada aduan aduan yang saya dengar daripada penduduk cyberjaya (selangor). Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan di cyberjaya termasuk, sewa kereta, carwash, percetakan, makanan dan sebagainya yg dijalankan oleh pendatang asing.

Mereka terdiri daripada arab, afrika dan indonesia. Persoalannya disini, adakah mereka mempunyai lesen perniagaan? Adakah mereka mempunyai visa? Dan bagaimana tahap kebersihan dan keselamatan perniagaan mereka?

Seperti contoh, perniagaan makanan. Adakah mereka mengambil vaksin penyediaan makanan? Dan juga sewa kenderaan, adakah mereka membayar cukai jalan? Tidak termasuk insuran dan sebagainya. Apa yang membimbangkan saya ialah tiada pemantauan yg telah dilaksanakan oleh pihak berkuasa.

Dari segi persaingan perniagaan,  peniaga tempatan tidak dapat menyaingi mereka kerana peniaga tempatan membayar cukai tahunan sedangkan peniaga asing terkecuali daripada cukai tahunan.

kepada pihak yg berkuasa, saya meminta kerjasama pihak tuan untuk membuat pemantauan di kawasan cyberjaya. Sekian terima kasih

By: naufas

Status Penjawat Awam dicurigai sama ada telah berkahwin atau bersedekedudukan

Salam sejahtera, saya merupakan seorang penjawat awam dan tinggal di kuarters kerajaan, apa yang merunsingkan saya ialah terdapat seorang penghuni bergama Islam yang tinggal di dalam kuarters kerajaan tersebut juga di ragui status taraf perkahwinan dia.

Perkara ini telah diadu kepada kepada Majlis Agama Islam Sarawak (Miri) namun tiada tindakan dari pihak mereka seolah-olah pegawai penguatkuasa yang bertugas di Majlis Agama Islam tersebut cuba untuk melindungi individu tersebut mungkin kerana individu tersebut merupakan kenalan beliau.

Saya berharap agar pihak berkuasa dapat mengambil tindakan segera kerana perkara ini selain memberi imej buruk kepada Penjawat Awam dan juga kepada agama Islam itu sendiri.

By: Insan Perihatin

Disko di Kuala Terengganu yang berselindung di sebalik nama kopitiam

Aduan ini dituju khusus kepada pihak PDRM/Majlis Bandaraya Kuala Terengganu/Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu.Berhubung dengan tajuk diatas, saya terpanggil untuk membuat lapuran ini kerana terasa beramanah dan amat kecewa terhadap orang melayu, remaja lelaki dan wanita serta pelanggan veteran yang lupa diri berpoya-poya di pusat hiburan yang telah lama wujud itu.

Sehingga kini DISKO itu berjaya mengaburi pandangan pihak berkuasa kerana beroperasi menggunakan nama KOPITIAM di pusat Bandaraya Kuala terengganu yang mana hidangan utamanya ialah minuman keras, musik disko yang rancak serta tarian-tarian mengiurkan oleh GRO serta golongan LGBT yang di upah pemilik premis DISKO itu. Premis DISKO itu beroperasi seawal 11 pagi dan waktu kemuncaknya bermula 10 malam sehingga lewat pagi. Di situ kita boleh melihat orang melayu islam yang antaranya:

  • Meminum minuman keras dengan secara terbukanya lelaki serta wanita.
  • Menari seperti histeria tanpa segan silu dan adakalanya tarian yang mengghairahkan dipertonton oleh GRO, kaum LGBT serta remaja lelaki/perempuan yang masih di bawah umur.
  • Penjualan pil-pil khayal/ectasy yang terbuka dan berleluasa serta sering berlaku pergaduhan sesama sendiri.

Apa yang di beritahu kepada para pelanggan, premis DISKO itu tidak di pedulikan atau di pantau kerana hanya di anggap menjalankan perniagaan kedai kopi sahaja. Sebenarnya KOPITIAM DISKO itulah punca utama kepada peningkatan gejala sosial di Bandaraya Kuala Terengganu sejak dari dulu lagi.

Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik dari pihak berkuasa khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama negeri Terengganu dan pihak PDRM supaya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya keatas KOPITIAM DISKO serta pelanggan bangsa melayu yang mengunjungi pusat hiburan tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama di negeri-negeri lain.

Kerjasama dari pihak Dato/Tuan/Puan amat kami harapkan demi memastikan keruntuhan akhlak dan moral bangsa melayu Terengganu dapat di bendung supaya tidak di ketawakan serta di permainkan bangsa lain.

Sekian aduan saya;

Penyu Menanggis

By: roslan

Lumba haram di JB menjadi-jadi

Projek pembesaran jalanraya di pantai lido JB sudah siap, tapi malangnya sejak kebelakangan ini aktiviti lumba kereta dan motosikal semakin menjadi-jadi, terutamanya di malam minggu.

Meraka langsung tidak menghiraukan penduduk yg sedang lena tidur atau yg sedang sakit terbaring di hospital sultanah aminah. Perlumbaan berjalan lepas jam 12 malam hingga ke hampir subuh.

Dahulu semasa jalanraya sempit, hanya mat rempit sahaja yang keliaran tapi sekarang terlalu banyak kereta yang diubah-suai sehingga bunyi enjinnya terlalu bising, seperti di F1, sepang.

Dan yg paling merungsingkan, ada beberapa kumpulan kanak-kanak yg masih berusia di bawah 16 tahun, yang berbasikal turut menyemakkan jalan-jalan sekitar Jalan Lingkaran dalam. Mereka menggunakan bunyi ‘trompet’ yng biasa digunakan di perlawanan bolasepak di stadium, pada jam lepas 12 malam.

Aktiviti seperti ini berlaku setiap hujung minggu, tapi tiada pengawasan atau tindakan dari pihak berkuasa, seolah-olah sudah tiada kerajaan lagi di bandar JB.

By: Akram Din