Skim Cepat Kaya | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Archives
Blogged.my

Archive for the ‘Skim Cepat Kaya’ Category

Penipuan dalam pembelian barangan dan hadiah

Satu syarikat iaitu Star World (di Carrefour Kepong) telah mengadakan peraduan buka dan menang. yang mana siapa yang menang akan dijanjikan hadiah bermula dari RM8000 dan ke atas. Saya tidak pasti berapa ramai yang terkena, tetapi syarikat ini menggunakan nama syarikat dari Jepun untuk memberi hadiah.

Pelanggan yang terkena perlu membayar kos pengiklanan sebanyak RM6000 tetapi mereka turut diberi barangan. sebenarnya barangan yang diberi adalah lebih murah daripada harga barangan yang djanjikan iaitu sebanyak RM8000. tolong siasat supaya mereka tidak mengenakan pengguna lain kerana pengguna membayar harga lebih tinggi daripada barang yang dimenangi.

Read the rest of this entry »

Skim cepat kaya perlu disiasat lebih lanjut

Adakah orang yang telah dijatuhkan hukuman dibuang negeri ke Kelantan selama 2 tahun mempunyai kebebasan menaiki kapal terbang ke tempat-tempat di Malaysia??

Setahu rakyat semua, mereka yang dikenakan hukuman ini hendaklah mematuhi peraturan-peraturan tertentu seperti pergerakannya hanya dihadkan dalam lingkungan negeri/kawasan itu sahaja. Mereka dikehendaki melaporkan diri di Balai Polis pada masa-masa tertentu.

Read the rest of this entry »

Projek Ikan Pulau Simpang 3 ditukar jadi Skim Cepat Kaya

Selamat sejahtera buat semua warga Kedah ,

Projek ikan yang dijalankan di Pulau Simpang 3, Langkawi, Kedah di bawah Kedah Agro sekarang memerlukan Dana yang tinggi. Kelulusan mungkin lebih 60 sangkar sahaja tetapi pihak orang tengah yang dilantik Kedah Agro telah mengubahnya menjadi SKIM CEPAT KAYA dengan melakukan jualan sangkar. Jika satu sangkar dijual RM20,000.00 dan pulangan yang lumayan RM31,000 dalam masa 1 tahun, bayangkan jika 200 sangkar berapakah jumlah dana yang dikumpul. Difahamkan pihak yg menjalankan kerjasama dengan Kedah Agro mempunyai CONTRACT FARMING dengan HONG KONG pada harga RM60 / Kg , tetapi di dalam KONTRAK FARMING, harga yg diberikan kepada pelabur hanya di sekitar RM28.00 – RM32.00 /kg sahaja.

Diharap semua warga Kedah berhati-hati. Kerjasama ini dijalankan melalui syarikat seorang peguam yg terletak di Sg. Petani, Kedah.

Read the rest of this entry »