Sekolah | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Archive for the ‘Sekolah’ Category

Kelewatan penyelarasan gaji guru baru di Kapit

Sangat kecewa dengan pengurusan Pejabat Pendidikan Kapit, Sarawak terhadap penyelaran guru baharu gred dg41 kemsukan Julai 2013 (interim mac 2013). Pihak PPD banyak memberi alasan yang tidak munasabah seperti memerlukan surat pengesahan lantikan dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan sebelum penyelaran boleh dibuat sedangkan guru interim mac 2013 di daerah lain, malah negeri lain sudah lama mendapat penyelarasan tanpa surat pengesahan SPP.

Gaji yang diberi setaraf dengan guru sandaran tidak terlatih lepasan SPM sedangkan guru baharu ini mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Pihak PPD tidak bersimpati dan bertanggungjawab dengan kepayahan guru-guru pedalaman, bukan sahaja perjalanan ke sekolah memeritkan malah kos tambang yang boleh mencapai RM500 sekali perjalanan.

Read the rest of this entry »

Soalan bocor Matematik dan Matematik Tambahan SPM 2013

Segelintir pelajar yang menduduki peperiksaan spm 2013 telah mendapat soalan bocor bagi mata pelajaran matematik dan matematik tambahan dan perkara ini telah menbimbangkan para pelajar cemerlang yang selalunya memperoleh markah ‘A’ dalam kedua mata pelajaran tersebut.

Dengan ini, bagaimanakah Lembaga Peperiksaan dapat menilaikan bahawa pelajar itu adalah pelajar yang mahir iaitu biasanya dapat “A’ atau yang kurang mahir iaitu tidak pernah lulus bagi kedua mata pelajaran tersebut.

Read the rest of this entry »

Kebajikan Pelajar KIST Bachok Kelantan terabai

Saya merupakan waris kepada salah seorang pelajar yang sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran di Kolej Islam Sains Kesihatan di Bachok kelantan.Apa yang saya ingin adukan disini ialah rasa ketidakpuashatian saya terhadap pengurusan KIST yang mengabaikan kebajikan pelajar dan mementingkan keuntungan semata-mata .Antaranya :

1. Pinjaman KIST yang tinggi.Anak saya terpaksa membaya RM40,000 untuk tempoh pengajian 2 Tahun sahaja dengan potongan gaji RM600 setiap bulan.( berdasarkan surat perjanjian )

Read the rest of this entry »

Peraturan sekolah yang tidak relevan

Assalamualaikum,

Saya sebagai wakil ibubapa kepada pelajar-pelajar SMK Taman Rinting 2, Masai, Johor, ingin membuat aduan berkenaan peraturan yang sangat tidak relevan yang dikenakan ke atas pelajar-pelajar.

Pelajar dilarang sekerasnya membawa bekalan dari rumah atau dari luar sekolah. Mereka perlu membeli makanan di kantin pada waktu rehat.

Read the rest of this entry »

Sistem PBS yang menyusahkan guru-guru

Minta pihak kerajaan melihat perkara ini dengan lebih serius bagi menangani bebanan kerja dan sterss yang dihadapi oleh guru-guru disebabkan sistem PBS (sistem pentaksiran berasaskan sekolah) bagi sekolah Menegah dan Rendah yang lembab lagi ketinggalan zaman.

Harap perkara ini diselesaikan dengan segera sebelum menjelang 2014.Mengikut KPM kemasukan prestasi murid Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 (Akademik) serta Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 (Akademik dan Non Akademik) bagi tahun 2013 akan ditutup buat sementara bermula 30 November 2013 dan akan dibuka semula pada 1 Januari 2014 bagi kemasukan prestasi tahun 2013 yang masih belum selesai.

Read the rest of this entry »

SBP Indah Khabar Dari Rupa

Pada awal Januari lalu anak lelaki saya telah mendapat tawaran belajar di sekolonh berasrama penuh (SBP) iaitu di Sekolah Menengah Sains Banting, Selangor setelah berjaya mendapat keputusan cemerlang 8A dalam PMR. Sebagai ibu saya sangat gembira dengan penempataananak saya di SBP kerana sejauh pengetahuan saya situasi pengajaran dan pembelajaran di SBP jauh lebih baik daripada sekolah harian. Namun kegembiraaan saya menjadi mimpi ngeri yang menyiksakan kerana semuanya indah kahabar dari rupa kerana terdapat pelbagai masalah antaranya:

(1) (1)Masalah ketiadaan guru Matematik, Fizik dan BM dari bulan Januari ghingga Ogos dan murid telah diminta supaya belajar sendiri untuk peperiksaan. Saya difahamkan guru matematik dan fizik ada tetapi tidak masuk kelas langsung kerana guru maths sakit tetapi sering dilihat duduk di bilik guru saja, manakala guru fizik pula terlalu sibuk dgn aktiviti luar kelas! Menurut anak saya dia diberitahu oleh senior, kelas Ting 5 pun guru fizik hanya masuk baru 2 kali sahaja sejak lebih 6 bulan lalu!! Guru BM pula awal tahun dulu ada guru praktikal mengajar beberapa bulan tetapi selepas itu tiada langsung kelas. Dalam peperiksaan pertengahan tahun, anak saya menghadapi masalah kaedah untuk menjawab soalan fizik dan kemudian guru fizik berkenaan meminta maaf kepada semua murid kerana telah terlupa untuk memberitahu murid kaedah yang betul untuk menjawab soalan fizik.

Read the rest of this entry »

Guru lepasan IPG lewat diberi penempatan

Kami mewakili sebahagian besar daripada guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah menamatkan pengajian pada bulan November 2012.

Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada kami telah ditempatkan secara interim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) yang majoritinya adalah daripada kaum Cina dan India serta sebahagian daripada kaum Melayu untuk ditempatkan di sekolah disebabkan oleh keadaan guru yang kritikal di SJKC/T.

Read the rest of this entry »

Sistem KSSR Menyusahkan

Saya terpanggil untuk berkongsi masalah sistem KSSR ini bersama anda. Semenjak KSSR ini diperkenalkan, tahap prestasi pelajar langsung tidak diketahui oleh ibubapa/penjaga pelajar. Saya juga tidak pernah mengetahui perkembangan pembelajaran dan ko-korikulumnya ketika di sekolah.

Saya faham, ujian berterusan dilakukan di sekolah, tetapi keputusannya tidak pernah diberitahu kepada kami sebagai ibubapa. Malahan kertas soalan juga tidak pernah kami lihat. Kami juga ingin tahu macam mana prestasi anak-anak supaya kami dapat membantu mereka untuk menjadi pelajar cemerlang.

Read the rest of this entry »

Sekolah Kerajaan tidak menyahut hasrat kerajaan

Hasrat kerajaan dalam frasa “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dilihat tidak dijalankan sepenuhnya oleh sebuah sekolah kerajaan di daerah Kota Kinabalu yang berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa AirAsia. Sekolah ini mempunyai hampir 1000 orang murid sekolah tahun 1 hingga tahun 6 dan terletak 7 kilometer daripada bandaraya Kota Kinabalu.

Pendaftaran bagi tahun 2013 di sekolah tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya ibu bapa kerana bayaran yuran sekolah yang terlalu tinggi bagi murid-murid yang ingin menyambung persekolahan pada tahun 2013. Sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan yuran sekolah di seluruh sekolah kerajaan namun begitu, keadaan ini tidak terjadi di sekolah yang dinyatakan. Bayangkan, murid-murid tahun 6 perlu membayar yuran melebihi RM200 manakala murid-murid tahun 1 pula perlu membayar sebanyak RM130.

Read the rest of this entry »

Segelintir guru menyalah gunakan sistem ‘Band’ di sekolah

Saya agak kurang senang sistem ‘Band'(Band I-IV) digunakan di sekolah untuk menilai pelajar-pelajar.Ini kerana, sistem ini telah member peluang kepada segelintir guru-guru sekolah untuk tidak berlaku adil. Sebagai contohnya, ada dikalangan mereka hanya memberi Band yang bagus untuk anak-anak guru (iaitu anak-anak rakan mereka sahaja.

Saya difahamkan, penggunaan Band ini bukan sahaja untuk menilai dari segi pelajaran malah, ia digunakan untuk menilai segala aktiviti atau penglibatan murid-murid di sekolah. Hal ini juga boleh menyebabkan, guru tersebut, hanya memilih murid-murid iaitu (anak-anakcikgu) untuk menjawat segala jawatan atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah.Oleh itu, hanya pelajar yang bergelar anak guru ini sahaja, yang akan nampak aktif di sekolah tersebut.

Read the rest of this entry »

Isu Pertukaran Guru

Salam 1 Malaysia

Saya terpanggil untuk melaporkan kepada Aduan Rakyat online ini kerana isu ini masih tidak menyebelahi kami yang telah berlanjutan sehingga 7 tahun. Isu tersebut adalah isu Pertukaran Guru. Setiap tahun permohonan Pertukaran Guru akan keluar sebanyak 2 kali iaitu pada bulan April dan bulan September masing-masing untuk pertukaran bulan Jun dan Januari. Walaubagaimanapun sehingga kini lebih 6 kali permohonan di buat tetap tidak menyebelahi kami sekeluarga. Kami tinggal berjauhan selama 7 tahun sejak tahun 2006.

Isteri saya mengajar di Perak sebagai guru j-qaf dan tinggal bersama 3 orang anak yang masih kecil. Kini sedang sarat anak yang ke empat dan saya juga berkhidmat dalam jabatan kerajaan di salah sebuah universiti di Terengganu yang mana tiada cawangan di mana-mana. Saya akan berulang-alik ke Perak setiap 2 minggu secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi kerja saya. Setiap kali balik saya akan mengambil cuti rehat. Setiap kali permohonan kami yang gagal, saya isteri dan anak-anak akan turun ke Putrajaya untuk membuat rayuan.

Read the rest of this entry »

PBS sangat membebankan

Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan… Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan..

Saya berpendapat PBS menyebabkan pelajar  semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan… disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa..

Read the rest of this entry »

PBS membebankan bebankan guru

Pentaksiran Berasaskan Sekolah sangat membebankan guru. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja pbs seperti (membina instrumen(soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting dan key-in ke dlm sistem) di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dlm sistem. (160 X 216 = 34560 data) bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak user friendly dan kerapkali menghadapi internal error.

Saya amat berharap instrumen(soalan) dapat dikurangkan supaya guru dapat mengajar secara efektif dan mengelakkan murid berasa jemu. Selain itu, deskriptor(kehendak lembaga peperiksaan) untuk membina soalan subjek sangat susah untuk difahami. Saya menghadapi masalah untuk membina instrumen bagi band 4, 5 dan 6. Saya berharap PBS dapat dikaji semula agar guru dapat memberi fokus kpd pengajaran dan mendidik kerana itulah kerja guru yang sebenar. Terus terang guru tidak dapat fokus kpd pengajaran kerana mengejar masa untuk menyiapkan PBS berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan.
By: shakira hamdan