Sekolah | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Archive for the ‘Sekolah’ Category

Guru lepasan IPG lewat diberi penempatan

Kami mewakili sebahagian besar daripada guru-guru pelatih PISMP Ambilan Januari 2009 keluaran Institut Pendidikan Guru (IPG) yang telah menamatkan pengajian pada bulan November 2012.

Untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada kami telah ditempatkan secara interim di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT) yang majoritinya adalah daripada kaum Cina dan India serta sebahagian daripada kaum Melayu untuk ditempatkan di sekolah disebabkan oleh keadaan guru yang kritikal di SJKC/T.

Read the rest of this entry »

Sistem KSSR Menyusahkan

Saya terpanggil untuk berkongsi masalah sistem KSSR ini bersama anda. Semenjak KSSR ini diperkenalkan, tahap prestasi pelajar langsung tidak diketahui oleh ibubapa/penjaga pelajar. Saya juga tidak pernah mengetahui perkembangan pembelajaran dan ko-korikulumnya ketika di sekolah.

Saya faham, ujian berterusan dilakukan di sekolah, tetapi keputusannya tidak pernah diberitahu kepada kami sebagai ibubapa. Malahan kertas soalan juga tidak pernah kami lihat. Kami juga ingin tahu macam mana prestasi anak-anak supaya kami dapat membantu mereka untuk menjadi pelajar cemerlang.

Read the rest of this entry »

Sekolah Kerajaan tidak menyahut hasrat kerajaan

Hasrat kerajaan dalam frasa “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dilihat tidak dijalankan sepenuhnya oleh sebuah sekolah kerajaan di daerah Kota Kinabalu yang berhampiran dengan lapangan terbang antarabangsa AirAsia. Sekolah ini mempunyai hampir 1000 orang murid sekolah tahun 1 hingga tahun 6 dan terletak 7 kilometer daripada bandaraya Kota Kinabalu.

Pendaftaran bagi tahun 2013 di sekolah tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak terutamanya ibu bapa kerana bayaran yuran sekolah yang terlalu tinggi bagi murid-murid yang ingin menyambung persekolahan pada tahun 2013. Sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan yuran sekolah di seluruh sekolah kerajaan namun begitu, keadaan ini tidak terjadi di sekolah yang dinyatakan. Bayangkan, murid-murid tahun 6 perlu membayar yuran melebihi RM200 manakala murid-murid tahun 1 pula perlu membayar sebanyak RM130.

Read the rest of this entry »

Segelintir guru menyalah gunakan sistem ‘Band’ di sekolah

Saya agak kurang senang sistem ‘Band’(Band I-IV) digunakan di sekolah untuk menilai pelajar-pelajar.Ini kerana, sistem ini telah member peluang kepada segelintir guru-guru sekolah untuk tidak berlaku adil. Sebagai contohnya, ada dikalangan mereka hanya memberi Band yang bagus untuk anak-anak guru (iaitu anak-anak rakan mereka sahaja.

Saya difahamkan, penggunaan Band ini bukan sahaja untuk menilai dari segi pelajaran malah, ia digunakan untuk menilai segala aktiviti atau penglibatan murid-murid di sekolah. Hal ini juga boleh menyebabkan, guru tersebut, hanya memilih murid-murid iaitu (anak-anakcikgu) untuk menjawat segala jawatan atau terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang diadakan di sekolah.Oleh itu, hanya pelajar yang bergelar anak guru ini sahaja, yang akan nampak aktif di sekolah tersebut.

Read the rest of this entry »

Isu Pertukaran Guru

Salam 1 Malaysia

Saya terpanggil untuk melaporkan kepada Aduan Rakyat online ini kerana isu ini masih tidak menyebelahi kami yang telah berlanjutan sehingga 7 tahun. Isu tersebut adalah isu Pertukaran Guru. Setiap tahun permohonan Pertukaran Guru akan keluar sebanyak 2 kali iaitu pada bulan April dan bulan September masing-masing untuk pertukaran bulan Jun dan Januari. Walaubagaimanapun sehingga kini lebih 6 kali permohonan di buat tetap tidak menyebelahi kami sekeluarga. Kami tinggal berjauhan selama 7 tahun sejak tahun 2006.

Isteri saya mengajar di Perak sebagai guru j-qaf dan tinggal bersama 3 orang anak yang masih kecil. Kini sedang sarat anak yang ke empat dan saya juga berkhidmat dalam jabatan kerajaan di salah sebuah universiti di Terengganu yang mana tiada cawangan di mana-mana. Saya akan berulang-alik ke Perak setiap 2 minggu secara tidak langsung akan menjejaskan prestasi kerja saya. Setiap kali balik saya akan mengambil cuti rehat. Setiap kali permohonan kami yang gagal, saya isteri dan anak-anak akan turun ke Putrajaya untuk membuat rayuan.

Read the rest of this entry »

PBS sangat membebankan

Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan… Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan..

Saya berpendapat PBS menyebabkan pelajar  semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan… disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa..

Read the rest of this entry »

PBS membebankan bebankan guru

Pentaksiran Berasaskan Sekolah sangat membebankan guru. Saya tidak mampu menyiapkan kerja-kerja pbs seperti (membina instrumen(soalan) sendiri, meriso kertas, menanda, menyemak dan sorting dan key-in ke dlm sistem) di mana melibatkan 160 orang pelajar bagi setiap 216 soalan. masalah paling besar ialah semasa ingin memasukkan 160 band pelajar ke dlm sistem. (160 X 216 = 34560 data) bayangkan berapa banyak data dan masa harus diambil untuk menyiapkannya. Sistem sedia ada pula tidak user friendly dan kerapkali menghadapi internal error.

Saya amat berharap instrumen(soalan) dapat dikurangkan supaya guru dapat mengajar secara efektif dan mengelakkan murid berasa jemu. Selain itu, deskriptor(kehendak lembaga peperiksaan) untuk membina soalan subjek sangat susah untuk difahami. Saya menghadapi masalah untuk membina instrumen bagi band 4, 5 dan 6. Saya berharap PBS dapat dikaji semula agar guru dapat memberi fokus kpd pengajaran dan mendidik kerana itulah kerja guru yang sebenar. Terus terang guru tidak dapat fokus kpd pengajaran kerana mengejar masa untuk menyiapkan PBS berdasarkan kehendak lembaga peperiksaan.
By: shakira hamdan

Kakitangan dari kumpulan gereja berdakwah di asrama

Diminta MOE ambil langkah langkah tertentu.  Warden asrama Sunway International School membuat kerja dakwah untuk ke gerejanya. Diberitahu oleh pegawal keselamatan bahawa (Sulaiman) dia telah membawa seorang pelajar muslim Iran kegerejanya, katanya budak ini hanya untuk melihat samada dia serasi dengan gereja itu.

Dengar kata  pelajar Islam lebih ramai dari yang lain diasrama itu.  Pelajar muslim dari Kazakhstan ramai dan juga dari Indonesia pun. Warden ini katanya memberi CD dan majalah tentang dakwahnya kepada pelajar lelaki Islam dari negara lluar beri kepada mereka ini sewaktu membuat lawatan dari unit ke unit.  Ramai ibu bapa tidak tahu tentang ini.

Read the rest of this entry »

Kasarnya layanan kakitangan kerajaan

Selepas membaca aduan “PERKHIDMATAN BANK RAKYAT YANG MENJENGKELKAN“  teringat diri sendiri yang terkena layanan yang hampir serupa. Bulan lepas selepas terbaca di banner yang terpampang depan Sekolah kebangsaan Tun Abdul Aziz Majid Hulu Langat selangor, yang meminta mana-mana kanak-kanak yang lahir pada tahun 2008,2007 dan 2006 agar mendaftar jadi saya dan suami saya telah pergi ke sekolah tersebut.

Kami telah disambut oleh seorang kerani perempuan dengan muka yang tiada secebis senyuman dan kasar pula malah telah memarahi kami kerana katanya hanya kanak-kanak yang lahir hingga 1hb Januari 2008 sahaja boleh mendaftar sedangkan di banner tersebut tidak tertulis bulan berapa tetapi hanya tahun sahaja malah menyuruh kami mendaftar ke Sekolah lain kerana kami menjawab kata-katanya itu.

Read the rest of this entry »

Kenaikan Gred DG44 Penolong Kanan ke DG48 tidak wajar

Mohon jawapan, apakah rasional guru-guru Penolong Kanan Sek Menengah baru-baru ini dilantik ke pemangkuan dg48 sedangkan mereka yang terlibat ini tidak semua berada di time based malah baru setahun jagung di gred dg44.? contohnya berada di gred dg44 lantikan tahun 2008-2010.

Sedangkan kami penolong-penolong kanan SENIOR terpaksa menunggu 8-10 tahun di gred dg44 dan pada tahun ini layak mendapat pemangkuan ke dg48 malangnya  mulai 1 Jan 2012, serentak pula dengan rakan-rakan penolong kanan yang junior dari segi kekananan dalam perkhidmatan. Mengapa dasar ini tidak memilih sahaja guru-guru samada ketua bidang,ketua panitia atau guru biasa yang telah berada di gred dg44 yang sudah berkhidmat selama 7-10 tahun di naikkan ke jawatan penolong-penolong kanan menggantikan penolong-penolong kanan yang terlalu junior ini?.

Read the rest of this entry »