Rumah Terbengkalai | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Archive for the ‘Rumah Terbengkalai’ Category

Projek Perumahan SPNB Taman Merbau Utama

Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,

Saya selaku pembeli rumah di Taman Merbau Utama, Pasir Puteh, Kelantan ingin membuat aduan tentang penyerahan kunci dan CF rumah berkenaan. Saya telah membuat pembelian rumah berkenaan pada 28 Oktober 2010 dimana tempoh pembelian telah melebihi tempoh perjanjian iaitu selama 24 bulan. Pihak Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia telahpun membuat potongan gaji saya bermula Januari 2013.

Untuk pengetahuan pihak tuan saya terpaksa menaggung beban kos rumah sewa yang tinggidan potongan pinjaman perumahan sedangankan pendapatan bulanan saya tidak seberapa. Keadaan ini telah menyebabkan saya mengalami masalah kewangan yang teruk.

Read the rest of this entry »

Rumah SPS Setia di Jalan Kebun mengecewakan

Saya telah membeli rumah Semi-D beralamat di Plot No 3, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Langat dibangunkan oleh SPS Setia Sdn Bhd pada tahun 2005. Rumah tersebut dijanjikan siap sepenuhnya pada penghujung 2008, malangnya sampai sekarang tidak dapat diduduki. Projek tersebut tidak mempnyai progress hampir 2 tahun. Kami telah menghubungi pemaju malang janji pemaju kosong sahaja. Penipu… Projek yang dimajukan oleh pemaju dari Taman Muhammad 1 hingga 4 tidak diserahkan dengan sempurna kepada pembeli.

Rumah yang dibeli berdekatan dengan rumah saya sekarang dan boleh dikatakan setiap 2 minggu saya ke tapak projek utk melihat perkembangan tapi langsung tiada. Apa yang saya lihat semasa pemilik yang membeli rumah Taman Muhammad satu mula menduduki, kemudahan jalan pun tidak sempurna. Sama juga situasi pada Taman Muhammad 2. Pemilik terpaksa juga berpindah ke rumah terbengkalai ini kerana tidak lagi sanggup membayar interrest bank dan dalam masa yang sama menanggung  satu lagi rumah.

Read the rest of this entry »

Perumahan Terbengkalai di Bandar Baru Klang

Saya telah membeli apartment dari syarikat perumahan PNSB Acmar pada bulan Disember 2005. Semasa promosi jualan saya dimaklumkan bahawa apartment tersebut telah 60% siap dan dijangka akan siap paling lewat pada penghujung tahun 2006. Namun sehingga kini, projek tersebut masih belum siap & saya tidak lagi menerima apa-apa progress report.

Saya pernah menelefon syarikat perumahan & jawapan tetap sama iaitu projek itu tertangguh dan mereka sedang mencari kontraktor lain untuk menyiapkan projek tersebut. Laporan kepada KPKT juga telah saya buat dalam tahun 2010 tetapi sehingga kini masih tiada tindakan atau maklumbalas. Setiap bulan gaji saya dipotong oleh Bahagian Pinjaman Perumahan & amat membebankan saya sekeluarga.

Read the rest of this entry »

Perumahan SPNB terbengkalai di Lahad Datu

Saya merupakan pembeli rumah yang teraniaya dengan Projek SPNB yang dibina di Lahad Datu, Sabah (Perumahan Sri Gemilang) yang sehingga kini masih terbengkalai. Pinjaman yang saya buat dengan Kerajaan telah diluluskan pada tahun 2008.

Saya telah membuang masa selama 5 tahun tanpa membeli rumah dengan projek perumahan lain semata-mata mengharapkan agar Projek Perumahan Sri Gemilang ini dapat disiapkan. Saya telah cuba menghubungi pihak yang berkenaan namun demikian tidak mendapat jawapan yang pasti sehinggalah baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa projek ini akan dijalankan tetapi kedudukan lot rumah saya akan berubah dan setiap pembeli dikehendaki mengisi borang persetujuan untuk pemindahan lot tersebut dan kena akur dengan semua keputusan.

Read the rest of this entry »

Perumahan Terbengkalai di Taman Pulai Jaya, Kulai Johor

Salam hormat,

Aduan yang ingin saya utarakan adalah berkenaan projek perumahan terbengkalai Fasa G Taman Pulai Jaya, Daerah Kulai Johor. Untuk makluman pihak tuan, projek pembinaan telah ditangguhkan semenjak tahun 2007 dengan alasan pemaju kekurangan bajet untuk meneruskan projek. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2010 projek pembinaan telah dihentikan sepenuhnya.

Beberapa siri perjumpaan di antara pembeli dengan pemaju dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diadakan tetapi masih tidak dapat mencapai kata sepakat dan dan masih tidak menemui jalan penyelesaian. Semasa perjumpaan dengan pihak KPKT pada tahun 2010 diadakan, pembeli telah dijanjikan bahawa projek  berkenaan akan diambilalih oleh pemaju lain.

Read the rest of this entry »

Rumah terbengkalai oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd

Saya telah membeli sebuah rumah yang dimajukan oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd pada tahun 2003. Rumah sepatutnya siap pada tahun 2005, walaupun demikian ia terbengkalai hingga sekarang.

Saya telah membayar pinjaman perumahan melalui pemotongan gaji sejak dari tahun 2007 hingga sekarang. Pada ketika ini pihak pemaju langsung tidak ada memberi maklum balas tentang rancangan penyiapan projek perumahan (Taman Bidara Palma) di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Read the rest of this entry »

Projek rumah JP Perdana yang terbengkalai

Saya ada membeli rumah teres dua tingkat di JP Perdana , Johor Bahru pada tahun 2005. Pemaju perumahan tersebut Oxbridge Height Sdn Bhd sepatutnya menyiapkan perumahan tersebut pada tahun 2008. Namun sehingga sekarang kami rumah tersebut belum siap dibina.

Pemaju meminta kami menandatangani surat perjanjian baru dengan syarat kami tidak menuntut apa-apa bayaran pampasan.Sehingga sekarang saya tidak menandatangani sebarang surat perjanjian dengan pemaju tersebut. Saya telah pun berhenti membuat pembayaran dengan bank kerana merasakan projek ini telah terbelengkalai dan sekiranya saya terus membuat bayaran semakin banyak wang yang direleasekan bank dan sekiranya rumah ini tidak siap saya yang terpaksa menanggung hutang . Disamping menyewa rumah terpaksa pula mengeluarkan wang membayar wang rumah yang belum tentu dapat lagi.

Read the rest of this entry »

Rumah terbengkalai oleh Syarikat Perpaduan Heights

Saya  telah  membeli  sebuah  rumah teres setingkat yang  dimajukan oleh Syarikat Perpaduan Heights Mukim Pilah Kuala Pilah Negeri Sembilan pada tahun 2002 dan sepatutnya  siap  2003 sebanyak  152 unit Rumah  Teres Setingkat dan Rumah Kos Rendah 2 Tingkat  119 unit . Rumah  telah  terbengkalai , saya  telah  membayar pinjaman sebanyak RM 432.00 setiap  bulan hingga  sekarang. Setiap  tahun  juga saya  terpaksa membayar  cukai tanah di Pejabat Daerah Kuala Pilah hingga  sekarang.

Saya  juga telah membuat aduan kepada Yang Berhormat Menteri Besar , Pejabat Tanah Kuala Pilah , Pihak Pemaju  dan Pihak TV 3 juga telah datang ke perumahan tersebut. Pihak  berkenaan  berjanji  akan  memberi  ganti perumahan  lain  untuk  kami  memandangkan  Projek Perumahan itu  dihentikan  berbahaya  di  lereng  bukit. Semasa  pembelian  saya  tidak  tahu  kedudukan  rumah  tersebut  hanya  diberitahu  rakan  dan  melihat  melalui  gambar  dari  pihak  pemaju  perumahan  di  Johor  Bahru kerana  saya  bertugas  di  Johor  Bahru.

Read the rest of this entry »

Apa sudah jadi perumahan SPNB di Lahad Datu

Saya adalah salah seorang pembeli rumah SPNB di Lahad Datu,Sabah (Bandar Sri Gemilang).Menurut perjanjian sewaktu pembelian,rumah tersebut akan diserah kunci pada 2010.Tetapi sampai sekarang bayang kunci pun tidak kelihatan.Yang lebih menyedihkan lagi perumahan tersebut sudah terbengkalai(tidak ada kerja-kerja peminaan dijalankan).

Persoalannya sekarang dimana janji-janji Barisan Nasional untuk membantu rakyat Sabah?.Mana rumah mampu milik yang dijanjikan SPNB?.Adakah perumahan Bandar Sri Gemilang ini dibuat hanya untuk memancing undi?.Takan bila pilihanraya sudah dekat baru pembinaan dijalankan semula.

Read the rest of this entry »

Rumah terbengkalai oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd

Saya telah membeli sebuah rumah yang dimajukan oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd pada tahun 2001. Rumah sepatutnya siap pada tahun 2003, walaupun demikian ia terbengkalai hingga sekarang. Saya telah membayar pinjaman perumahan dari tahun 2003 hingga sekarang. Pada ketika ini pihak pemaju langsung tidak ada memberi maklum balas tentang rancangan penyiapan projek perumahan (Taman Bidara Palma) di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.

Saya percaya bahawa mereka senasib dengan saya juga merasa begitu tertekan dan kecewa keran rumah yang diidamkan tidak disiapkan mengikut perjanjian. Dah nak masuk kali ketiga mengundi (PRU) keadaannya masih sama. Kawasan perumahan yang terbengkalai sebahagiannya dah jadi hutan kecil. Sebahagian pembeli pula telah mengam bil inisiatif sendiri menyiapkan rumah idaman dengan perbelanjaan sendiri.

Read the rest of this entry »

Project Pangsapuri Kos Sederhana di Taman Selayang Mutiara masih tidak siap

Untuk maklumat pihak tuan, kami pembeli Pangsapuri Kos Sederhana 5 Tingkat di Taman Selayang Mutiara, Selayang, di bawah pemaju Delpuri Corporation Sdn Bhd, ingin memohon jasa baik pihak tuan agar dapat membantu menyelesaikan masalah project terbengkalai ini.

Mengikut perjanjian rumah tersebut sepatutnya siap pada tahun 2007. Kami menemui jalan buntu. Perbincangan dengan pemaju yang berjanji hanya tinggal janji kosong sejak tahun 2007 hinggalah sekarang.

Read the rest of this entry »

Rumah Terbengkalai 7 tahun, Pemaju Lari

Saya telah membeli rumah di taman mount austin – low medium cost dan  telah membayar 10% deposit pada awal tahun 2004 . Namun, sehingga sekarang saya hanya membayar interest pada pihak bank dan rumah saya sehingga kini tidak dapat diduduki dan tiada seorang pekerja pun yang ada di tapak pembinaan .

Apa yang paling mendukacitakan saya ialah saya telah pergi ke pejabat pemaju semalam ( 20 August 2011 ) tetapi pemaju tidak lagi menjalankan operasi di alamat dibawah tanpa memberikan notis kepada kami sebagai pembeli.

Read the rest of this entry »

Projek Terbengkalai SPNB

Saya membuat aduan ini kerana pemaju projek perumahan SPNB di Taman Sri Gemilang Lahad Datu gagal menunaikan janji yg mana mereka sepatutnya menyerahkan rumah tersebut kepada saya pada Nov 2010.  Oleh yang demikian saya minta supaya SPNB dan BN:

  1. Bertanggungjawab menyiapkan projek sebelum pilihanraya akan datang, kalau tidak kami sebagai pengundi tidak akan berkonfromi.
  2. Menyediakan dana peruntukan yang cukup untuk membiayai projek tersebut dan membayar kontraktor tepat pada masanya.
  3. Kalau tidak mahir menguruskan projek perumahan, minta nasihat atau melantik syarikat perumahan seperti Hup Seng Properties yang mana terbukti mutunya yang mana telah pun menyiapkan Taman Aman, Taman Fajar, Taman Perdana, Palm Height di daerah Lahad Datu.
  4. Minta Pengerusi SPNB yang juga MP Umno supaya turun padang melawat Lahad Datu bukan hanya duduk dalam pejabat sahaja. Lakukan sesuatu kalau masih mahu menjadi pengerusi SPNB.
  5. SPNB dan BN perlu menunaikan janji menyiapkan projek terbengkalai ini supaya tidak dicop tidak beretika dan tidak bermoral.

Read the rest of this entry »