Archive for the ‘Rumah Terbengkalai’ Category
Projek Perumahan SPNB Taman Merbau Utama
Assalamualaikum dan salam 1 malaysia,
Saya selaku pembeli rumah di Taman Merbau Utama, Pasir Puteh, Kelantan ingin membuat aduan tentang penyerahan kunci dan CF rumah berkenaan. Saya telah membuat pembelian rumah berkenaan pada 28 Oktober 2010 dimana tempoh pembelian telah melebihi tempoh perjanjian iaitu selama 24 bulan. Pihak Pinjaman Perumahan Perbendaharaan Malaysia telahpun membuat potongan gaji saya bermula Januari 2013.
Untuk pengetahuan pihak tuan saya terpaksa menaggung beban kos rumah sewa yang tinggidan potongan pinjaman perumahan sedangankan pendapatan bulanan saya tidak seberapa. Keadaan ini telah menyebabkan saya mengalami masalah kewangan yang teruk.
Rumah SPS Setia di Jalan Kebun mengecewakan
Saya telah membeli rumah Semi-D beralamat di Plot No 3, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Langat dibangunkan oleh SPS Setia Sdn Bhd pada tahun 2005. Rumah tersebut dijanjikan siap sepenuhnya pada penghujung 2008, malangnya sampai sekarang tidak dapat diduduki. Projek tersebut tidak mempnyai progress hampir 2 tahun. Kami telah menghubungi pemaju malang janji pemaju kosong sahaja. Penipu… Projek yang dimajukan oleh pemaju dari Taman Muhammad 1 hingga 4 tidak diserahkan dengan sempurna kepada pembeli.
Rumah yang dibeli berdekatan dengan rumah saya sekarang dan boleh dikatakan setiap 2 minggu saya ke tapak projek utk melihat perkembangan tapi langsung tiada. Apa yang saya lihat semasa pemilik yang membeli rumah Taman Muhammad satu mula menduduki, kemudahan jalan pun tidak sempurna. Sama juga situasi pada Taman Muhammad 2. Pemilik terpaksa juga berpindah ke rumah terbengkalai ini kerana tidak lagi sanggup membayar interrest bank dan dalam masa yang sama menanggung satu lagi rumah.
Perumahan Terbengkalai di Bandar Baru Klang
Saya telah membeli apartment dari syarikat perumahan PNSB Acmar pada bulan Disember 2005. Semasa promosi jualan saya dimaklumkan bahawa apartment tersebut telah 60% siap dan dijangka akan siap paling lewat pada penghujung tahun 2006. Namun sehingga kini, projek tersebut masih belum siap & saya tidak lagi menerima apa-apa progress report.
Saya pernah menelefon syarikat perumahan & jawapan tetap sama iaitu projek itu tertangguh dan mereka sedang mencari kontraktor lain untuk menyiapkan projek tersebut. Laporan kepada KPKT juga telah saya buat dalam tahun 2010 tetapi sehingga kini masih tiada tindakan atau maklumbalas. Setiap bulan gaji saya dipotong oleh Bahagian Pinjaman Perumahan & amat membebankan saya sekeluarga.
Perumahan SPNB terbengkalai di Lahad Datu
Saya merupakan pembeli rumah yang teraniaya dengan Projek SPNB yang dibina di Lahad Datu, Sabah (Perumahan Sri Gemilang) yang sehingga kini masih terbengkalai. Pinjaman yang saya buat dengan Kerajaan telah diluluskan pada tahun 2008.
Saya telah membuang masa selama 5 tahun tanpa membeli rumah dengan projek perumahan lain semata-mata mengharapkan agar Projek Perumahan Sri Gemilang ini dapat disiapkan. Saya telah cuba menghubungi pihak yang berkenaan namun demikian tidak mendapat jawapan yang pasti sehinggalah baru-baru ini saya dimaklumkan bahawa projek ini akan dijalankan tetapi kedudukan lot rumah saya akan berubah dan setiap pembeli dikehendaki mengisi borang persetujuan untuk pemindahan lot tersebut dan kena akur dengan semua keputusan.
Perumahan Terbengkalai di Taman Pulai Jaya, Kulai Johor
Salam hormat,
Aduan yang ingin saya utarakan adalah berkenaan projek perumahan terbengkalai Fasa G Taman Pulai Jaya, Daerah Kulai Johor. Untuk makluman pihak tuan, projek pembinaan telah ditangguhkan semenjak tahun 2007 dengan alasan pemaju kekurangan bajet untuk meneruskan projek. Walaubagaimanapun, bermula tahun 2010 projek pembinaan telah dihentikan sepenuhnya.
Beberapa siri perjumpaan di antara pembeli dengan pemaju dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah diadakan tetapi masih tidak dapat mencapai kata sepakat dan dan masih tidak menemui jalan penyelesaian. Semasa perjumpaan dengan pihak KPKT pada tahun 2010 diadakan, pembeli telah dijanjikan bahawa projek berkenaan akan diambilalih oleh pemaju lain.
Rumah terbengkalai oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd
Saya telah membeli sebuah rumah yang dimajukan oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd pada tahun 2003. Rumah sepatutnya siap pada tahun 2005, walaupun demikian ia terbengkalai hingga sekarang.
Saya telah membayar pinjaman perumahan melalui pemotongan gaji sejak dari tahun 2007 hingga sekarang. Pada ketika ini pihak pemaju langsung tidak ada memberi maklum balas tentang rancangan penyiapan projek perumahan (Taman Bidara Palma) di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Projek rumah JP Perdana yang terbengkalai
Saya ada membeli rumah teres dua tingkat di JP Perdana , Johor Bahru pada tahun 2005. Pemaju perumahan tersebut Oxbridge Height Sdn Bhd sepatutnya menyiapkan perumahan tersebut pada tahun 2008. Namun sehingga sekarang kami rumah tersebut belum siap dibina.
Pemaju meminta kami menandatangani surat perjanjian baru dengan syarat kami tidak menuntut apa-apa bayaran pampasan.Sehingga sekarang saya tidak menandatangani sebarang surat perjanjian dengan pemaju tersebut. Saya telah pun berhenti membuat pembayaran dengan bank kerana merasakan projek ini telah terbelengkalai dan sekiranya saya terus membuat bayaran semakin banyak wang yang direleasekan bank dan sekiranya rumah ini tidak siap saya yang terpaksa menanggung hutang . Disamping menyewa rumah terpaksa pula mengeluarkan wang membayar wang rumah yang belum tentu dapat lagi.
Rumah terbengkalai oleh Syarikat Perpaduan Heights
Saya telah membeli sebuah rumah teres setingkat yang dimajukan oleh Syarikat Perpaduan Heights Mukim Pilah Kuala Pilah Negeri Sembilan pada tahun 2002 dan sepatutnya siap 2003 sebanyak 152 unit Rumah Teres Setingkat dan Rumah Kos Rendah 2 Tingkat 119 unit . Rumah telah terbengkalai , saya telah membayar pinjaman sebanyak RM 432.00 setiap bulan hingga sekarang. Setiap tahun juga saya terpaksa membayar cukai tanah di Pejabat Daerah Kuala Pilah hingga sekarang.
Saya juga telah membuat aduan kepada Yang Berhormat Menteri Besar , Pejabat Tanah Kuala Pilah , Pihak Pemaju dan Pihak TV 3 juga telah datang ke perumahan tersebut. Pihak berkenaan berjanji akan memberi ganti perumahan lain untuk kami memandangkan Projek Perumahan itu dihentikan berbahaya di lereng bukit. Semasa pembelian saya tidak tahu kedudukan rumah tersebut hanya diberitahu rakan dan melihat melalui gambar dari pihak pemaju perumahan di Johor Bahru kerana saya bertugas di Johor Bahru.
Apa sudah jadi perumahan SPNB di Lahad Datu
Saya adalah salah seorang pembeli rumah SPNB di Lahad Datu,Sabah (Bandar Sri Gemilang).Menurut perjanjian sewaktu pembelian,rumah tersebut akan diserah kunci pada 2010.Tetapi sampai sekarang bayang kunci pun tidak kelihatan.Yang lebih menyedihkan lagi perumahan tersebut sudah terbengkalai(tidak ada kerja-kerja peminaan dijalankan).
Persoalannya sekarang dimana janji-janji Barisan Nasional untuk membantu rakyat Sabah?.Mana rumah mampu milik yang dijanjikan SPNB?.Adakah perumahan Bandar Sri Gemilang ini dibuat hanya untuk memancing undi?.Takan bila pilihanraya sudah dekat baru pembinaan dijalankan semula.
Rumah terbengkalai oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd
Saya telah membeli sebuah rumah yang dimajukan oleh Syarikat Sepadan Tegas Sdn Bhd pada tahun 2001. Rumah sepatutnya siap pada tahun 2003, walaupun demikian ia terbengkalai hingga sekarang. Saya telah membayar pinjaman perumahan dari tahun 2003 hingga sekarang. Pada ketika ini pihak pemaju langsung tidak ada memberi maklum balas tentang rancangan penyiapan projek perumahan (Taman Bidara Palma) di Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Saya percaya bahawa mereka senasib dengan saya juga merasa begitu tertekan dan kecewa keran rumah yang diidamkan tidak disiapkan mengikut perjanjian. Dah nak masuk kali ketiga mengundi (PRU) keadaannya masih sama. Kawasan perumahan yang terbengkalai sebahagiannya dah jadi hutan kecil. Sebahagian pembeli pula telah mengam bil inisiatif sendiri menyiapkan rumah idaman dengan perbelanjaan sendiri.





