Kelemahan kemaskini rekod bayaran pinjaman PTPTN

Bila pihak pembangkang mengutuk PTPTN, saya tetap menyebelahi PTPTN kerana PTPTN lah yang telah membantu saya memperolehi ijazah saya. dan bila dapat kerja, terus saya buat potongan gaji kepada PTPTN untuk bayaran balik pinjaman.

Bermula tahun 2006,saya buat potongan gaji dan bila PTPTN nak tukar kepada ujrah, saya rasa lagi menguntungkan dan itu menandakan PTPTN prihatin kepada pemimjam-peminjamnya. Tapi bila PTPTN melalui LHDN hantar surat kepada potongan gaji tempat saya bekerja dan mengatakan hutang pinjaman saya adalah sebanyak baki pinjaman saya tanpa mengambil kira bayaran yang telah saya buat sebelum ini, saya rasa marah sangat.

Saya ambil cuti untuk menguruskan ujrah, hantar borang ujrah ke Damansara Height yang susah dan mahal bayaran parkingnya. tp ini yang saya dapat. bila telefon hotline PTPTN, jawapan yang saya dapat dari pegawai khidmat pelanggan tu mudah je,”Puan boleh buat rayuan”. apa maksud rayuan nie.saya tak bersalah, Bahagian Penguatkuasaan dan Kutipan Balik yang diketuai oleh En Mohd Rusdi bin Ismail sepatutnya peka sebelum menghantar surat untuk potongan gaji.

Penyata hutang dengan arahan potongan gaji sepatutnya sama tp kerana kakitangan yang tak cekap dan terlatih, membuatkan peminjam susah. harap PTPTN tak menunjukkan kelemahan dan mengulangi kesilapan yang sama kerana ianya menyusahkan peminjam. dan saya terpaksa mengambil cuti lagi untuk menguruskan hal yang remeh ini. bayangkan kalau peminjam dari negeri yang jauh.

By: lynn mokhtar

Tidak Mampu Bayar Balik Pinjaman PTPTN

Saya salah seorang pemimjam PTPTN dan berkelulusan dari salah sebuah IPTA di Shah Alam. Graduan macam saya susah dapat  kerja . Kalau dapat kerja pon setakat kerja-kerja yang tidak mendatangkan gaji tinggi yang setimpal dengan kelulusan. Macam mana mahu bayar ptptn kalau gaji cukup makan jer? Kenapa kerajaan dan ptptn tiada mewujudkan satu sistem yang dapat mengenalpasti mana-mana graduan yang menganggur dan akan ditempat pekerjaan mengikut jurusan dan kelulusan masing-masing.

Bayangkan…berapa ramai graduan di luar sana yang ada kerja? Dan adakah mereka mampu untuk membayar balik pinjaman mereka pada waktu yang ditetapkan? Oleh yang demikian, diharap kerajaan kita membantu graduan yang masih menganggur dan belum mendapat pekerjaan tetap.

Jadi PTPTN harus la menerima hakikat kenapa peminjam-peminjam liat untuk membayar balik pinjaman kalau gaji hanya ciput jer.

By: NorAin

Pembayaran balik PTPTN

Saya ingin membuat aduan mengenai pembayaran balik pinjaman PTPTN. Saya membuat pinjaman semasa diploma dan juga ijazah. Sekarang saya sudah bekerja, namun sedia maklum, gaji bagi fresh graduate tidaklah sebegitu tinggi. Saya berniat untuk membayar balik, namun terbantut bila perlu membayar kedua2 pinjaman serentak. Itu adalah sangat membebankan. To be fair, saya rasa PTPTN perlu menukar syarat pembayaran balik.

Memandangkan kami pelajar membuat pinjaman satu persatu, maka pembayaran balik juga seharusnya begitu. Selesaikan pinjaman semasa diploma terlebih dahulu, kemudian pinjaman semasa ijazah. Mungkin ini dapat membantu peminjam lebih bersemangat untuk membayar balik apabila ia tidak membebankan. Saya juga amat kecewa bila scholarship bagi pelajar yang mendapatkan keputusan yang cemerlang dibatalkan untuk sesetengah batch.

Saya mendapat keputusan kelas pertama bagi ijazah pada tahun 2009. Terus terang, saya belajar sehabis baik untuk mendapatkan scholarship tersebut kerana keluarga tidak mampu membiayai pengajian saya. Ia adalah tidak adil. Saya pernah membuat rayuan, namun tiada jawapan. Tetapi saya faham, mungkin ia dibatalkan kerana ramai yang tidak membayar balik. Saya boleh faham situasi itu, namun PTPTN juga perlu mengurangkan beban pembayaran balik.

Mereka harus ingat, kami membuat pinjaman kerana tidak mampu untuk membiayai sendiri. Maka, saya harap idea ini akan dipertimbangkan dan akan membantu peminjam dan juga kerajaan untuk mendapatkan kembali dana tersebut untuk generasi akan datang.

Sekian, terima kasih.

By: Nurul Ayla

Kekeliruan oleh pihak PTPTN

Kepada pihak PTPTN, tolong lah balas email dan beri penerangan yang jelas terhadap cas yang dikenakan kepada saya. Saya sangat kerap membuat panggilan ke PTPTN dan memberi email, tetapi saya masih tidak dapat jawapan kenapa baki pinjaman saya lebih dari penyata online. Saya meminjam RM5000 dan telah membayar hampir RM2000, tetapi baki sebenar yang di emailkan oleh PTPTN adalah RM5400++.

Saya juga sudah kemukakan rayuan untuk perlepasan senarai hitam tetapi da sebulan tiada jawapan. Bila saya telefon, belum lagi diproses. Mana janji PTPTN dimana permohonan akan dibalas selama 7 hari waktu bekerja? Saya da menyatakan yang saya urgent untuk pergi ke luar negara atas urusan kerja, dan kini banyak kerja saya yang tak dapat diselesaikan kerana PTPTN tidak proses permohonan saya.

Ramai lagi yang hanya membayar sekali dua pembayaran balik PTPN tetapi senang ke luar negara bila-bila masa. Tolong lah menjadi lebih efficient dan sistematik dalam menguruskan hal rakyat.

By: Mardiana

Frustrated with PTPTN

I am a frustrated disabled individual who is visually impaired since birth. I am a registered disabled person in Malaysia. In 2006 I went to university at Universiti Teknologi Malaysia and graduated with a Bachelor of Science in Industrial Biology. At the time I obtained a First Class Honours degree with a cGPA of 3.74 when I graduated in 2009.

For my education I took a loan from the National Higher Education Fund and obtained an amount of RM21 000 as an education loan. Since I graduated in 2009 I have been paying my loan amount off diligently at the sum of RM100 per month. My NHEF reference number is 724749. For your information due to my visual impairment I am only able to work at a temporary job at present earning a minimal wage. I have never and currently still do not receive any form of assistance from the Welfare Department.

I was overjoyed when I found out that our Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak had announced that all NHEF graduates would enjoy a waiver of their fees if they obtained a first class honours degree in 2010 onwards. But I have since realized that because I graduated in 2009 I do not fall into this category. I have written for a total of three times so far to the NHEF to ask them whether I could be given consideration to be included in this category, but so far I have not even got any form of response from them. In the mean time I continue to make my on-time payments to NHEF.

I am frustrated and now can only seek help from this avenue of publicizing my plight and hoping that the relevant authorities will take some note of it. I have been struggling to get a permanent job due to my disability but even then at this time I am still living up to my commitments to make my repayments back to the NHEF.

I am terribly disappointed with the NHEF and our government in a sense. The first issue is the fact that it is really odd that just because I graduated in 2009 instead of 2010 I don’t get any form of waiver from NHEF even though I also graduated with a First Class Honours degree. The second issue is that even though I have this visual disability I have been trying my best to live an independent life without merely waiting or relying on some Welfare handouts. So it frustrates me when NHEF and the government seem not to be bothered with at least giving us some help for those among us who are disabled and trying our best to do something worthwhile with our lives.

As a disabled person I understand, some of the things that are very difficult for me to do might be done very easily by an able-bodied person. However I am really sad that despite trying my best to compete on the same level as any able-bodied person, despite managing to get results which is on par, if not better than any able-bodied person; despite all this, I am not given any sort of aid or assistance which many other able-bodied person is getting from the government. Is this too much to ask for?

FRUSTRATED VISUALLY DISABLED GRADUATE

By: Naren Kumar A/L Surendra

Aduan & Cadangan berkenaan PTPTN

Ingin saya meyuarakan ketidakpuasan terhadap PTPTN di mana Ujrah Pentadiran kepada 1% telah diberhentikan. Untuk pengetahuan tuan, berita ini tidak disiarkan dalam Suratkhabar Cina yang terkenal seperti SinChew Daily. Pada masa yang sama, berita yang begitu penting ini tidak disampaikan melalui surat-menyurat ke rumah kami. Lebih-lebih lagi melalui email yang tidak mengenakan sebarang bayaran.

Untuk pengetahuan tuan, kami telah membuat aduan dua kali kepada PTPTN tetapi telah ditolak dengan diberi alasan tempoh permohonan telah tamat. Selama ini saya dengan isteri telah membayar PTPTN secara potongan gaji sejak 4 tahun yang lalu. Di sini ingin saya mengambil kesempatan ini untuk mencadangkan agar mereka yang membayar PTPTN secara konsisten melalui potongan gaji dapat dipertimbangkan plan pembayaran balik tanpa faedah.

By: Chuang KH

Menolak pengecualian bayaran balik yang tidak munasabah!

Saya telah meminjam loan sebanyak RM39000 untuk pengajian sarjana muda saya. Setelah tamat pengajian saya telah melanjutkan pelajaran ke tahap sarjana/masters di University of Southampton, United Kingdom, saya juga telah membuat permohonan untuk scholarship dari JPA. Saya telah membuat permohonan untuk penanguhan bayaran balik selama satu tahun kerana tempoh pengajian saya adalah sepenuh masa untuk 1 tahun.

Kos pengajian and tinggal di UK adalah amat tinggi dan sedang dibiayai oleh bapa saya sehingga saya mendapat maklumbalas dari pihak JPA. Apabila menghubungi pihak ptptn mengenai penolakkan permohonan bayaran balik saya, mereka memberitahu saya bahawa saya tetap harus membayar balik sekiranya tidak mendapat maklumbalas dari pihak JPA berkenaan scholarship saya untuk pengajian sarjana. Jika saya mendapat scholarship, jadi saya tidak perlu bayar balik.

Perkara ini sungguh mengecewakan sebab bapa saya perlu tangung kos saya di UK dan juga membayar balik pinjaman dari ptptn. walaupun diberitahu bahawa saya tidak berkerja dan ditangung sepenuhnya oleh bapa saya, mereka tetap tidak memberi saya pendapat atau cara lain untuk menyelesaikan masalah saya.Hanya kerana sesetengah pihak yang tidak membayar balik pinjaman mereka, kami yang betul-betul memerlukan masa untuk bayar balik tidak diberi peluang. Perkara ini sungguh mengecewakan saya.

Saya berharap pihak ptptn boleh melakukan sesuatu untuk memberi saya lebih masa untuk membayar balik.

By: Anna

Tidak Wajar Potongan Yuran Pengajian Dipotong 2 Sem Sekaligus

Saya ingin membuat aduan mengenai cara pihak Kolej Multimedia Kuala Lumpur (MMC KL) membuat pemotongan daripada PTPTN pelajar. Apa yg saya rasakan tidak wajar disini adalah, mereka membuat potongan secara 2 sem sekaligus, contohnya pembayaran dari PTPTN adalah untuk Sem 3, setiap sem pelajar akan mendapat RM4000.00, sepatutnya kolej hanya boleh memotong RM2260.00 bgi yuran sem 3, dan seharusnya duit lebihan yang berjumlah RM1740.00 adalah duit poket, untuk kegunaan pembayaran yuran asrama serta sara diri pelajar sepanjang tempoh sem tersebut.

Tetapi dalam kes kolej saya ini, mereka membuat potongan untuk sem 4 sekaligus semasa PTPTN membuat pembayaran, sedangkan sem 3 baru sahaja bermula, manakala sem 4 lama lagi akan bermula. Dan jika sem 4 akan bermula, PTPTN akan membuat pembayaran lagi, jika sem 4 telah dibayar melalui potongan dari sem 3, ini bermakna pembayaran semasa sem 4 akan dipotong untuk sem 5 dan sem 6 yang belum nampak bayang lagi.

Bagaimana pula jika ada pelajar yang fail atau berhenti di pertengahan? duit yang dipotong tidak boleh dituntut, dan pelajar yang akan menanggung beban. Rasional atau tidak cara begini? Pihak kolej hanya meninggalkan duit baki sebanyak RM150.00 di dalam akaun pelajar, sedangkan yuran asrama sebulan berjumlah RM200.00, dan adakah cukup duit baki itu untuk pelajar menanggung kos perbelanjaan sepanjang sem tersebut?

Pihak kolej membuat kenyataan bahawa tidak mahu pelajar menggunakan duit PTPTN untuk tujuan yang tidak sepatutnya, tetapi bagaimana pula bagi pelajar yang kurang berkemampuan yang mengharapkan duit pinjaman tersebut untuk membeli kelengkapan belajar seperti lattop, buku dsb.

Pihak kolej juga ada membuat kenyataan bahawa setiap yuran sara diri, yuran asrama dn kelengkapan belajar adalah tanggungjawab keluarga pelajar. Yang saya tahu, PTPTN memberi lebihan pinjaman adalah untuk kegunaan pelajar menyara diri sepanjang pengajian. Apa tujuan kolej memberi kenyataan sebegitu? Bukan semua ibu bapa pelajar berpendapatan tinggi.

Selain itu, pihak kolej memberitahu bahawa lebihan PTPTN akan diberi di akhir sem nanti, saya tidak mahu semasa akhir2 nanti pelajar tidak akan mendapat balik duit lebihan yg berjumlah lebih kurang RM4000.00 setiap seorang, mungkin kolej akan membuat kenyataan ada outstanding lain dh duit lebihan tersebut telah digunakan. Kesudahannya pelajar yang banyak menanggung hutang atas duit yang pelajar sendiri tidak guna. Kalau difikirkan secara logik, adakah kolej snggup mengeluarkan RM4000.00 ++ setiap pelajar di akhir sem nanti, itu baru seorang pelajar, bagaimana pula jika ada 200 pelajar yg akan menuntut duit tersebut dalam satu masa? Sanggup kah mereka mengeluarkan duit beratus ribu. Permainan kolej swasta.

Untuk pengetahuan Aduan Rakyat juga, selepas potongan dibuat, fasiliti di kolej juga banyak berubah. Secara mendadak komputer baru dapat ditukarkan, satu2 komputer berapa ribu pula. Semasa pelajar intake Julai mendaftar, mereka mendapat cenderahati seperti beg, t-shirt, tali nme tag dsb. Agak pelik juga kerana pelajar sebelum ini tidak mendapat kemudahan seperti itu. Dari mana kolej mendapat duit, kalau bukan dari duit yang kononnya dibayar untuk sem seterusnya itu. Maknanya duit kami serta hak kami telah diguna kan serta diambil kesempatan oleh pihak kolej.

Yang saya terkilan, segala perbelanjaan buku dn kelengkapan pelajar ditanggung sendiri, kasihan pada ibu bapa. Anak2 dapat pinjaman, tetapi mereka terpaksa menaggung lagi duit klengkapan.Bagaimana pula nasib pelajar yg kurang berkemampuan, tetapi ada semangat utk belajar? Kerana tidak berkemampuan dn tidak mampu menangung beban, ada pelajar yg telah berhenti disebabkan masalah ini.

Saya, pelajar yang lain, serta ibu bapa pelajar amat terkilan dengan tindakan kolej ini. Tidak salah jika mereka ingin membuat potongan, tetapi cukuplah membuat potongan terhadap satu2 sem sahaja, tidak perlulah ambil duit poket pelajar. PTPTN bagi cukup untuk setiap sem, tidak ada kurangnya. Jadi pihak kolej tidak perlulah merasa takut pelajar tidak membayar yuran.

Saya amat berharap agar aduan ini tidak dipandang sebelah mata sahaja kerana ini membabitkn nasib berapa ribu orang pelajar.

Kerjasama dari pihak Aduan Rakyat amatlah saya hargai.

By: Mardziah Zahari

Masalah Pembiayaan PTPTN

Pertama sekali saya ingin memaklumkan bahawa permohonan pembiayaan PTPTN saya tidak diluluskan dengan sebegitu sahaja. Ia mengambil lebih kurang setahun atau dua semester untuk diluluskan. Ini adalah kerana menurut pihak PTPTN, rekod pembayaran pembiayaan penuh PTPTN saya yang terdahulu belum dikemaskinikan. Tetapi masalah ini telah diselesaikan oleh pihak PTPTN walaupun telah mengambil masa yang agak lama dan saya telah menerima pembiayaan PTPTN pertama saya berjumlah RM8070.00.

Saya berasa amat bersyukur dengan anggapan segala masalah saya telah diselesaikan setelah saya menerima pembiayaan pertama saya tetapi kini kesemua rakan-rakan jurusan saya telah menerima pembiayaan mereka dan saya masih belum menerima sebarang pembiayaan lagi. Tunggakkan yuran kolej saya telah melebihi RM5,200.00 dan pihak kolej saya mendesak supaya masalah ini diselesaikan secepat mungkin.

Pada 02/08/2011 Saya telah pergi terus ke PTPTN Damansara untuk menyelesaikan masalah ini tetapi pihak PTPTN mengatakan cek yang telah dikirimkan kepada saya telah dikreditkan ke Public Bank dan bukan ke CIMB Bank. Menurut Pn. Awanis (Pegawai IPTS – KLIUC) di PTPTN ia merupakan masalah dengan sistem baru mereka. Tetapi pembiayaan pertama saya telah dikreditkan ke CIMB Bank. Saya tidak mengerti bagaimana ia boleh terjadi sebegini kerana jika pembiayaan pertama dikreditkan ke CIMB Bank bagaimana pula pembiayaan seterusnya boleh dikreditkan ke dalam akaun berlainan tanpa pengetahuan saya.  Pn. Awanis berkata akan menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

Pada 08/08/2011 Saya menghubungi Pn. Awanis (Pegawai IPTS – KLIUC) untuk mengetahui kondisi masalah saya tetapi menurutnya dia tidak dapat membuat sebarang tindakan kerana system PTPTN perlu menunjukkan status GAGAL dan selepas itu baru dia boleh mengambil langkah seterusnya.  Walaupun saya telah hadir ke sana dan memberitahu masalah saya tetapi masih tidak ada penyelesaian. Saya berasa sangat hampa dengan maklumbalas pegawai tersebut kerana dengan leka dia mengatakan dia tidak boleh membuat apa-apa kerana status saya belum menunjukkan GAGAL.  Saya juga berasa sangat kecewa kerana untuk mendapatkan pembiayaan PTPTN saya telah pergi ke PTPTN Damansara sebanyak lebih dari 8 kali dan kini setelah menerima pembiayaan pertama masih bermasalah. Bilakah saya akan dapat menjelaskan tunggakkan yuran kolej saya? Pihak kolej saya tidak akan bertolak ansur kerana jumlah tunggakan saya yang agak tinggi.

Saya sangatlah berharap pihak tuan akan dapat mencari penyelesaiaan untuk masalah saya ini. Ayah saya hanya pesara kakitangan kerajaan yang tidak mampu untuk membayar yuran kolej saya. Pembiayaan PTPTN adalah satu-satunya punca untuk saya teruskan pengajian tinggi saya dan saya amatlah berterima kasih kepada pihak PTPTN dan kerajaan untuk usaha dan isentif 1% pembayaran balik pembiayaan. Saya akan terhutang budi kepada pihak tuan jika dapat menyelesaikan masalah saya ini secepat mungkin.

Sekian, terima kasih.

By: VICKNEISAN

Been blacklisted by PTPTN for no reason

I would like lodge a SERIOUS complaint w.r.t to the matter above.

I am very disappointed with the credibility and actions of PTPTN which have caused me a great deal and lost of opportunity. On the 2n July 2011, I was suppose to travel from Singapore to Kuala lumpur on 8pm Tiger Airway’s flight after a job interview. But to my disbelief, when I entered Johor Bahru immigration, I was blocked from entering Singapore and the reason being was, I have been blacklisted by PTPTN for not paying back their loan.

How could this be possible when I AM NOT EVEN A PTPTN LOAN BORROWER inthe first place? I was JPA scholar!

In 2001, I got an offer to pursue my studies in a local university and I took PTPTN loan, but I had to cancel the loan because within 1 semester I managed to get my JPA scholarship. JPA have already paid back the loan that I took for one semester to PTPTN! 5 years later (2006), when I was already working, I received letter from PTPTN accusing me for having debt with them. According to them JPA didn’t clear the full amount and I still have RM300 to pay them back.

Upon receiving this letter, I immediately sent a reply letter to PTPTN attached with my payment evidence, stating all the debt has been paid!

And in 2007, I received another letter from PTPTN for the same reason. On this day, PTPTN proved to me how inefficient a National Fund Corporation could be! This inefficiency is causing precious time and energy not only to me and to all the other ‘victims’ like me! Finally, I have decided to walk straight to the PTPTN booth, which was situated in KL SENTRAL at that time and explained in detail in order to clear this ‘irritating issue’ once and for all. Again I still had a little hope in the employee of PTPTN, who sat there to do their job and help to relieve me from this issue for good. And I also believe I made it very clear like explaining to a 5 year old and acceptable for them, so that this doesn’t happen again.

After that, until now I never received any letter from PTPTN. I believed it was over. No, it is not! PTPTN is still inefficient as it was in 2001, (after 11 years!!) because I was blocked by the immigration on 2nd July from entering Singapore. Why I am saying this is because, I made my trip to Hong Kong on 8th May 2010 I was not blacklisted! I traveled to Singapore on 26 May 2011, I was not blacklisted! But then on 2nd July 2011, I was suddenly blacklisted??? This is really insane and a very disgracing act from a National Fund Corporation. I didn’t know if the data keeping or the management of transaction is so poor, until such incidents can happen.

And to make the matter more infuriating, I was told to come to Putrajaya to settle this issue by the PTPTN employee whom I called to seek for clarification!

I am lecturer and a tax payer, and I have paid all my debts! I am very unhappy with such treatment from PTPTN and this is indeed wasting my time and energy! In fact, because of this black listing, I couldn’t leave the country and missed a lot of opportunities! Can PTPTN get me back this opportunities I lost? Can PTPTN sponsor back all my travel plans? If I was leaving to see my dying relation, can PTPTN bring back the dead once it realizes it mistake? Or if I was leaving for an all paid honeymoon, can PTPTN get me all that back for me?

I wonder how the system works in PTPTN since I have known a few who travel and are still traveling in and out of Malaysia but have not paid a cent to PTPTN yet to settle their loan! Is it some sort of a job scope for PTPTN to leave these people alone, but tortures people like me, who paid their debts?

I had my patience, but not anymore and I cannot tolerate this disorganized manner of operation and treatment from PTPTN! I do not deserve this nonsense.

With that, I request PTPTN to pay SERIOUS ATTENTION to my complaint and ENSURE that proper justification is provided! I want PTPTN to remove me from the blacklist and refund my flight ticket payment IMMEDIATELY!

By: rathi devi athimurthy

Pemotongan duit sara diri (PTPTN) tanpa pengetahuan pelajar

Saya lala (bukan nama sebenar) selaku wakil pelajar usahasama UiTM di KOLEJ SAL JB di senai hendak mengadu tentang kehilangan duit sara diri (ptptn). Saya kini adalah pelajar semester lima.

Perkara ini berlaku bukan pada saya seorang sahaja tetapi rakan-rakan saya yang mengambil pinjaman ptptn juga.kami tidak menerima pinjaman pada semester empat kerana pihak ptptn menyatakan bahawa terdapat sedikit masalah dan akan mendapat duit tersebut tetapi bukan dalam waktu terdekat.

Kini kami sudah berada dalam semester lima dan selepas diberitahu duit pinjaman kami telah masuk dalam akaun kami.Kami menyedari di dalam akaun kami hanya terdapat RM500 sahaja dan kami adalah pelajar subsidi.kira-kira RM3500 duit pinjaman hilang dari akaun kami.

Perkara ini telah diusulkan kepada pihak admin kolej kami tetapi mereka menyatakan bahawa pinjaman kami pada semester empat diuruskan oleh pihak KOLEJ SAL KL dan pihak ptptn juga menyatakan telah memasukkan duit pinjaman kami ke dalam akaun kami.

Saya harap dengan adanya aduan rakyat online ini akan dapat membantu menyelidik tentang kes kami ini.Bantuan aduan rakyat online sangat saya hargai.sekian terima kasih.

 

By: lala

Pegawai PTPTN tidak mendapat latihan secukupnya

Saya amat terkilan dengan pihak PTPTN yang tidak mendapat latihan secukupnya dalam memberi maklumat. Saya telah berhubung dengan pihat PTPTN sudah hampir 3 bulan untuk menyelesaikan masalah senarai hitam. Dalam masa 3 bulan, saya hanya mendapat maklumat yg berlainan dari pegawai yg berlainan dan malah sehingga kini, saya masih belum medapat sebarang feedback dari pihat PTPTN.

Saya benar-benar terkilan, kerana pihak PTPTN hanya tahu menyaman atau menyenarai hitam nama peminjam, tapi apabila perkara ini ingin diselesaikan, pihak PTPTN mengambil perkara ini sambil lewa.

By: Siti Rahayu

Tidak mendapat bayaran PTPTN

Saya merupakan pelajar Master sebuah universiti awam tempatan yang melaksanakan sistem 3 semester dalam satu tahun yang mula dikuatkuasakan pada tahun julai 2010. Saya mengadu ini untuk mewakili diri saya dan juga rakan-rakan yang lain yang mendapat pinjaman PTPTN untuk pembiayaan pembelajaran peringkat ijazah sarjana ini.

Masalah kami bermula apabila pihak universiti telah menukar sistem semester iaitu dari dua semester satu tahun kepada tiga semester satu tahun. Apa yang mendukacitakan kami ialah, setiap kali bermulanya semester baru, bayaran PTPTN pasti lambat diperolehi dan tempoh atau waktu kami mendapat bayaran sama dengan pelajar Ijazah sarjana muda dan juga diploma sedangkan tempoh pembelajaran atau kelas kami adalah tidak sama dengan mereka dan yang terbaru ialah pada semester akhir kami, iaitu pada kemasukan atau semester yang bermula pada mac 2011, kami tidak mendapat bayaran dari pihak PTPTN.

Hal ini kerana, pihak universiti tidak menghantar status kami kepada pihak PTPTN di mana status ini penting bagi pihak PTPTN untuk mengenalpasti samada pelajar ini masih lagi belajar ataupun tidak. Alasan pihak pentadbiran universiti adalah, pihak PTPTN hanya membuat pembayaran sebanyak 2 kali sahaja dalam setahun.

Masalah kami bertambah rumit apabila kami, pelajar-pelajar dimarahi oleh pegawai pentadbiran universiti kami apabila mengadukan masalah ini tadi. Apa yang mendukacitakan kami lagi ialah, bagaimana pihak universiti boleh menukar sistem 2 semester kepada 3 semester satu tahun dan tidak selaras dengan pihak-pihak yang berkaitan seperti PTPTN.

Kami juga difahamkan bahawa, sistem ini tidak selaras dengan Kementerian Pengajian Tinggi atau lebih tepat dikatakan tidak diketahui oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi. Bagaimana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia? Mengenai bagaimana kami membayar yuran tanpa wang PTPTN untuk semester akhir? Ada di antara kami yang terpaksa meminjam dari saudara mara malah ada yang terpaksa berhutang dengan individu tertentu untuk membayar yuran. Hal ini kerana, jika kami tidak membayar yuran, maka kami akan disenaraikan sebagai tidak aktif sedangkan kami telah berada pada semester akhir. Kakitangan atau pihak pentadbiran universiti memberi alasan dan beranggapan bahawa semua pelajar ijazah sarjana atau master berkemampuan. Masalahnya, jika kami berkemampuan, tidaklah kami meminjam dari PTPTN.

Bantulah kami agar kami tidak terhimpit dengan masalah kewangan sedangkan pembiayaan dari PTPTN kami rasakan sangat mencukupi untuk kami berbelanja untuk makan, minum dan juga membuat penyelidikan bagi pelajar yang berada dalam semester akhir. Dan sehingga ke hari kami membuat aduan ini, masih lagi belum ada tindakan penyelesaian dari pihak universiti kami. Dan kami kini telah berada pada bulan terakhir dalam semester akhir dan kebanyakkan pelajar merungut dan bimbang terutama apabila memikirkan tentang hutang yang perlu dibayar apabila berkahirnya semester ini.

Minta pihak Aduan Rakyat dapat menyelidik dan membantu menyelesaikan masalah ini bagi pihak kami yang merupakan pelajar yang teraniaya dan juga rakyat Malaysia yang dianiaya oleh pihak Universiti.

By: Muhamad Sufiyan