Meragui status halal produk A1 Mee Bak Kut Teh

Saya seperti nama diatas berasa ragu dengan status hahal bagi produk A1 mee bak kut teh yanh tertera logo halal jakim dan sedang bebas dijual dipasaraya NSK sentosa Klang selangor. saya berharap pihak JAKIM/tuan memberi maklum balas berkenaan status berkenaan.

Jika ianya halal, kenapa ianya tidak memaparkan tanda bebas babi atau free pork. yang setahu saya produk bak kut teh adalah resepi dari bangsa china yang mengandungi campuran babi sebagai perisa produk berkenaan. tetapi bila melihat produk berkenaan di NSK sentosa Klang saya mula berasa ragu-ragu dan pelik.

Jika pihak pasaraya NSK melakukan kesalah menjual produk berkenaan diharap akan dikenakan tindakan kerana ini amat menjatuhkan imej bagi kaum muslim yang tidak tau menau tentang produk berkenaan. ini kerana tidak patut perkara ini berulang kembali melibatkan pasaraya NSK.

sekian,
terima kasih.

By: mohammad redho

JUSCO: Promosi Harga Lain, Resit Harga Lain

Pada 29.11.2013 saya dan isteri telah pergi ke Jusco (AEON) Tebrau ,Johor Bahru dalam anggaran pukul 12.30 tengahari. Apabila sampai diruang legar berhadapan dengan Pasaraya Jusco(AEON), Kami dapati ada promosi Susu Isomil Plus 85 dan kami diberitahu bahawa ada promosi yang dijalan dengan pihak mereka. Harga yang ditawarkan adalah RM66.50 , kami amat tertarik dengan promosi yang ditawarkan dan kami pergi kejuruwang dan terus membayar dengan RM66.50 . Apa yang memeranjatkan kami dapati bahawa harga Susu tersebut adalah RM73.30 dan RM66.50 adalah untuk pemegang Kad Ahli AEON sahaja. Kami bukanlah pemegang Kad Ahli AEON.

Apa yang menjadi kemuskilan kami, tiada tertulis harga promosi untuk ahli dan bukan ahli pada rak susu tersebut. Kami terus bertanya kepada promoter yang menawarkan harga promosi kepada kami. Promoter tersebut tidak dapat memberi alasan dan promoter tersebut memberi Kad Ahli untuk kami menggunakannya tetapi kami dihalang oleh salah seorang Juruwang atau pekerja pasaraya tersebut. Dengan nada yang agak tinggi beliau berkata Sekiranya kami mengunakan kad ahli promoter tersebut pihak Jusco (AEON) akan menyaman promoter tersebut. Dengan rasa kecil hati kami dengan tindakkan pekerja pasaraya tersebut. Kami terus membeli dengan Harga RM73.30 kerana kami amat memerlukan susu tersebut.

Kami juga akan membuat aduan kepada Jabatan yang bertanggungjawab tentang apa yang terjadi pada kami dan berharap pihak Jusco(AEON) tidak mempermainkan harga promosi dan lebih berhemah ketika menjalan tugas.Bersama-sama ini saya lampirkan Bukti pembelian dan gambar yang berkaitan.

Bukti pembelian dan gambar produk bersama harga masih dalam simpanan kami.

Sekian,
SLB

By: saiful

Tanda harga menipu di Tesco Rawang

Harga yang dipaparkan pada rak lain, harga di kaunter sewaktu bayar lain. Produk:  Langsir Mallory 8ft – harga rak: RM47.80 (bayar RM159.00), Langsir Mallory 2 panel : RM23.80 (bayar: RM79.90)

Bila kami tanya, kata pekerja di Tesco tu, kemungkinan harga yang tertera pada rak itu MUNGKIN salah. Itu sahaja.

Bila kami periksa rak itu semula, ambil gambar dan sebagainya, tiada langsung tanda harga RM179.00 atau RM79.90 pada bahagian rak tersebut.  Barang yg terletak dengan tanda harga yang murah tersebut memang langsir jenama Mallory, dengan spesifikasi yg sama dengan harga yang tertera.  Siap ada tarikh tamat promosi – 5/1/2014

Mungkin dalam sistem tak update?  Do something, Tesco.  Inin dah kes MENGANAIYA pelanggan ni.

By: Syahril Hanaz

Kes Penipuan barangan AOWA dari Syarikat ANZATEC

Pada 13 Januari 2013 di Giant Batu Caves Selangor, saya bersama anak keluar dari pintu hypermarket tersebut untuk menuju ke kedai buku berhampiran. Dalam perjalanan, saya disapa oleh seorang gadis yang pada awalnya saya tidak ketahui identitinya sebagai seorang wakil penjual, mengajak saya untuk mengisi boring kajian/tinjauan tentang alam sekitar. Sebagai balasan, saya ditawarkan satu beg kitar semula (shopping bag) berwarna hijau bertulis Barnes and Nobles. Bukan kerana tertarik semata-mata dengan beg itu tetapi lebih kepada ingin bekerjasama dengan kajian mereka, sayapun menurut. Jika saya ketahui awal-awal identiti dan tujuan mereka sudah tentulah saya tolak. Setibanya di petak jualan mereka, saya diyakinkan hanya perlu mendengar sambil mengisi borang kajian dan tidak perlu membuat apa-apa pembelian.

Pada ketika itu, saya mula sedar saya telah diumpan oleh kumpulan penjual tetapi kerana tidak ingin bercakap kasar dan hanya ingin memenuhi borang yang diberikan, saya akur. Sambil mengisi borang tersebut, saya ditanya bermacam-macam soalan seperti ‘adakah saya tahu kebaikan jenama dan produk mereka dan impak kepada alam sekitar’, ‘adakah barang mereka mahal’ dan pelbagai lagi. Setelah siap borang diisi, saya ditanya jika saya diberi pilihan, tiga barang manakah yang ingin saya miliki dari produk-produk mereka. Antara produk-produk mereka yang saya perasan:

  • Microwave
  • Induction Cooker
  • Water Filter Energy System
  • Water Filter Vacuum
  • Rice cooker

Secara jujur saya memang tidak mahu membeli barangan mereka kerana pada pendapat saya harganya agak mahal dengan jenama yang masih tidak dikenali itu. Hal itu saya nyatakan kepada penjual-penjual tersebut, tetapi dengan taktik mereka, mereka masih mempunyai hujah yang barang-barang mereka itu dijual dengan harga yang murah. Lebih-lebih lagi mereka menawarkan penurunan harga yang melampau dan pada saya tidak munasabah; dari lebih kurang RM6,000 kepada RM2,000 sahaja untuk pembelian 3 barang yang jelas sekali barang murahan dari China. Tidak mahu bergaduh, saya terangkan yang saya mungkin takkan membeli hari ini, kerana saya nak berbincang dengan emak saya di kampung dahulu memandangkan saya memang berniat menghadiahkan penapis air kepada emak.

Namun, penjual-penjual tersebut seperti tidak ingin melepaskan saya pergi, saya ditawarkan pula ansuran bulanan dan melalui kad-kad bank. Pada tahap ini, saya sudah mula hampir hilang sabar dan terus menolak. Mereka nampak terdesak bila melihat saya seperti tak makan umpan mereka , penjual yang ‘berpromosi’ dengan saya nampak sedikit marah kerana mungkin sebab saya ‘tak makan saman’. Akhirnya mereka seperti memaksa saya membayar duit deposit RM50 yang saya DIJANJIKAN SECARA MULUT dan ditulis secara umum pada resit bayaran, boleh dipulangkan pada bila-bila masa seumur hidup jika saya ingin batalkan pembelian/tempahan saya. Memang salah saya waktu itu saya tandatangan tanpa baca dahulu keseluruhan syarat-syarat yang dikenakan. Memang tertera di situ, wang deposit tidak akan dikembalikan jika belian dibatalkan, tetapi terdapat syarat lain seperti barang tempahan dianggap lupus jika baki bayaran tidak dibuat dalam tempoh masa 3 bulan yang mana syarat itu dibatalkan oleh penjual tersebut, jadi saya diberi peluang seumur hidup untuk menjelaskan bayaran tersebut.

Lebih kurang seminggu selepas itu, saya kembali bersama suami untuk menuntut semula wang deposit. Saya bercakap dengan penjual yang lain dari yang saya jumpa sebelumnya. Menurut dia, saya hanya boleh dapatkan duit itu pada hari bekerja sebelum pukul 6 petang dan perlu datang semula pada hari bekerja sebelum 6 petang. Pada 31 Januari (lebih kurang seminggu selepas itu) saya kembali pada waktu yang bersesuaian dan bercakap dengan gadis yang menyapa saya pada hari pertama itu. Katanya, memang duit saya kira hapus sebab kalau saya nak tuntut semula duit deposit itu, hanya boleh dibuat dalam hari yang sama bayaran dibuat, satu syarat baru yang amat tidak lojik jika mahu menjanjikan deposit dipulang semula. Saya mula naik angin dan minta penjelasan lanjut. Menurut dia, duit saya hanya akan diganti dengan sejenis barang mereka yang saya kurang kenal pasti (seperti termos) yang nilainya menurut mereka RM199. Saya beritahu barang itu tak bernilaipun bagi saya sebab saya tidak ada keperluan untuk itu. Tak cukup dengan itu, saya diminta untuk menghabiskan lagi masa dan duit minyak untuk kembali semula sekali lagi pada hari lain kerana van yang kononnya tempat termos itu disimpan dibawa ‘bos’ mereka ke tempat lain ketika itu. Kemudian suami saya masuk campur dan menyuruh mereka hantar sendiri barang tersebut ke rumah (rumah kami tak jauh dari situ) kerana tidak mahu membuang masa dan minyak berulang kali datang ke tempat itu sedangkan alasan mereka sentiasa berubah-ubah. Namun, sampai ke hari ini kami masih tidak dihubungi oleh mereka.

Di rumah, saya membuat carian internet dan dapati rupa-rupanya saya bukan mangsa pertama, malah ada lagi yang lebih teruk ditipu dengan jumlah wang yang banyak melibatkan jurujual produk jenama sama. Malah ada lagi kes seumpama ini di negara jiran Indonesia. Ini link-link yang berkaitan:

Pada mulanya saya ingin kemukakan hal ini ke Tribunal Pengguna. Memandangkan tribunal memaklumkan hanya boleh kembalikan sahaja wang RM50 itu tetapi tidak boleh mendedahkan nama syarikat tersebut, ia tidak menyampaikan tujuan saya yang mahu masyarakat tahu tentang kaedah penipuan ini dan nama syarikat itu (juga penjual-penjual tersebut) agar rakyat boleh menjauhkan diri sementara pihak berkuasa boleh mengambil tindakan sewajarnya. Bagi saya, melihatkan kes-kes/aduan-aduan yang tersebar di internet yang bukan sahaja di Malaysia tetapi sampai ke negara jiran sudah cukup membuktikan syarikat dan jenama terbabit harus disiasat dan diambil tindakan segera. Jika tidak, memang jelaslah pihak mereka ada ‘kabel’ dengan pihak berkuasa. Bayangkan kes-kes yang kita ketahui hanyalah melalui internet, bagaimana pula dengan mereka yang masih tidak ada ‘online’ akses untuk mengetahui hal-hal seperti ini, atau ‘worst case scenario’ golongan-golongan tua dan kurang berpelajaran ditipu duit simpanan mereka oleh syarikat yang tidak bertanggungjawab seperti ini. Saya juga pernah menimbangkan untuk membuat laporan polis sebelum dedahkan perkara ini di media tetapi khuatir jika kumpulan ini mempunyai kaitan dengan samseng dan gangster sehingga boleh mengancam keluarga saya. Oleh itu, saya menghantar kisah ini sebagai rujukan untuk pihak berwajib serta mampu menyebarkan kisah penipuan ini kepada semua rakyat dengan segera.

Kiraan mudah, jika mereka mampu menipu seorang pembeli sudah mendapat sehingga RM6,000 atau lebih, tiga mangsa seminggu sudah dapat membolot RM18,000 atau lebih. Jika dalam kes saya, deposit RM50 seorang, jika tiga orang sehari sudah RM150 atau lebih RM1,000 seminggu tanpa perlu menyerahkan sebarang barangan. Apabila pelanggan datang menuntut kembali deposit, konon mahu ganti dengan barang tetapi barang itu pula di tempat lain dan mangsa perlu datang kembali hari lain. Dengan sifat rakyat Malaysia khususnya orang Melayu yang rata-rata tidak suka membuang masa atau menyusahkan diri, tambahan pula untuk jumlah deposit yang agak kecil, akhirnya kumpulan penipu ini mendapat duit percuma hampir setiap hari dengan hanya menjual air liur. Ini tiada bezanya dengan skim cepat kaya, skim piramid, gores dan menang atau mana-mana cara penipuan yang menjadikan penjenayah-penjenayah ini jutawan segera, memudahkan lagi mereka membuat penipuan lebih besar kelak.

Saya berharap kisah ini dapat dikongsi dengan seramai mungkin rakyat Malaysia dan bagi media atau pihak yang mampu menyiasat dan mendedahkannya, tolonglah lakukan dengan segera agar tiada lagi antara kita menjadi mangsa. Bukan sahaja pihak berkuasa perlu bertindak, pihak pasar raya yang menyewakan tapak juga sepatutnya lebih bertanggungjawab dan menyiasat latar belakang penyewa agar pelanggan mereka tidak menjadi mangsa, seterusnya mencalit arang ke muka pemilik pasar raya itu sendiri. Di mana-mana pasar raya kini begitu mudah kumpulan penjenayah ini menapak, menahan orang ramai dengan hadiah picisan dan pamplet sebelum ‘memukau’ dengan bermacam taktik dan ayat menggoda. Ini sudah menjadi isu besar dan perlu tindakan segera. Walaupun kisah saya tidak seteruk mereka yang ditipu ribuan ringgit, diharap cukup untuk mengukuhkan harapan agar media, pihak berkuasa dan masyarakat setempat bersatu mengekang dan menghapuskan taktik penipuan di tempat-tempat kita membeli barang keperluan mahupun tempat membawa keluarga bersiar.

Terima Kasih,

By: Siti Seri Gombak

Barangan Kulit Babi di Holiday Plaza JB

Saya ingin memohon Jabatan Agama Islam Johor Bahru untuk membuat pemantauan di pusat beli belah Holiday Plaza Johor Bahru dimana terdapat banyak barangan berupa ”IPad Cover” berasaskan kulit babi dijual tanpa pengatahuan pelanggan.

Ini berlaku kepada saya dimana didapati bahagian kulit dalam cover tersebut disaluti kulit yang mempunyai ”bintik-bintik tiga” yang disyakin KULIT BABI. Saya hanya menyedarinya apabila ditegur rakan yang berminat dengan IPad Cover tersebut.

Apabila pemeriksaan semula dilakukan di kedai barangan accessories tablet dan telefon di Holiday Plaza, amat mengejutkan apabila bukan hanya satu jenis yang berasaskan kulit babi, tetapi terdapat beberapa jenis yang lain juga berasaskan kulit babi.

Diharap pihak Jabatan Agama Islam Johor dapat melakukan pemeriksaan susulan dan mencegahnya daripada berulang kepada pengguna beragama islam yang lain.

By: Fairuz

Penipuan kontrak Linguaphone

Saya salah seorang pelajar IPT Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Pada tahun lepas iaitu 18 oktober 2011 , saya telah dipaksa dan diajak oleh penjual Linguaphone untuk mendengar tentang penerangan produk pembelajaran bahasa Inggeris mereka. Pada mulanya saya tidak mahu dan ingin menolak untuk menandatangani kontrak dan membeli produk tersebut dengan harga RM 2,389 dengan ansuran bulanan RM110 . Saya telah membayar deposit sebanyak RM 299.

Semasa pembelian, sya disuruh menandatangani kotrak pembelian tanpa menyuruh dan memberi saya membaca syarat-syarat pembelian produk terlebih dahulu. Saya dan beberapa rakan pelajar yang lain telah terjerat dengan kata-kata manis penjual. Mereka juga enggan apabila saya mengatakan bahawa saya ingin memberitahu ibu bapa terlebih dahulu dan penjual tersebut mengatakan ”ala adik, adik beli ni pun untuk adik juga, tak kan la mak bapak adik tak nak tengok adik berjaya, itu bukan ibu bapa namanya”. Medengar kata-kata penjual saya merasa amat tertekan sehingga tidak tahu ingin berbuat apa. Selepas menandatngani kotrak barulah saya diberitahu oleh penjual bahawa setiap pembelian yang dibuat tidak boleh dipulangkan. Saya berkeras untuk memulangkan produk pada hari itu namun mereka tidak mahu sehingga ada salah seorang kawan saya juga berkeras untuk membantu saya.

Penjual tersebut memberitahu dia akan cuba membantu saya untuk membatalkan n memulangkan semula produk tersebut namun setelah beberapa hari saya cuba menghubunginya, tiada jawapan dan penjual berdiam diri. Pihak linguaphone berkali-kali menghubungi saya meminta untuk membuat bayaran. Saya bingung kerana baru saya tahu Produk Linguaphone telah menjerat ramai pelajar IPT khususnya pelajar kemasukan baru. Mereka mengatakan bahawa surat tindakan akan dihantar dan nama saya akan di ”BLACKLIST” sekiranya saya tidak membuat bayaran. Mereka mengatakan mengapa saya tidak menghubungi office sekiranya hendak membuat pembatalan. Bagaimana saya tahu akan hal itu sedangkan saya sendiri tidak diberitahu tentang perkara itu dan penjual juga hanya berdiam diri.

Baru-baru ini saya telah membuat bayaran tunggakan selama 13 bulan sebanyak RM 1430. Saya merasa amat tertipu dengan cara penjual menarik pelanggan untuk membeli produk mereka. Mereka memakai unsur pujuk dorong bagi mengaburi mata pelanggan supaya membeli produk mereka. Baru-baru ini juga ramai pelajar baru di Kampus saya telah membeli produk Linguaphone dan Pihak Jwatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) sedang mengusahakan untuk menyelesaikan masalah tersebut. Setelah saya mencari pelbagai maklumat mengenai produk Linguaphone di Internet, baru lah saya tahu bahawa produk ini telah menipu dan ramai pelajar IPT yang telah membuat tuntutan terhadap produk ini.

By: Faridah Binti Salihan

Masalah pembelian di Lazada Malaysia

Selama ini, saya banyak menggunakan internet untuk membeli barang. semuanya tidak menjadi masalah malah pesanan saya dari china dan hong kong sampai ke rumah tepat pada 14 hari. untuk pesanan dalam Malaysia dalam 7 hari mesti sampai. tetapi baru-baru ini bulan julai saya telah membeli satu barangan di Lazada Malaysia, dan akibatnya, sampai sekarang masih belum mendapat barang tersebut. Walaupun barang itu tidak semahal mana, tetapi kalau ramai yang kena, banyak duit yang rugi dengan mereka. selepas menunggu sebulan dan maklum balas mereka hanyalah item masih “pending” selepas setiap hari ditanya pun item masih “pending”. saya tidak faham apa maksudnya kata pending. sebab mereka tidak bagi tahu pending sebab apa.

Akhirnya saya meminta untuk batalkan pesanan dan minta untuk bayar balik jumlah yang telah saya bayar, sehingga hari ini, dekat 1 minggu, tiada apa-apa jawapan daripada mereka, seolah-olah tidak mahu mempedulikan permintaan saya.

Jadi di sini, saya tidak kata untuk menghalang, tetapi cuba elakkan daripada membeli daripada mereka walaupun harga mereka memang menarik, tetapi kemungkinan besar 80-90% anda mungkin akan jadi salah seorang mangsa penipuan mereka. ada yang bila dihantar barang itu, jumlahnya kurang, ada yang terpakai, ada yang rosak, dan pegawai khidmat pelanggan mereka sangat tidak sopan. mereka juga pernah sekali tersilap menyamar sebagai pembeli tetapi masih menggunakan id lazada malaysia dan marah pembeli-pembeli lain yang buat aduan itu bodoh. Saya akhirnya telah membuat laporan ke tribunal pengguna dan menunggu tindakan yang selanjutnya daripada pihak berkuasa.

By: Kien

Penipuan Linguaphone

Pada awal 2003, saya bekerja dengan syarikat Linguaphone, Pada awalnya, mereka mengatakan jawatan kami adalah sebagai Inspektor Bahasa (Language Inspector) tugas kami untuk menerangkan kelebihan belajar bahasa asing. namun, setelah bekerja barulah kami tahu sebenarnya kami ini adalah jurujual (salesman) yang perlu bergerak ke sana ke mari menjual produk mereka, set belajar bahasa, Yang mahal tidak terhingga dan tidak langsung padan dengan produknya.

Tidak sampai sebulan, saya telah berhenti kerana merasa tertipu, dan melanjutkan pelajaran. Setelah setahun berlalu, saya tiba-tiba menerima surat daripada lawyer yang menuntut bayaran rm1500 dari Linguaphone bagi produk set bahasa yang mereka jual. Saya lantas mendapatkan penjelasan mengenai pembelian yang tidak pernah sy buat. Setelah berbincang, seorang pengurus besar mereka menunjukkan borang pembelian yang berlampir Kad Pengenalan saya. Beliau mengatakan ini adalah bukti pembelian saya.Setelah diteliti, ternyata itu adalah satu penipuan kerana tandatangan saya telah dipalsukan, Tetapi Pengurus itu meminta hal itu diselesaikan begitu sahaja, dimana saya tidak perlu membayar apa-apa dan beliau membatalkan pembelian saya.

Percaya dengan janji tersebut, saya menganggap hal itu telah selesai.

Namun, setelah 9 tahun berlalu, saya membuat pinjaman kereta dan pinjaman itu telah lulus namun ditolak kerana nama saya telah disenaraikan di CTOS. Saya pelik kerana saya tidak pernah berhutang. Setelah diperiksa, pihak bank memberitahu nama saya telah di blacklistkan oleh CTOS. Saya terus ke CTOS mendapatkan kepastian dan ternyata mmg benar.

Dan sekarang saya sedang meneliti hal ini untuk membawa ke muka pengadilan. Saya telah pun berhubung dengan Pihak Linguaphone bg hal ini kerana CTOS memberitahu, hanya Linguaphone yg boleh menarik balik tindakan blacklist itu. Mereka (Linugaphone) telah berjanji akan menyelesaikan hal ini secepat mungkin. Namun, saya tidak percaya dengan kata-kata mereka dan kini sedang menimbang untuk ke Tribunal Tuntutan dan Biro Pengaduan Awam. Cuma laporan polis yg ditunda kerana saya sukar mendapat cuti.

Apa pendapat anda, jenis tindakan apa dan kepada siapa harus saya bawa kes ini. Saya sudah dapat melihat yang saya takkan dapat membeli apa-apa pun sekarang ni, memandangkan saya membuat pinjaman untuk membeli kereta kerana keperluan kerja dan perlu mendapatkan dengan kadar segera. Namun hal ini kelihatan sengaja di lengahkan oleh pihak mereka.

Jadi apakah cara bg saya untuk menuntut sekaligus kerugian dari segi masa dan kos dan juga peluang, kerana hal ini telah menjejaskan kerjaya saya. dan kepada Pihak mana kah sesuai untuk saya ajukan aduan saya. tq

By: Shamz

Kalimah Allah di bawah tapak kasut

Assallammualaikum wbt,

Di minta agar pihak JAKIM atau yg berkenaan segara membuat siasatan segera keatas sebuah kedai kasot yg beralamat di : KISSMO@AEON AU2, F63 1Floor AEON Jesco AU2, Setiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, bersebelahan kedai Al-Ikhsan yg saya dapati terdapat salah satu jenama kasot didalam kedai tersebut telah mempersendakan atau memperlekehkan atau lebih tepat dikatakan telah menghina ayat atau kalimah suci ALLAH di bawah tapak kasot tersebut.

Difahamkan kasot tersebut adalah keluaran dari negara jiran kita iaitu THAILAND, yang kita sedia maklum sebelum ini juga negara Thailand telah mempunyai rekod yang berkaitan penghinaan kalimah suci ALLAH yang digunakan pada produk keluaran mereka tetapi telah disekat pengedaran nya.

Saya sebagai pengguna sekaligus sebagai umat islam merasa kan hal sebegini tidak seharusnya di diamkan dan harus diambil tahu oleh pihak JAKIM kerana ia melibat kan kalimah suci ALLAH. amat sedih jika sekiranya tiada tindakan susulan dibuat selepas email ini dihantar.

Mohon kerjasama pihak berwajib agar menyiasat akan hal ini dan mengambil tindakan yang wajar terhadap pengedar produk tersebut!

DEMI MARUAH ISLAM!

Pn Ayu, Subang.

By: Pn Ayu

Bekalan Minyaak Masak dicatu

Saya merupakan anak peneroka Felda yang dilahirkan di dalam suasana kebun kelapa sawit yang damai dan tenang. Apabila FELDA disenaraikan di Bursa Saham. Saya amat berbangga menjadi generasi Felda yang mengecapi nikmatnya.

Namun apa yang paling mengecewakan apabila saya ke pasaraya berdekatan dengan Felda Bukit Goh yang permai. Saya mendapati minyak masak dari hasil sawit tiada dijual dalam botol 2 kilogram mahupun 5 kilogram. Hanya terdapat minyak import seperti minyak masak bunga matahari, minyak jagung dan minyak zaiton yang saya fikir tiada sesiapa yang sanggup memasak atau menggoreng ikan dengan minyak tersebut.

Saya berbangga kerana Malaysia merupakan antara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di dunia. namun mengapa minyak masak daripada kelapa sawit harus dicatu. setiap pembeli hanya dibenarkan membeli 2 kilo  atau 2 paket setiap pelanggan sahaja.

Adakah sememangnya bekalan minyak sawit telah kehabisan bagi mendapatkan modal bagi penyenaraian IPO FELDA ataupun terdapat komplot dari para peniaga untuk menyimpan bekalan bagi menaikan harga minyak masak kepala sawit? Kerana apabila FELDA kini bertaraf duniam maka harga juga harus bertaraf dunia?

By: Khairul Ashinar

Enjin Proton Preve bocor kurang sebulan

Saya merupakan seorang pemilik kereta Proton Preve. Kereta saya baru berusia kurang dari 1 bulan. Saya rasa tertipu bila membeli kereta buatan negara kerana kereta yang diserahkan kepada saya mengalami kebocoran di bahagian engine.

Sepatutnya perkara ini tidak patut berlaku sekiranya ada pengawasan yang lebih terliti dari pihak proton dan sepatutnya ianya tidak diserahkan kepada saya jikalau mengalami kerosakan. Lebih dikesalkan lagi ketika proses pembaikan dilakukan pihak service center menyatakan ada kecuaian ketika proses pemasangan dilakukan dikilang.

Engine saya terpaksa dikeluarkan perkara ini boleh disifatkan ianya sudah tiada nilai jikalau perkara ini berlaku, dan sekiranya proses pembaikan selesai engine saya tidak boleh diuji seperti mana ianya diuji dikilang. Malah mereka menyatakan “kalau ada apa apa encik datang balik sini”

Sepanjang perkara ini berlaku tiada mana mana pihak dari proton menghubungi saya untuk membantu saya dan menyelesaikan masalah saya,saya terpaksa bersusah ketika ketiadaan kereta,terpaksa mengambil cuti untuk tujuan tersebut saya juga telah tawar hari dimana saya telah berbelanja besar dan menanggung beban hutang yg panjang sedangkan pada hakikatnya kereta saya dah rosak dan sudah tidak elok lagi.

Saya mengharapkan agar proton menghubungi saya dan mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan saya ini. Janganlah bersikap lepas tangan dan melepaskan batuk ditangga. Saya mengikut seruan mengunakan barang tempatan sedangkan kualiti dan khidmat diabaikan.

By: shaiful

Linguaphone mendesak dan memaksa pelajar IPT

Saya pelajar dari IPTA, aduan yang ingin saya utarakan berkenaan produk Linguaphone. Pada hujung tahun yang lalu, saya dan rakan dipanggil oleh jurujual daripada linguaphone yang menyatakan ingin membuat sedikit kaji selidik, namun begitu sebaliknya yang terjadi.

Mereka menawarkan produk tersebut kepada kami walaupun saya dan rakan menolak untuk membeli produk berkenaan, jurujual tersebut berusaha memujuk dan menjanjikan kata-kata manis kepada kami. Seterusnya mereka mendesak kami untuk membeli apabila kami berkeras untuk tidak membeli produk itu. Yang lebih teruk lagi, jurujual tersebut memaksa rakan saya untuk meminjam wang saya bagi membayar wang pendahuluan produk tersebut apabila rakan saya menyatakan dia tiada wang untuk membeli produk tersebut.

Akhirnya, kami di minta menandatangani borang perjanjian dan setelah perjanjian termeterai barulah mereka membacakan syarat-syarat perjanjian kepada kami. Sekarang, syarikat  berkenan tidak putus-putus menghubungi saya untuk menjelaskan bayaran bulanan produk berkenaan yang pada asalnya mereka membolehkan kami semua untuk membayarnya pada bila-bila masa jika mempunyai wang. Justeru itu, saya berasa amat tertekan apabila didesak sedemikian kerana masih belajar dan tiada sumber pendapat untuk menjelaskan bayaran berkenaan.

By: fatihah

Kes Penipuan Harga Produk Jenama AOWA

Begini ceritanya, saya keluarga nak bungkus KFC kat ECM Kuantan dan tiba-tiba datang dua orang promoter Aowa menegur dan menghulurkan beg bimbit hijau dan membawa saya ke tempat barangan Aowa untuk mengisi satu borang contest untuk rekacipta slogan bagi menyokong bumi hijau.

Blm sempat untuk jawab kat ruang reka slogan, promoter itu terus menghulurkan beg tadi kononnya dalam tu ada cupon voucher. Dan meminta saya membuka tiket itu pada masa itu juga. Tiket saya telah memenangi tiga jenis barangan Aowa yang berharga RM4000 ke atas dan baucer RM1999

Promoter-promoter tersebut menunjukkan gaya terkejut dan mengatakan mana ada hadiah macam ini.. xpenah tgok lagi copun mcm nie. seolah-olah terkejut dengan apa yang saya dapat dan mengatakan tiket itu tersalah cetak oleh majikan mereka… dengan rasa kehairanan mereka pun menelefon bos mereka di HQ , dan memberitahu macam mana kupon itu mengandungi 3 barang besar dan keluaran terkini secara percuma.

Promoter itu terus beri h/p itu kepada saya. Bos dalam telepon itu minta no.siri tiket yang saya, nama barangan yang saya menang dan tanya sama ada saya ada kaitan dengan salah seorang promoter di situ sehingga saya dapat tiket tersebut. Bos mereka kata, kamu lah yang paling betuah, kemudian talian saya paskan semula kepada stafnya dan bos mereka mengatakan kupon yang serupa demikian dicetak hanya 20keping dalam Malaysia.

Promoter tersebut menyatakan sayalah orang paling bertuah kerana telah memenangi hadiah tersebut. Semua promoter datang bersalam-salaman sambil mengucapkan tahniah. Untuk mereka mempengaruhi saya ialah, mereka siap angkut barangan itu ke depan saya..mana tidak rasa teruja tengok barangan itu bakal kita punya. Siap bergambar dan bersorak, riuh kedai tue ms tue.

Salah seorang siap menerangkan cara-cara penggunaan barangan tersebut.Oleh kerana saya memenangi hadiah yang besar dan telah membeli kononnya barangan mereka, seorang promoter menelefon bos mereka di HQ. Sekali lagi telefon itu dipasingkan kepada saya dan bos itu meminta saya nyatakan barangan yang saya beli dan bos itu terus bagi tahu point saya telah mencacah 6800 yang layak lagi memenagi hadiah.

Mereka beritahu kalo saya dapat 10,000 point akan dapat barangan lain home teater dan set memasak. Tetapi sama seperti di atas saya tidak boleh saya bawa pulang selagi tidak membeli barangan mereka. Mereka kata saya dan keluarga duta. Kami diberi kad VIP dan terangkan faedah dan lanjutkan temph varanty tanpa hitam putih.

Saya keluar duit lagi. Pastu bergambar dan mereka bersorak dan berteriak sakan.Selepas itu pula promoter itu minta belanja lagi kononnya atas kemenangan kami.

Dalam kereta saya dan keluarga berfikir. Suami kata mcm berlakon jer dorang, jadi suami saya telah membuka lama web berkaitan barangan Aowa. Apa yang saya dapat ialah beberapa catatan pengalaman orang yang mengalami perisitiwa yang sebiji saya alami tadi. Saya terus tersedar rupanya saya telah tertipu.

Apa yang saya rasakan di sini ialah:

  1. Promoter itu menipu pembeli dengan memberikan hadiah yang lumayan sedangkan hadiah yang diberikan itu termasuk jumlah harga yang telah saya bayar.Hadiah tersebut sebenarnya bukan diberi percuma tetapi dibeli oleh saya, sehingga pembeli terpaksa membeli barangan yang sebenarnya tidak terniat pun sebelum itu akan membelinya.
  2. Promoter memaksa pelanggan membeli barang.
  3. Promoter memperbodohkan mangsa selepas ditipu dengan meminta belanja seperti beli makanan dan minuman untuk meraihkan konon kemenangan pembeli.

Oleh itu kepada kawan-kawan yang dihampiri oleh promoter Aowa jangan sekali-kali layan kerana akhirnya akan terpedaya dengan pujuk rayu kata-kata mereka.

Searh yahoo > Aowa > Kisah Penipuan Jenama Aowa :: lihat & baca.

By: Siti