Produk | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Archives
Blogged.my

Archive for the ‘Produk’ Category

JUSCO: Promosi Harga Lain, Resit Harga Lain

Pada 29.11.2013 saya dan isteri telah pergi ke Jusco (AEON) Tebrau ,Johor Bahru dalam anggaran pukul 12.30 tengahari. Apabila sampai diruang legar berhadapan dengan Pasaraya Jusco(AEON), Kami dapati ada promosi Susu Isomil Plus 85 dan kami diberitahu bahawa ada promosi yang dijalan dengan pihak mereka. Harga yang ditawarkan adalah RM66.50 , kami amat tertarik dengan promosi yang ditawarkan dan kami pergi kejuruwang dan terus membayar dengan RM66.50 . Apa yang memeranjatkan kami dapati bahawa harga Susu tersebut adalah RM73.30 dan RM66.50 adalah untuk pemegang Kad Ahli AEON sahaja. Kami bukanlah pemegang Kad Ahli AEON.

Apa yang menjadi kemuskilan kami, tiada tertulis harga promosi untuk ahli dan bukan ahli pada rak susu tersebut. Kami terus bertanya kepada promoter yang menawarkan harga promosi kepada kami. Promoter tersebut tidak dapat memberi alasan dan promoter tersebut memberi Kad Ahli untuk kami menggunakannya tetapi kami dihalang oleh salah seorang Juruwang atau pekerja pasaraya tersebut. Dengan nada yang agak tinggi beliau berkata Sekiranya kami mengunakan kad ahli promoter tersebut pihak Jusco (AEON) akan menyaman promoter tersebut. Dengan rasa kecil hati kami dengan tindakkan pekerja pasaraya tersebut. Kami terus membeli dengan Harga RM73.30 kerana kami amat memerlukan susu tersebut.

Read the rest of this entry »

Tanda harga menipu di Tesco Rawang

Harga yang dipaparkan pada rak lain, harga di kaunter sewaktu bayar lain. Produk:  Langsir Mallory 8ft – harga rak: RM47.80 (bayar RM159.00), Langsir Mallory 2 panel : RM23.80 (bayar: RM79.90)

Bila kami tanya, kata pekerja di Tesco tu, kemungkinan harga yang tertera pada rak itu MUNGKIN salah. Itu sahaja.

Read the rest of this entry »

Kes Penipuan barangan AOWA dari Syarikat ANZATEC

Pada 13 Januari 2013 di Giant Batu Caves Selangor, saya bersama anak keluar dari pintu hypermarket tersebut untuk menuju ke kedai buku berhampiran. Dalam perjalanan, saya disapa oleh seorang gadis yang pada awalnya saya tidak ketahui identitinya sebagai seorang wakil penjual, mengajak saya untuk mengisi boring kajian/tinjauan tentang alam sekitar. Sebagai balasan, saya ditawarkan satu beg kitar semula (shopping bag) berwarna hijau bertulis Barnes and Nobles. Bukan kerana tertarik semata-mata dengan beg itu tetapi lebih kepada ingin bekerjasama dengan kajian mereka, sayapun menurut. Jika saya ketahui awal-awal identiti dan tujuan mereka sudah tentulah saya tolak. Setibanya di petak jualan mereka, saya diyakinkan hanya perlu mendengar sambil mengisi borang kajian dan tidak perlu membuat apa-apa pembelian.

Pada ketika itu, saya mula sedar saya telah diumpan oleh kumpulan penjual tetapi kerana tidak ingin bercakap kasar dan hanya ingin memenuhi borang yang diberikan, saya akur. Sambil mengisi borang tersebut, saya ditanya bermacam-macam soalan seperti ‘adakah saya tahu kebaikan jenama dan produk mereka dan impak kepada alam sekitar’, ‘adakah barang mereka mahal’ dan pelbagai lagi. Setelah siap borang diisi, saya ditanya jika saya diberi pilihan, tiga barang manakah yang ingin saya miliki dari produk-produk mereka. Antara produk-produk mereka yang saya perasan: Read the rest of this entry »

Barangan Kulit Babi di Holiday Plaza JB

Saya ingin memohon Jabatan Agama Islam Johor Bahru untuk membuat pemantauan di pusat beli belah Holiday Plaza Johor Bahru dimana terdapat banyak barangan berupa ”IPad Cover” berasaskan kulit babi dijual tanpa pengatahuan pelanggan.

Ini berlaku kepada saya dimana didapati bahagian kulit dalam cover tersebut disaluti kulit yang mempunyai ”bintik-bintik tiga” yang disyakin KULIT BABI. Saya hanya menyedarinya apabila ditegur rakan yang berminat dengan IPad Cover tersebut.

Read the rest of this entry »

Penipuan kontrak Linguaphone

Saya salah seorang pelajar IPT Politeknik Muadzam Shah, Pahang. Pada tahun lepas iaitu 18 oktober 2011 , saya telah dipaksa dan diajak oleh penjual Linguaphone untuk mendengar tentang penerangan produk pembelajaran bahasa Inggeris mereka. Pada mulanya saya tidak mahu dan ingin menolak untuk menandatangani kontrak dan membeli produk tersebut dengan harga RM 2,389 dengan ansuran bulanan RM110 . Saya telah membayar deposit sebanyak RM 299.

Semasa pembelian, sya disuruh menandatangani kotrak pembelian tanpa menyuruh dan memberi saya membaca syarat-syarat pembelian produk terlebih dahulu. Saya dan beberapa rakan pelajar yang lain telah terjerat dengan kata-kata manis penjual. Mereka juga enggan apabila saya mengatakan bahawa saya ingin memberitahu ibu bapa terlebih dahulu dan penjual tersebut mengatakan ”ala adik, adik beli ni pun untuk adik juga, tak kan la mak bapak adik tak nak tengok adik berjaya, itu bukan ibu bapa namanya”. Medengar kata-kata penjual saya merasa amat tertekan sehingga tidak tahu ingin berbuat apa. Selepas menandatngani kotrak barulah saya diberitahu oleh penjual bahawa setiap pembelian yang dibuat tidak boleh dipulangkan. Saya berkeras untuk memulangkan produk pada hari itu namun mereka tidak mahu sehingga ada salah seorang kawan saya juga berkeras untuk membantu saya.

Read the rest of this entry »

Masalah pembelian di Lazada Malaysia

Selama ini, saya banyak menggunakan internet untuk membeli barang. semuanya tidak menjadi masalah malah pesanan saya dari china dan hong kong sampai ke rumah tepat pada 14 hari. untuk pesanan dalam Malaysia dalam 7 hari mesti sampai. tetapi baru-baru ini bulan julai saya telah membeli satu barangan di Lazada Malaysia, dan akibatnya, sampai sekarang masih belum mendapat barang tersebut. Walaupun barang itu tidak semahal mana, tetapi kalau ramai yang kena, banyak duit yang rugi dengan mereka. selepas menunggu sebulan dan maklum balas mereka hanyalah item masih “pending” selepas setiap hari ditanya pun item masih “pending”. saya tidak faham apa maksudnya kata pending. sebab mereka tidak bagi tahu pending sebab apa.

Akhirnya saya meminta untuk batalkan pesanan dan minta untuk bayar balik jumlah yang telah saya bayar, sehingga hari ini, dekat 1 minggu, tiada apa-apa jawapan daripada mereka, seolah-olah tidak mahu mempedulikan permintaan saya.

Read the rest of this entry »

Penipuan Linguaphone

Pada awal 2003, saya bekerja dengan syarikat Linguaphone, Pada awalnya, mereka mengatakan jawatan kami adalah sebagai Inspektor Bahasa (Language Inspector) tugas kami untuk menerangkan kelebihan belajar bahasa asing. namun, setelah bekerja barulah kami tahu sebenarnya kami ini adalah jurujual (salesman) yang perlu bergerak ke sana ke mari menjual produk mereka, set belajar bahasa, Yang mahal tidak terhingga dan tidak langsung padan dengan produknya.

Tidak sampai sebulan, saya telah berhenti kerana merasa tertipu, dan melanjutkan pelajaran. Setelah setahun berlalu, saya tiba-tiba menerima surat daripada lawyer yang menuntut bayaran rm1500 dari Linguaphone bagi produk set bahasa yang mereka jual. Saya lantas mendapatkan penjelasan mengenai pembelian yang tidak pernah sy buat. Setelah berbincang, seorang pengurus besar mereka menunjukkan borang pembelian yang berlampir Kad Pengenalan saya. Beliau mengatakan ini adalah bukti pembelian saya.Setelah diteliti, ternyata itu adalah satu penipuan kerana tandatangan saya telah dipalsukan, Tetapi Pengurus itu meminta hal itu diselesaikan begitu sahaja, dimana saya tidak perlu membayar apa-apa dan beliau membatalkan pembelian saya.

Read the rest of this entry »

Kalimah Allah di bawah tapak kasut

Assallammualaikum wbt,

Di minta agar pihak JAKIM atau yg berkenaan segara membuat siasatan segera keatas sebuah kedai kasot yg beralamat di : KISSMO@AEON AU2, F63 1Floor AEON Jesco AU2, Setiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, bersebelahan kedai Al-Ikhsan yg saya dapati terdapat salah satu jenama kasot didalam kedai tersebut telah mempersendakan atau memperlekehkan atau lebih tepat dikatakan telah menghina ayat atau kalimah suci ALLAH di bawah tapak kasot tersebut.

Difahamkan kasot tersebut adalah keluaran dari negara jiran kita iaitu THAILAND, yang kita sedia maklum sebelum ini juga negara Thailand telah mempunyai rekod yang berkaitan penghinaan kalimah suci ALLAH yang digunakan pada produk keluaran mereka tetapi telah disekat pengedaran nya.

Read the rest of this entry »

Bekalan Minyaak Masak dicatu

Saya merupakan anak peneroka Felda yang dilahirkan di dalam suasana kebun kelapa sawit yang damai dan tenang. Apabila FELDA disenaraikan di Bursa Saham. Saya amat berbangga menjadi generasi Felda yang mengecapi nikmatnya.

Namun apa yang paling mengecewakan apabila saya ke pasaraya berdekatan dengan Felda Bukit Goh yang permai. Saya mendapati minyak masak dari hasil sawit tiada dijual dalam botol 2 kilogram mahupun 5 kilogram. Hanya terdapat minyak import seperti minyak masak bunga matahari, minyak jagung dan minyak zaiton yang saya fikir tiada sesiapa yang sanggup memasak atau menggoreng ikan dengan minyak tersebut.

Read the rest of this entry »

Enjin Proton Preve bocor kurang sebulan

Saya merupakan seorang pemilik kereta Proton Preve. Kereta saya baru berusia kurang dari 1 bulan. Saya rasa tertipu bila membeli kereta buatan negara kerana kereta yang diserahkan kepada saya mengalami kebocoran di bahagian engine.

Sepatutnya perkara ini tidak patut berlaku sekiranya ada pengawasan yang lebih terliti dari pihak proton dan sepatutnya ianya tidak diserahkan kepada saya jikalau mengalami kerosakan. Lebih dikesalkan lagi ketika proses pembaikan dilakukan pihak service center menyatakan ada kecuaian ketika proses pemasangan dilakukan dikilang.

Read the rest of this entry »

Linguaphone mendesak dan memaksa pelajar IPT

Saya pelajar dari IPTA, aduan yang ingin saya utarakan berkenaan produk Linguaphone. Pada hujung tahun yang lalu, saya dan rakan dipanggil oleh jurujual daripada linguaphone yang menyatakan ingin membuat sedikit kaji selidik, namun begitu sebaliknya yang terjadi.

Mereka menawarkan produk tersebut kepada kami walaupun saya dan rakan menolak untuk membeli produk berkenaan, jurujual tersebut berusaha memujuk dan menjanjikan kata-kata manis kepada kami. Seterusnya mereka mendesak kami untuk membeli apabila kami berkeras untuk tidak membeli produk itu. Yang lebih teruk lagi, jurujual tersebut memaksa rakan saya untuk meminjam wang saya bagi membayar wang pendahuluan produk tersebut apabila rakan saya menyatakan dia tiada wang untuk membeli produk tersebut.

Read the rest of this entry »

Kes Penipuan Harga Produk Jenama AOWA

Begini ceritanya, saya keluarga nak bungkus KFC kat ECM Kuantan dan tiba-tiba datang dua orang promoter Aowa menegur dan menghulurkan beg bimbit hijau dan membawa saya ke tempat barangan Aowa untuk mengisi satu borang contest untuk rekacipta slogan bagi menyokong bumi hijau.

Blm sempat untuk jawab kat ruang reka slogan, promoter itu terus menghulurkan beg tadi kononnya dalam tu ada cupon voucher. Dan meminta saya membuka tiket itu pada masa itu juga. Tiket saya telah memenangi tiga jenis barangan Aowa yang berharga RM4000 ke atas dan baucer RM1999

Read the rest of this entry »

Daya ketahanan dan Servis Notebook 1 Malaysia

Assalamuailaikum,

Saya adalah bapa kepada seorang pelajar yang menerima sumbangan notebook 1 malaysia. apa yang menjadi tanda tanya kepada saya adalah kualiti notebook yang di bekalkan kepada pelajar adalah tersangatlah rendah.

Notebook 1Malaysia BLACK CUBE

Read the rest of this entry »