Polis | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Archive for the ‘Polis’ Category

Lambakan Pusat Perjudian Haram di Sabah

Pembangunan di Negeri Sabah kian pesat membangun, dapat dilihat dari segi penambahan insfratuktur dan bertambahnya bangunan, perumahan dan lot kedai di seluruh bandar di sekitar negeri Daerah di Negeri Sabah ini,

Walaubagaimanapun, kebanyakan lot2 kedai disalah gunakan, kebanyakan yang dapat kita dengar mereka gunakan untuk membuka premis haram, contohnya kita dapat lihat di Plaza Kingfisher Kota Kinabalu, premis haram yang dijadikan sebagai tempat bermain judi sangat banyak, lebih banyak dari kedai runcit.. Menurut salah seorang remaja yang tinggal di sekitar tempat tersebut, terdapat 7 buah premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram di bangunan Plaza Kingfisher ini.. Bila ditanyakan mengenai serbuan pihak berkuasa, remaja ini hanyalah tersenyum dan berkata ” ada serbuan tutuplah, semua taukeh ni tau waktu serbuanlah, bila, jam berapa…. ” saya terdiam mendengar kenyataan remaja tu, ada kebenarannya jugak, klo betul ada penguatkuasaan, kena premis2 ni bertahan bertahun2.. Mengaut keuntungan secara haram.. Itu baru di plaza kingfisher, belum di sekitar bandar Kota Kinabalu..

Read the rest of this entry »

Pusat perjudian di Shah Alam

Saya Berharap Pihak Tv3 dapat memaparkan/menyiarkan pusat perjudian internet yang semakin berleluasa di Pinggiran USJ, Seksyen 23, Subang Hi-tech dan juga seluruh kawasan Shah alam, daripada beberapa buah kedai dan kini mempunyai bilangan lebih daripada 100 buah kedai.

Mereka semakin berani,seperti pihak berkuasa tidak wujud lagi.Diharap aduan rakyat dapat membantu membela nasib kaki-kaki judi yang telah terlanjur,Kerana bagi pendapat saya sekiranya tiada pusat perjudian haram maka tiadalah penagih judi internet.Kerana pusat perjudian tidak sepatutnya ada di kawasan-kawasan perumahan kerana ianya boleh menarik minat kepada kalangan remaja/serta pelajar sekolah,bukan sekadar orang dewasa sahaja.Cukuplah ianya berada ditempat-tempat tertentu sahaja seperti Genting.

Read the rest of this entry »

Polis berpakaian biasa melaksanakan speed trap

Saya ingin meminta pendapat semua tentang Polis yang berpakaian biasa ketika melaksanakan speed trap. Adakah ini di benarkan berlaku mengikut peruntukan undang-undang Malaysia?

Anggota Polis yang bertugas

Read the rest of this entry »

Polis Traffik enggan terima MyKad sebagai dokumen lesen memandu

Pada 02 Jan 2012 jam lebih kurang 1900 pm, saya di tahan Polis ketika memandu kereta di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Tol Hutan Kampong. Beliau meminta lesen memandu untuk di periksa. Saya menghulurkan MyKad kepadanya. Beliau meminta lagi kepada saya dengan berkata “Encik saya hendak lesen memandu, bukan MyKad”, saya memberitahunya ia sebagai dokumen yang sah sebagai lesen memandu juga.

Beliau begitu marah kepada saya dan mengatakan saya tidak memberikan kerjasama kepadanya kerana enggan mmemberi lesen memandu yang di minta. Saya bertanya kenapa, ada masaalah ka. Ia menjwab kami tidak di bekalkan kid untuk pemeriksaan MyKad. Dan saya menjawab itu bukan masaalah saya.

Read the rest of this entry »

Fire crackers during festive season

I stay in Taman Pertama, Ipoh. It is nice and peaceful place except during the festive seasons. No matter it’s Raya, Deepavali, CNY or even Christmas, the fire crackers never stop at night.

Where does the fire crackers coming from? I thought the fire crakers are banned but looks like these guys can easilly got it from somewhere. I cann’t have a good night sleep during the festive seasons. My kids even worst, they all jump up from sleep and cry when the crackers ‘party-ing’.

Read the rest of this entry »

Aduan pemandu lori melebihi had laju dan asap hitam

Saya memandu kereta Proton Saga dari Jalan Sultan Azlan Shan Utara ke Kampung Tasek di jalan raya berhampiran dengan Sekolah Kebangsaan Tasek, Ipoh, Perak mendapati bahawa no. pendaftaran kenderaan lori PHN 3520 di mana pemandu lori tersebut telah memandu secara cuai pada 04 Oct 2011 jam pukul 5.26pm sehingga boleh membahayakan nyawa siapa-siapa pun. Pemandu berkenaan telah memandu melebihi had laju yang ditetapkan iaitu 80km/jam dan melintas serta momotong kenderaan lain secara merbahaya juga mengeluarkan asap hitam dari lorinya.

Sikap seperti pemandu inilah yang akan menyebabkan peristiwa yang tidak diingini berulang-ulang lagi sehingga telah mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa. Saya selaku seorang rakyat biasa amat kesal dengan kejadian seperti ini dan berasa fobia untuk membawa kereta lagi namun apalah daya kami tiada pilihan yang lain. Saya berharap agar pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pemandu lori yang cuai itu. Sekian, terima kasih.

Read the rest of this entry »

Pesta air daun ketom di Sg. Petani

Penjualan air daun ketom berleluasa di kampung saya dan penagih air daun ketom terdiri drp penduduk kampung, angkatan tentera dan pelajar sekolah. Saban hari penagih air daun ketom makin bertambah.

Saya mendapat tahu hasil penjualan air daun ketom sebanyak RM2000 sehari. Mereka melakukan aktiviti tersebut sudah hampir 3 tahun dan masih selamat (KEBAL) walaupun pejabat polis IPD tidak jauh dari tempat tersebut kerana pejual air daun ketom mendapat perlindugan dua seorang angota polis bahagian nakotik Sg. Petani.

Read the rest of this entry »

Anggota polis bersikap tidak profesional

Salam, saya ingin mengemukan aduan berkaitan masalah yang menimpa diri saya sendiri dan ahli keluarga. Pada tarikh 21hb sep 2011 lebih kurang jam 0145, saya telah membuat satu report kepada ibu pejabat polis daerah Jeli.

Malangnya, saya sebagai pengadu pada hari kejadian telah dimaki oleh salah seorang anggota polis kerana membuat repot. Seingat saya, anggota polis yang berlakuan tidak profesional ini bernama Sarjan Zaman dan merupakan IO bahagian jenayah Jeli pada malam tersebut.

Read the rest of this entry »

Gangguan Bunyi Akibat Meriam Buluh

Salam,

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

Saya mohon jasa baik dan kerjasama pihak polis khususnya di daerah Sungai Bakap, Seberang Perai Selatan untuk melakukan penguatkuasaan terhadap larangan bermain meriam buluh berhampiran kediaman penduduk di Kampung Gurun. Sepanjang bulan Ramadhan ini, bermula dari tengah malam sehingga pukul 1-2 pagi, terdapat beberapa remaja yang terlibat dengan perkara tersebut. Lokasi ialah di kawasan tanah merah yang ditambun untuk projek pembangunan. Akibatnya, penduduk berhampiran khususnya golongan warga emas dan kanak-kanak sukar untuk tidur.

Mohon perhatian pihak polis berhubung perkara ini untuk kebaikan semua pihak termasuk para remaja terbabit.

Read the rest of this entry »

Samseng Jalanan di Taman Lagenda

Saya adalah salah seorang penduduk di Taman Lagenda, Padang Serai, Kedah ingin membuat aduan kepada Ketua Polis Negara tentang permasalah penduduk di taman ini kerana setiap hari jam 6.00ptg mat rempit akan menjadikan kawasan perumahan ini sebagai litar perlumbaan. Mereka akan berkumpul seramai 30 ke 40 motosikal untuk berlumba sesama mereka.

Persatuan penduduk telah banyak  kali membuat aduan kepada pihak polis Padang Serai,Kulim dan IPT Alor Setar tetapi tiada tindakan diambil. Apabila persatuan penduduk membuat aduan kepada pihak polis mat rempit seolah-olah telah dimaklumkan bahawa pihak polis akan datang.

Read the rest of this entry »

Polis berpangkat sarjan mintak “TAMBANG”

Saya salah seorang keluarga dari tahanan reman. Saya igin membuat aduan bahawa ada segelintir polis mahkamah sungai petani yang menjaga di tahanan lokap mahkamah tersebut meminta wang pada tahanan atau “TAMBANG” .

Ceritanya begini, semasa saya pergi ke Mahkamah Sg. Petani untuk melawat ahli keluarga saya, ibu saya ada membawa bekal makanan untuk di berikan pada adik saya yang di tahan reman di lokap mahkamah tersebut.

Read the rest of this entry »

Polis tidak menyiasat laporan isteri dirakam ketika mandi

Kes berlaku pada malam 17 julai. Isteri saya nampak ada tangan memegang telefon bimbit di ruang angin tandas. Suspek dikenal pasti. Laporan dibuat pada malam kejadian.

Selepas berjumpa penolong pegawai penyiasat (sarjan), beliau memberitahu beliau tiada hak untuk memeriksa suspek. Hanya pegawai sahaja ada hak. Kemudian kami menyuruh beliau ke rumah kami berikutan suspek adalah anak jiran kami. Beliau sekali lagi menyatakan beliau tidak ada kuasa.

Read the rest of this entry »

Aduan tentang anggota Polis yang bertugas

Pada 2/7/2011 yang lalu, seorang wanita didapati membawa keluar barang tanpa membuat sebarang pembayaran yang disaksikan oleh Nur Hafeseah dan saya yang bertugas ketika itu sebagai manager in training di salah sebuah butik di Kompleks Sunway Pyramid iaitu Butik Cotton On dan juga telah disahkan oleh polis bantuan Kompleks Sunway Pyramid, Muhammad Helmi Manson (PB60258) dan beberapa orang polis bantuan yang lain.

Selepas itu kami diarahkan membawa tertuduh tersebut ke Balai Polis Bandar Sunway kerana tertuduh enggan memberikan kerjasama. Apabila tiba dibalai lebih kurang jam 5:45pm, tertuduh memohon untuk berunding sebelum repot dilaporkan. Selepas beberapa jam, seorang lelaki dan isterinya bagi pihak tertuduh telah hadirkan diri di balai. Lelaki tersebut bernama Mejar Harizal bin Hashim (TUDM 372316) dan beliau telah memaksa saya untuk memberikan kad pengenalan saya dihadapan semua anggota polis yang bertugas dengan cara yang kurang sopan dan nada yang tinggi.

Read the rest of this entry »