Agen kutipan hutang wajar dihapuskan

Pada 03 Januari 2014, rumah saya telah didatangi oleh orang yg tidak dikenali yang menggelarkan diri mereka dr RHB. Dengan penampilan yang meragukan,saya pun buat research ,rupanya mereka ni adalah Debt Colletor ataupun agen pengutip hutang.

Untuk makluman semua,mereka2 ini tidak ada kuasa datang ke rumah kita dengan alasan mereka ini dari Pihak Bank. Mereka akan guna ayat2 keras berbaur ugutan seolah olah lagak Ah Long. Ini adalah kerana,jika tuan puan terpengaruh dgn kata2 mereka,maka mereka akan dapat komisen dr pegawai bank yang mengupah mereka.

Wajarjah dengan hutang kad kredit sekitar RM4000 ,pihak bank siap hantar debt collector smpai datang rumah,nak sita barang lah n mcm2 lagi. Sedangkan kita sedia maklum, kita dan bank terikat dengan perjanjian yanh telah kita tandatangani bersama ketika bank meluluskan kad kredit kita.

Kuncinya adalah,selagi kita akui untuk membayar tunggakan atau baki2 hutang, pihak Bank tidak boleh sewenang wenang menggunalan alternatif lain untuk menggugut kiya dengan cara menggunakan khidmat Debt collector yang kurang ajar.

Disini, saya menyeru kepada rakyat Malaysia agar mendesak pihak Kerajaan untuk memansuhkan/mengarahkan Bank menutup/menghapuskan khidmay Debt Collector ini.

Debt collector menggaggu ketenteraman awam dan juga peribadi awam secara PSikologi. Jika berlaku sedemekian,pastikan jangan lupa ambil nama,gambar serta kalau boleh rakam jika debt collector berjumpa dengan anda. Buay saman malu terhadap mereka. Biar padan muka mereka.

By: Sharulnizam Abdullah

Pinjaman ASB dimanipulasi oleh pihak bank

Pinjaman ASB pada asalnya niat baik kerajaan uuk menolong kaum bumiputera tapi malangnya pihak2 bank telah memanipulasi untuk mengaut untung dalam pelbagai bentuk. Usah dilihat pada kadar bunga sahaja yang dikenakan pihak bank, yang mana ia boleh dikira & ditimbang sendiri oleh orang ramai iaitu ada pasang surutnya mengikut tahun. Disini saya ingin menunjukkan cara yang kita tidak sedar pihak bank menipu para peminjam.

Semasa promosi pihak bank menyatakan skim ini akan dikira sebagai pendapatan tambahan (side income) sekiranya ingin membuat pinjaman lain contohnya rumah. Malangnya bilamana pinjaman lain dibuat pihak bank menyatakan sebaliknya. Bayangkan pinjaman RM200K dibuat, bayaran bulanan RM1200/bln, pihak bank tentunya tidak akan memberi pinjaman rumah sekiranya gaji pokok pada RM2700. Akhirnya peminjam tadi terpaksa menutup pinjaman ASB yang dibuat bagi mendapatkan rumah impian.

Sekiranya ini berlaku pihak bank akan mengenakan denda & mengaut untung dari insyuran/takaful. Denda mengikut pinjaman dlm % tertentu & insyuran ini yg tidak di terangkan pihak bank bayangkan pinjaman RM 200K (denda 3% manakala insyuran bernilai lebih RM10K hanya dikembalikan 5% sahaja).

Diharap pihak anda dapat menggetengahkan isu ini supaya dapat dibaik pulih pihak berkenaan supaya tujuan murni kerajaan terlaksana.

Sekian Terima kasih.

By: Raman Osri Bin Mansor

Kenapa Anggota ATM tidak boleh membuat pembiayaan peribadi di bank?

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, di sini saya ingin mencari penjelasan disamping menyuarakan ketidak-puashatian mengapa anggota ATM tidak boleh membuat pembiayaan peribadi(personal loan) di bank-bank atau pusat kewangan selain Koperasi Tentera.

Setelah membuat perkiraan yang rapi, adalah lebih menguntungkan apabila membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank dan beberapa institusi kewangan yang menawarkan kadar faedah yang rendah (lebih rendah dari Koperasi Tentera) dan jumlah bayaran bulanan yang tidak membebankan. Akan tetapi apabila saya menyatakan saya berkhidmat untuk ATM, ini jawapan yang saya terima, “Mintak maaf la encik, tentera tak boleh buat la (personal loan)”. Amat mengecewakan dan rasa sungguh tidak puas hati bagi saya sebagai seorang warga ATM.

Setelah saya meminta penjelasan mengapa, saya difahamkan pembiayaan peribadi yang ditawarkan kepada Goverment Staff wajib melalui potongan Biro Angkasa, yang mana pihak Unit Gaji Angkatan Tentera (UGAT) tidak lagi membenarkan potongan Biro Angkasa bagi semua anggota tentera. Mengapa perkara sebegini terjadi??

Ini adalah salah satu keistimewaan yang ditawarkan kepada penjawat kerajaan… Kenapa tidak anggota ATM. Memang terdapat segelintir anggota yang bermasalah dengan pembiayaan peribadi seperti ini.. Saya pasti perkara ini juga terjadi di perkhidmatan kerajaan yang lain. Adalah tidak adil untuk menyekat anggota ATM yang memerlukan pembiayaan peribadi dari bank-bank.

-Kanda-

By: kanda

Amanah Ikhtiar Malaysia bantuan kewangan yang menyusahkan peniaga-peniaga kecil

Saya tidak berpuashati terhadap amanah ikthtiar yang kononnya membantu para peniaga wanita yang ingin memajukan diri dan ingin keluar dari kesusahan hidup dengan memberi bantuan dalam bentuk modal. Ya memang begitulah tujuan AIM ini ditubuhkan. Akan tetapi berdasarkan penilaian saya emak,kakak ipar dan jiran-jiran saya yang terlibat dalam pinjaman dari agensi Amanah Ikhtiar ini hanya membuatkan peminjamnya sengsara sehingga tidak bermodal untuk meneruskan perniagaan. Berhutang sana sini kerana ingin menampung Sahabat di dalam kumpulan mereka yang tidak terbayar pinjaman balik secara mingguan.

Peminjam seharusnya menanggung sendiri jika tidak mampu membayar balik pinjaman tanpa melibatkan peminjam lain. Adakah relevan sekiranya setiap minggu peminjam yang sedia ada pembayaran balik menampung bayaran mingguan peminjam lain. Amanah Ikhtiar semestinya bertimbang rasa akan kesusahan peniaga-peniaga kecil ini yang mahukan modal itu untuk mengubah hidup dan bukannya menyusahkan.

Sepatutnya bantuan modal ini untuk peniaga yang ingin menambah pendapatan memperkembangkn perniagaan bukan menambahkn kesusahan hidup di zaman sekarang yang semuanya perlukan duit. Tolonglah kepada peniaga-peniaga kecil seperti kami yang mahukan bantuan kewangan untuk modal yang kecil tetapi teraniaya kerana sistem Amanah Ikhtiar yang tidak betul membebankan kami. Risiklah, pantaulah dan jenguklah kesusahan.kerumitan yang kami alami. Terima kasih atas keprihatinan sesiapa yang mengambil respon terhadap aduan ini.

By: maslinda

Peminjam Wang Berlesen di Kuching

Sejak kebelakangan ini di kawasan Bandaraya Kuching, telah tumbuh syarikat yang menawarkan pinjaman wang secara bercagar dan pinjaman segera. Secara keseluruhannya syarikat-syarikat pinjaman ini kelihatan menjalankan kegiatan perniagaan secara sah dan berlesen tetapi apa yang dikesalinya ialah kebanyakan syarikat-syarikat ini sebenarnya menjalankan perniagaan pinjaman wang secara haram dan berlindung disebalik premisis dan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tinjauan telah dibuat hampir keseluruh tempat di kawasan Satok menjalankan kegiatan yang sama dimana secara terang-terangan melanggar akta-akta peminjam wang 1951. Diantara kesalahan yang didapati adalah seperti mengenakan faedah yang terlalu tinggi diantara 8-12% sebulan terhadap peminjam. Mereka juga mengambil kad ATM berserta nombor PIN dan Buku Bank sebagai cagaran. Kebanyakan pekerja-pekerja mereka pula terdiri daripada golongan gangster jalanan.

Masalahnya sekarang ialah tiada penguatkuasaan dan pemantauan dari pihak Kementerian yang terbabit memberikan lesen dan lepas tangan begitu sahaja. Tindakan keras perlulah diambil dan pengeluaran lesen perlulah diminimumkan serta pemantauan dilakukan dengan kerap sekurang-kurangnya sekali sebulan. Agensi-agensi kerajaan lain seperti pihak Polis dan SPRM perlu digerakankan untuk mengelakan daripada berlakunya salahlaku dari pihak KPKT.

Sekian Terima Kasih

By: Ahmad Hisyam

Sejauh kebenarannya Skim rumah pertamaku

Tuan/Puan,

Pada 15.8.2011, Saya telah berurusan untuk pembelian sebuah rumah berharga RM200k, Oleh kerana ini merupakan rumah pertamaku, maka saya telah mengajukan berkaitan skim rumah pertamaku, alangkah terkejutnya saya bila dimaklumkan bahawa skim tersebut belum wujud lagi dan hanya diwar-warkan oleh media persoalannya benarkan skim rumah pertamaku hanya mainan media?

perkara seumpanan ini juga berlaku semasa saya ingin mengambil insuran kenderaan berusia 10thn keatas yg dimaklumkan mempunyai skim khas, tetapi hakikatnya tiada satu pun pemain insuran yang mengetahui hal ini, adakah ini juga mainan media?

Sehubungan dengan itu, satu kupusan perlu dilakukan bagi menilai tentang skim-skim yang diwar-warkan oleh media dan sejauhmana pelaksanaan sudah berlaku.

Sekian, Terima kasih.

By: Hafiz

Pinjaman kewangan untuk usahawan

Salam, satu malaysia, saya salah seorang rakyat malaysia yang bermastautin lebih 50 tahun di pulau pinang, dan sudah lebih 15 tahun menceburi di bidang perniagaan. Apa yang menjadi tanda tanya, bukan pada diri saya jugamalah untuk peniaga2 yang lain…

Konon nya kerajaan ingin membantu peniaga2 dan usahawan memberi pinjaman untuk memulakan@ memperkembangkan businees, dan melarang dari meminjam dari ALONG, TAPI sunggoh mengecewakan kami peniaga2, kerana pinjaman dari bank sama saperti pinjam dari along, dah tu pula interest berganda menjadi 100%.

Adakah cara ini kerajaan cuba membantu @ menambahkan lagi masalah kami, sampai bila pun hidup kami sentiasa dalam berhutang, memandangkan barang2 harga meningkat macam gila2…yang kaya pemborong, konon harga terkawal, tapi kami peruncit mendapat untung tak banyak..hingga hutang tak lepas nak di bayar….

Sekian terima kasih, harap kerajaan pertimbangkan la……..

By: emma

Ketidakadilan RHB Bank

Saya merupakan salah seorang pembeli projek rumah terbengkalai. Projek ini telah terbengkalai selama 11 tahun selepas siap sebanyak 80%. Saya telah mengambil pinjaman bank sebanyak RM136000 dimana RM110,000 telah diberikan kepada pemaju.

Selama 11 tahun saya hanya membayar bunga kepada RHB Bank yang berjumlah dari RM 650 hingga RM900 setiap bulan. Saya telah mendapatkan surat dari KPKT menyatakan status projek terbengkalai dan merayu kepada bank untuk menurunkan peratus bunga, tetapi tidak dilayan.

Setiap bulan saya menerima panggilan telefon daripada pegawai RHB meminta saya membuat pembayaran hampir setiap hari walaupun lewat sebulan. Kadang-kadang sampai mereka menggugut saya.  Sejak kebelakangan ini, saya tidak menerima sebarang statement dari bank, dan apabila saya menanya bagaimana mereka “calculate” bunga yang menaik setiap bulan, pegawai bank tidak dapat menjawab.

Ada sekali bila saya tidak mampu untuk membayar selama 6bulan, peratus bunga naik sampai 9.88%. Apabila saya menanya mereka mengapa tinggi sangat, “Collection Center” berkata, dia ada dalam perjanjian pinjaman saya. Apabila saya membuat pembayaran penuh, dan bertanya adakah peratus bunga akan berkurangan, pegawai bank berkata ia akan dikurangkan secara berperingkat jika pembayaran saya bagus. Maklumat kes saya juga tidak dikeluarkan daripada secriz.

Saya rasa RHB Bank bank tidak berhati perut dan memperbodohkan saya. Harap-harap tindakan diambil dimana ada keadilan untuk mangsa seperti saya. Bank negara juga harus mengawal dimana peratus bunga perumahan tidak boleh dikenakan kepada pembeli sewenang-wenangnya oleh bank. Bank juga harus telus tentang kiraan bunga kepada pembeli.

By: Lekshmi

Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya wakil pelajar semester 3 Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTi) ingin membuat aduan mengenai Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK) yang kami gunakan sebagai wang pinjaman latihan kami.

Sekarang saya sudah semester 3, hanya memperoleh RM900 sebagai wang pendahuluan pinjaman. Sedangkan sepatutnya kami memperoleh wang sebanyak RM1800 setiap semester (untuk tempoh 6 semester). Namun, terdapat segelintir pelajar yang masih belum menerima wang pendahuluan RM900 tersebut, dengan alasan pihak PTPK telah menghilangkan dokumen perjanjian mereka. Sehinggakan, mereka terpaksa mengulang semula prosedur awal proses pinjaman.

Ada di antara kami yang menginap di luar terpaksa mengikat perut. Perbelanjaan seperti, duit minyak kenderaan, makan, dan sewa rumah terpaksa ditanggung sendiri. Bayangkan pelajar tersebut adalah daripada golongan susah, adik-beradik masih bersekolah dan menuntut di IPT.

Kami para pelajar sudah berkali-kali menyuarakan perkara ini, namun hampa. Jawapan yang diberikan masih sama. Feedback sungguh mengecewakan.

Disini saya sertakan link facebook pihak PTPK, ramai yang membuat aduan, ada yang dilayan dan ada yang tidak, kami mengadu secara berhemah tetapi ada yang tidak diendahkan. pihak aduan rakyat boleh semak sendiri.

http://www.facebook.com/ptpkonline

Saya juga sertakan website lain untuk pihak PTPK

http://www.ptpk.gov.my

Saya tidak bertindak melulu, saya juga pernah menyuarakan perkara ini kepada kakitangan Institut saya, namun jawapannya, mereka hanya menyerahkan perkara tersebut kepada pihak PTPK kerana mereka hanyalah perantara.

ini adalah website Institut saya http://www.jmti.gov.my/

Kami bukan tidak boleh menunggu lebih lama, cuma kami hairan! senior kami langsung tidak menghadapi masalah sedemikian. mereka memohon pinjaman pada semester satu dan memperoleh wang pinjaman untuk semester satu pada penghujung semster satu. wang yang masuk ke dalam akaun mereka juga stabil dan tidak bertangguh.

Tidak seperti kami, seluruh pelajar semester 3 (sekarang) menghadapi masalah serupa. usaha yang cuba dilakukan untuk mencari jawapan juga menemui jalan buntu.

Kami khuatir, sekarang pihak PTPK dengan mudah melengahkan urusan kemasukan wang pinjaman kami, tetapi nanti, belum pun habis belajar, sudah mengejar kami untuk menuntut bayaran. macam mana nak bayar kalau urusan tidak sistematik? tambahan, mengenai kes kehilangan dokumen pelajar terbabit, sungguh tidak munasabah!

Saya juga susah menghantar email kepada pihak PTPK sebagai aduan, dan masih menunggu jawapan. terdetik untuk menyuarakan perkara ini disini demi membela nasib rakan-rakan dan diri saya sendiri.

Keluarga kami bukan hanya untuk menyara kami seorang, kami masih mempunyai adik-beradik bersekolah dan menuntut di IPT. wang bukan dilaburkan untuk kami sahaja. harap semua pun faham. kalau kami semua orang senang, kami tak mohon pinjaman.

Harap tindakan daripada pihak PTPK dan pihak lain yang tertentu. kerjasama amat dihargai. sekian terima kasih. maafkan saya jika ada pihak yang terasa, saya cuma mempertahankan hak saya dan rakan-rakan senasib. kami tidak mahu tertipu.

By: Erin Lutfi

Kelewatan pengurusan pihak perbadanan tabung pinjaman kemahiran (PTPK)

Saya mewakili pelajar dari Japan Malaysian Technical Institute (JMTI) ingin memberi aduan tentang kelewatan pembayaran pinjaman terhadap para pelajar. Pelbagai janji ditabur oleh pihak PTPK tetapi tidak ditunaikan.

Kami sebagai pelajar seolah-olah dianiaya. Sudah tiga semestar kami memohon dan semua borang telah lengkap dan lama dihantar. Tetapi sampai sekarang masih tidak dapat pembayaran. Rakan-rakan kami yang menjadi pelajar luar terpaksa bekerja untuk membayar sewa rumah, makan minum. Ada kalanya mereka tidak makan.

Sudah banyak kali juga kami menghubungi pihak PTPK tetapi pelbagai alasan dikeluarkan temasuklah borang hilang, pegawai bertugas bercuti, sistem mengalami masalah. Tak kan selama 3 semesta kami tunggu pegawai mereka bercuti. Diharap pihak aduan rakyat dapat membantu nasib kami sebagai pelajar yang teraniaya.

By: azwan

kadar faedah pinjaman terlalu tinggi

Pada mulanya saya ingin membuat pinjaman dengan syarikat MBSB untuk menyelesaikan pinjaman saya daripada KOPERASI KOWAMAS MALAYSIA BERHAD.

Sebelum itu saya telah membuat pinjaman kewangan daripada KOPERASI KOWAMAS MALAYSIA BERHAD berjumlah RM75.000.00 hampir satu tahun dulu, masalahnya apabila saya hendak menyelesaikan pinjaman saya ini saya dikehendaki membyar hampir RM100.000.00 (SERATUS RIBU).

Saya merasa perkara ini tidak adil. Persolan saya adakah kadar faedah yang terlalu tinggi ini diluluskan oleh pihak Bank Negara dan Kerajaan. Diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya atas aduan saya ini. Sekian Terima Kasih.

By: MOKTAR ZAINUDDIN

Pilih kasih dalam pengurusan pinjamn AIM

Asalamualaikum, saya sahabat AIM dari blok Pasir Putih Tawau,Sabah. Saya amat kecewa dengan pengurusan pinjaman tersebut. Seolah-olah ada mnguruskan pinjaman atas kekeluargaan. Bila sahabat ini berkeluarga dengan ketua pusat mereka memprcpatkan proses pnjaman keluarganya. Ini tidak adil sama sekali, macam lah sahabat-sahabat lain langsung tak ada pelajaran dalam hal begini dan tidak punya perasaan.

Satu hal lagi, bila sahabat tanya hal pnjaman skim sejahtera rm2 ribu boleh bentang,Cikgu yg bertugas cakap boleh… tapi bila IQ lain pula amaunnya. alasan dari cikgu berbeza-beza. ada cikgu bagi alasan, tidak melawat projek maka dikurangkan amaun pinjaman yg dbentang,sedangkan mereka sendiri tidak pernah melawat dan ada lagi alasan masalah tunggakan. yang mana satu logiknya alasan mereka.

Saya amat kesal dan berharap ketidakpuasan hati saya ini dapat diambil tindakan yang sewajarnya

By: Aminah

Pemotongan duit sara diri (PTPTN) tanpa pengetahuan pelajar

Saya lala (bukan nama sebenar) selaku wakil pelajar usahasama UiTM di KOLEJ SAL JB di senai hendak mengadu tentang kehilangan duit sara diri (ptptn). Saya kini adalah pelajar semester lima.

Perkara ini berlaku bukan pada saya seorang sahaja tetapi rakan-rakan saya yang mengambil pinjaman ptptn juga.kami tidak menerima pinjaman pada semester empat kerana pihak ptptn menyatakan bahawa terdapat sedikit masalah dan akan mendapat duit tersebut tetapi bukan dalam waktu terdekat.

Kini kami sudah berada dalam semester lima dan selepas diberitahu duit pinjaman kami telah masuk dalam akaun kami.Kami menyedari di dalam akaun kami hanya terdapat RM500 sahaja dan kami adalah pelajar subsidi.kira-kira RM3500 duit pinjaman hilang dari akaun kami.

Perkara ini telah diusulkan kepada pihak admin kolej kami tetapi mereka menyatakan bahawa pinjaman kami pada semester empat diuruskan oleh pihak KOLEJ SAL KL dan pihak ptptn juga menyatakan telah memasukkan duit pinjaman kami ke dalam akaun kami.

Saya harap dengan adanya aduan rakyat online ini akan dapat membantu menyelidik tentang kes kami ini.Bantuan aduan rakyat online sangat saya hargai.sekian terima kasih.

By: lala