Archive for the ‘Pinjaman’ Category
Pinjaman ASB dimanipulasi oleh pihak bank
Pinjaman ASB pada asalnya niat baik kerajaan uuk menolong kaum bumiputera tapi malangnya pihak2 bank telah memanipulasi untuk mengaut untung dalam pelbagai bentuk. Usah dilihat pada kadar bunga sahaja yang dikenakan pihak bank, yang mana ia boleh dikira & ditimbang sendiri oleh orang ramai iaitu ada pasang surutnya mengikut tahun. Disini saya ingin menunjukkan cara yang kita tidak sedar pihak bank menipu para peminjam.
Semasa promosi pihak bank menyatakan skim ini akan dikira sebagai pendapatan tambahan (side income) sekiranya ingin membuat pinjaman lain contohnya rumah. Malangnya bilamana pinjaman lain dibuat pihak bank menyatakan sebaliknya. Bayangkan pinjaman RM200K dibuat, bayaran bulanan RM1200/bln, pihak bank tentunya tidak akan memberi pinjaman rumah sekiranya gaji pokok pada RM2700. Akhirnya peminjam tadi terpaksa menutup pinjaman ASB yang dibuat bagi mendapatkan rumah impian.
Kenapa Anggota ATM tidak boleh membuat pembiayaan peribadi di bank?
Assalamualaikum & Salam 1Malaysia, di sini saya ingin mencari penjelasan disamping menyuarakan ketidak-puashatian mengapa anggota ATM tidak boleh membuat pembiayaan peribadi(personal loan) di bank-bank atau pusat kewangan selain Koperasi Tentera.
Setelah membuat perkiraan yang rapi, adalah lebih menguntungkan apabila membuat pembiayaan peribadi dari bank-bank dan beberapa institusi kewangan yang menawarkan kadar faedah yang rendah (lebih rendah dari Koperasi Tentera) dan jumlah bayaran bulanan yang tidak membebankan. Akan tetapi apabila saya menyatakan saya berkhidmat untuk ATM, ini jawapan yang saya terima, “Mintak maaf la encik, tentera tak boleh buat la (personal loan)”. Amat mengecewakan dan rasa sungguh tidak puas hati bagi saya sebagai seorang warga ATM.
Amanah Ikhtiar Malaysia bantuan kewangan yang menyusahkan peniaga-peniaga kecil
Saya tidak berpuashati terhadap amanah ikthtiar yang kononnya membantu para peniaga wanita yang ingin memajukan diri dan ingin keluar dari kesusahan hidup dengan memberi bantuan dalam bentuk modal. Ya memang begitulah tujuan AIM ini ditubuhkan. Akan tetapi berdasarkan penilaian saya emak,kakak ipar dan jiran-jiran saya yang terlibat dalam pinjaman dari agensi Amanah Ikhtiar ini hanya membuatkan peminjamnya sengsara sehingga tidak bermodal untuk meneruskan perniagaan. Berhutang sana sini kerana ingin menampung Sahabat di dalam kumpulan mereka yang tidak terbayar pinjaman balik secara mingguan.
Peminjam seharusnya menanggung sendiri jika tidak mampu membayar balik pinjaman tanpa melibatkan peminjam lain. Adakah relevan sekiranya setiap minggu peminjam yang sedia ada pembayaran balik menampung bayaran mingguan peminjam lain. Amanah Ikhtiar semestinya bertimbang rasa akan kesusahan peniaga-peniaga kecil ini yang mahukan modal itu untuk mengubah hidup dan bukannya menyusahkan.
Peminjam Wang Berlesen di Kuching
Sejak kebelakangan ini di kawasan Bandaraya Kuching, telah tumbuh syarikat yang menawarkan pinjaman wang secara bercagar dan pinjaman segera. Secara keseluruhannya syarikat-syarikat pinjaman ini kelihatan menjalankan kegiatan perniagaan secara sah dan berlesen tetapi apa yang dikesalinya ialah kebanyakan syarikat-syarikat ini sebenarnya menjalankan perniagaan pinjaman wang secara haram dan berlindung disebalik premisis dan lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT).
Tinjauan telah dibuat hampir keseluruh tempat di kawasan Satok menjalankan kegiatan yang sama dimana secara terang-terangan melanggar akta-akta peminjam wang 1951. Diantara kesalahan yang didapati adalah seperti mengenakan faedah yang terlalu tinggi diantara 8-12% sebulan terhadap peminjam. Mereka juga mengambil kad ATM berserta nombor PIN dan Buku Bank sebagai cagaran. Kebanyakan pekerja-pekerja mereka pula terdiri daripada golongan gangster jalanan.
Sejauh kebenarannya Skim rumah pertamaku
Tuan/Puan,
Pada 15.8.2011, Saya telah berurusan untuk pembelian sebuah rumah berharga RM200k, Oleh kerana ini merupakan rumah pertamaku, maka saya telah mengajukan berkaitan skim rumah pertamaku, alangkah terkejutnya saya bila dimaklumkan bahawa skim tersebut belum wujud lagi dan hanya diwar-warkan oleh media persoalannya benarkan skim rumah pertamaku hanya mainan media?
perkara seumpanan ini juga berlaku semasa saya ingin mengambil insuran kenderaan berusia 10thn keatas yg dimaklumkan mempunyai skim khas, tetapi hakikatnya tiada satu pun pemain insuran yang mengetahui hal ini, adakah ini juga mainan media?
Pinjaman kewangan untuk usahawan
Salam, satu malaysia, saya salah seorang rakyat malaysia yang bermastautin lebih 50 tahun di pulau pinang, dan sudah lebih 15 tahun menceburi di bidang perniagaan. Apa yang menjadi tanda tanya, bukan pada diri saya jugamalah untuk peniaga2 yang lain…
Konon nya kerajaan ingin membantu peniaga2 dan usahawan memberi pinjaman untuk memulakan@ memperkembangkan businees, dan melarang dari meminjam dari ALONG, TAPI sunggoh mengecewakan kami peniaga2, kerana pinjaman dari bank sama saperti pinjam dari along, dah tu pula interest berganda menjadi 100%.
Ketidakadilan RHB Bank
Saya merupakan salah seorang pembeli projek rumah terbengkalai. Projek ini telah terbengkalai selama 11 tahun selepas siap sebanyak 80%. Saya telah mengambil pinjaman bank sebanyak RM136000 dimana RM110,000 telah diberikan kepada pemaju.
Selama 11 tahun saya hanya membayar bunga kepada RHB Bank yang berjumlah dari RM 650 hingga RM900 setiap bulan. Saya telah mendapatkan surat dari KPKT menyatakan status projek terbengkalai dan merayu kepada bank untuk menurunkan peratus bunga, tetapi tidak dilayan.
Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Saya wakil pelajar semester 3 Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTi) ingin membuat aduan mengenai Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Kemahiran (PTPK) yang kami gunakan sebagai wang pinjaman latihan kami.
Sekarang saya sudah semester 3, hanya memperoleh RM900 sebagai wang pendahuluan pinjaman. Sedangkan sepatutnya kami memperoleh wang sebanyak RM1800 setiap semester (untuk tempoh 6 semester). Namun, terdapat segelintir pelajar yang masih belum menerima wang pendahuluan RM900 tersebut, dengan alasan pihak PTPK telah menghilangkan dokumen perjanjian mereka. Sehinggakan, mereka terpaksa mengulang semula prosedur awal proses pinjaman.
kadar faedah pinjaman terlalu tinggi
Pada mulanya saya ingin membuat pinjaman dengan syarikat MBSB untuk menyelesaikan pinjaman saya daripada KOPERASI KOWAMAS MALAYSIA BERHAD.
Sebelum itu saya telah membuat pinjaman kewangan daripada KOPERASI KOWAMAS MALAYSIA BERHAD berjumlah RM75.000.00 hampir satu tahun dulu, masalahnya apabila saya hendak menyelesaikan pinjaman saya ini saya dikehendaki membyar hampir RM100.000.00 (SERATUS RIBU).
Saya merasa perkara ini tidak adil. Persolan saya adakah kadar faedah yang terlalu tinggi ini diluluskan oleh pihak Bank Negara dan Kerajaan. Diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan sewajarnya atas aduan saya ini. Sekian Terima Kasih.





