Archive for the ‘Perkhidmatan’ Category
Tipu: Pengecualian Duti Eksais 100% Kenderaan Nasional Bagi OKU
Saya tertarik dengan kelebihan bagi warga OKU untuk membeli kenderaan dengan harga yang saya anggap cukup istimewa iaitu pemotongan 100% duti eksais kenderaan seperti diwarwarkan oleh treasury (rujuk di sini). Namun begitu merasa amat terkilan apabila saya berjumpa dengan beberapa branch manager kenderaan nasional, mereka hanya menawarkan pemotongan sekita RM200-RM800 bergantung kepada jenis kenderaan. Adakah ini sahaja jumlah pemotongan yang diperolehi warga OKU dibawah insentif ini?
Pihak tuan tentu sudah sedia maklum bahawa duti eksais bagi suatu kenderaan minimum adalah 75% daripada harga CIF sesebuah kenderaan seperti yang termaktub di bawah doket price yang dikeluarkan oleh kastam (rujuk di sini). Mengambil contoh sebuah kenderaan seperti Proton Saga FLX, sekiranya harga pasaran ~Rm40,000. setelah ditolak dengan duti eksais anggaran kasar harga kenderaan akan berada di dalam lingkungan RM18,000-25,000 sahaja.
Layanan Operator 24 hours Radio Taxi Call Service Labuan Mengecewakan
Saya ingin buat aduan mengenai sikap operator 24 hours radio taxi call service di W.P Labuan.
Sebagai individu yang baru bekerja di W.P Labuan, sudah tentu saya banyak menggunakan pengangkutan awam terutamanya teksi. Memandangkan sukar untuk mendapatkan teksi di sesuatu kawasan tertentu, mendapatkan perkhidmatan 24 hours radio taxi call service adalah caranya. Walau bagaimanapun, tidak seperti perkhidmatan teksi di Putrajaya, 24 hours radio taxi call service di Labuan tidak meminta no. telefon pelanggan.
Pada mulanya saya telah menghubungi 24 hours radio taxi call service sekitar jam 07.20am-07.30am. Tempoh perjalanan yang diambil ke tempat saya dari bandar lebih kurang 15-20minit perjalanan dari bandar Labuan. Walau bagaimanapun, setelah menunggu hampir 20 minit, kelibat teksi masih tidak kelihatan dan jam telah menunjukkan 07.40am (ikut jam saya) namun, saya teruskan menunggu. Setelah jam 07.47am, saya terus membuat panggilan semula.
Layanan Staf MBSB tidak profesional
Saya merupakan pelanggan MBSB yang memegang akaun pinjaman peribadi. Pada 16 November 2012 saya telah ke pejabat MBSB cawangan B.B.Bangi untuk memohon “Redemption Statement” bagi saya mengurangkan jumlah bayaran bulanan saya melalui “refinance”.
Saya di caj RM100 dan diminta menunggu selewat-lewatnya sebulan untuk mendapatkan penyata itu dimana staf MBSB akan menghubungi saya. Setelah sebulan dan saya tidak menerima apa-apa makluman, saya telah berkunjung ke pejabat MBSB cawangan B.B.Bangi sekali lagi hanya untuk diberitahu bahawa penyata “Redemption Statement” tersebut belum siap. Mereka akan hubungi saya apabila penyata itu sudah siap.
Kebajikan Staf IPG Teknik Terabai
Seperti sedia maklum, IPG Kampus Pendidikan Teknik akan berpindah ke Bandar Enstek, Nilai. Kami akur dengan arahan perpindahan ini tetapi pihak atasan IPG Kampus Pendidikan Teknik langsung tidak menjaga kebajikan staf sokongan seperti kami yang terdiri daripada kakitangan bawahan yang berpendapatan rendah untuk menampung perbelanjaan harian seperti minyak, tol dan lain-lain untuk bertugas di sana.
Pada mulanya pihak atasan berjanji untuk menyediakan perkhidmatan bas secara percuma selama enam bulan seperti mana yang diterima oleh penjawat awam yang berpindah dari Jalan Duta ke Putrajaya. Namun sehingga kini hal itu hanya janji kosong. Malah kami yang terpaksa mencari perkhidmatan bas sewa untuk perjalanan ke sana. Kami juga dimaklumkan bahawa elaun sara hidup (COLA) akan dipotong. Ini adalah kerana kampus baru IPG Kampus Pendidikan Teknik berada di luar kawasan bandar.
Masih belum dapat penempatan di sekolah kerajaan
Saya adalah bekas pelajar Universiti Tun Abdul Razak tahun 2008 yang mengambil jurusan pendidikan. Masalahnya sekarang, saya sudah pergi temuduga yang di panggil sebanyak 2 kali dan temuduga kali ke-2 telah berjaya. Tetapi sehingga kini saya masih belum lagi dapat penempatan di sekolah kerajaan.
Saya hanya diberikan jawapan TUNGGU sahaja walaupun saya telah turun naik di Putrajaya untuk menguruskan masalah ini. Saya bukannya orang semenanjung yang begitu dekat untuk datang selalu ke Putrajaya.
SPPBS: Satu lagi aplikasi teruk KPM
1. Pengisian data tidak dapat dilakukan kerana kegagalan capaian ke url SPPBS.
2. Walaupun disarankan oleh Helpdesk agar mengisi data antara pukul 3 – 5 pagi namun sistem masih gagal berfungsi dengan pantas dan mengambil masa loading yang lama. Ini membuang masa.
3. Pihak PPD dan JPN di negeri tertentu terlalu kemaruk ‘deadline’ hingga mengarahkan guru melengkapkan data pada 31 Oktober dan menghantar cetakan sppbs ke ppd walhal tarikh yang diberi oleh pihak sppbs ialah pada 20 November 2012.
Perkhidmatan Balai JPJ Petaling Jaya yang amat teruk
Pada 23 October 2010,jam 12:30 petang,saya menamani kawan saya ke balai JPJ Petaling Jaya untuk membuat kad lesen yang baru selepas kehilangan dompetnya.
Saya berasa amat kesal dengan keadaan balai JPJ Petaling Jaya yang menyusahkan para pelangaan. Hal ini menyebabkan saya berasa amat tidak berpuas hati.
Perkhidmatan Poslaju Kota Kinabalu Mengecewakan
Saya terpanggil untuk meluahkan ketidakpuasan hati kepada servis yang diberikan pihak POSLAJU Kota Kinabalu.Ini bukan kali pertama,malahan masalah saya ini juga pernah dihadapi ramai lagi pengguna yang menggunakan perkhidmatan POSLAJU di Kota Kinabalu.
Sebagai seorang perniaga online yang begitu bergantung dengan perkhidmatan pos,saya dapatan servis yang ditawarkan nama segah Pos Malaysia Bhd tidaklah seperti mana yang digambarkan dlm misi dan aspirasi syarikat ini.Setiap kali membuat aduan menerusi Posline,saya tidak dapati pengurusan tertinggi POSLAJU Kota Kinabalu cuba untuk perbaiki perkhidmatan mereka.
Skim gaji DG44 yang merugikan
Baru-baru ini segolongan warga pendidik kecoh kerana tak puas hati dengan kiraan tahun dalam urusan kenaikan pangkat/gred secara time-based sama ada dari DG29 ke DG32 mahupun dari DG41 ke DG44. Bagi guru yang lebih daripada 8 tahun dalam gred asal, tanpa sebarang pekeliling, tarikh lantikan mereka adalah lebih daripada 8 tahun tidak seperti yang termaktub dalam skim baru yang mengganti SPBA yang tidak menjadi. Nampak sangat urusan penting seperti ini dilaksanakan tanpa sistem yang adil, betul, telus dan sesuai.
Lebih malang lagi bagi mereka yang dilantik, bergaji lebih daripada gaji minimum gred baru mereka. Kita ambil contoh nilai kenaikan dari DG41 ke DG44. Gaji asal atau gaji pokok dalam gred sebelum sekadar ditambah dengan RM225 ( nilai kenaikan tahunan DG41) sedangkan bagi golongan yang gaji mereka di bawah tangga gaji minium gred baru dalam urusan kenaikan pangkat dianjak ke tangga gaji minimun kemudian ditambah dengan RM250 (nilai kenaikan tahunan DG44) jika perbezaan dengan tangga gaji minimum gred baru kurang daripada nilai kenaikan tahunan gred Dg41.
Penempatan Guru Lepasan UPSI
Apa nak jadi dengan guru-guru lepasan UPSI? Sejak Kementerian Pengajian Tinggi diadakan makin ranum masalah ini. Tak tahu KPM terlepas pandang atau KPT yang tak bergerak? Anda bayangkan KPM sanggup berbelanja lebih untuk melatih semula siswazah yang bukan kelulusan pendidikan di IPG sedangkan lulusan ijazah pendidikan dari IPTA masih berlambak terkial-kial menunggu penempatan. Nyamuk mati di seberang nampak gajah terlentang mati di depan mata terpijak. Bukan tak nampak, tapi malang sekali rakan-rakan yang memilih bidang ini.
Balik kepada tanggungjawab pihak yang berwajib, setakat ini tiada penjelasan daripada KPM mahupun KPT. Hanya khabar angin yang diterima yang mengatakan KPT tiada link langsung dengan KPM dalam soal penempatan lulusan pendidikan yang dimaksudkan. Ada yang kata KPM tak dapat menempatkan sebab kota guru dah lebih.





