Penerbangan | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Archives
Blogged.my

Archive for the ‘Penerbangan’ Category

Air Asia buat kerja gila – pinda waktu penerbangan sesuka hati

Saya telah ambil tiket penerbangan Air Asia Flight QZ 8594 F Dari Kuala Lumpur Ke Bandung Jam 20.00 (8 mlm) Nov 18, 2013

Pd jam 12.30 tgh saya mendapat message (dibwah) dari Air Asia – flight RESCHEDULED TO 22.20hrs (10.20 mlm)

RM0.00 URGENT! AIRASIA FLIGHT QZ 8594 FROM KUL TO BDO TODAY 18 NOV 13 IS NOW RESCHEDULED LATER TO 22:20hrs. SORRY FOR THE INCONVENIENCE CAUSED. THANK YOU.

Read the rest of this entry »

Penipuan oleh pihak booking tiket MAS

Pada 3jun 2013 rombongan kami seramai 20 orang tiba dari Amman Jordan pada jam 7.30 Malam,di Lapangan Terbang KLIA, selepas selesai proses mendapatkan bagasi kami bergegas ke aras Lima untuk menyambung perjalanan ke Kota Bharu, setibanya di aras lima pada 8.30 Malam kami dapati jadual penerbangan dari KL ke Kota Bharu yang telah ditempah pada 29 April 2013 ( WJH4J, WLZS1,LE6J5, WXS1Z, W7RLQ ) Flight MH1426 KBR Jam 10.35 PM telah tertunda ke jam 11.00 PM dan pendaftaran dipaparkan di Board tidak dinyatakan kaunter untuk perndaftaran masuk tetapi hanya menyatakan `Kiosk`.

image.jpeg

Read the rest of this entry »

AirAsia Mengaibkan Pengguna

Saya telah membuat aduan pada 19/5/2013 di e-form AirAsia (Case Number : CAS-3654584-L5Y3WG) tetapi tidak mendapat apa-apa balasan daripada AirAsia. Ini adalah mengenai ketidak adilan AirAsia dengan tidak membenarkan isteri saya menaiki penerbangan dan membatalkan penerbangan saya, isteri saya dan ibu mentua saya setelah kami mendaftar masuk tanpa sebab yang kukuh.

Saya tidak berpuas hati kerana AirAsia kerana telah membatalkan penerbangan asal saya tanpa sebab yang manusabah sedangkan saya telah mengikut syarat yang dikeluarkan oleh mereka. Dimana pada syarat mereka telah menyatakan bahawa kandungan ibu 28-34 minggu harus mempunyai surat doktor sedangkan saya telah menunjukkan surat doktor daripada klinik kerajaan dan pada syarat mereka hanya menyatakan kandungan 35 minggu dan keatas tidak boleh menaiki penerbangan. Ini menunjukkan kakitangan AirAsia sendiri tidak faham akan syarat mereka.

Read the rest of this entry »

Etika kerja staff Airasia

Saya ingin membuat aduan mengenai etika dan cara pengurusan bagasi yang dilakukan oleh staff Airasia. Semalam saya telah menaiki flight no AK6303 dari Langkawi ke Kuala Lumpur -LCCT pada pukul 15.15. Saya telah membuat tempahan bagi 10 orang termasuk bayi bagi penerbangan tersebut. Saya bukanlah orang kaya dan ini merupakan penerbangan kedua saya bersama Airasia. Saya akui Airasia memberi penerbangan yang mampu milik oleh semua orang tetapi saya amat kecewa dengan sikap staff Airasia dan juga prosedur dan etika kerja yang mungkin Airasia kurang titikberatkan.

Apa yang ingin saya maklumkan semasa saya check-in bagasi di Langkawi Airport di kaunter yang bersebelahan dengan kaunter Firefly (Pekerja Lelaki- tiada tag nama yang diletakkan diatas kaunter) telah menyatakan pada saya barangan fragile boleh diletak di dalam kargo tetapi tidak dijamin keselamatannya. Saya bersetuju untuk meletakkan barangan tersebut kerana pengalaman sebelum ini yang tiada apa-apa kerosakan berlaku. Tetapi yang menyedihkan saya cara mengurusan staff tersebut untuk memasukkan barangan fragile tersebut kelaluan bagasi. Staff tersebut membiarkan sahaja kotak tersebut berjalan dan berjatuh dan tergolek walaupun barangan tersebut fragile. Sedangkan sebelum ini di Lapangan Kuching, staff disana meletakkan kotak secara baring dan letak dengan cermat dilaluan bagasi utama. Tetapi berlainan di Langkawi, kotak tersebut diletak sahaja dan dibiarkan jatuh ke laluan bagasi sehingga kedengaran bunyi ‘prak’ dan bergolek golek di laluan bagasi utama. Apabila saya membuka kotak tersebut dirumah, sah barangan tersebut pecah. kenapa staff anda tidak membuat perkara yang sama seperti staff di Kuching. Kenapa staff dari syarikat yang sama tetapi cara mengurusan barangan berbeza.Sedangkan staff anda sendiri sedar barangan tersebut mudah pecah.

Read the rest of this entry »

Kehilangan bagasi dalam penerbangan Air Asia

Pada tahun lepas ia itu 19 November 2011 saya dan keluarga menaikai penerbangan Air Asia untuk balik ke Sabah sempena cuti hari raya. Malangnya setiba di lapangan terbang LCCT Kuala Lumpur untuk transit ke Sabah didapati salah satu beg pekaian kami sekeluarga telah hilang yang berdaftar KUL8099 seberat 17 KG.

Sedihnya beg tersebut mengandungi pakaian kami sekeluarga untuk digunakan selama 2 minggu berada di kampung halaman. Oleh kerana beg tersebut hilang kami sekeluarga terpaksa membeli pekaian baru setiba di Sabah untuk dipakai selama berada di kampung. Disebabkan kelelaian dan sikap tidak bertangungjawab pihak Air Asia kami yang terpaksa menanggung kerugian dan kesulitan semasa berada di tempat kami tuju.

Read the rest of this entry »

AirAsia menidakkan hak pelanggan dari Malaysia

Selamat petang staf Aduan Rakyat, diharap anda dapat membantu para pelanggan AirAsia Berhad dari Malaysia yang setahu saya ramai dan telah menyebabkan AirAsia berjaya terutamanya pada peringkat permulaan syarikat ini.

Sebelum ini AirAsia telah menetapkan caj RM1.95 seminit bagi bercakap dengan personel khidmat pelanggan mereka, ini secara prinsipnya telah menidakkan hak pelanggan mendapatkan khidmat yang sewajarnya setelah membayar beratus-ratus, kalau bukan beribu-ribu kepada AirAsia.

Read the rest of this entry »

Graduan pilot masih lagi ramai yang tidak bekerja

Salam dan selamat sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada Aduan rakyat tv3 yang banyak membanu menyelesaikan masalah masalah orang ramai..terima kasih lagi sekali lagi.

Merujuk perkara diatas, kami sebagai graduan juruterbang awam dengan mempunyai license cpl/ir frozrn atpl di malaysia telah meningkat kepada 2000 orang. pada mulanya kami telah mempunyai masalah disekolah penerbangan dengan masalah lambat untuk habis, dan minyak naik, kos terpaksa ditambah sendiri oleh ibu bapa dan sekarang nir tiada tempat untuk kami bekerja..

Read the rest of this entry »

Bag bagasi hilang di KLIA

Pada 9 Dis 2011 saya pulang dari Jakarta dengan Lion Air Flight No JT 0282 secara kumpulan dan turun di KLIA Bertolak dari Jakarta jam 10.30 waktu Malayasia dan tiba di KLIA jam 12.20 waktu Malaysia.

Setelah sampai di KLIA kumpulan kami ketempat bagasi untuk  mengambil bagasi. Apa yang mendukacita 2 buah beg telah hilang. Satu kepunyaan Siti Maizura dan satu beg lagi kepunyaan saya sendiri. Mengapa ianya berlaku di Lapangan KLIA yang terkenal dengan kechanggihannya. Siapakah yang harus di pertanggongjawabkan. Alangkah malunya Malaysia jika ianya berlaku kepada pelancong- pelancong dari luar Negara. Ini menunjukkan kelemahan yang ketara di Lapangan Terbang kita.

Read the rest of this entry »

96 Pelajar Malaysia di Jordan ditipu tiket pulang ke tanah air

Isu penipuan tiket yang dihadapi oleh mahasiswa Malaysia di Jordan masih tidak selesai meskipun telah sampai ke pihak kedutaan.¬†Segala perincian dan maklumat ada disediakan dalam “attachment file”.

Nama facebook saudara nadzeem-Fred Suteki (Nadzeem Aidil) merupakan orang tengah yang menjual tiket kepada pelajar-pelajar. Penjual tiket ini sudah lama di Jordan (7 thn) dan sangat baik dengan senior di sini dan kedutaan.

Read the rest of this entry »

Terlepas Penerbangan Air Asia Walaupun Tunggu di LCCT

Penerbangan Air Asia pada satu sudut menampakkan kemajuan. Waktu berlepas sudah semakin baik, tiada lagi delay sampai berjam-jam.

Tapi berlaku perkara yang tak sepatutnya berlaku. Saya pulang dari China bersama keluarga dan sampai ke LCCT pada jam 10 malam. Memandangkan kami akan berlepas pada jam 7 pagi keesokan hari maka kami bercadang untuk tunggu di LCCT saja.

Semua sudah disempurnakan untuk memudahkan check in pada keesokan hari. Saya sudah buat self-check in! Tapi walaubagaimanapun, 6.30 pagi saya diarahkan supaya bawa sekali luggage kerana kaunter telah ditutup. Akhirnya kami terlepas penerbangan pukul 7 pagi tersebut. Pegawai yang jaga di kaunter bagitau dia dah buat beberapa kali pengumuman! Pengumuman? Pengumuman apa wahai Air Asia? Pengumuman hanya didengari di bahagian tempat menunggu utk berlepas?

Read the rest of this entry »

Perkhidmatan AirAsia yang Mengecewakan

Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak AirAsia. Saya menggunakan perkhidmatan AirAsia penerbangan daripada Kuala Terengganu ke LCCT pada hari Jumaat/10 jun 2011. Penerbangan dijadualkan berlepas pada pukul 8.15 a.m. Pada pukul 7.00 a.m saya beratur di kaunter untuk check in diri dan beg.

Apabila tiba giliran 3 orang sebelum saya, penjaga kaunter memaklumkan bahawa mereka sudah tidak menerima beg lagi kerana kapal terbang sudah terlebih muatan. Mereka mengarahkan saya dan pelanggan-pelanggan dibelakang saya meninggalkan beg dan hanya boleh menaiki pesawat tanpa beg sedangkan saya telah membuat bayaran awal semasa membeli secara online.

Read the rest of this entry »

Kecewa dengan perkhidmatan AirAsia

Saya adalah seorang lagi rakyat Malaysia yang kecewa dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Airasia Berhad. Untuk pengetahuan, saya telah membeli tiket penerbangan air asia pada 17 August 2010 untuk kegunaan kedua ibu bapa saya untuk beberapa siri perjalanan didalam dan luar Malaysia iaitu daripada Kuala lumpur ke Brunei, Brunei ke Kota Kinabalu, Kota Kinabalu ke Miri dan Miri ke Singapura.

Malangnya pada 28 March 2011 iaitu 7 hari sebelum tarikh penerbangan, saya telah menerima 1 email daripada AirAsia berhad mengatakan bahawa penerbangan dari Brunei ke Kota Kinabalu telah dibatalkan. Saya telah menghubungi pihak Airasia pada 28 March 2011 (masa 6.30pm) dan bercakap dengan seorang pegawai perkhidmatan pelanggan bernama Allen.

Read the rest of this entry »