Aduan Pencemaran Udara di Kawasan Taman Budiman

Tuan,

Aduan Pencemaran Udara di Kawasan Taman Budiman, Alma, Bukit Mertajam

Dengan hormatnya, merujuk kepada perkara di atas, saya ingin membuat aduan tentang pencemaran udara.

Kebelakangan ini pencemaran udara yang berlaku di sekitar Taman Budiman, Alma, Bukit Mertajam dan taman-taman yang berdekatan amat membimbangkan.

Saya mengesyaki pencemaran udara ini adalah berpunca daripada kilang AYAMAS yang berada di kawasan perindustrian ringan yang berdekatan. Bau yang tidak menyenangkan ini biasanya akan dibebaskan pada waktu malam dan awal waktu pagi dan menjadi kerap kebelakangan ini, ia boleh dikatakan setiap hari.

Bau yang busuk ini menyebabkan kami, penduduk taman ini terpaksa menutup pintu dan tingkap sepanjang masa. Namun, bau busuk masih dapat dikesan, baunya memeningkan dan tidak selesa.

Diharap pihak tuan dapat membuat siasatan dan tindakan yang sewajarnya demi kesihatan penduduk kawasan ini.

Segala tindakan yang diambil diucapkan ribuan terima kasih.

Yang ikhlas,

Penghuni Taman Budiman,

By: YEAP LING YAN

Keadaan alam sekitar di Kuari Bukit Pengorak, Pahang

Salam hormat,

Saya merupakan pengguna jalan sektor Kemaman-Gebeng mendapati pencemaran udara sekitar, keadaan jalan serta fasiliti lampu dan keadaan yang amat teruk. Tiada usaha dari pihak berkuasa tempatan, kerajaan pusat serta NGO alam sekitar yang berusaha mendedah bagi merperbaiki keadaan.

Lori-lori lebih muatan, uzur dan mengeluar asap karbon dioksida bermaharajalela. Itu belum lagi menyentuk aspek disiplin memandu bagi lori-lori tersebut. Syarikat-syarikat beroperasi di lombong besi tiada berhati perut untuk mencegah dan memperbaiki keadaan walaupun mengaut jutaan ringgit hasil bumi Malaysia. Mereka juga tiada mengambilberat kualiti udara dan persekitaran yang pasti melanggar apa juga kod penjagaan alam sekitar atau lalulintas negara.

Adakah terlalu kebal untuk diambil tindakan atau sememang wujud elemen rasuah di kalangan penguatkuasa persekutuan atau negeri. Sila ambil tindakan membetul dan memulih keadaan yang berlarutan sekian lama.

By: Awi

Pecemaran bunyi di kawasan Kenanga Wholesale City

Saya seorang penduduk di sebuah kondominium di sekitar kawasan berhampiran kenanga wholesale city. Saya hendak membuat aduan bahawa bunyi speaker muzik yang keluar dari kenanga wholesale city telah melebihi batasan. Baru baru ini, pihak kenanga telah mengadakan banyak acara seperti konsert dan juga acara seperti henessy artistry.

Bunyi yang terhasil boleh dikatakan menganggu ketenteraman penduduk kondo dan flat disekitar. Muzik muzik dengan base yang tinggi boleh mengakibatkan migrane. Kadang kadang bunyi ini boleh berlanjutan selama beberapa jam dan melebihi jam 12 malam.

Saya rasa jika bangunan kenanga wholesale dibenarkan untuk menganjurkan acara acara seperti konsert dan party dan mengunakan alatan yang boleh menghasilkan suara yang kuat, ianya mesti dilengkapi dengan bilik kedap suara, tetapi tidak, bunyi yang terkeluar boleh didengar dengan jelasnya dari dalam bilik bilik tidur di kondo kondo sekitar.

Saya berharap pihak berkuasa boleh melakukan sesuatu terhadap kes ini. Saya juga telah melakukan laporan polis untuk beberapa kali tetapi pihak polis hanya boleh memberi teguran sahaja. Lain hari ia akan berlaku lagi.

Jika hendak memperbaiki masaalah ini, satu cara adalah dengan menguatkuasakan pihak kenanga wholesale untuk menyediakan bilik yang dilengkapi dengan kebolehan kedap suara yang sesuai seperti yang di buat di kelab kelab malam. Jika ini tidak diperlakukan, saya rasa lebih baik mereka tidak dibenarkan langsung menganjurkan acara acara sedemikian. Ianya amatlah menyusahkan!

By: Jason lim

Pembalakan haram di ladang teh Sungai Palas

Pembalakan haram hutan simpanan di ladang teh Sungai Palas, Cameron Highlands. Pembalakan haram ini berlaku sejak 12hb sep 2012, kini melebihi seluas 5 hektar. Akibat daripada penebangan haram hutan simpanan tersebut, sumber bekalan air untuk tujuan petanian dan kegunaan harian petani-petani di sini tercemar.

Berikutan rezeki petani-petani terancam. Aduan pernah dibuat kepada pentadbir setempat,seperti Pejabat Daerah Dan Tanah C Highlands, Pejabat Perhutanan CH, Pejabat pengairan dan saliran CH, Jabatan Alam Sekitar tetapi tindakan yang selanjutnya tidak diambil dan penebangan haram masih curi-curi dijalankan.

Saya di sini menyeru dan amat berharap pihak ADUAN RAKYAT ONLINE dapat menolong kami dengan menyampaikan kejadian ini kepada YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan jabatan-jabatan serta kementerian-kementerian yang berkaitan demi rezeki petani-petani yang hidup dalam kesusahan dan kemiskinan di sini.kami petani-petani disini dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

By: Thormas Tang Kwang Fai

Kilang Simen Beroperasi di Kawasan Perumahan

Di sini saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik Sebuah Kilang Simen yang aktif beroperasi di kawsan perumahan saya iaitu di Jalan Ciku Utama, Taman Kota Masai,Pasir Gudang.

Dengan adanya kilang ini, kesihatan dan keselesaan penduduk sekitar terutama kepada kami sekeluarga terjejas sama sekali kerana sering mengalami demam dan batuk-batuk akibat dari habuk simen yang dilepaskan dari kilang tersebut.

Selain itu, anak sulung saya selalu mengalami demam, semput dan batuk2 akibat masalah ini. Dan kawasan perumahan juga dipenuhi habuk simen yang tebal.

Saya amat dukacita mengapa kilang simen ini terus beroperasi di kawasan perumahan penduduk dan terlalu hampir.

Diharap pihak berwajib dapat mengambil tindakan sewajarnya dengan mengarah pindah kilang tersebut ke kawasan perindustrian yang lebih sesuai.

By: Pn Nor

Diserang lalat dari reban ternakan ayam

Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan kampung Koran Mawang (daerah Serian di Sarawak) amat kesal dengan sikap para penternak ayam bersubsidi, yang menternak ayam-ayam mereka yang letak nya hanya di sebelah rumah kami yang jauhnya hanya beberapa langkah sahaja. Mengikut undang-undang di dalam Buku “AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN ”, premis(reban) harus dibina sekitar 100 meter dari kawasan perumahan,tetapi mereka membina sekitar jarak beberapa langkah sahaja dari kawasan rumah.

Ditambah pula dengan bau yang sangat tidak menyenangkan , lalat dan nyamuk yang berterbangan AMAT mengganggu ketenteraman kami penduduk disekitarnya.Sistem ternakan yang tidak mengikut peraturan langsung. Apabila ditanya mengapa mereka membina reban ayam di situ, jawapan yang kami dapat adalah kerana Kerajaan tidak memenuhi seperti apa yang dijanjikan dimana akan menyediakan kelengkapan untuk membuah reban ayam, dan sekarang sudah 3 bulan berlalu kami menanggung sensara berdepan dgn masalah bau busuk dan masalah lalat yang tidak terkawal. Sampai bilakah kami harus berdepan dengan masalah ini.

Konsep Rakyat Didahulukan pencapaian diutamakan harus mengambilkira situasi yang dihadapi oleh penduduk sekitar ini supaya kami mendapat kembali keselesaan menjalani kehidupan harian dengan sihat.

By: Bibie Ana Jee

Perihal Premis Burung Walit

Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini amat kesal dengan sikap para pengusaha premis burung walit yang dibina terlalu berdekatan dengan kawasan perumahan. Mengikut undang-undang di dalam Buku “AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN UNTUK PERLADANGAN BURUNG WALIT SPESIS AERODERMUS DAN PERUMAHANNYA”, premis harus dibina sekitar 100 meter dari kawasan perumahan,tetapi mereka membina sekitar jarak beberapa meter sahaja dari kawasan rumah.

Ditambah pula dengan bunyi kicau yang dimainkan dari pembesar suara yang diletakkan di premis itu AMAT-AMAT mengganggu ketenteraman penduduk disekitarnya.Bunyi ini dimainkan tidak mengikut peraturan langsung.Sepatutnya bunyi ini perlu dihentikan pada jam 7 malam,tetapi sampai jam 8 baru dihentikan.

Aduan telah pun dibuat oleh beberapa penduduk sebelum ini kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) Majlis Daerah Rompin tetapi seolah-olah macam tiada perubahan.Apakah para pengusaha itu punya lesen yang sah? Sebagai denda,para pengusaha hanya dikenakan RMXXX untuk setahun.Berbaloikah?

Harap pihak yang lebih berkuasa tolonglah pantau masalah ini. Jangan sampai para penduduk di kawasan ini buat tindakan mereka sendiri sesudah aduan tidak diendahkan.Minta juga pihak yang berwajib jawab apakah pasti tiada kesan penyakit bawaan dari burung ini? Minta pantau/kawal alat untuk memainkan bunyi untuk memanggil burung supaya tahap kicau lebih perlahan

Minta Tolong Sangat-Sangat!!!

By: Bukan Dengki

Pencemaran Udara – Pembakaran Terbuka Di Saujana Impian Kajang

Salam Sejahtera,

Saban hari penduduk sekitar Impian Makmur, Saujana Impian Kajang terpaksa menghidu bau asap dipercayai akibat pembakaran terbuka di Kawasan Sungai Sekamat, Kajang.

Bau asap yang kuat sejak awal tahun ini sering berlaku menjelang waktu Maghrib hingga keesokan pagi (lebih kurang sehingga 8.00 am). Bau asap ini bukan sahaja menggangu pernafasan dan menjejaskan kesihatan penduduk setempat malahan kepada kanak-kanak di sekolah SK Saujana Impian 2 yang terletak berhampiran.

Mohon pihak berkuasa menyiasat dan ambil tindakan sewajarnya demi kesejahteraan rakyat.

Terima Kasih.

By: Shima

Pusat pelupusan sampah daerah Semporna terlalu dekat dengan sekolah

Daerah Semporna di negeri Sabah di bawah bayu merupakan destinasi pelancungan yang terkenal, bukan dalam negara malah di seantero dunia kerana kecantikan pulau Sipadan. Pusat – pusat pelancungan tumbuh bagai cendawan bagi mengambil peluang ledakan ekonomi di bidang berkenaan.

Malangnya, kecantikan dipulau berkenaan saja yang diambil perhatian tetapi masalah kebersihan di tanah besar kurang diambil tindakan. Walau bagaimana pun, sikap dikalangan masyarakat juga menyumbang kearah masalah berkenaan. Majlis berkuasa Tempatan telah menyediakan tempat-tempat pembuangan sampah namun sampah hanya dilonggokkan di luar tong-tong sampah.

Isu utama yang berlarutan di daerah ini ialah pusat pelupusan yang tidak lagi sesuai pada masa ini. Mutakhir ini, pusat pelupusan berkenaan terletak sangat berdekatan dengan 2 buah sekolah iaitu SK Pekan 2 dan SK Simunul serta perumahan. Bau sampah dan kehadiran anjing2 liar mengganggu murid2 disekolah berkenaan. Sampah dibuang sehingga diatas jalanraya menghala ke sekolah berkenaan yang jauhnya hanya 100meter(SK.Pekan 2) dan lebih kurang 400meter ke SK Simunul serta 1km ke bandar Semporna.

Pembakaran terbuka yang dibuat oleh para pemungut sampah dipusat pelupusan berkenaan menambah derita murid sekolah yang menghadapinya 5 hari seminggu kerana bersekolah. Keadaan ini sudah pasti tidak kondusif untuk mereka belajar dan pernah saya terserempak dengan mereka dan mengadu bahwa bau sangat mengganggu mereka serta takut dengan anjing2 liar yang berkeliaran disitu.

Konsep Rakyat Didahulukan pencapaian diutamakan harus mengambilkira situasi yang dihadapi oleh adik-adik murid sekolah ini supaya mereka mampu menjalani pembelajaran dengan baik dan dapat menumpuhkan perhatian semasa berada di kelas.

By: DENIS ONG

Masalah Pembakaran Pelupusan Sampah

Saya ingin membuat aduan mengenai kebakaran tempat pelupusan sampah yang berlaku di Taman Sekamat Jaya, 43000 Kajang, Selangor, yang menyebabkan pencemaran udara yang amat teruk.

Sudah hampir 2 minggu masalah kebakaran ini berlaku dan menyebabkan jerebu teruk di kawasan tempat tinggal yang berdekatan sehingga masuk ke dalam rumah setiap hari pada waktu siang dan sepanjang malam.

Saya ada menghubungi pihak bomba bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menurut mereka masih berusaha untuk memadam kebakaran tersebut.

Saya amat risau keadaan ini berlanjutan tanpa henti kerana mendatangkan kesan buruk pada kesihatan kanak-kanak kecil terutama bayi yang tinggal di kawasan kami ini kerana terpaksa berhadapan dengan bau asap dari punca pelupusan sampah tersebut. Saya salah seorang yang berhadapan dengan masalah ini.

Saya bagi pihak kawasan Sungai Sekamat, Kajang, memohon pihak yang bertanggungjawab mengambil serius masalah ini dan mendapatkan bantuan sepenuhkan bagi memadam kebakaran pelupusan sampah tersebut kerana sudah 2 minggu masalah ini berlaku. Kami amat-amat sangat berharap masalah ini dapat diselesaikan secepat mungkin. Tolong kami.

Sekian, Terima Kasih.

By: Amalina

Korek pasir secara haram

Kejadian Pengorekan pasir dijalankan di dalam kawasan kampung saya beralamat seperti yang di bawah, saya agak sangsi bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Kami bimbang akan keselamatan rumah-rumah kami, kerana kerja penyedutan pasir itu berdekatan dengan rumah kami. Ini boleh menyebabkan tanah mendap dan runtuh sekaligus mengancam keselamatan penduduk kampung. lebih menghairankan lagi, kerja mengeluarkan pasir itu hanya dijalankan pada waktu 4/5 pagi.

Kejadian ini menyebabkan penduduk kampung curiga dengan niat sebenar pengorekan pasir ini. Saya amat berharap bahawa aduan rakyat dapat membawa isu ini ke tengah dan pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sepatutnya sebelum kejadian yang tak diingini berlaku. Sekian, terima kasih.

Batu 7 3/4 Kg Pantai, Jalan Jelebu,
71770, Seremban, Negeri Sembilan.

By: Amir Rosli

Operasi kilang tayar di kawasan kampung

Disini saya ingin membuat aduan berkenaan operasi pembakaran tayar berdekatan dengan kawasan kampung di Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, Selangor.

Operasi Kilang Tayar ini telah membuatkan kebanyakkan penduduk kampung mendapat pelbagai jenis penyakit terutamanya orang tua dan kanak-kanak. Kerana kebanyakkan penduduk di situ adalah majoriti pekerja pencen yang ingin bersenang dengan suasana kehidupan kampung. Tetapi operasi kilang tayar ini telah pun mencemarkan udara persekitaran kawasan kampung kami sejak 10 tahun yang lalu. Malahan proses pembakarannye semakin berleluasa sejak 3-4 bulan ini sehingga menyebabkan kesihatan penduduk kampung sekitar semakin tenat.

Disamping itu juga pembakaran yang dilakukan oleh kilang ini telah menyebabkan kawasan rumah penduduk kampung tercemar dek abu pembakaran tayar tersebut. Setiap hari para suri rumah terpaksa membersihkan lantai rumah yang sentiasa berdebu dek abu tayar tersebut. Cuba anda bayangkan bagaimana sekiranya abu tersebuat sekiranya tidak dibersihkan pasti kanak-kanak akan bermain dengan abu tayar tersebut dan mendapat penyakit yang serius.. Dan juga kebayakkan kanak-kanak yang baru lahir pasti mendapat penyakit asma dek kerana udara persekitaran yang terlalu kotor

Pihak kampung susah puas membuat aduan di pelbagai jabatan yang terlibat tetapi respon yang kami terima amat menduka citakan. Setiap kali kami meminta penjelasan berkenaan dengan perkara ini, pihak berkuasa mengatakan bahawa proses pembakaran yang dibuat mengikut peraturan alam sekitar. Sedangkan setiap kali pembakaran dibuat lantai rumah penduduk mesti berdebu. Bagaimana perkara ini boleh terjadi sekiranya proses pembakaran mengikut peraturan??. Pihak kampung juga, selalu terlihat akan pembakaran yang dibuat bukan di dalam tempat yang disediakan tetapi di hanya diluar sehingga menyebabkan asap berkepul-kepul hitam dan api yang marak menerangi udara persekitaran.

Pihak kampung juga telah membuat aduan Di Majlis Daerah Kuala Selangor, Jabatan Alam Sekitar Sabak Bernam, malah respond yang kami terima amat mengecewakan. Setiap kali kami memohon supaya kilang tersebut dipindahkan dari kawasan kampung, pihak berkenaan hanya menyatakan bahawa notis berpindah sudah dikeluarkan . apa cerita?? penduduk kampung dapati kilang tersebut bukan seperti mahu berpindah tetapi membesarkan lagi kawasan kilangnye.. INIKAH NOTIS BERPINDAH YANG DIKELUARKAN ATAUPUN NOTIS MEMBESARKAN LAGI PERUT2 PIHAK BERKUASA???… Pihak berkuasa hanya melepaskan menunding jari sesama sendiri…. tiada tindak balas langsung. Sekarang ini kami diarah pula untuk berkerjasama dengan Pejabat Tanah pula… bagaimana perkara ini boleh berakhir sekiranya semua pihak berkuasa hanya cuci tangan masing-masing sahaja.??..

DI sini saya amat mengharapkan tindakan pantas dari pihak Aduan Rakyat ini. Sebarang maklumat boleh menghubungi saya terus di 013-3882640 / 017-2445847. Saya betul2 mengharapkan pihak aduan rakyat melihat dengan teliti masalah kami penduduk kampung, kerana kami tidak tahu mana lagi yang perlu kami utarakan permasalahan kami, mengharapkan pihak berkuasa hanya memenuhkan poket masing2… jangan pula aduan rakyat ini pun sama dengan pihak berkuasa… jika begini kemana lagi kami ingin bersuara.. maka tidak la boleh dikatakan negara ini SATU MALAYSIA jikalau pihak berkuasa masih di dalam generasi komunis lagi…

Sekian, dari saya … diharapkan kerjasama yang segera dari pihak tuan.

By: Zulkifli

Pencemaran air sungai di Lundu, Sarawak

Sungai yang dimaksudkan ialah “SUNGAI KAYAN” bertempat di daerah Lundu, Sarawak. Sungai ini menjadi punca keprluan air harian bagi sesetengah penghuni kampung-kampung yang mendiami kawasan tebingan sungai tersebut dan juga menjadi punca para rezeki bagi nelayan-nelayan sungai yang menagkap udang galah dan ikan sungai.

perkara ini telah berlarutan sejak beberapa bulan yang lepas,yang mana menyebabkan pencemaran air sungai yang mana menjadi keperluan harian sesetengah penduduk kampung seperti Kampung Selampit, Sebandi Hulu, Sebandi Hilir dan lain-lain.

Dua minggu yang lepas,penduduk kampung sekitarnya dikejutkan oleh kejadian  hanyutan bangkai ikan dan udang yang banyak, kecil dan besar. Berikutan itu aduan demi aduan telah dibuat kepada pihak yang berkenaan, namun kejadian tadi masih berulang. Oleh yang demikian kami penduduk-penduduk kampung yang terlibat amat-amat mengharapkan bantuan pihak aduan rakyat untuk melakukan sesuatu untuk menghentikan pncemaran ini. Bantuan pihak anda amat kami nantikan.

By: Louis