Archive for the ‘Pencemaran’ Category
Pecemaran bunyi di kawasan Kenanga Wholesale City
Saya seorang penduduk di sebuah kondominium di sekitar kawasan berhampiran kenanga wholesale city. Saya hendak membuat aduan bahawa bunyi speaker muzik yang keluar dari kenanga wholesale city telah melebihi batasan. Baru baru ini, pihak kenanga telah mengadakan banyak acara seperti konsert dan juga acara seperti henessy artistry.
Bunyi yang terhasil boleh dikatakan menganggu ketenteraman penduduk kondo dan flat disekitar. Muzik muzik dengan base yang tinggi boleh mengakibatkan migrane. Kadang kadang bunyi ini boleh berlanjutan selama beberapa jam dan melebihi jam 12 malam.
Pembalakan haram di ladang teh Sungai Palas
Pembalakan haram hutan simpanan di ladang teh Sungai Palas, Cameron Highlands. Pembalakan haram ini berlaku sejak 12hb sep 2012, kini melebihi seluas 5 hektar. Akibat daripada penebangan haram hutan simpanan tersebut, sumber bekalan air untuk tujuan petanian dan kegunaan harian petani-petani di sini tercemar.
Berikutan rezeki petani-petani terancam. Aduan pernah dibuat kepada pentadbir setempat,seperti Pejabat Daerah Dan Tanah C Highlands, Pejabat Perhutanan CH, Pejabat pengairan dan saliran CH, Jabatan Alam Sekitar tetapi tindakan yang selanjutnya tidak diambil dan penebangan haram masih curi-curi dijalankan.
Kilang Simen Beroperasi di Kawasan Perumahan
Di sini saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemilik Sebuah Kilang Simen yang aktif beroperasi di kawsan perumahan saya iaitu di Jalan Ciku Utama, Taman Kota Masai,Pasir Gudang.
Dengan adanya kilang ini, kesihatan dan keselesaan penduduk sekitar terutama kepada kami sekeluarga terjejas sama sekali kerana sering mengalami demam dan batuk-batuk akibat dari habuk simen yang dilepaskan dari kilang tersebut.
Diserang lalat dari reban ternakan ayam
Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan kampung Koran Mawang (daerah Serian di Sarawak) amat kesal dengan sikap para penternak ayam bersubsidi, yang menternak ayam-ayam mereka yang letak nya hanya di sebelah rumah kami yang jauhnya hanya beberapa langkah sahaja. Mengikut undang-undang di dalam Buku “AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN ”, premis(reban) harus dibina sekitar 100 meter dari kawasan perumahan,tetapi mereka membina sekitar jarak beberapa langkah sahaja dari kawasan rumah.
Ditambah pula dengan bau yang sangat tidak menyenangkan , lalat dan nyamuk yang berterbangan AMAT mengganggu ketenteraman kami penduduk disekitarnya.Sistem ternakan yang tidak mengikut peraturan langsung. Apabila ditanya mengapa mereka membina reban ayam di situ, jawapan yang kami dapat adalah kerana Kerajaan tidak memenuhi seperti apa yang dijanjikan dimana akan menyediakan kelengkapan untuk membuah reban ayam, dan sekarang sudah 3 bulan berlalu kami menanggung sensara berdepan dgn masalah bau busuk dan masalah lalat yang tidak terkawal. Sampai bilakah kami harus berdepan dengan masalah ini.
Perihal Premis Burung Walit
Saya sebagai salah seorang penduduk di kawasan ini amat kesal dengan sikap para pengusaha premis burung walit yang dibina terlalu berdekatan dengan kawasan perumahan. Mengikut undang-undang di dalam Buku “AMALAN BAIK PENTERNAKAN HAIWAN UNTUK PERLADANGAN BURUNG WALIT SPESIS AERODERMUS DAN PERUMAHANNYA”, premis harus dibina sekitar 100 meter dari kawasan perumahan,tetapi mereka membina sekitar jarak beberapa meter sahaja dari kawasan rumah.
Ditambah pula dengan bunyi kicau yang dimainkan dari pembesar suara yang diletakkan di premis itu AMAT-AMAT mengganggu ketenteraman penduduk disekitarnya.Bunyi ini dimainkan tidak mengikut peraturan langsung.Sepatutnya bunyi ini perlu dihentikan pada jam 7 malam,tetapi sampai jam 8 baru dihentikan.
Pencemaran Udara – Pembakaran Terbuka Di Saujana Impian Kajang
Salam Sejahtera,
Saban hari penduduk sekitar Impian Makmur, Saujana Impian Kajang terpaksa menghidu bau asap dipercayai akibat pembakaran terbuka di Kawasan Sungai Sekamat, Kajang.
Bau asap yang kuat sejak awal tahun ini sering berlaku menjelang waktu Maghrib hingga keesokan pagi (lebih kurang sehingga 8.00 am). Bau asap ini bukan sahaja menggangu pernafasan dan menjejaskan kesihatan penduduk setempat malahan kepada kanak-kanak di sekolah SK Saujana Impian 2 yang terletak berhampiran.
Pusat pelupusan sampah daerah Semporna terlalu dekat dengan sekolah
Daerah Semporna di negeri Sabah di bawah bayu merupakan destinasi pelancungan yang terkenal, bukan dalam negara malah di seantero dunia kerana kecantikan pulau Sipadan. Pusat – pusat pelancungan tumbuh bagai cendawan bagi mengambil peluang ledakan ekonomi di bidang berkenaan.
Malangnya, kecantikan dipulau berkenaan saja yang diambil perhatian tetapi masalah kebersihan di tanah besar kurang diambil tindakan. Walau bagaimana pun, sikap dikalangan masyarakat juga menyumbang kearah masalah berkenaan. Majlis berkuasa Tempatan telah menyediakan tempat-tempat pembuangan sampah namun sampah hanya dilonggokkan di luar tong-tong sampah.
Masalah Pembakaran Pelupusan Sampah
Saya ingin membuat aduan mengenai kebakaran tempat pelupusan sampah yang berlaku di Taman Sekamat Jaya, 43000 Kajang, Selangor, yang menyebabkan pencemaran udara yang amat teruk.
Sudah hampir 2 minggu masalah kebakaran ini berlaku dan menyebabkan jerebu teruk di kawasan tempat tinggal yang berdekatan sehingga masuk ke dalam rumah setiap hari pada waktu siang dan sepanjang malam.
Korek pasir secara haram
Kejadian Pengorekan pasir dijalankan di dalam kawasan kampung saya beralamat seperti yang di bawah, saya agak sangsi bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Kami bimbang akan keselamatan rumah-rumah kami, kerana kerja penyedutan pasir itu berdekatan dengan rumah kami. Ini boleh menyebabkan tanah mendap dan runtuh sekaligus mengancam keselamatan penduduk kampung. lebih menghairankan lagi, kerja mengeluarkan pasir itu hanya dijalankan pada waktu 4/5 pagi.
Kejadian ini menyebabkan penduduk kampung curiga dengan niat sebenar pengorekan pasir ini. Saya amat berharap bahawa aduan rakyat dapat membawa isu ini ke tengah dan pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sepatutnya sebelum kejadian yang tak diingini berlaku. Sekian, terima kasih.
Operasi kilang tayar di kawasan kampung
Disini saya ingin membuat aduan berkenaan operasi pembakaran tayar berdekatan dengan kawasan kampung di Kampung Seri Tiram Jaya, Tanjong Karang, Selangor.
Operasi Kilang Tayar ini telah membuatkan kebanyakkan penduduk kampung mendapat pelbagai jenis penyakit terutamanya orang tua dan kanak-kanak. Kerana kebanyakkan penduduk di situ adalah majoriti pekerja pencen yang ingin bersenang dengan suasana kehidupan kampung. Tetapi operasi kilang tayar ini telah pun mencemarkan udara persekitaran kawasan kampung kami sejak 10 tahun yang lalu. Malahan proses pembakarannye semakin berleluasa sejak 3-4 bulan ini sehingga menyebabkan kesihatan penduduk kampung sekitar semakin tenat.





