Terpedaya dengan bisnes korset

Kes ini berlaku kepada adik saya baru-baru ini yang diperdaya agen produk korset terkemuka di Malaysia supaya mengambil korset tesebut utk dijual. Wanita tersebut mempengaruhi adik saya yang baru sahaja bekerja di sektor kerajaan membuat loan peribadi sebanyak 60k. adik saya langsung tidak memberitahu kami sekeluarga kerana kononnya motto perniagaan korset ini adalah ” KEJUTAN UNTUK KELUARGA”.

Memang kejutan, akhirnya adik saya x mampu menjual satu korset pun. Gaji bersih yg tinggal hanyalah 4oo lbh. Apabila dipulangkan semula korset tersebut di HQ, kami hanya mendapat pulangan semula 23k shj. Namun HQ tersebut ada menyatakan adik sy mungkin diperdaya staf tersebut kerana harga korset tersebut hanya 20k.Kami sekeluarga terpaksa mengumpul wang bagi membayar loan bank sekaligus kerana kasihankan adik sy menanggung hutang bank.

Saya berharap orang lain di luar sana berhati2 jangan terpedaya kerana wanita ini mensasarkan budak2 yang baru kerja di sektor kerajaan ( hospital ).

By: MARIAM

MLM DCHL @ Lampe Berger kembali aktif mencari mangsa

Assalamualaikum

Baru-baru ini saya dibawa oleh rakan saya ke satu program yang pada mulanya dirahsiakan. Saya dibawa ke menara HLA berdekatan Pavilion dan KLCC. Dan saya akui tidak pernah mendengar nama DCHL.

Setelah habis program dan sesi brainwash, saya buat research berkaitan DCHL. Rupanya ini adalah Lampe Berger. MLM ini lebih kepada head hunting. Seperti biasa, otai-otai akan tunjuk kereta mewah, motor besar untuk meyakinkan mangsa mereka.

Yang paling menghairankan, mereka memberitahu 80% dari ahli adalah jurutera. Motto mereka Low risk, High capital. Risk adalah malas. Solution untuk yang tiada duit. Disuruh untu7k pinjam kawan, adik beradik, mak ayah, dan paling teruk apply loan bank ( MLM yang scam memang akan menyuruh kita apply loan).

Mereka sentiasa bertanya bila mahu jadi Franchisee (RM 3k). Konsep franchise mereka adalah guna sendiri, bukan jual kepada orang lain. Agak bijaksana jurutera-jurutera ini kerana terjebak semata-mata inginkan duit yang banyak. Pakej yang dicadangkan, Count. RM41k diperlukan.

Wahai saudara-saudara ku sekalian, mohon sedarlah dari lena, tiada apa yang mudah. Semua kena usaha. Tapi tolonglah usaha dengan cara yang betul. Aromatherapy? Harga mahal, jual kat orang belum tentu laku.

Yang terkilan,

Farid

By: Farid

Penipuan Hai-O Marketing dari produk filter

Saya ingin membuat aduan mengenai penipuan MLM, saya dan isteri saya join member pada 23/7/2009 dan telah membuat pinjaman peribadi melalui bank sebanyak 34 ribu untuk membeli produk filter bioaura sebanyak 15 unit sebagai aset, kata up line dalam tempoh 2 bulan saja dah dapat tutup loan bank kalau dah ada 4 orang dounline dan ‘saya kata kepada upline kalau tak dapat dounline 4 orang macam mana’lalu dia berkata jangan risau kalau tak dapat dounline jual je filter bioaura dan upline yang akan tolong dapatkan dounline’namun apa yang di katakan dan di janjikan semuanya bohong belaka.

Hai-O Marketing

Apa yang saya nakkan saya nak pulang kan baki filter bioaura sebanya 9 unit kepada Hai-o marketing dan hai-o marketing pulangkan baki wang saya dari filter yang saya pulangakan kepada hai-o marketing. Kalau saya menjual kesemua filter tersebut secara ansuran mudah 100 ringgit sebulan belum ada yang nak beli dengan harga yang mahal RM 2090 setiap 1 unit dan kalau saya dapat jual kesemuanya pun belum dapat menutup loan saya pada bank.jadi dengan itu saya nak pihak Hai-O Marketing pulangkan baki wang saya itu sahaja dan saya pulangkan baki filter bioaura kepada Hai-O Marketing.

Oleh itu saya berharap sangat-sangat PIHAK ADUAN RAKYAT dapat menolong saya. Sekian dan terima kasih.

By: hapwang bin pawanei

Ramai tertipu dengan Argung Privilege

Assalamualaikum, saya membuat aduan ni sebagai wakil dari ribuan pelajar di seluruh Malaysia yang tertipu dengan ‘vacation card’ mahupun ‘kad diskaun pelajar’ oleh syarikat Argung Privilege. Mereka menawarkan satu khidmat diskaun bagi ahli-ahlinya yang nak melancong atau yang berkaitan dengan pelancongan, macam nak booking flight ke, nak tempah hotel ke, diaorang dapat uruskan pasal diskaun bagi ahli-ahli kad ni. Selain tu mereka turut menawarkan bantuan kerosakan & tunda kenderaan, insuran kemalangan diri, pakej pelancongan istimewa, diskaun pembelian membeli belah, spa kesihatan, makanan dan minuman.

'Vacation Card' mahupun 'Kad Diskaun Pelajar' oleh syarikat Argung Privilege.

Masalahnya, target diorang kebanyakannya pelajar sekolah, ipta dan juga ipts. Saya sendiri misalnya telah tertipu ketika di tingkatan 4 sebuah sekolah di tengah bandar. Ejen2 mereka sentiasa bermulut manis beserta dengan fail bergambar sebagai bukti ahli2 mereka yang lain yang telah berjaya mendapat keistimewaan ARGUNG ini dan kadangkala ‘memaksa’ pelajar2 untuk menyertai mereka dengan mendaftar sebagai ahli. Saya masih ingat ketika diberi ‘penjelasan’ oleh ejen mereka, mereka tidak membebani kami (pelajar) dengan bayaran serta merta, hanya deposit rm60 dan bakinya boleh dijelaskan bila2 masa yang kami suka, cuma kami tidak akan mendapat kad dan keistimewaan ahli sebelum menghabiskan baki pembayaran. Okey, yang itu saya masih boleh terima.

Sebulan dua selepas pendaftaran, saya dan ramai lagi mangsa2 lain akan dihubungi denagn menggunakan private number dan dipaksa menjelaskan baki pembayaran. Pada ketika itu saya dah mula rasa xsedap hati, dan kebetulan seorang lagi rakan saya turut menerima nasib seperti saya. Setiap minggu kami akan dihubungi sehingga kami beberapa kali bertukar nombor telefon kerana tidak tahan. Pada mulanya, saya dan rakan turutkan saja dengan mendopositkan beberapa puluh ringgit ke akaun CIMB syarikat tersebut walaupun hakikatnya kami sebagai pelajar amatlah kesempitan wang dan tidak matang dalam membuat keputusan. Lama kelamaan saya dan rakan mula buat tidak endah sehinggalah penghujung tahun 2009, selepas saya memperolehi keputusan SPM dan menunggu keputusan U, ejen mereka telah mengugut saya dengan mengatakan kes saya telah difailkan untuk tindakan saman jika saya tidak menjelaskan kesemua baki pembayaran pada jam 3 petang hari itu juga.. Nama saya juga akan di blacklist di mana2 universiti, PTPTN, biasiswa dan juga Kerajaan.

Oleh kerana teramat takut, saya turutkan dengan membayar baki pembayaran seingat saya dalam rm230. Bagi seorang pelajar, amaun itu cukup besar dan saya terpaksa menipu ibubapa dengan meminta wang untuk membayar ARGUNG PRIVILEGE tersebut kerana cukup terseksa hidup dalam ketakutan kerana diugut macam2 oleh mereka. Mahu mengadu dengan ibubapa, bimbang dimarahi tetapi memang lumrah, remaja mudah diperdaya. Kerana itu mereka mengambil kesempatan diatas ketidak matangan kami ini. Rakan saya pula mengambil tindakan dengan memberitahu ibunya dan berterus terang, mujurlah ibubapanya memahami dan tidak membuat sebarang pembayaran walaupun diugut. Pada ketika itu, saya tidak fikirkan apapun, yang penting saya bebas daripada gangguan ARGUNG PRIVILEGE. Tetapi kad keahlian yang dijanjikan tidak pernah saya terima.

Ejen2 mereka biasanya berada di pasaraya2 terkemuka diseluruh negara. Saya dan rakan mendaftar di Pantai Timur Kota Bharu pada 2008 kalau tidak silap saya dan mereka ada menyertakan surat (surat apa saya tidak pasti tetapi masih ada dalam simpanan saya). Saya membuat aduan ini kerana tidak mahu lebih ramai lagi pelajar dan pengguna diluar sana yang tertipu dengan semua ini. Saya dapat tahu, ramai telah membuat aduan ke balai polis namun tiada tindakan diambil.

Saya tidak minta duit saya dikembalikan, saya juga telah menerima semua ini sebagai satu pengalaman buat saya supaya tidak mudah tertipu lagi dimasa akan datang, TETAPI saya mohon mereka yang berkenaan menghentikan kegiatan tersebut. Kami mangsa menderita perasaan dan mental kerana tertekan dan takut. Saya TIDAK MAHU PELAJAR2 LAIN JUGA TERTIPU !

Mungkin anda masih memerlukan bukti daripada aduan dan kenyataan saya ini, jadi di sini saya sertakan blog2 rakan senasib saya yang menjadi mangsa penipuan ARGUNG PRIVILEGE ini. Apa yang saya minta, jasa baik pihak Aduan Rakyat untuk mencari keadilan untuk kami semua. Sekian. Terima kasih.

  1. http://www.ahsfantasy24.com/2009/09/ya-kurang-cerdik-kerana-argung.html
  2. http://gkin.blogspot.com/2009/06/argung-privileges-comment-complaint.html
  3. http://asbesstos.blogspot.com/2011/02/argung-privilege-ni-syarikat-menipu.html

Ini no.tel ejen argung tersebut yang masih dalam simpanan saya tetapi saya tidak pasti adakah talian ini masih aktif – 016 2011076 dan jika saya masih menyimpan no. akaun syarikat tersebut, saya akan berikan secepat mungkin.

By: tipah tertipu

Penipuan/Scam MLM di Malaysia: ECPI, Hai-O, Gelang AC dan etc

Salam Aduan Rakyat,

Saya ingin mengadu mengenai penipuan syarikat MLM di Malaysia. Banyak yg telah dibongkarkan oleh blog ini http://aididmuaddib.blogspot.com/ namun sehingga kini masih tiada langkah dari pihak berwajib.

Malah syarikat MLM seperti ECPI turut mendapat tempat membuat pengiklanan di TV3. Entry ECPI di: http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/ecpiaq-air-jamban-lagi-baek-bro.html

Kesahihan kedoktoran MD syarikat tersebut iaitu EMERITUS PROFESSOR DR. SIR HAJI AMIR HAMZAH ABDUL HAMID. Title beliau iaitu Emeritus Prof diikuti dengan Dr dan Sir amat meragukan. Setahu saya warga British sahaja yang boleh diberi title Sir dan warga lain diberi title Order of British Empire.

Penipuan beliau sudah terang lagi bersuluh. Beliau malah diberi ruang untuk muncul di TV3.

Beliau mendakwa mendapat pelbagai anugerah dan sijil kedoktoran dari The Open University of Complementary Medicine, Colombo, Sri Lanka yang telah diwar-warkan oleh kerajaan Sri Lanka sebagai scam. Uni ini tidak mempunyai apa tapak dan hanya mempunyai website. Rujuk: http://www.oiucm.org/

Diharap, Aduan Rakyat dapat membantu masyarakat terutama masyarakat Melayu (Majoritinya) dari terus ditipu. Bantulah kami melalui perang media dan moga-moga dapat diajukan kepada pihak berwajib.

Terima Kasih,

Rakyat yang pernah Ditipu MLM.

By: Daniel Darius