Coklat Toblerone Yang Berulat

Untuk Perhatian Tuan/Puan,

Saya telah membeli 4 kotak Coklat Toblerone dari Giant Hyper market di Rawang. Tarikh tamat tempoh adalah 7hb Jan 2014. Walaupun belum tamat tempoh, tetapi coklat itu telah berurat.

toblerone-berulat-1

Saya telah membuat aduan kepada syarikatnya yang bernama Mondelez Malaysia Sales Sdn Bhs pada 15hb Nov 2013. Syarikat tersebut membalas saya dengan e-mel dengan menyatakan nombor talipon saya tidak lengkap. Dengan serta merta, saya telah membalas e-melnya bersama dengan nombor talipon saya.

Tetapi sehingga hari ini, saya mash tidak dapat balasan dari syarikat tersebut.

toblerone-berulat-2

toblerone-berulat-3

toblerone-berulat-4

toblerone-berulat-5

toblerone-berulat-6

By: Goh

Cacing dalam fresh salad di Pizza Hut

Pada 23/11/13 @ 9.30pm, saya bersama suami makan Pizza Hut di kawasan Nilai. Suami order fresh salad dan makan macam biasa. Saya order pizza dan spaghetti. Tiba-tiba suami berhenti makan kerana kelihatan cacing yang masih hidup ada dalam pinggan salad yang kami order tadi. Saya memang geli dan rasa nak muntah. Terus berhenti makan sebab mati selera melihat cacing yang bergerak dalam pinggan salad tadi.

cacing-pizza-hut-1

 

Kami tidak menjerit atau panik kerana keadaan malam minggu ramai orang datang dan sedang menjamu selera. Suami panggil staff pizza untuk datang melihat apa yang ada dalam pinggan salad dan staff tersebut terus memanggil ketua beliau. Seorang staff wanita datang mohon maaf atas kecuaian pihak mereka. Alasan yang diberikan sayur datang dari ladang dalam kuantiti yang banyak mungkin proses pembersihan tidak dijalankan dengan betul.

Kami sempat menulis dalam buku aduan mereka dan membayar semua menu yang kami makan kecuali fresh salad. Ini kali pertama suami order salad dan mungkin kali terakhir untuk kami makan pizza hut. Cukuplah sekali terkena dan ia amat menjijikan.

Saya harap aduan ini dapat beri pengajaran pada pihak terlibat dan kejadian sama tidak berulang lagi.

cacing-pizza-hut-2

cacing-pizza-hut-3

cacing-pizza-hut-4

By: Noor Juliana Tusin

Pengawalan Harga Makanan

Memandangkan kesedaran sivik dikalangan ramai peniaga makanan di negara kita agak berkurangan seperti pemilik restoren, kedai-kedai makanan didalam pasaraya maupun diluar pasaraya, warung, pasar malam,pasar pagi,karnival-karnival, up town,gerbang malam,dan peniaga makanan menggunakan van, motosikal yang menjual berbagai jenis makanan dan buah buahan ini meletakkan harga barangan jualan dengan sesuka hati mereka tanpa menghiraukan barangan itu dikawal atau tidak.

Ini menimbulkan kesan ekonomi yang tidak stabil keatas pembeli dan masyarakat, contohnya, ada kedai makanan di ipoh menjual makanan lebih mahal daripada di Kuala Lumpur, karnival didalam kawasan felda harga makanannya lebih mahal daripada di bandar besar, Apa Dah Jadi Dengan Malaysia??? Ini seperti tidak menghormati kawalan harga oleh pihak kerajaan, ianya seperti mensabotaj kerajaan supaya rakyat menganggap kerajaan tidak menjaga rakyat.

Untuk memantau harga disemua tempat ini kerajaan perlu ada satu mekanisma yang boleh memberi kesan tentang pengguatkuasaan tersebut. Di sini saya mencadangkan selain daripada KPDNKK diberi kuasa untuk memantau kawalan harga makanan patut juga kuasa ini diberi kepada Pihak Berkuasa Tempatan untuk memantau harga makanan di restoren, kedai-kedai makanan didalam pasaraya maupun diluar pasaraya, warung, pasar malam,pasar pagi,karnival-karnival, up town,gerbang malam,dan peniaga makanan menggunakan van, motosikal yang menjual berbagai jenis makanan dan buah buahan tempat mereka kerana harga makanan mestilah mengikut keadaan ekonomi penduduk setempat di tempat mereka.

Wujudkan satu unit baru didalam PBT iaitu Yunit Kawalan Harga Makanan untuk memantau harga makanan yang telah dimasak.

By: Muhammad

Restoran Mamak di Seksyen 20 Shah Alam Cekik Darah

Saya Amir (bukan nama sebenar) selaku penduduk di kawasan seksyen 22 shah alam ingin mengutarakan rasa kesal dan kecewa dengan harga makanan yang disediakan oleh Restoran Ali’s Corner di seksyen 20 Shah Alam.

Saya merupakan pelanggan yang sering makan di restoran ini dan restoran sekitarnya. Pada 11 Oktober 2013 jam 2.25 ptg saya bersama rakan makan di Restoran tersebut. Kerana telah terbiasa, saya sering meminta resit bagi setiap pembelian. Alangkah terkejut saya, apabila air Nescafe ais gelas biasa itu di cas RM 2.80! Adakah ini merupakan harga standard Nescafe ais pada masa ini? Atau mereka mengambil langkah menaikkan harga seperti ini atas alas an harga petrol naik? Adakah terdapat kawalan harga bagi makanan dan minuman seperti ini sedangkan restoran Khulafa di deretan belakang meenjual Nescafe ais pada harga RM2.20? Saya yakin bahawa semua orang di restoran itu tidak sedar bahawa mereka di cas lebih dari apa yang mereka patut bayar, cuma meraka tidak tahu saluran aduan untuk mengadu dan terus redha dengan harga yang demikian.

Tidak di nafikan Restoran mamak di Malaysia sudah menjadi identity kepada makanan rakyat Malaysia yang kebanyakannya beroperasi 24jam. Namun begitu, ini tidak bermaksud pengusaha-pengusaha restoran ini tidak boleh dengan suka hati meletakkan harga yang tidak masuk akal seakan-akan harga di restoran kopitiam yang berhawa dingin. Belum lagi disentuh isu kehalalan makanan yang dihidang serta kebersihan.

Saya berpendapat sudah sampai masanya KPDNKK, NCCC , PPIM mana-mana badan yang terlibat untuk merangka satu langkah untuk mengawal pengusaha-pengusaha restoran dari segi penetapan harga siling barangan dijual, menjaga isu kebersihan dan juga isu halal makanan yang dihidang.

Sekian terima kasih.

By: Amir

Makan Tengahari yang Berulat

Saya telah memesan 6 bungkus nasi goreng ayam di kawasan Gelang Patah iaitu A**** Corner yang beroperasi 24 jam. Selepas selesai membuat bayaran, saya terus membawa makanan saya ke pejabat.

Klik untuk paparan lebih jelas
Klik untuk paparan lebih jelas

Tiba di pejabat, saya terus makan salah satu daripada 6 bungkus nasi goreng ayam itu. Rakan sekerja saya mengambil satu bungkus, tp malang nye apabila beliau membuka, beliau mendapati terdapat larva lalat banyak keluar daripada ayam. Selain itu, pembungkus makanan yang digunakan juga kotor. Ini amat memeranjatkan rakan-rakan sekerja yang lain.

Saya telah membawa makanan tersebut ke kedai tersebut, tapi saya tidak dapat layanan dan kerjasama dari pengurus kedai terbabit. Pengurus kedai terbabit juga tidak membayar sebarang ganti rugi atau memohon maaf atas kesilapan yang telah dilakukan. Pengurus kedai terbabit juga mencabar saya untuk membuat aduan pengguna dan beliau tidak berasa  takut tindakan akan diambil oleh pihak berkuasa.

Ini telah mengambarkan kedai A**** Corner ini kotor dan tidak mementingkan aspek kebersihan. Pengurus kedai ini hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa menjaga kebersihan kedai.

Diharapkan pihak yang berkuasa mengambil tindakan terhadap kedai tersebut supaya semua kedai makan di kawasan Gelang Patah ini bersih dan halal.

Klik untuk paparan lebih jelas
Klik untuk paparan lebih jelas

 

Klik untuk paparan lebih jelas
Klik untuk paparan lebih jelas

 

Klik untuk paparan lebih jelas
Klik untuk paparan lebih jelas

 

By: RAHEM

Harga makanan mahal di Desa Water Park

Pada hari Sabtu yang lalu (29/12/2012) kami sekeluarga telah pergi ke Desa Water Park. Aduan saya di sini adalah berkenaan harga makanan yg dijual di dalam itu sangat mahal & melampau.

Pengunjung tidak dibenarkan menbawa masuk apa2 makanan dari luar. Jadi tiada pilihan, kena beli makanan dari dalam park tersebut. Harga 1 tin/botol air adahal RM 3. Sebatang nugget/Sosej adalah RM 2.50. Secawan jagung berharga RM4. Semangkuk ABC RM 4. Harga makanan lain seperti nasi lemak, mee saya tak berapa pasti sebab saya tak sanggup nak beli.

Bayangkan kalau keluarga besar datang berkunjung di situ. Berapakah kos seorang ayah perlu bayar untuk anak-anak mereka?

Saya harap pihak berkuasa boleh memantau keadaan ini.

Sekian terima kasih

By: fara

Masakan katak di AFC oleh chef Berjaya University College

Saya ingin mendapat pegesahan ada kah Berjaya University College dalm racangan AFC (Asia Food Channel) pada petang (30/9/2012) menghidangkan cara memasak KATAK oleh chef tersebut.

Aduan saya ialah:

  1. Adakah Berjaya Unviersity College (School of Culinary Arts) mengajar makanan haram pada penuntut nya yang ber ugama Islam juga atau penuntut nya semau nya bukan berugama islam
  2. Adakah Berjaya Univeristy College hanya untuk penuntut bukan untuk orang islam, oleh kerana dapor yang digunakan ialah dapor untuk keseluruhan practical utuk penuntut islam dan juga bukan islam.
  3. Adahkah diberi kelonggaran untuk sekolah culinary itu
  4. Adahkah chef tidak sensitive pada makanan KATAK yang haram bagi orang islam.
  5. Atau pun “University College ini above the Law” atau pun kebal daripada tindakan KPT.

By: muhammad kamel

Warga Kemaman diseru boikot kedai cekik darah

Warga Kemaman di saran memboikot kedai makan atau restoran mengenakan harga cekik darah atau melampau bagi mengelakkan pengguna terus ditindas sementara peniaga menikmati untung berlipat ganda.

Kakitangan swasta, Habibah Habib Ibrahim Maleek, 47, berkata, tinda-kan memboikot adalah langkah terbaik bagi menyedarkan peniaga supaya lebih berperikemanusiaan dan tidak meletakkan harga tidak masuk akal terutama untuk makanan bermasak dan minuman.

“Sebagai orang Terengganu, saya akui harga makanan di negeri ini sangat mahal lebih-lebih lagi di Kemaman yang juga daerah pengeluar dan pemproses minyak serta gas.

“Tetapi peniaga perlu ingat bukan semua penduduk daerah ini kerja dalam sektor minyak dan gas, tidak wajarlah harga makanan yang bermasak terlalu melampau sedangkan apa yang dimakan tidak berpadanan dengan wang yang dibayar,” katanya.

Habibah Habib turut mengakui pernah menjadi mangsa apabila dikenakan bayaran sebanyak RM7.80 untuk nasi campur yang dibelinya di gerai hadapan Muzium Daerah Kemaman di Jalan Sulaimani, Chukai bersebelahan dengan Hentian Teksi Chukai.

“Waktu itu saya ambil nasi putih, ayam goreng dan sedikit tempe goreng.

“Terkejut saya bila harganya RM7.80 sedangkan ayam goreng hanya bersaiz kecil dan tempe yang diambil juga dalam kuantiti sedikit. Kalau saya ambil lauk sedemikian di kedai makan lain harganya hanya sekitar RM5.

Habibah berkata, banyak lagi kedai makan di daerah ini yang menjual dengan harga mahal sehingga ada yang makan cuma dua orang tetapi harganya melebihi RM30.

“Namun, masih ada pengguna yang pergi ke kedai itu. Kalau kita semua bersepakat boikot, peniaga akan serik,” katanya mengulas mengenai tajuk ‘Harga Cekik Darah’ yang menyentuh mengenai harga makanan di Terengganu antara paling mahal di Malaysiayang disiarkan muka depan Sinar Harian tiga hari lalu.

Sementara itu, penjawat awam, Ahmad Arshad Mat Ali, 36, turut berkongsi pe-ngalamannya yang perlu membayar sebanyak RM52.30 untuk tiga orang makan di restoran di Kerteh sedangkan beberapa lauk sahaja diminta.

“Harga dikenakan tidak munasabah. Kadangkala di restoran atau kopitiam air suam dikenakan harga sehingga lebih RM1mengalahkan harga di hotel lima bintang. Mangsanya adalah kita,” katanya.

By: anak kemaman

Jualan tapak niaga bulan Ramadhan di Klang tidak adil

Penjualan tapak niaga Ramadhan yang tidak membantu rakyat yang ingin mencari pendapatan sampingan di bulan ramadhan. Berlaku penjualan tapak niaga sehingga mencecah RM 3000 utk satu tapak niaga.

Apa yang terjadi MPK Klang mensyaratkan supaya pemohon hendaklah mempunyai RM3000 didalam akaun BSN. Syarat ini sahaja sudah pun membebankan pemohon yg ingin memohon tapak niaga sementara. Disebabkan ini, hanya pemohon yang mampu atau mempunyai simapanan RM3000 sahaja yang mampu memohon, selepas itu apabila proses undian sudah di buat, pemohon yang berjaya akan menjual tapak niaga tersebut kepada pemohon yang tidak berjaya sehingga mencecah RM3000 mengikut tapak kawasan.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana ini adalah sepatutnya menjadi punca pendapatan bagi rakyat untuk mencari pendapatan tambahan di bulan Ramadhan, tetapi sudah menjadi skandal penjualan tapak niaga yg sepatutnya percuma untuk rakyat. Broker-broker penjualan tapak niaga ini sentiasa berada di kawasan majlis bagi menjual tapak ini kepada pemohon yang tidak berjaya.

Minta pihak kerajaan memantau kejadian ini kerana saya berpendapat ini tidak sepatutnya berlaku di bulan yang mulia ini. Inikah yang dikatakan membantu rakyat.

By: razif

Perkhidmatan Cafe Asrama DPP Bank Rakyat, UUM

Salam, mengenai isu Cafe asrama DPP bank rakyat ini telah banyak kali di ketengahkan kepada pihak pengurusan atasan malah kepada badan perwakilan pelajar. Cafe ini tidak menjaga kebersihan premis. Banyak pelajar telah ‘terbeli’ makanan yang dihidangkan bersama ulat dan telur lalat. Ramai yang telah buat aduan kepada pihak asrama, namun cafe tersebut masih beroperasi seperti biasa. Kami difahamkan bahawa tendernya akan ditamatkan pada pertengahan tahun ini kerana tamat kontrak, bukan kerana isu kotor ini dan tidak mustahil kontrak nya akan disambung semula kerana berikutan ‘orang dalam’ yang membantu.

Kami pelajar-pelajar sudah tidak tahu bagaimana hendak menyalurkan aduan kerana setiap kali mengadu kepada pihak pengurusan, tiada tindakan diambil. dari setahun yg lepas mereka kata tender akan tamat dlm masa beberapa bulan, tapi bila buka semester baru, masih orang yang sama kendalikan dan tidak membuat peningkatan dari segi kebersihan.

dari segi harga pula, dahulu pernah di lancarkan menu 1 Malaysia. Banner masih dipasang tapi menu itu tidak pernah dilaksanakan. Bila pelajar tanya kepada juruwang, katanya menu 1 Malaysia tidak boleh dibuat dicafe ini kerana akan merugikan pemilik berikutan harga bahan mentah mahal. Tapi yang pelik nya, mengapa cafe lain mampu untuk mengikut harga menu 1Malaysia itu.

Kami harap pihak berkenaan dapat membantu para pelajar dari asrama DPP Bank Rakyat, UUM, Sintok mengenai masalah ini. Sekian terima kasih

By: zimah

The Manhattan Fish Market tiada logo halal?

Adakah premis restoran The Manhattan Fish Market, contohnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat logo halal daripada HDC atau JAKIM? Ini kerana kebanyakkan pelanggan meraka adalah dari suadara Islam kita sendiri.

The Manhattan Fish Market

Aduan: Assalamualaikum, adakah premis restoran The Manhattan Fish Market. Contohnya di Alamanda Putrajaya, Ikano Power centre, Sogo dan Centre Point mendapat Logo Halal from HDC atau JAKIM.

Tarikh Aduan: 14/04/2009 – 01:28:47

Jawapan: Waalaikumsalam, Restoran tersebut tiada didalam rekod JAKIM/HDC. Sekian. Terima Kasih

JAKIM

Perbezaan Harga Barang Makanan di Kampung & di Bandar

Mukah/Balingian, Sarawak – Assalamualaikum & salam sejahtera! di sini saya nk kongsikan bersama tentang perkara harga barang, dimana-mana jua pun memang la ada perbezaan harga barang tapi jangan la sampai menggigit keuntungan hingga ke tulang sum-sum.

Hal ini berlaku di sebuah Pekan Balingian & Daerah Mukah. Pekan sememangnya kita tahu bahawa sumber punca makanan di kedai-kedai runcit. Masalahnya di sini Daerah Mukah pun harga barang lebih kurang sama di Pekan Balingian, bezanya cuma RM1.00 kebawah. Dimana silap nya tiada pemantauan langsung ke tempat berikut. Maka sewenang-wenang la para peniaga mengaut keuntungan berlipat ganda. Bayangkan penduduk di Pekan Balingian sudah lah pendapatan ala kadar, dihimpit lagi dengan beban harga barang yang mahal, bertapa kesiannya nasib para penduduk. Untuk pergi ke Daerah Mukah, para penduduk Balingian terpaksa berdepan lagi dengan hal tambang yang sekarang ni RM8.00 seorang yang dahulu nya cuma RM5.00 sahaja.

Fikir-fikirkan masalah ini cuba cari penyelesaian, sekarang ini di Semanjung banyak sudah kedai 1 Malaysia apa salah nya kedai 1 Malaysia pun ada Pekan?

By: HAWA

Harga ayam melambung di Kuantan

Harga ayam kian meningkat di Kuantan.  Adakah harga ayam tidak dipantau lagi.  Rata-rata di Kuantan harga ayam sudah mencecah RM9.00++ sekilo, samada di pasar, pasar malam atau kedai-kedai runcit.  Kalau nak harga RM8.50++ kena beli di supermarket.

Kenapa sampai RM9++ sekilo?  Jika bahan mentah yang menjadi makanan utama terutama kanak-kanak, sudah pasti ini membebankan pengguna, apatah lagi pengguna yang berpendapatan kecil.

Saya amat berharap harga ayam akan turun semula sekitar RM6-7 sahaja.

By: anisa mohd