Kelewatan pihak majikan membuat pembayaran gaji melampau

Assalam dan salam 1 Malaysia.

Saya mewakili kawan-kawan sekerja ingin membuat laporan dan berharap agar pihak TV3 dp menolong menyelesaikan kemelut yang kami hadapi ini. Terlebih dahulu saya berharap agar pihak Tuan dapat merahsiakan identiti saya risau pihak majikan akan memulaukan saya nnti. Ekoran itu, ramai pekerja berdiam diri kerana risau akan tindakan terhadap mereka. Justure pihak majikan semakin menjadi-jadi akan perbuatan tidak bertanggunjawab ini.

Tuan, kilang saya bekerja membuat pembayaran gaji sebulan 2 kali iaitu pada awal bulan 01-15 dan 16-31. Akan tetapi pembayaran gaji kedalam akaun kami tidak secantik tarikh tersebut. Dimana pembayaran yg sepatutnya pada 15hb akan ditarik dari 1 minggu sehingga hujung bulan 30hb tersebut. Disamping pembayaran pada tarikh 31hb akan ditarik sehingga 11hb atau lebih. hal ini telah berkali-kali ditanya pada pihak pengurusan. Akan tetapi pihak mereka hanya menjelaskan. Cek pembayaran belum ditunaikan.

Tuan, sebilangan kawan-kawan sekerja saya disini sudah berkeluarga dan mempunyai tanggungjawab tersendiri. Lantaran apabila pihak perbankan dan pihak-pihak lain mahu mengutip hutang mereka. Kami pekerja yang akan tertekan dengan keadaan ini. Ada yang terpaksa menyikat perut kerana mempunyai anak bersekolah dan ada yang tidak dapat hadir kerana tidak mempunyai wang untuk mengisis petrol. Sebilangan juga yang bergaduh suami isteri kerana tidak dapat menyediakan barangan isi rumah seharian.

Justeru, saya amat berharap agar pihak Tuan dapat membantu menyelesaikan masalah kami yang saban hari semakin tertekan. Hal ini telah berlarutan lebih dari setahun dimana saya berkhidmat disini. Namun tiada pihak yang berani tampil membuat aduan kerana bimbang akan tindakan dari pihak syarikat.

Oleh hal demikian, ramai diantara kamai yang terpaksa behenti kerja dan mencari kerja ditempat lain kerana tidak tahan dengan masalah ini.

Walau bagaimana pun, budi dan kerjasama dari pihak Aduan Rakyat amat saya alu-alukan.

Sekian

Terima Kasih.

By: Wan Emran

Bayar Gaji Tidak Mengikut Pekeliling di tetapkan

Saya bertugas di Jabatan Pertanian Sabah sebagai Pekerja Sambilan Harian ingin membuat aduan berkaitan Pembayaran Gaji pekerja-pekerja sambilan di jabatan ini yang tidak mengikuti PEKELILING PERKHIDMATAN NEGERI SABAH BIL. 2/2013 DASAR DAN PROSEDUR PENGAMBILAN PEKERJA SAMBILAN HARIAN.Ruj:[JPAN: 700-117/103 JLD.2/(60)].Negeri Sabah.

Di mana kami pekerja-pekerja Sambilan harian yang sepatutnya di bayar gaji harian dengan jumlah RM54.00 sehari dengan mengikuti kelulusan SPM tetapi kami di bayar upah harian dengan jumlah RM 38.00 dengan kelulusan darjah 6 saja.Kami merasa teraniaya dan tertindas dengan pengambilan Pekerja Harian Jabatan Pertanian Sabah yang tidak mengikuti Prosedur yang di tetapkan kerajaan negeri Sabah.Dengan gaji RM600 sebulan yang kami perolehi serta sara hidup yang tinggi di Sabah bolehkah kami menampung sara hidup dengan upah sedemkian,sedangkan bidang tugas yang diberikan ada yang diantara kami yang menjalankan kerja-kerja kritikal dan dua tugas dalam satu masa.Untuk makuman,Ada juga di antara kami pekerja-pekerja Sambilan Harian yang berkelulusan STPM dan berijazah yang menerma bayaran upah harian RM 38.00 sehari walaupun melaksanakan tugas berbentuk perkeranian atau tugas yang setara dengan kelayakan SPM tetapi tidak di bayar upah sebanyak RM54.00 sehari tapi juga lulusan darjah 6 RM38.00.

Mohon perkara ini dapat dipanjangkan dan dibawa kepengetahuan pihak-pihak berwajib dan adalah amat menyedihkan sebuah negeri yang kaya telah sanggup menganiaya pekerja-pekerja Bumiputera anak negeri sendiri.Sekiranya perkara ini tidak ditangani dengan baik kami pekerja-pekerja Sambilan Harian Jabatan Pertanian Negeri Sabah akan membawah perkara ini kemuka pengadilan dan ke pihak-pihak jemaah menteri negeri.

By: Hassan Bin Basri

Kontrak Penjawat Awam

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji-pujian kepada Allah tuhan sekelian alam. Suka saya menarik perhatian kepada pihak yang berkenaan berhubung perkara seperti di atas.

Untuk makluman saya pernah berkhidmat sebagai Jurutera Kementerian Kerja Raya berstatus CFS selama 2 tahun. Namun saya telah membuat keputusan untuk berhenti kerana tidak menampakkan keseriusan pihak Kementerian untuk menyerap saya sebagai penjawat tetap. Sekarang saya menyambung pengajian secara sepenuh masa dan menerima biasiswa.

Namun apa yang tidak terduga sekali lagi berlaku tetapi kali ini menimpa isteri saya pula. Beliau adalah seorang pensyarah kontrak juga tetapi di bawah SPA (berlainan dengan kontrak CFS) selama lebih 4 tahun mengajar. Baru-baru ini kontrak isteri saya tidak disambung. Apa yang dikesalkan ialah perkara tersebut diberitahu pada saat-saat akhir. Walaupun akur dengan keputusan tersebut tetapi saya merasa terpanggil untuk berkongsi masalah ini setelah membaca artikel di pautan ini:http://cuepacs.blogspot.com/2012/12/cuepacs-gesa-agensi-kerajaan-lanjut.html.

Umum diketahui,untuk menjadi pensyarah tetap pada masa ini sesorang itu mestilah mempunyai sekurang-kurangnya masters.Saya memang akui isteri saya masih lagi tiada masters kerana pada masa sekarang dia masih lagi dalam tempoh pengajian masters beliau secara separuh masa.

Diharapkan kepada pihak yang bertanggungjawab dapat memberi perhatian sewajarnya kepada permasalahan kami.

Sekian,terima kasih.

By: Hazri

Syarikat tempat kerja halang pekerja Islam solat

Saya baru sahaja bekerja di syarikat berkenaan. Saya telah diberitahu syarikat berkenaan tidak menyediakan surau@mana2 tmpat utk bersolat, jadi saya meminta manager HR untuk membenarkan saya sembahyang di tempat makan. Ini kerana waktu rehat di syarikat itu adalah pada pukul 12-1tengahari.

Permintaan untuk menukar waktu rehat kepada 1-2ptg tidak dilayan oleh pihak atasan. Aduan ini dibuat kerana saya telah cuba beberapa kali menghubungi pihak kesatuan pekerja tetapi minggu ini masih ramai staff yang cuti Hari Raya.

Bukan saya seorang sahaja yang beragama Islam di syarikat berkenaan, tetapi disebabkan syarat yang dikenakan oleh pihat syarikat adalah tidak munasabah.

By: mimi

Ditipu Syarikat, Artis dan Selebriti

Salam 1 Malaysia.

Saya berumur 35 tahun dan berasal dari Ipoh, Perak. Di sini saya ingin berkongsi cerita yang menimpa hidup saya. Bermulanya dengan perkenalan saya dengan seorang selebriti program masakan yang di kenali ramai. Pada 13/12/2011, beliau menjemput saya untuk menyertai beliau berkerja dengan sebuah syarikat Pengurusan Acara (Event Management) iaitu yang di miliki oleh artis pelawak (bekas anggota kumpulan Senario) dan seorang lagi rakan beliau.

Selepas berjumpa dan berbincang dengan mereka semua di pejabat, saya bersetuju untuk menyertai syarikat terbabit untuk menguruskan sebuah acara yang akan diadakan di Padang MPT, Taiping, Perak pada 3 dan 4 March 2012 dengan gaji sebanyak RM1500/- sebulan dan akan menerima keuntugan bersama (Profit Sharing) yang belum dipastikan jumlahnya.

Acara ini diluluskan oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dan disahkan pegawai khas kepada Yang Berhormat Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia. Bermula dari 14/12/2012, saya telah mula berkerja sehinggalah pada awal bulan Februari apabila saya terdengar bahawa beliau ingin membuang saya dari syarikat kerana saya tidak dapat bekerja selama 2 minggu disebabkan sakit. Saya terus bersemuka dengan rakan kongsi kepada belaiu untuk penjelasan dan dia memberitahu saya bahawa beliau tidak mahu saya terbabit pada hari acara tersebut tetapi saya masih berkerja di syarikatvsehingga 29/02/2012.

Apa yang saya menghampakan saya ialah, saya tidak menerima gaji dari 14/12/2011 sehinggalah hari ini, dan sebilangan mereka yang terbabit dalam pengurusan acara tersebut termasuklah kerani di pejabat juga tidak mendapat gaji yang dijanjikan. Salah seorang ahli jawatan kuasa (AJK) juga menerima nasib malang apabila terpaksa menanggung kos Katering sebanyak RM56,000.00.

Malah selepas habis acara yang diadakan di Taiping, syarikat tersebut terus tutup dan mereka terus menghilangkan diri dan tidak dapat dihubungi lagi. Saya dapat menghubungi salah seorang rakan kongsi tetapi beliau memberi alasan Kementerian Pelancongan Malaysia masih belum membuat pembayaran kepada syarikat.

Saya berharap Aduan Rakyat dapat menyiarkan cerita saya ini untuk menjadi peringatan kepada semua supaya berhati-hati. Saya mempunyai bukti jika pihak Aduan Rakyat ingin melihatnya dan saya juga telah membuat aduan di Jabatan Tenaga Kerja Negeri Perak pada 10/04/2012 berkenaan kes ini.

Info terbaru yang saya dapat ialah, cek yang di beri kepada Majlis Perbandaran Taiping untuk pembayaran sewa Padang MPT juga tidak sah (cek tendang) dan pemenang Pertandingan Joran dari tempat Pertama sehingga tempat Keenam masih belum menerima Hadiah Wang Tunai yang dijanjikan.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
J

By: J

LPKS masih gaji RM750.00

Aduan mengenai gaji bagi peserta Latihan Pemerkasaan Siswazah (LPKS), yang masih kekal iaitu sebanyak RM750 sebulan (RM665 bagi lepasan diploma : setelah ditolak dengan KWSP), sedangkan:

  •  Gaji bagi pekerja di sektor swasta naik, kenapa tidak bagi LPKS? Sedangkan LPKS mempunyai ramai graduan lepasan ijazah dan diploma.
  • Harga barang keperluan harian naik, gaji yang ditetapkan tidak mencukupi untuk perbelanjaan, membayar balik pinjaman PTPTN dan seumpamanya.
  • Waktu bekerja sama dengan pegawai yang bekerja di jabatan, iaitu dari 8.00am-5.00pm bagi peserta yang bekerja di jabatan kerajaan.

By: lpks sarawak

Di mana elaun KAFA yang tidak dibayar?

Saya merupakan salah seorang guru KAFA yangbertugas di wilayah persekutuan ingin menimbulkan isu tentang elaun dari baitulmal yang sepatutnya dibayar setiap bulan telahpun bertangguh pembayarannya selama 2 bulan. Apabila persoalan diajukan pada bahagian pelajaran jawi,dimaklumkan kerana proses pertukaran akaun daripada baitulmal ke akaun jawi,persoalannya mengapa mengambil masa melebihi 2 bulan untuk pembayaran elaun itu?apabila diajukan pula kepada bahagian kewangan dikatakan bahagian pelajaran terlewat memberi baucer untuk diproses pembayaran kerana perlu melalui mesyuarat terlebih dahulu.

Apabila di politikkan isu ini kenapa Jais yang ditadbir pembangkang tiada masalah untuk membayar elaun guru KAFA mereka?Malah dibayar sebagaimana gaji kakitangan awam yang lain menunjukkan mereka menjaga kepentingan guru KAFA yang telahpun berkhidmat bertahun lamanya.

zaman serba moden ini masih bolehkah menyara kehidupan dengan hanya pendapatan 700 yang diberikan oleh Jawi?Apa gunanya pengumuman gaji minimum sektor swasta baru-baru ini jika guru KAFA hanya hidup di bawah paras kemiskinan?Kemana lagi aduan dapat dibuat jika jawapannya bersabar,bersabar dan bersabar.Anda tidak akan mendapat layanan lantaran terikat oleh jawatan kontrak yang tiada statusnya,kerajaan tidak,swasta pun tidak.

Hal ini amatlah menyedihkan bagi kami yang menyara hidup dengan jawatan yang ada.Hampir tiga bulan tiada pembayaran elaun rm500 dari bantuan Baitulmal itu?Tetapi mampukah hidup dengan mengikat perut dan mendiamkan diri semata-mata?dimana letaknya nilai agama jika boleh diperlekehkan begitu mudah?

Saya memohon jasa baik agar diketengahkan perkara ini demi kebaikan bersama.Menunggu tanpa jawapan pasti bukanlah kehendak semua orang apatah lagi dalam arus kemodenan ini.

By: dalina

Tekanan yang dihadapi guru yang menyambung pengajian

Saya adalah guru dari sebuah SMKk di daerah Pokok Sena, Kedah. Saya dan rakan-rakan guru yang menyambung pelajaran masters menghadapi masalah di mana kami tidak mendapat cuti yang telah diberikan  dalam surat pekeliling KPM dalam menyiapkan project akhir kami. Projek ini memerlukan masa dan tumpuan dan adalah amat penting bagi sesiapa yang ingin menamatkan semester akhir untuk penambahan ilmu. Tanpa budi bicara pengetua untuk memberikan ruang masa ini kami tidak dapat menyiapkan data projek akhir kami.

Kami berasa tidak patut, hal ini kerana pihak kementerian seharusnya memberi peluang kepada pelajar dan membela kami daripada terus ditindas oleh pengetua yang melanggar hak kami untuk bercuti. Tindakan pengetua yang memperlekehkan kami melanjutkan pelajaran dan menghadapi kesukaran untuk membuat projek juga amat tidak wajar sebagai seorang warga pendidikan yang profesional.

Tindakan pihak JPN yang lepas tangan dan melepaskan tanggungjawab ini kepada pengetua untuk membuat keputusan yang tidak wajar melemahkan semangat kami untuk berbakti kepada sekolah. ini adalah kerana hanya kami yang menyumbang bakti, bila kami memerlukan pihak atasan untuk memahami kami untuk menduduki peperiksaan semester dan projek, kami dimarah dan disuruh berhenti jika mengganggu kelas, adalah tidak wajar sama sekali. semoga mendapat perhatian

By: norliza

Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Petronas

Saya merupakan kakitangan veteran Petronas yang akan bersara dalam masa 1 tahun ini. Sejak 2 tahun kebelakangan ini, pihak Pengurusan Sumber Tenaga Manusia Petronas telah menindas kakitangan dengan polisi mereka yang tidak relevan dan bersifat ‘cronyism’.

Kakitangan yang kritikal dan cuba memberi pandangan bernas supaya polisi sumber tenaga manusia lebih relevan akan dilayan seperti ‘sampah’ dan ditendang keluar dari jabatan tersebut. Ketua-ketua di jabatan PSTM Pusat semakin galak menaikkan pangkat berdasarkan ‘croony’ iaitu saudara-mara, kawan-kawan dan bukannya berdasarkan merit. Kami merayu supaya MACC selidik perkara ini kerana ia begitu menular sekarang di peringkat pengurusan sumber tenaga manusia, pengurus-pengurus besar terutama Pengurus Besar Kepimpinan dan Kebolehan.

Kakitangan yang ‘high flyer’ dah ramai ‘give up’ dengan polisi-polisi sumber tenaga manusia yang tak relevan ini dan berhenti dari Petronas. Kami juga merayu kepada pihak pengurusan Petronas supaya mengambil ketua-ketua yang berkaliber dan bersifat kemanusiaan (‘human’) untuk mengetuai jabatan sumber tenaga manusia. Ketua-ketua jabatan sumber tenaga manusia yang lama tapi sampai hari ini tidak dapat membuat polisi-polisi yang relevan perlu dikeluarkan.

By: Whizz Ozz

Masalah Amah Indonesia di Malaysia

Hari ini bertarikh 16.03.2012 saya ada terbaca di akhbar mengenai amah Indonesia yang berkhidmat di Malaysia dengan tangga gaji RM700 sebulan dengan melakukan satu tugasan khusus. Sekiranya amah diambil untuk jadi tukang masak, tidak dibenarkan untuk jadi pengasuh bayi.

Dah ler gaji RM700 macam gaji staff saya yang buat keje ofice pastu hanya dibenarkan buat satu tugasan untuk gaji sebesar itu. Sekiranya amah diambil untuk kemas rumah jer, so lepas dah habis kemas rumah pembantu rumah berkenaan boleh tidur atau keluar rumah berjalan-jalan. Sekiranya dalam rumah tu ada beberapa kerja yang berlainan seperti mengasuh bayi, memasak, mengemas rumah, nampak gaya kena employ pembantu rumah lebih dari seorang. Macam tu lebih baik Malaysia tak payah ambil rakyat Indonesia kerja di Malaysia sebagai pembantu umah.

Sepatutnya Ketua pengarah Pembinaan dan penempatan Tenaga kerja, Kementerian Tenaga Kerja kena mengambil berat suara rakyat Malaysia sebelum membincangkan hal ini dan mencapai kesepakatan bersama Dr Reyna usman Transmigrasi indonesia. Sekarang ni nak ambil orang gaji kena ada 4 kategori, iaitu Tukang Masak, pengasuh bayi, penjaga orang tua dan pengemas rumah. Kes sebegini bukan memudahkan bagi rakyat yang sibuk bekerja tetapi hal ini tambah merumitkan dan masalah pada rakyat Malaysia yang bekerja.

By: Nisah

Kebenaran di sebalik kemegahan pekerjaan sektor awam (pertahanan negara)

Dengar sahaja seseorang yang bekerja dalam sektor kerajaan bagaikan satu pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Tidak semua pekerjaan dalam kerajaan dapat menjamin masa hadapan yang cerah. Artikel ini saya tulis berdasarkan pengalaman dan kehidupan realiti saya dan juga yang dialami oleh orang sekeliling saya. Bidang pekerjaan yang saya maksudkan adalah ‘anggota tentera’.

Kerajaan kita Malaysia mengamalkan pemerintahan secara demokrasi, dan dalam erti kata bukan pemerintahan autokratik, iaitu hanya mendegar arahan oleh pemerintahan sahaja. Tapi keadaan ini tidak berlaku dalam angkatan tentera kita. Ramai anggota tentera mengalami tekanan dan penganayaan bila mneceburi bidang ini.

Saya ingin menumpukan hanya dalam satu bidang sahaja iaitu kebenaran yang saya peroleh dalam kehidupan anggota Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM). Saya baru berpindah di Pulau Labuan, persekitaran di sini agak mendamaikan kerana tiada kesesakan lalu lintas yang teruk seperti Bandaraya Kuala Lumpur. Penduduk tempatan di sini agak baik walaupun pada mulanya saya tidak biasa dan berasa seperti orang asing.

Yang menjadi permasalahan saya ialah orang-orang semenjung terutama orang-orang atasan disini . Sikap mereka agak teruk kerana melayan pekerja bawahan dengan teruk. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, saya merupakan isteri kepada salah seorang anggota TUDM. Kehidupan dengan ahli TUDM tidak lah begitu senangy yang digambarkan. Kami para isteri terpaksa berkorban banyak untuk para suami kami.

Ramai yang tidak tahu bahawa meganggotai TUDM memerlukan banyak duit untuk berkhidmat, gaji yang diberi tidak banyak malah anggotanya terpaksa mengeluarkan duit mereka sendiri untuk berbakti kepada negara. Hal ini tidak berlaku pada orang atasan, tetapi orang bawahan yang mempunyai pendapatan yang rendah. Dimana sikap orang atasan yang tidak menjaga kebajikan orang bawahan mereka. Mereka seperti bangga diri dan tidak mementingkan orang bawahan mereka.

Bagi pendapat saya TUDM di pulau Labuan adalah salah satu kawasan yang amat teruk dari segi pengurusan dan pentadbirannya. Bukan sahaja tidak cukup kakitangan tetapi pihak atasan disini suka mendera atau lebih senang dikatakan membuli pekerja bawahan mereka. Suami saya baru sahaja masuk kursus interaksi untuk kenaikan pangkat sarjan. Saya tengok mereka bukan berkursus tetapi mereka dibuli dengan teruk sekali. Ini adalah kebenarannya. Bukan sahaja mereka sedang di orentasi oleh anggota yang berpangkat ‘Encik’ malah dalam masa yang sama mereka juga terpakse pergi bekerja dalam masa yang sama. Tiap-tiap malam mereka pulang kerumah pada jam 3 pagi dan kadang-kadang hampir pukul 4 pagi, jika mereka bekerja shift malam, mereka akan terus masuk pejabat dan keesokkan paginya pergi semula ke tempat mereka diorentasi tanpa tidur.

Saya tidak faham apa yang penting sangat orentasi ini selepas dinaikkan pangkat sarjan berbanding dengan kerja yang menjaga keselamatan negara. Ramai yang berkata orentasi ini bertujuan untuk membalas dendam terhadap apa yang berlaku pada mereka pada masa dahulu. Mereka semua ini seperti orang yang tidak berpegang kuat pada ajaran agama. Setiap agama mengajar kita kebaikan dan mengajar kita supaya tidak meyimpan dendam. Pihak atasan tidak mengikut dan jadikan Nabi Muhamad S.A.W sebagai panduan untuk menjadi pemimpin yang baik. Lihatlah bagaimana nabi kita menjadi seorang pemimpin yang baik dan cekap, bagaimana boleh memenagi kejayaan dalam medan perang. Jika keadaan ini tidak dibendung, kita akan menghadapi satu masalah yang pada satu masa akan datang. Saya berharap pada suatu masa pihak atasan lebih mengambil berat akan setiap pekerjanya supaya kita semua dapat bekerja dengan gembira dan ikhlas. Suasana ini akan menghasilkan mutu kerja yang baik dari semua pihak.

Bidang perkerjaan ini bukan sahaja menyebabkan setiap pekerjanya tertekan dari segi emosi malah kehidupan keluarga mereka juga akan turut terjejas. Setiap kali kursus beribu-ribu duit akan habis untuk selesaikan kursus itu. Sehingga kami pernah menjual kenderaan kami semata-mata terpaksa meghadiri kursus.

Kadang-kala saya berasa sakit hati kerana di Labuan ini apa sahaja yang dilakukan adalah secara paksaan. Orang bawahan selalu dipaksa membuat bayaran untuk menjamu orang atasan. Bukan itu sahaja mereka juga dipaksa membeli baju-baju T-shirt TUDM. Semasa saya tinggal di Kuala Lumpur tiada satu pun baju yang dipaksa beli. Disini sudah beratus habis hanya untuk membeli baju T-shirt dan untuk buat makan-makan. Di Kuala Lumpur juga kursus induksi ini tidak teruk seperti di sini. RM50 pun dikatakan tidak habis untuk kegunaan kursus ini, ini kerana mereka lebih mementingkan kerja. Di Labuan, baru 3 hari kursus sudah habis hambir rm300.

Kenapa mereka terlalu kejam dan tidak berperasaan, ada dikalangan anggota yang mempunyai anak menghadapi masalah untuk membeli susu dan lampin pakai buang anak mereka kerana masalah keawangan. Pendapatan mereka banyak dihabiskan untuk member kepuasan pada pihak atasan. Makan harian keluarga ini juga hanya ala kadar sahaja. Saya tidak mempunyai cahaya mata jadi perasaan kasihan pada kanak-kanak ini amat mendalam. Mengapa pihak atasan tidak memikirkan masalah yang akan dihadapi oleh orang bawahan mereka.

Bukan sahaja mereka tiada masa dengan keluarga malah masalah kesihatan juga akan timbul, saya terlalu risaukan suami saya, bukan sahaja anggota badan dia mengalami kesakitan iaitu patah bahu danjuga patah kaki tapi kadang-kadang saya heran di masih boleh bertahan mugkin disebabkan semangatnya yang kuat dan tidak mahu dilihat sebagai orang yang lemah dia melakukan kerja harian dan aktiviti seperti biasa. Malah sudah lama dia muntah darah dan juga buang air besar berdarah. Darahnya bukan sikit tapi terlalu banyak sehinggakan penuh mangkuk tandas. Semasa bertugas di Kuala Lumpur, doktor disana hanya memberitahu itu hanyalah panas dalam badan. Saya memaksa dia untuk berjumpa doktor disini, dan dia dikatakan suspek ulser perut dan memerlukan rawatan lanjut. Hingga hari ini suami saya masih tiada masa untuk membuat rawatan lanjut. Ulser perut adalah satu penyakit yang agak berbahaya, jika tidak dirawat ia akan membawa kepada kanser dan boleh membawa maut dalam masa yang singkat jika diambil mudah.

Di Labuan ini juga dikatakan sudah mempunyai 3 anggota yang kurang siuman tapi mereka tidak dapat lagi disahkan gila kerana kadang-kadang mereka seperti normal. Hal ini berlaku dikatakan masalah tekanan ayang dihadapi. Saya betul-betul minta bantuan agar masalah ini dapat diselesaikan. Untuk pengetahuan pembaca sekalian, ramai juga anggota yang sudah berenti kerana tidak sanggup mengalami tekanan pihak atasan kepada mereka dan terpakse melakukan kerja-kerja yang mengarut dan tidak penting. Sahabat-sahabat suami saya juga kesemua mereka ingin berhenti jika keadaan ini berlanjutan. Sahabat saya juga memberitahu bahawa kawan suami dia sudah ramai yang berhenti dan mencari kerja lain.

Pada 10 mac 2012 iaiatu pada hari sabtu lalu, anggota TUDM telah ,megadakan majlis hari keluarga untuk mes sarjan. Semua para isteri yang dimana suami mereka yang masih berkrusus interaksi tidak menghadiri majlis hari keluarga berkenaan. Ini adalah kerana ingin menjaga air muka para suami yang mana mereka telah disuruh untuk mempersiapkan majlis berkenaan. Mereka tidak mahu isteri-isteri mereka mendapat malu melihat mereka semua bekerja seperti hamba semasa majlis berkenaan dijalankan. Sepatutnya pihak atasan tidak boleh bertindak demikian kerana semua anggota membayar untuk majlis ini, tapi mereka disuruh bekerja untuk jayakan majlis ini sehingga mereka tidak dapat merasainya. Selain itu juga tiap-tiap bulan EMT dipotong untuk membayar mes. Apabila mereka minta bajet untuk jayakan majlis mes, pegawai atasan beritahu tiada duit. Di mana semua duit yang dibayar oleh anggota kepada mereka. Sudahlah mereka memotong EMT sesuka hati mereka tanpa diketahui oleh anggota. Kesemua anggota disini tidak berani bersuara kerana takut gaji mereka disekat dan takut diambil tindakan yang bukan-bukan oleh pegawai atasan. EMT yang aggota dapat sudah tidak penuh, malah dipotong ikut sesuka hati. Dimana semua keadilan untuk mereka. Mereka dikatakan tiada tempat boleh mengadu kerana semua berkaitan dengan pegawai atasan. Sebenarnya semua ini berlaku sejak dahulu lagi tapi tiada siapa yang berani mengadu dan dedahkanya kerana terlalu banyak penindasan berlaku.
Tiada satu pihak pun yang membuat kajian mengenai peratusan anggota tentera yang berhenti kerja dan juga peratusan anggota tentera yang menjadi tidak siuman. Semua ini sepatutnya diambil berat kerana jika Malaysia memgalami peperangan kita tidak mempunyai anggota tentera yang bagus, berpengalam dan juga berpengetahuan, yang tinggal hanyalah anggota yang masih baru dan mentah. Sepatutnya anggota yang berkhidmat sudah lama iaitu lebih lima tahun haruslah diberi kelebihan supaya mereka terus kekal untuk berkhidmat.

Perubahan yang hanya nampak baik sekarang adalah kenaikan gaji mereka. Suami saya pernah mendapat kenaikan gaji sebanyak 2 sen sahaja tidak seperti yang digemburkan dalam berita, pergi mana duit tu, kita tidak tahu. Dia juga mengalami masalah gaji iaitu tidak mendapat kenaikan gaji sebanyak dua kali. Ini kerana ada pihak atasan yang tidak berpuas hati dengannya dan menyekat kenaikan gaji suami saya. Suami saya ingin penyiasatan dilakukan semula mengenai kenaikkan gajinya tetapi memerlukan beberapa dokumen, dan suami saya tidak menyimpanya dan sudah hilang disebabkan asyik berpindah rumah. Jadi dia biarkan sahaja sebab tiada bukti. Kami hanya menganggap tiada rezeki kami. Permasalan lagi satu yang menjadi saya keliru ialah kerajaan sabah Sarawak memberi setiap anggota elaun sebanyak RM500 seorang, tetapi mereka tidak dapat sebanyak itu, malah diberi berlainan bayaran mengikut pangkat. Apabila sampai di sini juga elaun sara hidup dipotong. Yang menjadi persoalannya mengapa pihak berkaitan memotong elaun sara hidup kerana itu adalah untuk sara hidup dan elaun sabah Sarawak adalah elaun yang berlainan iaitu elaun kerana anggota sangup berpindah jauh untuk berkhidmat.

Dengan artikel ini, saya harap nasib anggota tentera akan lebih terbela. Bagi mereka yang sering melihat negara kita adalah sebuah negara yang aman damai tanpa sebarang peperangan, itu adalah benar, jika bagi mereka anggota tentera tidak bekerja kerana tiadanya perang, mereka silap sama sekali. Malah mereka bekerja lebih teruk dan lebih masa tanpa mendapat sebarang ganjaran. Mereka yang tidak hadapi situasi ini mereka tidak tahu apa yang berlaku disebaliknya. Inilah hakikat disebalik kemegahan yang selalu kita lihat hari ini. Saya harap perkara ini tidak diambil mudah. Pertahanan Negara amat penting dalam sesebuah negara sebab itulah di negara barat gaji anggota tentera adalah yang paling tinggi kerana bermacam risiko yang mereka akan hadapi. Saya memikirkan pada masa akan datang tiada sesiapa yang akan menganggotai angkatan tentera Malaysia kerana masalah ini diambil mudah oleh pihak yang berkaitan. Mereka akan lihat tiada apa kelebihan hanya tekanan hidup yang akan mereka hadapi.

Penyelarasa gaji yang diumumkan oleh perdana menteri kita baru ini telah mengembirakan ramai kakitangan awam. Saya masih ragu-ragu akan kenaikan gaji ini dalam sektor awam yang berkaitan dengan anggota tentera kerana setiap kali kenaikan gaji dihebohkan di media masa masa dan media cetak, keadaan yang berlaku tidak seperti yang di gambarkan. Orang bahawahan hanya menerima kenaikan gaji yang sedikit sahaja tidak seperti yang digambarkan oleh media masa. Kelebihan kenaikan gaji ini hanya diperoleh oleh orang atasan yang sudah mempunyai pendapatan dan taraf hidup yang tinggi. Kita semua tunggu dan lihat sahaja bagaimana penyelarasan gaji ini diagihkan. Adakah seperti dahulu yang hanya mementingkan gaji orang atasan sahaja atau berita gembira untuk orang yang bekerja keras seharian berbanding orang atasan yang hanya tahu mengarah orang bawahan membuat kerja.

Saya, sahabat-sahabat dan juga jiran tetangga yang sudah melalui pengalaman ini amat kesal dengan apa yang berlaku. Keadaan ini bukan sahaja berlaku di sini sahaja, malah berlaku di setiap kawasa. Bilakah semua ini akan berakhir, tiadakah orang yang mahu membela nasib mereka. Secara kesimpulan semua ini berkaitan dengan wang dan juga pangkat dan darjat seseorang. Bak kata, orang yang senang bertambah senang, orang yang susah bertambah susah. Dunia sudah tebalik, orang bawahan menjaga kebajikan orang atasan. Tiada lagi hormat tapi hanya ketakutan. Sedar lah wahai manusia hukumnya memakan hasil titik peluh orang lain dan apabila kita mati semua umat islam hanya memakai kain kapan berwarna putih, tiada lagi pangkat tiada lagi kemegahan, semua akan sama rata.

JIka ada sesiapa yang membaca artikel ini silalah memberi pandangan terhadap kes ini dan berilah komen-komen untuk menyelesaikannya dan agar dapat menyedarkan mana-mana pihak yang berkaitan. Hal ini berlaku pada semua anggota tentera di Malaysia yang bertugas bukan sahaja TUDM. Tolonglah hentikan penindasan ini yang tidak memberi apa-apa manfaat tapi musibah semata-mata. Ini hanyalah luahan yang sudah lama terbuku dan semua orang boleh bersuara dan memberi pandangan mereka masing-masing. Saya harap kita semua mendapat satu kehidupan yang tanpa permainan duniawi, terus pandang kehadapan, hilangkan rasa iri hati, dendam, pentingkan diri dan timbulkan kebaikan dalam diri kita, hidup pasti akan sejahtera walaupun sederhana.

By: Peacegurlz84

Tidak Puas Hati dengan SBPA 2012

Antara cadangan SBPA adalah:

Kenaikan dan pelarasan tangga gaji baharu mestilah mengambilkira jumlah tahun perkhidmatan dan senioriti seseorang pegawai. Ada yg hanya mendapat kenaikan gaji HANYA RM30 dan ada yg mendapat lebih dari RM200. Tangga gaji baharu SEPATUTNYA memberi pelarasan gaji berdasarkan kelayakan dan kelulusan pegawai dan bukannya mengikut desakan persatuan2 yg berpengaruh seperti persatuan guru (NUTP), polis dan lain-lain.Sebagai contohnya:

Seorang konstabel polis yang baru dilantik akan dinaikkan kepada pangkat Koperal mengikut time based selama 9 tahun dimana mereka ini akan menikmati gaji dan elaun lebihkurang RM3000 sebulan. Pada masa sama, seorang kakitangan paramedik berkelulusan diploma hanya mendapat gaji dan elaun kurang dari RM2500 dalam tempoh perkhidmatam selama 9 tahun. Tambahan pula time based mereka adalah selama 15 tahun untuk mendapat KUP (Khas Untuk Penyandang,U32) dimana tanggagaji nya adalah jauh lebih rendah. Disini saya ingin menarik perhatian pihak berkenaan mengapa tanggagaji kakitangan yg berkelulusan SPM jauh lebih tinggi daripada mereka yg mempunyai diploma?

Guru gred DG29 pula lebih untung kerana time based mereka adalah 8 tahun sahaja dimana mereka akan secara automatik mendapat gaji dan elaun tetap sebanyak RM 3500 apabila melebihi 8 tahun tempoh perkhidmatan dan terus menjawat gred DG32. Seterusnya mereka akan dinaikkan ke gred DG36 selepas 8 tahun. Mengapa kakitangan awam lain yg turut sama berkhimat untuk negara sama seperti guru tidak mendapat hak sebegini? Semua kategori kakitangan awam sepatutnya menikmati time based selama 8 tahun sama seperti guru.

Elaun kritikal atau radiasi dipanjangkan kepada semua kakitangan awam yg layak bukan hanya tertakluk kepada jururawat atau Pembantu Perubatan sahaja. Elaun tersebut mungkin boleh diberi secara tetap dan bukannya mengikut peratusan gaji pokok supaya peruntukan tersebut juga dapat dinikmati oleh kakitangan kesihatan awam yang lain yang berkelayakan. Saya merasa agak terkilan apabila kakitangan yg bertugas di Unit Kawalan Infeksi seperti Juru Teknologi Makmal tidak menikmati elaun tersebut. Kakitangan yg terlibat secara langsung dengan radiasi mengion seperti x-ray atau Gamma juga sepatutnya tidak dipinggirkan.

Sila hadkan umur bersara hingga 56 tahun saja.

Sekian, TERIMA KASIH
KAKITANGAN 1 MALAYSIA

By: asmalina Ahmad

Dilarang majikan untuk menunaikan solat

Assalamu’alaikum.

Saya merupakan salah seorang pekerja dalam sebuah syarikat telekomunikasi swasta gergasi berkait kerajaan (TM). Perkara yang amat saya kesali dan marah adalah banyak kes sudah dan masih berlaku terutama di kalangan pekerja swasta yang dihalang atau disusahkan prosedur untuk mendirikan rukun yang menjadi teras dalam agama Islam iaitu solat!

Sebelum ini saya hanya mendengar cerita dari mulut rakan-rakan sahaja namun kali ini saya sendiri yang menjadi mangsanya! Jikalau ada majikan atau pegawai atasan yang melepaskan pekerjanya untuk solat pun, ia perlu melalui proses yang sengaja disusah-susahkan seperti menulis / merekodkan nama dan memaklumkan kepada pegawai atasan. Dan jika diberi keizinan pun, kebanyakkan pekerja terpaksa terkejar-kejar masa pendek yang diberikan (5 minit).

Lebih malang, di suatu tempat yang bilangan pekerjanya mencapai ratusan orang, terpaksa berhimpit-himpit di ruang solat yang hanya boleh memuatkan maksimum 7-8 orang! Hari ini saya telah ditegur hanya kerana mendirikan Solat Isya’ sekaligus mengambil wudhu’ yang jumlah masa diambil hanyalah tak lebih 7-8 minit!

Ini satu pencabulan terhadap hak saya sebagai seorang muslim! Saya amat berharap pihak berwajib mengambil perhatian dan membuat sesuatu terhadap isu ini. Amat malang apabila perkara ini cukup dirumitkan namun pada masa yang sama pekerja bawahan yang satu bangsa dengan orang atasan saya yang suka melepak, bersembang dan kerap merayau-rayu sewaktu bekerja di hadapan beliau langsung tidak diambil tindakan!

Dari

Pekerja bawahan teraniaya.

By: Dzul