Bayaran Menggunakan Surau di UTC Pudu Sentral

Pada October 2014, saya ada mengunjungi UTC Pudu Sentral untuk membeli tiket pulang ke utara tanah air. Saya ada mengunjungi surau untuk singgah sebentar untuk menunaikan solat Asar pada ketika itu. Yang menjadi tanda tanya saya adalah mengapa pihak pengurusan surau mengenakan “charge” sekiranya saya ingin meletakkan kasut serta membawa beg kecil ke dalam surau? Ingin dijelaskan di sini kadar yang dikenakan:

  • KASUT : RM 0.20
  • BEG KECIL : RM 0.30
  • BEG BESAR : RM 0.50

Saya amat tidak berpuas hati dengan bayaran yang dikenakan yang pada hemat saya sepatutnya perkihdimatan untuk menggunakan surau disediakan secara percuma kepada rakyat.

Mohon sekiranya agar pihak AduanRakyat.com.my dapat berjumpa dengan pihak pengurusan berwajib untuk menjelaskan isu ini.

Sekian,terima kasih.

By: Farah

Kesesakan lalu lintas di Bandar Saujana Putra (BSP)

Saya merupakan penduduk di Bandar Saujana Putra (BSP) ingin memaklumkan kepada pihak yang berkenaan agar mengambil tindakan segera dalam mengatasi isu kesesakan jalan yang melampau setiap awal pagi yang disebabkan oleh pembinaan pembahagi jalan di susur bulatan BSP.

Sejak pembinaan ini dilakukan masalah kesesakan yang teruk berlaku di waktu puncak awal pagi ketika penduduk BSP mulai keluar untuk memulakan urusan harian seperti menghantar anak ke sekolah, ke tempat kerja dan lain-lain urusan lagi, dan ini menyebabkan kami warga BSP mengalami masalah yang serius setiap pagi.

Bagi kami pembinaan pembahagi jalan tersebut amatlah tidak praktikal bagi kawasan bulatan yang sempit seperti itu, dan kami amat berharap agar pembinaan tersebut dihentikan & dikembalikan seperti asal sebelum ini.

Diharapkan pihak yang berkenaan dapat memandang serius perkara ini & mengambil tindakan selanjutnya secepat mungkin.

Segala kerjasama yang diberikan,  diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Majikan Mempersenda Isu Solat Jumaat

Majikan saya meminta bukti daripada saya yang menyatakan Solat Jumaat wajib ke atas semua Muslim. Majikan saya dengan mudahnya berkata boleh sediakan bilik dalam syarikat untuk Solat Jumaat. Maka tak perlu keluar pergi masjid.

Majikan saya juga mempersoalkan, khutbah dalam Bahasa Melayu, bagaimana pekerja asing nak paham khutbah tersebut. Menganggap mendengar khutbah itu membuang masa.

Majikan saya telah mempersendakan agama islam. dia dengan mudah megatakan pengorbanan boleh dibuat jika ade urusan lain seperti meeting international yang lebih penting berlangsung ketika waktu Solat Jumaat.

By: Shamir

Sikap Pemandu Lori Pengangkut Sampah

Daripada Warga Taman Cheras Perdana, Balakong, Taman Megah Cheras

Merujuk kepada perkara di atas, kami amat berdukacita dengan sikap pemandu lori pengangkut sampah terutamanya tidak mahu mengutip sampah yang diikat kemas.  Alasan yang diberikan oleh pemandu tersebut ialah dia diarahkan oleh bos kontraktor untuk mengutip sisa pepejal sahaja.  Namun begitu,  pemandu tersebut tidak memahami maksud pepejal dalam bahasa Malaysia.  Walaupun beg platik telah diisi sisa kertas atau poliform tidak dikutipnya.  Sebenarnya, dia hanya hendak mengutip sampah yang boleh dikitar semula sahaja untuk menjana pendapatan sampingannya.  Kalau satu trip mengangkut sampah sarap di satu kawasan perumahan, dia mampu meraihkan rezeki lebih kurang RM 200 – RM300 dan dibahagikan kepada beberapa orang rakan kelindannya.

Sudah banyak kali, sampah sarap yang dikutip tidak mampu memberikan pendapatannya, maka sampah itu tidak dikutip. Oleh itu, kami minta jasa memantau kerja pengangkut sampah yang tidak berhemah.  Kami pernah bertikam leher tetapi dia mengatakan bahawa dia tidak takut jika diadu tentangnya.  dia kata” Buatlah aduan. saya tak takut!!!!  Jika sikap sedemikian, warga penduduk di sini terpaksa membuang sampah seperti beg yang rosak, kotak poliform ke dalam longkang atau ke dalan sungai untuk menyelesaikan masalah.  Kami bukannya tidak  membayar cukai pintu tetapi sikap buruk memang mengotorkan persekitaran tempat kediaman atau mencemarkan tempat tinggal.

Persoalannya di sini, apakah tindakan pihak MPKJ?  Adakah kontaktor itu memahami maksud pepejal dalam konteks sains?  Mungkinkah mereka cetek ilmu tentang maksud tersebut?  Adakah pemandu dan kelindannya hanya hendak mengutip pepejal yang boleh dikitar semula sahaja?  Bagaimanakah pepejal yang tidak boleh dikitar semula?  Adakah kami harus duduk mendiamkan diri atau berpeluk tubuh sahaja untuk membiarkan pepejal yang tidak boleh dikitar semula?  Adakah kontraktor atau pemandu memahami tanggungjawab mereka?  Persoalan ini menghantui fikiran setiap warga yang tidak mendapat jawabannya?  Apakah tindakan proaktif pihak MPKJ untuk mengelakkan pembuangan sampah sarap di tempat yang tidak sepatutnya seperti di longkang besar atau di sungai yang dilakukkan oleh penduduk?

By: Tina

Malaysia tidak patut benarkan memelihara ular di tempat awam

Saya berasa terpanggil untuk membuat aduan berkenaan satu isu yang sangat menyedihkan dan menjengkel kan dalam masa yang sama. Ini adalah berkenaan dengan semakin berluasa aktivit memelihara atau membela ular pelbagai spesies termasuk ular sawa di kalangan rakyat Malaysia.

Pihak berkuasa di Malaysia harus bertindak untuk menarik balik kebenaran itu jika mereka mampu berfikir secara rasional. Di negara asing yang maju seperti Singapura, Amerika dan UK sendiri pun, diharamkan memelihara binatang repitila yang berbahaya seperti itu, apatah lagi membenarkan rakyatnya membawa ular itu ke tempat-tempat awam termasuk tempat makan dan tempat tumpuan pelancong.

1. Ular harus dikendalikan oleh pakar yang terlatih. Jika tidak boleh terlepas dan membahayakan orang lain

2. Ular bukanlah bintang yang disenangi majoriti manusia seperti kucing atau anjing, yang boleh dibawa ke warung-warung, taman tasik dan tempat tumpuan pelancong. Amat menjengkelkan bagi sesetengan orang

3. Walaupun sudah dibuang bisa, ular masih mampu gigit dan bisa baru masih boleh keluar dari badannya secara semulajadi. Ular sawa yang banyak dipelihara, mampu membelit dan menelan mangsa

4. Apabila sudah besar, ular tersebut tidak akan disimpan sampai mati seperti kita bela anjing dan kucing, tetapi ada kemungkinan dibuang begitu sahaja di semak-semak. Sebagai contoh, seorang pengawal keselamatan pernah bercerita bahawa ular sawa belaan selalu dibuang di taman tasik rekeasi di satu kawasan di KL.

5. Ular boleh digunakan sebagai benda untuk mengugut dan membahayakan orang lain.

6. Menjengkelkan untuk melihat haiwan seperti itu di tempat awam, secara mengejut, dikendalikan oleh orang persendirian untuk mendapat wang. Bayangkan jika harimau, buaya, biawak dan singa dipamerkan. Apakah perasaan kita?

RAKYAT PRIHATIN KL

By: ANAS

Pejabat Umno di jadikan rumah tumpangan

Assalamualaikum

Kepada pihak yang berkenaan saya salah seorang penduduk wangsa maju seksyen 2 ingin mengadu beberpa perkara yang sangat di pohon agar dapat di selesaikan .

1 dewan atau pusat aktiviti masyarakat yang telah di jadikan pejabat umno telah di jadikan seperti hak milik peribadi di jadikan rumah tumpangan untuk yang tidak mempunyai rumah bila pihak kami ingin menyewa untuk di buat kenduri macam macam hal yang tidak membenarkan kami menyewa di situ .malah kami di herdik dan di maki serta dihalau oleh orang yang menumpang di situ malah kami ingin berbincang dengan pihak ketua cawangan tetapi di halang oleh yang menumpang itu

2 pejabat rukun tetangga 2A dan 2B di jadikan di dalam satu dewan iaitu pejabat umno tersebut ..apa dah jadi ni caca marba sudah saya lihat umno di kawasan kami itu

By: mohd hairy bin khalil

Sistem Aplikasi PBS yang tidak efisien

Mohon pencerahan apakah sebenarnya yang berlaku?sebelum ni pihak Lembaga PEPERIKSAAN (LP)ada memaklumkan bahawa sistem akan ditutup pada 30nov dan dibuka semula pada 1 Jan 2014.

Tapi, terkini tarikh penutupan tersebut sudah berubah kepada 1 dis 2013 dan tiada perlanjutan?Keputusan yang sangat drastik…cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi..kenapa?? apakah yang akan berlaku kepada guru-guru yang masih belum dapat menyelesaikannya? tidakkah pihak LP nampak kesusahan yang dialami oleh guru2 kebelakangan ini semenjak sistem aplikasi online tersebut dijalankan?? Apakah ini satu penindasan kepada kami?? mohon pihak LP memahami situasi kami dengan sistem yg teramat lembab ini.

Sebelum ini,Walaupun pihak tuan telah meletakkan tarikh akhir pada 30Nov, tapi kami tetap juga berusaha untuk memasukkan prestasi murid walaupun dalam keadaan serba serbi yang tidak sempurna dan sistem yang memualkan namun terpaksa juga berjaga sejak pukul 1am sehingga subuh demi tanggungjawab yang belum selesai…,

Mohon pihak LP mengkaji semula ketetapan ini supaya kita sama-sama dalam situasi menang-menang, Mangsa sebenarnya terhadap ketegasan yang tidak berasas dari pihak LP adalah murid murid kami sendiri kerana guru-guru mereka tidak mampu untuk melaksanakan tugas tersebut dengan sempurna, bukan kerana tidak profesional tetapi kerana sistem yang tidak efisien.kami bukan robot yang boleh di set sesuka hati…kami ada keluarga, kami ada kehidupan kami sendiri selain bersengkang mata mengadap sistem yang belum stabil ini..

By: Rozilawati

Kurang keperihatinan Bahagian Pertukaran Guru KPM

Assalamualaikum dan salam hormat, Terkilan rasanya setelah 3 kali permohonan isteri saya untuk bertukar ke Perlis dari Negeri Perak tidak diluluskan walau berbagai cara dan saluran dikemukakan.

Untuk makluman saya merupakan anggota ATM yang sedang berjhidmat di Perlis dan isteri saya bertugas di Felcra Seberang Perak. Tinggal berjauhan dan langsung tidak memikirkan jasa saya sebagai anggota ATM yang berkorban masa dan tenaga dan nyawa demi menyahut cabaran ibu pertiwi.

Kenapakah KPM tidak mempertimbangkan sebaik mungkin dan adakah tidak profesional dalam setiap keputusan atau hanya bersifat politik semata-mata. Langsung tidak memikirkan masalah kami anggota ATM yang beristeri Guru .Yang menjadi persoalan berapakah kalikah perlu memohon dan adakah hilang nyawa baru KPM akan meluluskan pertukaran .

Kalau begini caranya KPM melaksanakan tugas saya percaya anak-anak kita pun tak kemana dengan dasar yang merapu dan keputusan tak profesional. Sila pertimbangkan nasib isteri kami yang bertugas sebagai guru mengikuti kami berkhidmat bersama. Harap dipertimbangkan semula.

By: ANUAR BIN ZAINOL ABIDIN

Permainan Harga di TESCO

Pada 17.11.13 saya telah bersetuju untuk membeli tv di TESCO dengan harga promosi iaitu RM829.00 secara ansuran bulanan dengan AEON Credit. Pada keesokkan harinya iaitu 18.11.13 pihak AEON Credit telah meluluskan pinjaman saya.

Pada 23.11.13 saya pergi ke Tesco tersebut untuk mengambil TV dan disini masalah bermula. Pekerja tersebut memaklumkan pada saya bahawa harga TV tersebut tidak sama dengan harga promosi sebelum ini. Ini bermaksud pihak TESCO telah menarik balik harga promosi TV tersebut sedangkan sebelum ini jelas tertera promosi TV tersebut berakhir pada Januari 2014.

Perkara tersebut telah menimbulkan kemarahan dan saya rasa tertipu dengan permainan harga oleh pihak TESCO. Pihak TESCO sepatutnya melepaskan TV tersebut pada harga RM829.00 bukan meminta saya membayar harga baru sedangkan pihak AEON Credit telah meluluskan pinjaman saya dengan harga promosi TV tersebut. Soalan saya bila promosi ditarik balik juga tidak dapat dijawab oleh Manager ditempat tersebut serta membiarkan saya menunggu lama untuk mendapatkan jawapan.

Jalan mudah diambil oleh Manager tersebut dengan menyuruh saya datang kembali keesokkan harinya untuk mengetahui jawapan perbezaan harga tetapi saya tidak bersetuju dan terus membatalkan pembelian TV tersebut.

Ini bukan kali pertama saya terkena dengan perbuatan tidak bertanggungjawab oleh pihak TESCO berkaitan dengan harga produknya. Apapun pengalaman ini membuat saya lebih berhati-hati jika berurusan dengan TESCO dimasa-masa akan datang.

By: Shaarman Shah

Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia

Saya ada membawa satu kes ke Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia di Putrajaya. Di hadapan Presiden Tribunal yang mana di hadiri bersama saya sebagai penuntut dan juga yang menentang kami berhujah dan di akhirnya pihak Tribunal membuat keputusan yang berpihak kepada saya. Tetapi, apa yang mengecewakan saya, pihak yang menentang kini membawa kes ini ke mahkamah tinggi Shah Alam.

Saya di fahamkan bahawa penubuhan Tribunal Tuntutan Pengguna  adalah untuk melindungi hak-hak pengguna dan memudahkaabarn pengguna membuat tuntutan tanpa melibatkan kos yang tinggi. Sekiranya kes seperti ini di bawa kemahkamah tinggi maka kos akan bertambah dan ini akan benar2 membebankan pengguna seperti saya. Kos peguam dan kos mahkamah. Sekiranya keputusan tidak berpihak kepada pengguna, pengguna di kehendaki membayar kos peguam pihak yang lagi satu. Ini cukup membebankan.

Di Eropah, ada sebuah negara yang mana apabila keputusan telah di buat oleh Tribunal Tuntutan Pengguna, maka keputusan itu adalah muktamad dan tidak boleh di cabar di mana-mana mahkamah. Ini bagi melindungi hak pengguna tadi. Tuntutan yang dibuat dalam jumlah perbelanjaan yang mampu di tanggung oleh pengguna akan menyebabkan pengguna teraniaya apabila pengguna tidak mampu untuk membuat tuntutan apabila kos nya meningkat tinggi apabila di bawa ke mahkamah tinggi.

Saya mohon jasa baik, buat lah sesuatu supaya keputusan yang di buat oleh Tribunal Tuntutan Pengguna tidak boleh di cabar di mana-mana pun. Kalau tidak berpuas hati, maka kembali lah semula ke Tribunal Tuntutan Pengguna.

Sekian di maklumkan.

Terima kaseh.

By: Mokhtar bin Abd Wahab

Dilema graduan ijazah tanpa diploma

Saya salah seorang graduan dalam ijazah sarjana muda IT (multimedia). Saya amat sedih dengan sikap majikan yang tidak memberi peluang kepada graduan yang tidak berpengalaman untuk menimba pengalaman bekerja di syarikat mereka.

Untuk pengetahuan, saya telah 2 tahun menganggur. tidak terkira banyaknya resume yang dihantar tetapi jawapan yang diberi amat mendukacitakan. Bukannya kami memilih kerja, bahkan saya turut pergi ke walk-in interview untuk jawatan operator kilang, masih tidak diberi peluang setelah majikan mengetahui saya mempunyai ijazah. Saya juga telah menyertai program graduan menganggur di bawah INSEP, dan telah tamat kursus, tetapi rezeki masih belm berpihak kepada saya.

Saya tidak tahu apa sebabnya. jawatan SPA telah berkali-kali diisi, tetapi yang mendukacitakan saya, jawatan yang saya minta, ‘tidak melepasi syarat yang ditetapkan’, padahal saya mengisi jawatan untuk kelayakan SPM sahaja, masih tidak layak. Saya tidak tahu di mana salahnya saya sebagai graduan yang ada ijazah tanpa diploma. sudahlah sijil matrikulasi tidak laku untuk mengisi jawatan kosong, kami tidak diberi peluang untuk berkerja waima untuk jawatan bertaraf SPM sahaja.

Alasan pihak majikan, kami tiada diploma, sijil matrikulasi tidak laku, dan tiada pengalaman berkerja. Bagaimana untuk menimba pengalaman jika peluang langsung tidak diberikan?Mengapa majikan terlalu sempit pemikiran mereka yang tidak mahu menggaji kami sedangkan kami tidak pernah kisah dengan gaji yang ditawarkan.Jika kami kisah, masakan kami boleh mengisi jawatan tersebut?Alasan mereka, kami lebih layak mendapat jawatan yang setaraf ijazah yang kami ada, ya, tetapi tidak bolehkah kami menimba ilmu dari bawah?Kalau inginkan pengalaman, sebaiknya, sejak dahulu lagi kami tidak perlu menyambung pelajaran, lepas SPM terus bekerja.Mungkin itu lebih mencerahkan peluang kami.

Graduan yang kecewa

By: aida hashirah

Kenaikan Gred J29

Salam tuan, saya dan kawan-kawan yang menjawat jawatan penolong jurutera dan penolong pegawai senibina J29 merasakan pihak kami tertindas dengan penambahbaikan yang diumumkan baru-baru ini yang mana jawatan juruteknik J17 dan pelukis pelan J17 yang berkelulusan sijil daripada politeknik dinaikkan ke jawatan dan gred yang sama dengan kami iaitu JA29 sedangkan kami adalah lepasan diploma daripada UTM dan UiTM pada awal TAHUN 90AN.

Semasa kami menjawat jawatan tersebut dulu, lepasan diploma daripada politeknik hanya layak menjawat jawatan juruteknik J17 sahaja dan hanya lepasan UTM dan UiTM seperti kami yang boleh menjawat jawatan pembantu teknik J5 (nama jawatan kami ketika itu) tetapi sekarang ini sijil daripada politeknik pun dah sama dengan kami. sepatutnya gred kami dinaikkan ke gred yang lebih tinggi memandangkan kemasukan ke UTM dan UiTM memerlukan kelulusan SPM yang lebih baik jika dibandingkan dengan syarat kemasukan ke politeknik dan kelulusan diploma kami juga lebih baik dari kelulusan diploma  dan sijil dari politeknik.

Kalau dah sama gred dan jawatan kami dengan lulusan sijil politeknik macamana struktur kerja di pejabat dan siapa yang perlu memantau kerja juruteknik dan pelukis pelan JA29 kerana dah sama dengan kami. sehubungan dengan itu kami memohon jasa baik tuan supaya gred J29 kami dinaikkan ke gred yang lebih tinggi. banyak gred jawatan lain yang telah dinaikkan tetapi jawatan kami tidak pernah naik.

By: zaidi a

Pindahkan Pasar Pagi Greenwood

Assalam. Saya berpendapat sudah sampai masanya pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS) serta JK Penduduk yang berkenaan mengambil tindakan untuk memindahkan pasar pagi Ahad di Taman Greenwood ke tapak lain yang lebih sesuai dan tidak mengganggu urusan para peniaga dan orang awam.

Ini kerana, pasar pagi berkenaan telah menyebabkan keadaan kesesakan lalulintas di sepanjang jalan utama akibat kenderaan yang diletakkan sesuka hati oleh pelanggan. Keadaan ini diburukkan lagi oleh adanya Medan Selera di Greenwood dan Medan Selera sementara di Taman Berlian yang bertentangan manakala di situ juga wujudnya Hentian Bas Greenwood dan tempat bas Transnasional mengambil penumpang antara jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Yang paling teruk terjejas ialah penduduk dari Taman Berlian, Jalan Sepakat dan Taman Sahabat yang terpaksa membuat pusingan U di depan Hentian bas Greenwood sebelum menuju ke arah Batu Caves. Ini belum dikira lambakan orang asing yang berniaga serta sampah sarap yang ditinggalkan sehingga berbau sampai ke malam hari. Bayangkan pelanggan Medan Selera Greenwood yang terpaksa menghidu bau busuk sampah sarap berkenaan.

By: Hj.Rostam bin Hj.Omar (abu najmi)