Kajian Semula Kadar Cukai Jalan

Mohon pihak Kementerian Pengangkutan dan JPJ mengkaji semula kadar cukai jalan bagi kenderaan melebihi 2000cc. Saya memiliki sebuah kenderaan 3000cc tahun 2002 dan nilai semasanya hanya RM35,000. Tetapi terpaksa membayar cukai jalan sebanyak RM2,120 setiap tahun berbanding dengan kereta mewah cc 2500 ke bawah bernilai ratusan ribu yang hanya membayar cukai jalan di antara RM280 – RM880 setahun.

Kenderaan baru sekarang lebih memberi fokus kepada kuasa kuda (horse power) pada cc rendah dan penjimatan pengunaan minyak. Lebih tinggi kuasa kuda, lebih mahal harga kenderaan tersebut. Kenderaan saloon semuanya mempunyai anggaran saiz yang lebih kurang sama dengan empat roda di atas jalanraya yang tidak merosakkan permukaan jalan. Perbezaannya adalah pada cc enjin dengan sedikit tambahan berat. Akibat dari kadar cukai jalan yang tidak munasabah ini, maka terjadilah longgokan kereta ber cc tinggi di dalam pasaran yang dijual pada harga rendah. Sedangkan kenderaan sebegini adalah lebih tahan dan selamat dipandu sekiranya ia di dalam keadaan baik.

Kadar JPJ adalah seperti berikut:

1601-1800cc RM 200.00 RM 0.40 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1600cc

1801-2000cc RM 280.00 RM 0.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 1800cc

2001-2500cc RM 380.00 RM 1.00 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2000cc

2501-3000cc RM 880.00 RM 2.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 2500cc

> 3000cc RM 2,130.00 RM 4.50 untuk setiap perbezaan cc berbanding 3000cc

Perbezaan kadar yang terlalu besar bagi setiap cc bermula pada tahap 2000cc ke atas.

Di dalam pasaran sekarang, lebih banyak kenderaan baru berkuasa 1600-2400cc dengan nilai antara RM50K – RM400K. Diharap pihak-pihak berkenaan dapat menimbangkan suatu kadar cukai jalan yang berpatutan samada pengurangan kadar mengikut tahun kenderaan, penyelarasan semula kadar cukai, nilai cukai pada kadar tetap bagi setiap cc, nilai cukai berasaskan nilai pasaran semasa atau sebagainya. Harap mendapat perhatian, pertimbangan dan tindakan lanjut.

Terima kasih.

By: Hj Mohd Borhanuddin Bin Abdul Kadir

Bus Shamisha yang teruk

Anak saya pertama kali travel dari Seremban ke kota Bharu menggunakan perkhidmatan Bus Shamisha Express seorang diri untuk pulang ke Kelantan ketika cuti Deepavali kelmarin. Tiba diterminal jam 6.30 petang dan perjalanan ke kota Bharu dijangka pada 8.15 malam pada 1 Nov 2013.

Setelah lama menunggu, tiada bus yang muncul sehinggalah jam 11.00 malam. Sedar-sedar anak gadis gadis saya telah ditinggalkan bus tersebut. Tanpa label destinasi yang jelas, Tanpa no bus, tanpa mengumumkan ketibaan menyukarkan pengguna. anak gadis saya sendirian di terminal bus dengan keadaan panik tanpa saudara mara, dengan duit yang hanya sekadar untk seorang pelajar ,sendirian ditempat yang tak sangat asing.Dengan keadaan belum makan malam, dan letih menunggu bus sejak jam 6.30 hingga 11.00 malam.Hanya yang dapat di lakukan adalah menelefon ke rumah di kelantan dan menangis.

Kami keluarga lagilah risau bila anak perempuan seorang diri tempat asing ditengah-tengah malam begitu. Yang dapat dilakukan hanya menelefon kolej dan berurusan melalui telefon untuk mententeramkannya.

Nasib baik pihak kolej tempat dia belajar dapat dihubungi dan mereka datang mengambil anak saya kembali ke kolej jam 11.45 malam. Perkhidmatan bus yang terburuk saya dapatiĀ  dan memberi masalah kepada penumpang. Sebelum ini anak saya yang bongsu menggunakan perkhidmatan bus yang sama ke Kelang. Tiket yang dikeluarkan didapati bertindeh dengan no tempat duduk penunmpang lain.

Peristiwa yang terjadi kepada anak saya di Seremban itu memberi kesan ‘trauma’ padanya. Dengan harga tiker RM53.00 tidak pilihan untuk tindak menggunakan perkhidmatan bus tersebut kerana tiket telah di beli untuk perjalanan pergi dan balik.

Semoga pihak yang berkenaan memantau syarikat ini agar mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pastikan Label dsetinasi diletakkan dengan jelas, No tirp/ atau no bus di letakkan juga. Kedudukannya pada terminat (no terminal) seharusnya sama dengan apa yang tercatat pada tiket,Pengumumman atau hebahan dibuatĀ  jika masih ada terdapat penumpang yang masih belum menaiki bus.

Syarikat Bus: Shamisha

Perjalanan dari Seremban ke Kota Bharu

Tarikh: 1 Nov 2013

By: Roslan Mohamed

Penipuan Jual Beli Kereta di www.mudah.my

Salam warga Mlsia semua..saya ingin berkongsi satu penipuan jual beli kereta di selayang batu caves. Cerita ini bermula mcm ni, pada malam 1 November 2013 pkul 4.30 am sy telah melayari lmn web www.mudah.my dan telah melihat satu iklan kereta terpakai iaitu 95 satria turbo 1.8 (M) yang dipostkan oleh mr Alvin Tiong beralamat 625-3A Jln Ipoh Batu 7 1/2 Taman Sri Selayang Batu Caves Selangor.

Saya telah menelefon no dy 0162428323 dan berbincang urusan jual beli kereta satria tersebut. Alvin menyuruh sy bnk in duit sebanyak RM1500 sbg duit booking dan pendahuluan. Sy telah btransfer duit kpd akaun maybank Tay Yu Lee 114049610399 no hp 017-3708750 pada pukul 6am 1/11/13. Dia menyuruh saya simpan resit bank sebagai bukti bayaran sekiranya sy tidak jadi membeli kereta wang tersebut akn dipulangkan. Selepas itu sy bergerak ke alamat used car di selayang. Alvin menyuruh sy menunggu dy di plaza tol Gombak dgn alasan senang nk jmpa nanti.

Pada pukul 8.30am 1/11/13 sy sampai di tol Gombak dan menunggu Alvin sehingga jam 10am. Saya cuba menelefon nom dy tetapi tidak dapat dihubungi lagi. Sy juga ada menelefon no 016-6780172 atas nama Mr Tan dan Kenny tetapi gagal dihubungi. Talian aktif tetapi tidak dijawab.

Say berasa tertipu dan terus bergerak ke alamat Taman Sri Selayang untuk mencari tempat used car tersebut. Sampai di sana, alamat yang diberi sebenarnya tidak wujud. Saya cuba bertanya kpd penjual used car berdekatan alamat dan mereka memberitahu saya telah ditipu. Ini kerana sudah beberapa orang telah menjadi mangsa seperti saya. Saya telah membuat repot polis dan berharap ada pihak boleh membantu saya supaya tiada lagi menjadi mangsa seperti saya. Saya syak ini adalah satu sindiket kerana melibatkan ramai penjual penipu.

Sekian terima kasih.

By: muhammad nurhisham

Kecewa dengan Proton Edar Alor Star

Selamat sejahtera,

Saya adalah pengguna proton Suprima S yg baru sahaja dibeli pd 3 October 2013 lepas. Pada 21 October 2013, sy telah menghantar kereta tersebut utk servis pertama di Proton Edar Alor Setar yg beralamat di No.210-211, Jalan Gangsa , Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah.

Untuk servis tersebut sy telah membeli minyak Petronas Syntium 1000 yg berharga RM195 dan resit juga telah dikeluarkan. Butiran di resit adalah sama seperti apa yg diminta. Setelah urusan semua selesai, sy pun pulang ke rumah di Perlis. Malangya keesokan hari sy terjumpa tong minyak Pentronas Syntium 800 yg telah kosong di dlm kereta.

Pada masa itu sy telah pun rs ditipu dan segera menelefon pihak Proton tersebut utk penjelasan dan jawapan yg diberikan sangat lah tidak masuk akal kerana dgn lancarnya pihak mereka mnyatakan bahawa minyak yg dituang ke dlm kereta sy tempoh hari adalah Syntium 1000 dan tong tersebut hanya tertukar sahaja. Alasan yg sangat tidak masuk akal seolah-olah perkara tersebut sudah biasa mereka lakukan.

Beberapa minit kemudian sy telefon semula utk bercakap dgn manager tp mereka mmberi alasan bahawa manager tiada dan alasan yg sama diberikan apabila sy menelefon semula. Sy sangat curiga, hilang kepercayaan dan terkilan dgn apa yg berlaku ini memandangkan ini baru pertama kali memakai kereta Proton dan ini adalah 1st service.

Harap pihak tuan/puan dapat membuat langkah/tindakan yg sewajarnya kpd pihak Proton Edar Alor Star ini kerana bimbang jika mereka sudah biasa melakukan perkara ini kpd pengguna.

Mohon jawapan drpd pihak tuan/puan.
Terima kasih.

By: pika

Enjin Campro CFE Proton Bermasalah

Salam..

Saya merupakan pengguna exora cfe sejak bulan 2 2012. Baru guna dalam seminggu, kereta tersebut tiba-tiba tersenggut2 dan mati..setelah di hantar ke pusat servis di kluang, mengambil masa seminggu untuk dibaiki kerana ketika itu tiada alat ganti lagi disebabkan enjin jenis ini baru sahaja dilancarkan.

Kemudian pada bulan 7 2012 kenderaan saya ini dibawa untuk servis ke 2, saya dinasihatkan untuk menukar one way valve (ovc) yg berada dalam enjin. maka enjin perlu dibuka..Berat juga hati ni nak lepaskan kerana baru guna 5 bulan dah kena buka keseluruhan enjin.

Seterusnya pada 15/12/2012 exora saya ini mati secara tiba2 dan bunyi geseran yang kuat didalam enjin. Berlaku di Kulai kemudian ditunda (towing) ke kluang dengan kos RM310..Setelah diperiksa, maka didapati kepala piston ke 3 telah bocor, kepala plug ke 3 juga hancur dan valve patah kerana berlaga dengan plug. Akhirnya saya diberi jaminan dengan penukaran enjin baharu. Namun sehingga kini 26/01/2013, kenderaan saya masih lagi tersadai di pusat servis kluang.

Adakah kes seperti ini ada pihak yang boleh membantu untuk membuat tuntutan kerugian? Tuntutan kerugian yang saya buat terhadap proton langsung tidak dilayan. Maka saya telah membangunkan facebook bernama exora cfe rosak untuk mereka yang menghadapi masalah seperti saya agar dapat dikongsi bersama masalah mereka. Diharap pihak proton tidak menjadikan rakyat sebagai tikus makmal mereka..Sekian terima kasih…

By: rais rashid

Kereta Proton Preve yang asyik rosak

Pada 28 februari 2013,kereta saya tidak start di pasaraya.saya menunggu selama 5 jam untuk mendapatkan bantuan dari pihak servis centre.Mereka cuba untuk hidupkan enjin selama satu jam,dan akhirnya dapat menghidupkan enjin.

20 march,saya tidak pergi ke kerja semata-mata untuk reflesh kereta saya,di pusat servis plentong.

selepas 3 minggu masalah yang sama timbul dan saya memanggil servis centre,mereka datang dan enjin tidak dapat dihidupkan langsung,mereka menarik kereta ke servis centre.10 april 2013,mereke membaiki kerete selama 4 hari.

14 april 2013 saya membawa sekali lagi kereta ke pusat servis saya kerana tidak boleh start.

7 jun 2013,auto gear stuck pula.servis centre datang lagi untuk baiki.25 ogos saya dapat tahu enjin minyak bocor,sekali lagi saya bawa ke pusat servis untuk membaiki.3 september,saya bawa kereta ke pusat servis akhirnya mereka baiki.

kualiti power window,gegar semasa menaikkan cermin,saya mengadu pada pihak servis centre mereka mengatakan”kita perlu order window”.

oleh yang demikian,saya rasa kesal kerana membeli kereta ini,kerana ia asyik menimbulkan masalah.saya harap pihak proton dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.maaf jika terkasar bahasa.terima kasih.

By: Abdul Munaff

Proton Saga FLX Bermasaalah

Salam Sejahtera.

Isteri saya telah membeli sebuah kerata baru ( Saga FLX 1.3) di Proton Edar di sebelah bangunan Gaint Bt. Caves. Pada hari Selasa 5hb Ogos 2013 kereta tersebut telah dibawa pulang ke rumah dengan tanpa masalah. Pada hari 7hb Ogos iaitu malam hari hari puasa saya telah memandu kereta tersebut untuk pulang ke kampung isteri di Bandar Baru Beris Jaya , Sik Kedah. Dengan kelajuan tidak melebihi 100 km saya telah sampai ke kampung dengan selamatnya iaitu pada pagi hari raya puasa pertama.

Pada hari Jumaat bertarikh 9 ogos 2013 jam 8.00 malam saya telah memandu kereta tersebut ke kawasan berdekatan iaitu di Taman Ria, Gurun. Sewaktu dalam perjalan pulang iaitu ketika saya berhenti di salah satu lampu isyarat dengan tiba tiba kereta tersebut tidak boleh bergerak. Injin masih hidup, air cond masih baik dan pada masa itu saya melihat lampu amaran CVT bernyala. Saya panik dan tidak tahu hendak buat apa di kawasan hutan itu . isteri saya telah menghubungi wakil pengedar dan kami dinasihatkan untuk mencabut pluq bateri dan membiarkan seketika. Kami telah berbuat demikian dan memasangnya semula. Alhamdulillah kereta dapat dipandu semula telah berhenti semula dengan kedaan lampu CVT bernyala. Saya kemudiannya mematikan injin dan menghidupkan semula dimana waktu itu saya dapati lampu CVT telah terpadam. Saya telah membawa kereta pulang ke Beris Jaya dengan selamat.

Pada keesokkan saya hubungi pengedar proton di Gurun dan mendapat nasihat supaya saya membawa kereta ke kedainya pada hari Ahad 11hb Ogos 2013

Pada pagi 11 ogos saya telah membawa kereta ke puasat service di Gurun. Dalam perjalannan , lampu CVT bernya sekali membuat kami berhenti dan menghidupkan injin semula. Sampai di pusat service itu kereta tersebut telah cuba diperbaki. Jam 2.30 petang saya bawa kereta itu pulang tetapi tidak beberapa minit kemudian lampu CVT bernyala lagi. Saya berpatah balik ke kedai berkenaan. Pihak kedai tersebut menasihatkan saya membawa kereta itu ke Proton Service Juru kerana mereka kekurangan alat untuk membaikinya.

Pada 12hb Ogos saya membawa kerteta tersebut ke Juru dan seperti biasa kereta tersebut akan berhenti 2-3 kali akibat dari nyalaan lampu CVT. Kereta telah dibaiki di sana diatas seliaan Sevice Advisor En. Azman Basha. Jam 3.00 petang saya bawa balik kereta di Gurun dimana lampu nyalaan CVT muncul semula sewaktu berada di Jeniang. Saya hubungi En. Azman dimana beliau menasihatkan saya supaya menghantar kereta tersebut ke Sungai Petani pula. Saya tidak mempunya masa, saya perlu pulang ke KL. Pengedar kereta di Bt. Caves menyuruh saya menghantar kereta ke Kepong setelah sampai ke KL.

Pada hari yang sama saya membawa kereta pulang Ke KL. Dalam perjalan itu kereta berhenti kerana CVT sebanyak 2 kali sehingga melepasi tol juru. Setiba saya di Cangkat Jering nyalaan CVT bermula. Kali ini kereta tidak mampu bergerak. Pihak pronda plus menasihatkan saya membawa kerta perlahan dan berhenti di Tol Cangkat Jering. Kami menghubungi talian hot line proton. Jam 12.30pagi sebuah kereta tunda datang membawa kami ke pusat service proton jalan Kuala di Ipoh. Kami terpaksa bermalam di hotel jam 2.00 pagi menunggu hari siang.

Pada hari Selasa 12 ogos jam 6.00 petang kereta kami selamat di perbaiki dibawah seliaan En. Zamhuri dan maknik En Rahim. Saya pun memandu pulang kereta tersebut dengan selamat ke rumah saya di Bukit Beruntung Selangor.

Pada hari Rabu 13 ogos 2013, saya memandu kereta ke tempat kerja di Chow Kit Kuala Lumpur. Apabila menaiki tempat letak kereta di tingkat 4, lampu CVT menyala lagi. Saya telah menghubungi kereta tunda kurnia insurance dimana kereta tersebut telah di tarik ke Proton Edar Sdn bhd ( service) lot 9818 Persiaran Mohagani Sri Damansara 52100 Kepong di bawah seliaan En Sufna Hatin.

Saya tidak menyalahkan pusat service, mereka cuma pekerja dan rata ratanya melayan saya dengan baik. Saya terkilan kerana percutian Hari Raya saya tidak bermakna dan menghabiskan masa saya menunggu di pusat service hampir setiap hari. Saya rasa tertekan berhenti dalam gelap di tengah tengah hutan ditepi high way bersama anak dan isteri saya dan mengalami pengalaman kereta ditunda 2 kali dalam masa seminggu kereta dikeluarkan. Isteri saya menghadapi masalah kemurungan kerana tertekan dan tidak menyangkakan kereta barunya menyusahkannnya. Bila saya ceritakan kepada wakil pengedar yang lain , mereka hanya berkata bahawa kereta yang mereka jual semuanya OK. Apa yang berlaku kepada saya adalah dikira nasib saya.

Tuan tuan, ini adalah bukan soal nasib. Saya adalah pembeli saya tidak mahu tertipu. Saya bukan mahu letakkan kereta tersebut sebagai hiasan di rumah atau jadi bahan ujikaji. Saya mahukan kereta yang bagus dan baik.

Saya mengucapkan terima kasih kepada hot line proton, proton service juru dan ipoh kerana membantu saya. Saya berharap pihak roton membaiki kereta tersebut dan mengembalikan keyakinan saya. Jika pihak proton belum pasti atau kurang keyakinan kepada keupayaan makeniknya tolong jangan pulangkan kereta tersebut kepada kami.

By: tajudin

Proton: ‘Jerking’ Adalah Sifat Kereta Mereka

Bolehkah awak terima hakikat kereta baru anda dari hari pertama yang mempunyai masalah ? Tetapi, Proton enggan mengakui masalah produk mereka, malahan berani bercakap inilah sifat kereta itu. Dan pun tidak dapat buat apa-apa terhadap masalah kereta saya.

Kereta Proton Exora yang baru beli 9 bulan itu pun mengalami sentakan (jerking) dari hari pertama Dec’11 tahun lepas. Selepas membuat komplain kepada Penang Jeluton Proton Salesman, dia pun berkata bukan halnya selepas jualan, malahan menyuruh saya pergi service center untuk baik pulihkan. Dengan hati kecewa dan marah, saya pun menghantar kereta ke Proton Service Center Juru, Penang. Akhirnya, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah saya. Sayan pun merujuk ke Penang Proton Service Center, dan juga Sungai Petani. Sehingga ketiga-tiga service Center tidak dapat selesai masalah saya dan sampai tujuh-lapan kereta saya keluar dan masuk,Juru branch pun membantu saya hantar report kepada head branch center Proton.

Selepas test drive dengan teknikal head Proton, dia pun mengaku memang ada sentakan(jerking) yang tidak normal. Pada pertama sekali, dia pun cuba membantu saya dengan menukarkan TCU (transmission Control Unit) bagi kereta saya. Di samping itu, ignition coil, spark plug dan banyak benda pun ditukarkan untuk membantu masalah yang timbul. Namun demikian, masalah kereta itu masih tidak dapat diselesaikan. Sampai tahap ini, dia pun bercakap ini memang sifat kereta dengan mempunyai sentakan (jerking). Adakah ini normal punya perangai sebagai ketua teknikal Proton dengan menolak segala masalah yang timbul pada pelanggan kereta ?

Sebelum teknikal head Proton datang, saya pun dan test drive kereta kawan saya yang sama model dan agak sama bulan keluaran. Dapati mereka tidak mempunyai masalah tersebut. Ini pun terbukti, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah saya, dan terus tidak mahu tanggungjawab ke atas produk yang bermasalah ini.

Kereta ini bukan dibeli dengan hanya beberapa ratus, malahan dengan beberapa puluh ribu. Dan ini masih tertakluk kepada bulanan ansuran yang kena bayar. Bayangkan anda sukakah beli kereta yang buruk, tapi kena sambung bayar setiap bulan ?

Saya ada attach satu laporan yang dikeluarkan oleh Proton tentang masalah kereta saya. Sila baca macam mana mereka tulis laporan itu dan anda akan terkejut dengan comen mereka. Amat sedih saja !!!

By: Adrian Samad

Disrespectful behavior of a Rapid Penang bus driver

Incident that I mentioned above occur in Komtar Georgetown,Penang at 4:30 pm and dated July 22, 2012 (Sunday). My mother and I rushed to the bus, but unfortunately the bus number plate (PHH 4490) refused to open the door, whereas he was stopped,incident was witnessed by everyone in the area,even worse when an oku (orang kurang upaya) knocked on the door of the bus, but the bus still did not want to open the door.

Courtesy is our culture, respect passengers, no matter how different race or age.His rude attitude will bring down the good name of your company and his attitude will also tarnish the name of Malaysia,when foreign tourists were entertained with its services that are not polite.

By: Siti Nur Syahirah

Masalah Proton Preve tiada kesudahan

Saya membeli sebuah kereta Proton Preve CFE premium dan menerimanya pada 12 Jun 2012, namun ketika saya mengambil kereta tersebut, didapati kereta tersebut tidak dapat bergerak walaupun telah gear telah ditukar kepada mode “D”,”R”,”S” kerana masalah pada TCU dia. Setelah diganti TCU yang baru, saya mengambil dari SC semula pada 15 Jun 2012

Masalah baru pula telah dikenal pasti pada 21 Jun 2012. Kali ini kereta tersebut didapati terdapat kebocoran pada enjinnya. Sekali lagi Proton Preve kereta Global ini terpaksa dihantar ke SC. setelah seminggu lebih pihak proton mencari masalah dan menunggu alat ganti, kereta Global saya tadi akhirnya disahkan pulih dari masalah kebocoran dan diambil keluar dari pusat servis pada 5 Julai 2012.

Apa yang dikesalkan di sini adalah, pada 6 Julai 2012 sekali lagi Kereta Global ini mengalami masalah, enjin didapati bergegar dan terdapat lagi kebocoran pada kereta global ini..dan sehingga sekarang kereta global tersebut masih lagi terdampar di pusat servis proton, menunggu alat ganti…haish..

Apakah kesudahan bagi kereta “Global?” saya ini..?ansuran pertama telah dibayar namun kebanyakkan hari kereta tersebut hanya tersadai di pusat servis..tiada kepuasan bagi saya sebagai seorang pengguna seumpama pihak proton tidak wujud unit bagi mengawasi kualiti setiap kereta yang keluar dari kilang.???

Proton owh proton…diharap benar-benar komited untuk jadi lebih baik…

By: azmi

Saman Parking Motorsikal DBKL

Saya seorang pelajar KLMU . Mohon pihak tuan/puan membuat kaji selidik kadar bayaran kompoun saman parking motorsikal terutama dari DBKL. Tempat untuk meletak motosikal adalah amat terhad, dan sekiranya disediakan berhampiran bangunan, tempat tersebut digunakan sepenuhnya oleh pelajar.

Kadar bayaran kompoun RM100 (RM150 selepas 14 hari) yang dikenakan adalah tidak munasabah dan terlalu membebankan pelajar yang tidak bekerja dan bukan datang dr golongan orang yang senang.

Saya selaku pengguna motorsikal di Kuala Lumpur amat berharap pihak tuan/puan dapat mengajukan masalah ini kepada pihak yang berkenaan. Masalah ini juga merupakan satu masalah yang amat besar kepada pelajar yang menggunakan motorsikal. Kadar kompoun tersebut boleh menampung keperluan pelajaran.

voucher rm200 kerajaan bagi pun tak cukup ini kan nak bayar saman.

sepatutnya dbkl perlu selidik dulu sebelum main suka je bagi surat saman.

Kerjasama dan tindakan lanjut pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

By: numan

Laluan motor berkuasa tinggi

Assalamualaikum,

Selaku pemilik dan penunggang motorsikal (500cc ke atas) saya mohon pihak JPJ memberi kenyataan yang menyeluruh terhadap peraturan tidak melepaskan motosikal kuasa tinggi dilaluan ber tol selagi ada lorong motosikal disebelahnya.

SAYA SEMAKIN KELIRU sebab pihak POLIS melepaskan penunggang motosikal 500 cc ke atas dilebuh raya bertol walaupun terdapat laluan motosikal disebelahnya.

Saya telah beberapa kali mengikut lorong motosikal, namun terdapat `kesengsaraan’ apabila mahu melepasi terowong yang lazimnya berselekoh tajam dan ia memungkin kemalangan. Pengendalian motosikal berkuasa tinggi di lorong motosikal(agak sempit) amat `mencabar’ disebabkan terlalu kerap tukaran gear dilakukan dan kelajuan pada tahap standard sangat terganggu.

Cadangan : Mohon pihak berkuasa membenarkan lebuhraya dikongsi sama oleh penunggang motosikal kuasa tinggi. Secara adilnya, motosikal tersebut membayar cukai jalan lebih RM250.00 setahun dan kalau perlu membayar tol wajarlah pada kadar yang berpatutan.

Melalui pengalaman dan pemerhatian, saya dapati perjalanan penunggang motosikal kuasa tinggi lebih lancar dan penuh disiplin.

Mohon pihak berkuasa menimbang cadangan ini demi keselesaan dan kelancaran perjalanan pemilik motosikal kuasa tinggi.

By: Alykallam

Masalah yang kian lama tidak selesai di POS Sempadan Tebedu

Kami Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Daerah Serian Sarawak ingin mengadu tentang Pihak Berkuasa tidak mengambil tindakkan yang tegas terhadap masalah tersebut di bawah:

  1. Masalah Kereta Kijang dari Indonesia yang masuk ke Malaysia melalui sempadan Pos Tebedu , mengambil penumpang daripada Stesen Kereta Sewa Tebedu sedangkan Kami , Pengusaha Kereta Sewa yang mempunyai Permit dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Begitu juga dengan Bas Ekspress yang datang dari Miri, Sibu , Bintulu juga menunggu di Pos Sempadan Tebedu sedangkan mereka hanya mempunyai permit untuk menghantar penumpang dan tidak mempunyai permit untuk menunggu dan mengambil penumpang.
  2. Syarikat Bas juga membina pondok tiket bas express haram di restoram mohamad di Tebedu,sedangkan tempat ini hanya tempat makan .
  3. Belum cukup lagi Pihak LPKP meluluskan 2 permit bas berhenti-henti City Public Link.

Kami sedang mengalami masalah yang serius tetapi tiada siapa pun mengambil tindakan. Apabila Persatuan membuat beberapa aduan, jawaban yang kami terima adalah “KAMI AKAN AMBIL TINDAKAN” Itu saja jawaban yang diterima.Tetapi tidak ada tindakan yang diambil .

Jadi apakah yang akan jadi kepada semua pengusaha Kereta Sewa ZON 5 yang beroperasi Tebedu-Serian,Tebedu-Kuching,Serian – Tebedu, Kuching – Tebedu , Serian – Kuching dan Kuching-Serian. Siapakah yang akan menanggung pinjaman Bank bagi kenderaan kami apabila perkara ini berlarutan? Siapakah yang akan memberi makanan kepada Keluarga kami.? Kepada semua Yang Berhormat,kami rakyat Pemandu Kereta menyokong Dasar kerajaan 1 Malaysia dan kami juga mengundi kerajaan Barisan Nasional bukan Rakyat Indonesia yang akan mengundi???

By: Pengerusi Dan AJK