Archive for the ‘Kenderaan’ Category
Proton: ‘Jerking’ Adalah Sifat Kereta Mereka
Bolehkah awak terima hakikat kereta baru anda dari hari pertama yang mempunyai masalah ? Tetapi, Proton enggan mengakui masalah produk mereka, malahan berani bercakap inilah sifat kereta itu. Dan pun tidak dapat buat apa-apa terhadap masalah kereta saya.
Kereta Proton Exora yang baru beli 9 bulan itu pun mengalami sentakan (jerking) dari hari pertama Dec’11 tahun lepas. Selepas membuat komplain kepada Penang Jeluton Proton Salesman, dia pun berkata bukan halnya selepas jualan, malahan menyuruh saya pergi service center untuk baik pulihkan. Dengan hati kecewa dan marah, saya pun menghantar kereta ke Proton Service Center Juru, Penang. Akhirnya, mereka tidak dapat menyelesaikan masalah saya. Sayan pun merujuk ke Penang Proton Service Center, dan juga Sungai Petani. Sehingga ketiga-tiga service Center tidak dapat selesai masalah saya dan sampai tujuh-lapan kereta saya keluar dan masuk,Juru branch pun membantu saya hantar report kepada head branch center Proton.
Disrespectful behavior of a Rapid Penang bus driver
Incident that I mentioned above occur in Komtar Georgetown,Penang at 4:30 pm and dated July 22, 2012 (Sunday). My mother and I rushed to the bus, but unfortunately the bus number plate (PHH 4490) refused to open the door, whereas he was stopped,incident was witnessed by everyone in the area,even worse when an oku (orang kurang upaya) knocked on the door of the bus, but the bus still did not want to open the door.
Courtesy is our culture, respect passengers, no matter how different race or age.His rude attitude will bring down the good name of your company and his attitude will also tarnish the name of Malaysia,when foreign tourists were entertained with its services that are not polite.
Masalah Proton Preve tiada kesudahan
Saya membeli sebuah kereta Proton Preve CFE premium dan menerimanya pada 12 Jun 2012, namun ketika saya mengambil kereta tersebut, didapati kereta tersebut tidak dapat bergerak walaupun telah gear telah ditukar kepada mode “D”,”R”,”S” kerana masalah pada TCU dia. Setelah diganti TCU yang baru, saya mengambil dari SC semula pada 15 Jun 2012
Masalah baru pula telah dikenal pasti pada 21 Jun 2012. Kali ini kereta tersebut didapati terdapat kebocoran pada enjinnya. Sekali lagi Proton Preve kereta Global ini terpaksa dihantar ke SC. setelah seminggu lebih pihak proton mencari masalah dan menunggu alat ganti, kereta Global saya tadi akhirnya disahkan pulih dari masalah kebocoran dan diambil keluar dari pusat servis pada 5 Julai 2012.
Saman Parking Motorsikal DBKL
Saya seorang pelajar KLMU . Mohon pihak tuan/puan membuat kaji selidik kadar bayaran kompoun saman parking motorsikal terutama dari DBKL. Tempat untuk meletak motosikal adalah amat terhad, dan sekiranya disediakan berhampiran bangunan, tempat tersebut digunakan sepenuhnya oleh pelajar.
Kadar bayaran kompoun RM100 (RM150 selepas 14 hari) yang dikenakan adalah tidak munasabah dan terlalu membebankan pelajar yang tidak bekerja dan bukan datang dr golongan orang yang senang.
Laluan motor berkuasa tinggi
Assalamualaikum,
Selaku pemilik dan penunggang motorsikal (500cc ke atas) saya mohon pihak JPJ memberi kenyataan yang menyeluruh terhadap peraturan tidak melepaskan motosikal kuasa tinggi dilaluan ber tol selagi ada lorong motosikal disebelahnya.
SAYA SEMAKIN KELIRU sebab pihak POLIS melepaskan penunggang motosikal 500 cc ke atas dilebuh raya bertol walaupun terdapat laluan motosikal disebelahnya.
Masalah yang kian lama tidak selesai di POS Sempadan Tebedu
Kami Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Pengusaha Kereta Sewa Daerah Serian Sarawak ingin mengadu tentang Pihak Berkuasa tidak mengambil tindakkan yang tegas terhadap masalah tersebut di bawah:
- Masalah Kereta Kijang dari Indonesia yang masuk ke Malaysia melalui sempadan Pos Tebedu , mengambil penumpang daripada Stesen Kereta Sewa Tebedu sedangkan Kami , Pengusaha Kereta Sewa yang mempunyai Permit dikeluarkan oleh Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP). Begitu juga dengan Bas Ekspress yang datang dari Miri, Sibu , Bintulu juga menunggu di Pos Sempadan Tebedu sedangkan mereka hanya mempunyai permit untuk menghantar penumpang dan tidak mempunyai permit untuk menunggu dan mengambil penumpang.
- Syarikat Bas juga membina pondok tiket bas express haram di restoram mohamad di Tebedu,sedangkan tempat ini hanya tempat makan .
- Belum cukup lagi Pihak LPKP meluluskan 2 permit bas berhenti-henti City Public Link.
Kecurian Kenderaan oleh Penyamar Pembeli Kereta
Saya telah kehilangan kereta saya jenis Perodua Viva 1.0 ez Auto pada 26hb March yang lepas. Saya telah mengiklankan kereta saya untuk dijual di laman web Carlist.com.my dan seorang yang dikenali sebagai Azhar Bin Hashim telah menghantar sms untuk membeli kenderaan saya.
Azhar Bin Hashim lelaki melayu, berusia lebih kurang 38 tahun, berbadan besar dan berkulit gelap telah berjumpa dengan saya untuk membawa kereta tersebut bagi tujuan pemeriksaan puspakom dan beliau menyamar sebagai pegawai puspakom dengan menunjukkan jaket puspakom dan menyebabkan saya percaya dia pegawai puspakom.
Gearbox CVT Exora Bold Turbo Bermasalah Selepas 2 Minggu
Saya membeli sebuah Proton Exora Bold Premium yang menggunakan enjin turbo dan gearbox CVT pada awal Mac 2012. 2 minggu digunakan, gearbox mula rosak. Apabila gear reverse dimasukan, enjin akan mati. Setelah mencuba banyak kali, barulah saya dapat menggunakan gear reverse. Itupun enjin begegar seolah-olah nak mati. Saya menghubungi pusat servis di Johor Jaya memaklumkan masalah yang dihadapi dan pihak pusat sevis meminta saya untuk menghantar kereta untuk diperiksa.
Kakitangan JPJ Bangi Kurang Ajar
Merujuk kepada tajuk di atas, saya ingin membuat aduan di pihak atasan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkenaan seorang kakitangan JPJ Cawangan Bangi yang bernama Daniel Hakimi.
Semasa berurusan di kaunter JPJ Bangi, pada 15/3/2012 pukul 300 petang beliau telah bersikap kurang ajar terhadap ayah saya yang ketika itu berurusan dalam proses penukaran gran kereta. Sikap yang ditunjukkan tidak melambangkan profesionalisme sebagai seorang kakitangan kerajaan dan langsung tidak menunjukkan intergriti dalam menjalankan tanggungjawab beliau.
Nyaris Rentung Beli Proton Exora
Saya terpanggil untuk membuat aduan tentan keselamatan Proton Exora kepada pengguna selepas berlakunya kemalangan yang melibatkan kematian terhadap Penolong Pegawai Daerah (ADO) Kota Marudu, Hilde Primus Peki @ Hilde Primus Kayau selepas Proton Exora miliknya terbakar di Jalan Ulu Tandek pada 15 April 2011.
Ini disebabkan kerana pada 26 2011 saya mungkin mendapat nasib yang serupa kerana Proton Exora yang saya beli pada hari tersebut mengalami kerosakan pada wayar ‘injector’ yang tidak dipasang dengan kemas. Ini menyebabkan minyak petrol keluar dari wayar yang tercabut, mencurah-curah di dalam ruang enjin. Saya terus mematikan enjin dan memasang semula wayar yang tercabut dan menghantar kepada pusat servis proton pada keesokan harinya untuk pemeriksaan semula semua pendawaian elektrik.






