Kemudahan awam di Telok Panglima Garang

Assalamualaikum,

Kami penduduk di kawasan Telok Panglima Garang (khususnya Taman Dato Hormat Fasa baru dan Jalan Perepat ke Pulau Carey) merasa terpinggir dengan pembangunan yg dinikmati oleh penduduk2 di kawasan lain. Kawasan kami tiada:

1. Lampu jalan yg lengkap (dari pangkal ke hujung jalan Jln Perepat) menyebabkan kawasan kami sering menjadi laluan untuk aktiviti jenayah (curi & pecah rumah).

2. Kemudahan mengangkut sampah – tiada tong sampah pun untuk kami membuang sampah harian menyebabkan orang ramai hanya membuang sampah di tepi2 jalan dan mengakibatkan anjing2 liar berkeliaran dan sampah terapung apabila hujan.

3. Kemudahan talian telefon/streamyx apatah lagi unifi walaupun kawasan Telok Panglima Garang di wartakan sebagai kawasan USP oleh SKMM. Kami seolah2 berada di dalam ‘blindspot’ dan susah mendapat coverage broadband.

4. Kawasan riadhah untuk orang awam seperti taman permainan, kawasan jogging dan sebagainya.

Tempat-tempat awam seperti bahu jalan juga tidak di selenggara dengan baik menyebabkan rumput & lalang naik lebih tinggi dari manusia. Keadaan begini tidak selamat untuk pemandu mahupun kanak2 yang berjalan atau berbasikal ke sekolah.

Dikhabarkan kerajaan negeri mempunyai rizab yang banyak, harap dapat salurkan sedikit kepada kami yg terpinggir ini. Kami tidak merasakan apa2 perubahan pun dari zaman UMNO hinggalah ke zaman PKR. Janganlah berkerja di musim PRU sahaja.

Sekian, salam hormat.

By: Noor Azlina bt Nafiah

Bahagian kecemasan Hospital Sultan Ismail Johor Bahru

Saya menggunakan khidmad kecemasan di Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru pada hari rabu, 27 nov 2013. Saya menghantar ibu saya yang sakit kronik dalam perut akibat kanser pangkal rahim tahap 4.

Pada waktu itu saya sampai di hospital pada pukul 9 malam, tetapi ibu saya mendapat rawatan pada pukul 5 pagi sebagai pesakit luar. Ibu saya berumur 64 tahun.

Setiap kali menggunakan khidmad kecemasan di sana, saya mendapati semakin ramai pesakit tidak kira peringkat umur, kanak kanak seperti nazak pun ada, masih juga dikira pesakit luar. inikan pula seorang warga tua yang berumur 64 tahun.

Doktor yang bertugas pada waktu itu dan sebelumnya cuma 2 orang, seorang lelaki cina dan seorang pembantu wanita melayu yang tidak beradab dan menghormati perasaan pesakit.

Setiap kali ke sana, doktor yang sama. tidak ada doktor lain yang bekerja lebih masa. Cuba anda berada di tempat kami, apakah tindakan anda?

By: Ahmad

Kemudahan tempat solat di stesen LRT

Saya nak buat aduan mengenai surau di stesen LRT. sgt tidak memuaskan.ada setengah stesen yang mempunyai 1 sahaja surau bg kegunaan lelaki dan perempuan.sbg contoh di stesen KJ dan Universiti.bila nak solat, kami terpaksa bergilir2 dan tunggu turn.

bayangkan waktu nak solat maghrib.dah laa masa pendek.tunggu turn pulak.ada plak stngh stesen yang ada 2surau.khas utk lelaki dan prmpuan.bgs mcm tu.tp malang nya tmpat wudhuk xdisediakan..kami terpaksa ke toilet dah menggunakan singki.bayangkan kalau org tu mengndung.bhy utk dia.kalau xnk buat tmpt wuduk pon..contoh stesen adalah Taman melati, Abdullah Hukum. yang lain2 saya xpasti sbb xpernah solat di situ.sediakan 1 paip pon dah oke.sila lah amik perhatian serius bnde ni.setiap kali nk guna pengangkutan awm,bnde ini laa yg merisaukan saya..

Saya pelik kerana Malaysia dikatakan agama rasmi nya ada agama islam. Tetapi perkara2 yg melibatkan agama islam tidak diambil berat. harap amik tindakan segera..dah lama pon LRT ni wujud.

By: Nurliana aqilah

PBS Perlu Penambahbaikan

Pertamanya, saya ucapkan syabas bukan tahniah kerana sistem PBS diwujudkan sbg transformasi sistem pendidikan negara.Setiap sistem ada baik dan buruknya.Setiap pelaksana bukan hanya pembuat dasar saja perlu memahami betul2 sistem yg dibuat termasuk objektifntya. DAPATAN saya sepnjg PBS terlaksana 2 tahun , guru sendiri sbg pelaksana tak tahu objektif dan kesan PBS dimasa akan datang apabila ditanya oleh ibubapa, hal ini berlaku kpd saya sbg penjaga anak…kebanyakan sekolah,Kalau yg faham pun boleh dibilang dgn jari.

Sistem ini secara on-papernya memanglah bagus, tp jika pelaksana/practise yang dibuat tak terlaksana dgn betul, sistem yang baik pun akan jadi tak baik.Rata-rata kebanyakan guru sendiri bercakap dgn student tak minat PBS ni, apalah lagi student yg dgr..tempiasnya pelajar pun jd tak bermotivasi.Guru buat sambil lewa sahaja sistem ini, sedangkan ianya amat membantu student utk belajar dgn lebih kreatif.Jd gurulah perlu kreatif dulu sebelum pelajarnya kreatif dan berinovatif.

Wahai guru,…janganlah mengeluh dgn bebanan tugas yang diterima dan diarahkan.Asal kerja lebih sahaja…rasa terbeban,,belajarlh terima kenyataan.Seolah2 tugas guru sahaja yg mencabar,,sedangkan kakitangan awam yg lain pn masih banyak kerja melayan kerenah pelanggan setiap hari.Dahlah pelbagai insentif utk guru yg tak sama dgn kakitgn awam yg lain.Cuti pun lebih byk dr pnjawat awam yg lain.Itupn tak bersyukur ke…cikgu, keran cikgu dahulu tak sama dgn cikgu sekrg.Pengumuman insentif dr KPM sentiasa dinanti tp kerja baru banyak soalnya.

Kesan PBS ni pada anak saya sendiri apabila pindah sekolah mmg telah saya alami, kerana sekolh lama tak handle PBS dgn baik utk student…akhirnya student jd mangsa keadaan.Perkara ini byk berlaku disekolh2. kerana bila ibubapa buat aduan ke sekolah…anak lg jd mangsa keadaan,markah anak tak akan dinilai dgn baik…tak tahulah apa yg cikgu mahu.Akhirnya, pelajar yg dulunya dpt 4 tau 5 A pun hanya layak dpt bank 2/3/4 shaja. kerana pelbagai sebb yg tak munasabah.

Perkara ini perlulah dikaji baik2 atau buat kajian semula kerana kesan pd pelajar itulah yg lebih penting…buatlah diskusi dgn ibubapa juga selain guru dan pelajar.Perkara yg baik hanya perlu penambahbaikan sahaja.supaya jgn ade pelajar jd mangsa……tunggu PMRPBS akan dtg….kesannya.

By: Anieelah

Aduan Perkhidmatan Bas Transnasional

Adakah wajar & bertanggungjawab terpaksa melalui 18 jam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu dengan bas Transnasional?

Kami ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan bus Transnasional yang amat tidak bertanggungjwab. Kami juga sedar dengan dengan banyaknya aduan-aduan dari para penumpang lain yang juga teraniaya dengan pihak Transnasional di akhbar-akhbar & internet.

Saudara kami sepatutnya menaiki bas Transnasional dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu yang dijadualkan pada pukul 10malam, 2hb Mac 2013, dan sepatutnya tiba di Kuala Terengganu pada jam 6pagi, 3hb Mac, 2013. Tiket perjalanan telah dibeli seawal 27hb Februari 2013. Setibanya kami di Terminal Larkin pada pukul 9.30malam, kami ke kaunter untuk mendapatkan no. plat bas yang akan dinaiki tetapi hanya diarahkan menunggu sahaja diplatfrom. Kebiasaannya syarikat bas akan memberitahu no. plat bas tanpa sebarang masalah.

Setelah satu jam menunggu, kami sekali lagi ke kaunter pada jam 10.30malam, kami diberitahu bas sekarang di Labis, Johor dan akan tiba lewat pada jam 11malam ke 11malam lebih.

Walaubagaimanapun, bas hanya tiba pada pukul 12.15pagi (3hb Mac, 2013), bas Transnasional (bertanda Kuala Terengganu). Bas ini baharu sahaja sampai dari Kuala Terengganu dan diarahkan untuk pula untuk memandu semula ke Kuala Terengganu dengan pemandu bas bas yang sama. Kami yang berada diplatform dapat melihat dari jauh pemandu dipujuk untuk memandu semula. Ini bererti pemandu dan bas ini tidak dapat berehat secukupnya sebelum memulakan semula perjalanan, kami dapat melihat dengan jelas keadaan salah seorang pemandu yang masih keletihan dan mata yang bengkak.

Bas bergerak & memulakan perjalanan pada jam 12.45pagi. Walaupun bas lewat 2 jam 45 minit dari jadual asal, penyeksaan yang ditanggung penumpang-penumpang bas ini masih belum berakhir.

Pada lebih kurang jam 7pagi, bas ini sampai ke Kuantan, Pahang dan penumpang-penumpang diarahkan menunggu bas Transnasional lain untuk menghantar mereka ke Kuala Terengganu. Saudara kami & penumpang lain dibiarkan menunggu hingga ke petang sebelum bas lain tiba untuk menghantar mereka ke Kuala Terengganu. Betapa terseksa dan teraniayanya saudara kami dan penumpang lain terpaksa melalui perjalanan ini.

Saudara kami dan penumpang lain akhirnya tiba di Kuala Terengganu pada jam 6.40petang (3hb Mac 2013). Perjalanan yang sepatutnya hanya mengambil masa 8 jam, terpaksa dilalui dengan 18jam, dengan waktu menunggu yang amat tidak munasabah.

Saudara kami juga berisiko dibuang kerja atas ketidakprihatinan & perkhidmataan tidak bertanggungjawab bas Transnasional ini kerana dia tidak dapat sampai ketempat kerja pada 3hb Mac 2013.

Sekiranya pihak bas Transnasional tidak mampu untuk menyediakan bas ke Kuala Terengganu, pulangkan sahaja tambang penumpang-penumpang. Janganlah kerana tamakkan duit sanggup menggadai nyawa penumpang-penumpang dan pemandu bas dengan perkhidmatan seperti ini. Masa saudara kami dan penumpang-penumpang terbuang begitu sahaja, malah terpaksa menggadai nyawa dengan keadaan bas & pemandu yang tidak cukup rehat.

Kami memohon kepada pihak-pihak bertanggungjawab supaya menyelidik mengenai aduan kami ini dan mengambil tindakan sewajarnya. Kami sentiasa menyokong usaha & perniagaan warga tempatan tetapi sekiranya sokongan kami dibalas dengan racun, bagaimana kami dapat terus menyokong?

By: azid

Penumpang Teksi LCCT Yang Teraniaya

Assalamualaikom dan Salam 1 Malaysia.

Pada 29 November 2012 yang lalu saya dan keluarga kembali dari Kota Kinabalu dan sampai le terminal LCCT pada Jam 11.30 malam. Saya mendapatkan teksi dengan menggunakan sistem teksi bertiket dengan membayar RM52.50 untuk perjalanan dari LCCT ke Taman Langat Murni, Jalan Banting yang jaraknya 15 minit dari LCCT. Sewaktu saya hendak menunggu teksi, saya telah di pelawa oleh seorang pengusaha teksi LIMO untuk menaiki teksinya. Tetapi apabila melihat saya sudah memegang tiket teksi merah putih beliau berkata tak apalah. Tapi beliau menunjukkan pada saya penumpang yang sedang menunggu teksi yang begitu ramai yang saya jangkakan mungkin melibatkan lebih daripada 15 buah teksi. Sedangkan ketika itu teksi yang sedia ada hanya 2 ke 3 buah sahaja. Saya dan isteri menjangkakan mungkin saya akan menunggu giliran teksi lebih kurang 1 jam ke 1 jam 30 minit masa lamanya. Pengusaha teksi LIMO menasihati saya agar saya menukarkan semula tiket teksi di kaunter dan beliau akan menghantar saya ke rumah dengar kadar RM50 sahaja. Saya pada mulanya rasa bimbang kerana mungkin kereta sapu tetapi bila beliau mengatakan teksi limo saya pun bersetuju. Saya kembali ke Kaunter tiket untuk memulangkan tiket dengan alasan saya ada orang menjemput saya. Walaupun peringkat awal kaunter tersebut tidak mahu menerima penukaran tetapi saya tetap bertegas untuk mendapatkan kembali wang saya akhirnya wang saya dikembalikan.

Apabila saya keluar meninggalkan terminal, saya melihat berpuluh teksi merah putih berada diluar kawasan terminal beratur dan tidak bergerak masuk ke ruang keluar terminal. Saya pun hairan sedangkan di hadapan terminal berpuluh-puluh pengguna teksi yang telah membayar tambang teksi beratur menunggu teksi manakala teksi yang sepatutnya memberikan perkhidmatan kepada penumpang berada diluar dan tidak beratur mengambil penumpang. saya pun bertanya kepada pemandu LIMO saya kenapa suasana ini berlaku. Pemandu LiMO menjelaskan beginilah situasinya. Mereka menunggu waktu tengah malam antara pukul 12.30 hingga 1.00pagi , baharulah mereka masuk mengambil penumpang yang beratur untuk mendapatkan bayaran 25% tambahan harga tambang.

Persoalan saya pertama, dimanakah peri kemanusiaan pemandu teksi kepada penumpang yang seedang menunggu terutamanya kepada anak-anak kecil yang berdiri menunggu teksi sampai ?

Persoalan ke dua, dimanakah perlaksanaan penguatkuasaan JPJ dan Kepenggunaan dan terhadap perkhidmatan teksi agar ianya berjalan lancar dan tidak menyusahkan pengguna?

Persoalan ke tiga, halalkan rezeki yang Allah berikan kepada Pengusaha teksi Muslim terhadap penganiyaan terhadap penumpang kerana setiap penumpang pastinya akan memberikan sumpahan yang tidak terhingga di dalam hati terhadap pengusaha teksi?

Persoalan ke Empat : Sia-sialah usaha kerajaan (BN) memberikan SKIM Tayar 1 Malaysia, sedangkan mereke mengaut keuntungan dengan memerah keringat pengguna?

persoalan ke lima , bagaimana imej negara terhadap negara kita apabila warga negara asing yang menggunakan perkhidmatan ini.

Saya percaya perkara ini berlaku pada setiap malam dan tidak berlaku ketika penguatkusaan dibuat. Mungkin penguatkuasaan perlu dibuat dengan membuat penyamaran sebagai penumpang pada waktu malam bagi mengekang perkara. Saya juga difahamkan harga tiket tersebut pastinya akan bertambah apabila lewat malam melalui pertukaran tiket atau perbincangan dengan penumpang. Penumpang yang telah terdesak terpaksa akur dengan pemandu kerana sudah keletihan dan ingin cepat sampai ke lokasi. Saya percaya pada siang hari perkara ini tidak berlaku , tetapi ianya berlaku pada waktu malam. Saya juga mempersoalkan tentang kaunter teksi yang menjual tiket perlulah memastikan teksi tersedia dahulu dimana pada tiket berkenaan dicatatkan nombor teksi dan apabila pengguna sampai di hadapan ruang menunggu teksi, sudah ada teksi menunggu. Pemandu teksi hendaklah melapurkan teksi dahulu apabila sampai dan berlepas seperti mana berlaku di setesen teksi bandar-bandar kecil.

terima kasih. Semoga perkhidmatan teksi kita bertambah baik dan tidak menjadi umpatan dan sesuatu kenangan memeritkan bagi pengguna LCCT. Sebarang usaha kerajaan untuk memartabatkan pemandu teksi dan membantu pemandu teksi tidak dipersiakan kerana perangai segelintir pemandu teksi yang suka menganiaya penumpang.

By: ABD RAHMAN

Kadar Surcaj Bayaran Tempat Letak Kereta PBT Perlu Dikaji Semula

Sebagai rakyat yang mempunyai hak untuk bersuara, diharapkan pihak kerajaan mengkaji semula kadar surcaj bayaran tempat letak kereta yang dikenakan oleh sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang terlalu membebankan rakyat seolah-olah menjadikan ia sebagai jalan untuk mengaut keuntungan mudah PBT terbabit.

Surcaj yang dikenakan, memang keterlaluan dan berkali-kali ganda lebih mahal daripada kadar asal walaupun lewat bayar hanya seminggu. Sebagai contoh, kadar bayaran tempat letak kereta sejam yang dikenakan oleh Majlis Daerah Besut, Terengganu iaitu RM 0.30 sejam. Jika ia lewat dibayar lebih daripada seminggu kadar tersebut akan menjadi RM2.00 sejam dan jika lewat dibayar lagi kadar surcaj akan meningkat kepada RM2.30 sejam seterusnya RM 10.30 sejam.

Apakah tidak ada langsung belas kasihan kepada rakyat kerdil di mana kadar yang dikenakan oleh sesetengah PBT ini terang-terangan mengambil untung secara mudah yang terlalu memeras keringat rakyat sedangkan tempat untuk membayar resit tempat letak kereta hanya disediakan di tempat-tempat terpencil/tersembunyi di tengah-tengah bandar dan masa operasi setiap hari yang tidak langsung mesra pengguna untuk membuat bayaran.

Oleh yang demikian, diharapkan pihak kerajaan meniliti semula kadar surcaj ini agar ianya lebih berbentuk mendidik, bukan bersifat menindas seperti yang diamalkan oleh sesetengah PBT sekarang ini.

Atas dasar prihatin kerajaan dan dengan slogan rakyat didahulukan sekarang ini, sepatutnya unsur-unsur penindasan yang berselindung di sebalik denda lewat bayar perlu dielakkan. Mohon campurtangan kerajaan pusat agar kadar surcaj bayaran tempat letak kereta yang dikenakan oleh PBT ini dikaji semula.

Pada kesempatan ini juga, ucapan setinggi tahniah kepada PBT yang mengambil pendekatan lebih berhemah malah ada yang bijak mengurus kewangan PBT di mana di antaranya yang langsung tidak mengenakan sebarang bayaran tempat letak kereta sebagai hasil pendapatan PBT berkaitan.

By: Aiza Suhana

Harga Makanan dan Kemudahan Surau di Medan Selera Kuala Kangsar

Saya ingin berkongsi pengalaman berhubung harga makan dan kemudahan surau di Medan Selera Kuala Kangsar. Pada saya harga makanan yang dikenakan agak mahal (tak pasti sebab mungkin harga yang dikenakan sebab saya orang luar) namun ia bukan alasan pihak peniaga meletakkan harga sesuka hati. Saya hanya mengambil sepinggan nasi, seketul ayam dan sayur, dengan air sirap dan harga yang dikenakan adalah RM8.90!

Tentang kemudahan surau, saya melawat kawasan berkenaan sewaktu cuti Hari raya aidil adha yang lalu. saya tidak pasti wujudnya surau di kawasan berkenaan (tiada papan tanda jelas) dan kemudahan untuk solat disediakan di hadapan tandas lelaki bersebelahan medan selera. Bukan sahaja ia tidak selesa, malah bunyi bising dari pusat jualan berhampiran amatlah mengganggu.

Pohon pihak berwajib dapat memantau perkara berkenaan demi keselesaan pengunjung, terutama pengunjung tempatan itu sendiri.

By: Ahmad Daud

Masalah Lembu Berkeliaran, Ramai Yang Dah Jadi Korban

Sekiranya kita sedang memandu dari arah Seremban menghala ke Kota Peranginan Port Dickson melalui jalan lama kita semestinya akan dapat melihat banyak lembu-lembu berkeliaran dibahu jalan maupun ditengah jalan. Dan sekiranya kita tidak berhati-hati, kita mungkin akan terlibat dengan kemalangan yang disebabkan oleh lembu-lembu yang berkeliaran ini.

Untuk pengetahuan semua , telah ramai pengguna jalanraya yang menghadapinya dan telah banyak nyawa serta harta benda musnah disebabkan kemalangan membabitkan lembu didaerah ini. ( Sila rujuk kepada Jabatan Trafik PD ). Itu belum dikirakan banyak mana kesukaran penduduk sekitar , tanaman rosak, jalan raya kotor dan sebagainya.

PERSOALANNYA :

  1. Dimanakah diletakkan undang-undang yang sepatutnya dikuatkuasakan oleh PBT ( Majlis Perbandaran Port Dickson ) ?
  2. Apakah tidak ada akta untuk penternak lembu di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong ini ?
  3. Apakah pihak MPPD hanya menunggu laporan dari penduduk yang membayar cukai  ( Cukai yang dikenakan kepada penduduk di daerah ini memang agak tinggi ) tanpa adanya inisiatif untuk menjalan sendiri amanah yang dipikul?
  4. Adakah terlalu sukar untuk mengenal pasti penternak-penternak lembu di daerah ini dan mengadakan satu garis panduan untuk menjalankan kegiatan ini ?
  5. Apakah adanya unsur tidak amanah ataupun rasuah dalam kes ini ?

Diharapkan pihak pihak berkuasa seperti Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan , SPRM, NGO, atau mana mana pihak berkuasa dapat memberikan perhatian terhadap aduan saya ini kerana masalah ini telah terlalu lama kami tanggumg. Terima kasih.

HAPUSKAN AMALAN RASUAH.

By: Razali Bin Adam

Taman Tasik Datuk Keramat: Pencerobohan mat motor ke kawasan taman

Sebenarnya ini adalah aduan saya yg ke-3 (2 kepada DBKL menerusi web site DBKL aduan online dan kali pertama ke Aduan Rakyat.

Saya, isteri dan anak saya boleh dikatakan datang ke Taman ini hampir setiap hari selepas solat maghrib untuk berjalan kaki/jogging selama 30 minit. Disamping saya dan keluarga, ramai juga keluarga lain dan org ramai datang ke sini untuk bersenam–jogging, berjalan kaki, menggunakan gym, anak2 bermain di taman kanak2 dan remaja bermain footsal.

Apa yg malangnya, Taman yg baru saja di rasmikan menteri sendiri semakin terbiar dan semakin diceroboh oleh penunggang2 motorsikal. Ada beberapa kali penunggang2 motorsikal ini hampir2 melanggar kanak2 yg bermain2 di Taman ini. walaupun ada penggawal yg bertugas, nampaknya dia hanya membiarkan sahaja perkara ini terus2 berlaku dan berleluasa.

Selain itu, taman ini juga sudah menampakkan kesan2 kerosakan yg langsung tidak menampakkan penyelenggaraan. Cuma yg jelas ialan sampah2 dikutip dan rumput dipotong. takungan air dikawasan taman menggundang nyamuk untuk membiak. penutup mainhole mengundang pengunjung taman terperosok jatuk ke dalamnya. Taman2 permainan kanak2, gym, dan sesetengah taman yg gelap mengundang kejaduan dan incident buruk berlaku.

Semua yg saya nyatakan di atas, telahpun juga saya huraikan dalam 2 aduan saya kepada DBKL menerusi aduan rakyat online agency ini. Namun, ini sudah hampir 2 minggu berlalu, nmun tidak nampak sedikitpun tindakan diambil. Amat menyedihkan kepada pengguna Taman ini yg datang untuk beriadah dan bersenam.

Saya harap, Aduan Rakyat TV3 dapat  mmbuat liputan sebenar samada aduan ini ada kebenarannaya. rasanya hanya selepas Aduan Rakyat TV3 saja agency2 ini akan mula bertindak. Seperti kebiasaannya, alasan mereka menjadi gelak masyarakat kerana alasan2 yg akan diberikan, kalau mereka2 ini di soal, sudah dapat dijangka.

Sekian.

Raffi

By: Raffi Ahmad

Servis Tidak Memuaskan Bas Shamisha

Sebagai pengguna,kami diberikan hak untuk bersuara jika ada yang tidak memuaskan hati kami. Sebagai seorang pengguna dan seorang pelajar yang belajar di ibu kota, kami selalunya menggunakan perkhidmatan awam seperti bas untuk pulang ke kampung. Selalunya kami menggunakan perkhidmatan bas Shamisha. Sepanjang pengalaman kami menaiki bas Shamisha tersebut, pelbagai masalah yang tidak memuaskan hati kami. Antaranya :

  • Bas tidak menepati masa yang ditetapkan
  • Pengurusan penumpang yang lambat
  • Melalui perjalanan yang tidak ditetapkan (di mana bas tersebut lebih suka melalui jalan yang lebih jauh walhal tidak ada pun penumpang mahu turun ke destinasi tersebut)
  • Menurunkan penumpang bukan di destinasi yang betul
  • Driver yang kurang ajar adakala memaki hamun penumpang

Dengan aduan yang telah kami berikan,diharapkan pihak anda mengambil tindakan yang betul agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

By: shue

Jambatan Labuan – Menumbok: Realiti dan Fantasi

Pertama sekali tulisan ini diajukan sama sekali tidak mempunyai unsur politik tetapi melihat kepada keperluan dan permasalahan semasa masyarakat di W.P Labuan. Ianya juga tidak ada kena mengena dengan kehadiran PRU 13 yang dijangka akan dilaksanakan sedikit masa lagi. Permasalahan ini telah wujud sejak sekian lamanya, seingat saya sejak saya kecil lagi dan kini sudah berumur 35 tahun.

Rasanya saya tidak perlu memperkenalkan dimana lokasi dan sejarah W.P Labuan itu sendiri, pastinya pihak TV3 mempunyai capaian akses maklumat yang lebih baik daripada saya. Namun apa yang ingin saya usulkan disini adalah masalah PERKHIDMATAN FERI RORO yang menghubungkan diantara W.P LABUAN dan tanah besar SABAH melalui sebuah pekan kecil yang dinamakan MENUMBOK. Sejak sekian lamanya, selain pengangkutan udara (yang kosnya semakin mahal antara RM200 hingga RM 300 seorang sehala) para penduduk di sini lebih mudah menggunakan perkhidmatan ;

  1. bot laju aka “the flying coffin” dengan tambang RM 15.00 seorang sehala (45 minit perjalanan)
  2. ekspress Labuan – Kota Kinabalu dengan harga tambang RM 35.00 seorang (3 jam perjalanan)
  3. perkhidmatan feri roro dengan harga tambang RM 5.00 seorang (2 jam 30 minit perjalanan)

PERMASALAHAN

Sejak akhir-akhir ini, masalah pengangkutan khusunya yang melibatkan perkhidmatan feri roro semakin hari semakin “tenat”. Meskipun pelbagai gesaan masyarakat setempat yang mahukan perkhidmatan ini ditambah baik sehingga kini tidak mendapat perhatian sewajarnya. Apatah lagi idea untuk membina JAMBATAN untuk menghubungkan W.P LABUAN dengan MEMPAKUL/MEMUMBOK telah diilhamkan oleh pemimpin terdahulu masih dipandang remeh. Masyarakat disini yang berbilang kaum, agama, budaya malah jalinan keluarga yang pelbagai mendampakan jaringan hubungan pengangkutan yang lebih efisien bagi memudahkan pelbagai urusan dilaksanakan dari segi ekonnomi, sosial, keluarga dan pendidikan. Antara masalah perkhidmatan feri roro kini ialah ;

  1. Kemudahan feri WAWASAN PERDANA yang sering rosak membebankan pengguna apatah lagi semasa perkhidmatannya diperlukan (cuti perayaan, cuti sekolah, cuti umum). Terkini pengguna terkandas di lautan selama lebih kurang 5 jam akibat kerosakkan enjin.
  2. Kemudahan didalam feri yang kurang memuaskan dan tidak mesra pengguna. Cth : tandas yang rosak, tidak bersih dan kemudahan kerusi penumpang yang agak uzur.
  3. Jumlah penumpang yang tidak menepati had maksimum bilangan penumpang yang ditetapkan oleh Jabatan Laut (terutama semasa cuti) yang mungkin akan menyebabkan kehilangan nyawa apabila berlaku musibah dilaut.
  4. Ketiadaan alternatif lain bagi masyarakat disini untuk mengunjungi tanah besar Sabah dengan memandu sendiri.
  5. Jadual perkhidmatan feri yang tidak fleksibel.
  6. Pertambahan feri baharu KIMANIS 1 yang beroperasi pada pertenggahan Ogos 2012 tidak memberikan impak yang ketara dalam membantu menyelesaikan masalah ini.

LANGKAH PENYELESAIAN

Sejak beberapa tahun dulu, wakil rakyat disini telah mengusulkan untuk membina jambatan yang boleh menghubungkan antara W.P LABUAN dengan SABAH melalui MEMPAKUL/MENUMBOK. Malah satu kajian bagi mengenalpasti relevannya cadangan tersebut telah dilaksanakan yang diketuai oleh Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kertas laporan yang lengkap telah dihantar kepada pihak kementerian yang pastinya mengungksikan pelbagai maklumat, data dan cadangan pro serta kontranya pelaksanaan projek terbabit. Desas desus mengatakan bahawa projek ini boleh dilaksanakan dan membawa impak yang positif terhadap perkembangam ekonomi di W.P LABUAN. Pada pendapat saya, antara kesan positif yang boleh diterima secara terus melalui pelaksanaan projek ini ialah ;

  1. Harga bahan mentah di W.P LABUAN akan lebih murah@sama seperti di SABAH.
  2. Mobiliti masyarakat akan lebih anjal.
  3. Pelaburan baharu akan bertapak di W.P LABUAN.

Sehubungan itu, saya memohon jasa baik pihak TV3 untuk turun padang dan meninjau semula perkembangan semasa perkhidmatan feri roro ini dan melihat semula kewajaran pembinaan jambatan antara W.P LABUAN dan SABAH. Ini mungkin hanya cerakian permasalahan yang wujud yang hanya mampu diungkapkan melalui tulisan yang biasa ini, namun pastinya perkara ini akan dapat dikupas dengan lebih teliti dengan kehadiran pihak TV3 ke “PULAU MUTIARA LAUT CHINA SELATAN” ini.

By: SARADLI BIN HJ. ARSAT

Laman Komuniti Tasik 52 Bandar Seri Alam terlampau kotor

Saya salah seorang penduduk di Bandar Seri Alam, Masai Johor amat terkilan dengan pihak Majlis Bandaran serta ahli majlis yang terpilih. Laman komuniti tasek 52 adalah untuk kawasan riadah dan tempat kami berjogging diwaktu pagi dan petang. Malangnya hampir sebulan lampu dipadang tersebut tidak menyala walaupun banyak kali aduan telah dilapurkan termasuk YB Tan Cher Puk. Hasilnya terdapat sebuah motosikal curi yang dibuang disitu. Terdapt bekas coli dan seluar dalam wanita bersepah di atas tempat duduk dan diatas joggig track. Peliknya, aduan terpaksa dihantar ke Ahli Parlimen Pasir Gudang jugak merangkap menteri, barulah lampu padang menyala semula selepas kejadian gelap selama sebulan mengundang kegiatan kecurian ditempat kami.

Aduan kebalai polis mengenai motor tersebut masih belum selesai. Tidakkah polis terfikir kemungkinan motor itu digunakan untuk kes jenayah. Inilah hebatnya polis diseri Alam, walau pun dah dilapurkan, masih menelefon pelapor dimanakah motor tersebut. walaupun sudah diberitahu masih gagal mencari motor tersebut walaupun laman tasek 52 itu kalau buat pusingan larian tidak sampai 5 minit oleh uncle tua yang jogging setiap hari itu. Rasanya perlu mengadu ke Ketua Polis Johor Dato Mokhtar barulah motor tersebut diangkat yang terbaring ditempat laluan jogging.

Sekarang hampir 6 bulan laman komuniti ini tiada maintanance kebersihan. Untuk pengetahuan, Kami pembeli rumah ini perlu membayar wang tambahan hampir 20 ribu ringgit untuk mendapat rumah mengadap laman ini. Malangnya keadaan bertambah teruk setelah banyak kali aduan dikemukakan. Apa yang kami minta, disediakan tong-tong sampah dipadang itu, kerana ramai yang datang kelaman tasek 52 ini bukan sahaja kami penduduk tasek ini yang membayar cukai tetapi dari penduduk taman lain terutama dari rumah murah dan penduduk rumah pangsa yang berdekatan. Bukan tong sampai yang disediakan selepas banyak kali aduan dibuat tetapi kelihatan kontractor menanam beberapa lagi batang-batang pokok berselang seli dengan pokok pokok yang sedia ada yang jugak telah kami komplain kerana pokok pokok yang sedia ada telah besar dan menutup lampu-lampu serta lampu jalan. Sampah bertaburan disana sini serta lalang dan rumput yang tinggi. Kalau diletakkan seekor harimau pun memang tak nampak.

Jika tuan tuan nak tahu Bandar Seri Alam Masai Johor senang sahajae…Bandar yang Kotor, bandar gagak dan gelap tanpa cahaya lampu.

By: Agustina A. Nordin