Makanan di Cafe Menara Tabung Haji mahal

Salam 1 Malaysia,

Pada 21 November 2013, Saya telah membeli sarapan di Cafe Menara Tabung Haji.

Saya mengambil semangkuk lontong ditambah Separuh telur rebus. Apabila ingin membayar, alangkah terkejut nya saya kerana saya telah dikenakan bayaran yang agak mahal iaitu Rm6.Bagi saya, jumlah tersebut agak tinggi untuk kos sarapan pagi. Apabila diteliti resit, semangkuk lontong dikira RM5 dan separuh telur rebus dicaj 60 sen dan juga harga service charge sebanyak 34 sen.

Bangunan tabung haji selalunya dikunjungi oleh warga-warga tua yang selalunya ingin membuat urusan haji.Sekiranya mereka mengunjungi cafe ini, pasti akan menyusahkan warga tua yang pastinya bukan semua datang dari keluarga yang mewah.

Saya berharap, pihak tertentu dapat bertindak untuk memantau kenaikan harga makanan yang agak melampau kebelakangan ini.

By: Suhana

Masalah Gerai Haram di Bandar Indera Mahkota

Saya wakil daripada IM2/3, Taman Kota Ria, Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang ingin membuat aduan tentang kewujudan gerai-gerai haram di kawasan ini. Saya telah membuat aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan sejak tahun 2010, namun tiada sebarang tindakan yang diambil.

Antara kesulitan yang dihadapi ialah:

  1. Peniaga-peniaga haram membasuh ayam, membuang air kotor dan sisa-sisa makanan ke atas jalan yang berhadapan dengan kedai pejabat.
  2. Peniaga haram menjadikan kawasan letak kereta sebagai gerai kekal mereka sehingga menyusahkan orang yg menyewa di kedai pejabat tersebut. -Mereka berniaga dari pukul 3 petang hingga 4 pagi.
  3. Longkang tersumbat sehingga berbau busuk dan pembiakan tikus, nyamuk, lalat, langau semakin menjadi-jadi.
  4. Penyambungan wayar elektrik dari kedai berhadapan gerai haram dibuat tidak mengikut piawaian yg ditetapkan oleh TNB.
  5. Sampah-sampah busuk mereka hanya letakkan di bawah pokok berhampiran kedai pejabat.

Saya berharap pihak tuan dapat membantu menyelesaikan masalah yg ditanggung oleh kami selama bertahun ini. terima kasih.

By: abu

Harga makanan yang mahal dan layanan pekerja yang teruk

Pada 22/8 bersamaan hari raya ke 4 saya ke kedai makan Nasi Kampung Catering, Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot untuk menjamu selera.Seperti mana maklum pada hari raya sudah pasti sukar untuk mencari kedai kerana ramai peniaga bercuti pada hari raya. Ketika kejadian saya makan seorang diri. Masa tiba di kedai makan terbabit tidak banyak lauk yang tinggal malahan nasi pun sudah tiada. Dalam sekitar 10 minit menunggu nasi telah tiba. Kualiti nasi yang lembik tidak diendahkan kerana lapar. Saya hanya mengambil nasi kosong tanpa kuah, sambal belacan sesudu dan ikan bakar yang saiznya biasa sahaja. Harga tidak dipamerkan dan segelas air teo o ais.

Ketika sedang menjamu selera datang seorang pekerja untuk memberi bil yang ditulis dikertas kosong. Saya tidak endahkan lagi tetapi ketika sedang makan saya tergerak hati untuk melihat bil tersebut. Alangkah terkejutnya dengan harga yang cekik darah tersebut. Saiz ikan tersebut biasa sahaja malah boleh dikatakan standart saiz ikan goreng biasa. Harga dikenakan rm15.50 untuk ikan sahaja. Nasi rm1.50 dan air rm1.20 total rm18.20.

Apabila bertanya pada pekerja dengan berlagaknya cakap itu harga timbang. Pekerja disini tidak mesra alam dan ketika tengah bercakap dengan pekerja disini pun dia berlalu pergi dengan pantasnya tanpa endahkan pertanyaan pelanggan. Saya antara regular customer kedai makan ini apabila pulang ke kampung. Kebiasaanya ikan bakarnya dalam harga rm10-12 sahaja itupun boleh dikatakan berpuas hati dengan saiznya. Saya jenis tidak berkira untuk menjamu selera tetapi harga tersebut tersangatlah tidak logik akal. Disebabkan tidak berpuas hati selera makan saya hilang dan ke kaunter untuk membuat bayaran. Apabila diminta bil secara specific pekerjanya hanya memberi bil biasa tanpa tercatit nama kedai dan harga secara terperinci.

Untuk makluman pada waktu ini pemilik kedai tiada dan pekerjanya yang sangat tidak mesra alam itu menguasai segalanya. Harga tidak dipamerkan dan harga bergantung kepada pekerja sahaja. Harga hanya mengikut suka hati pekerjanya sahaja. Ini kerana sebelum ini saya dan beberapa kawan pernah terkena. Apabila minta dikira keseluruhan  makan 3-4 org harga pada bil sangat berbeza dan pada masa yang sama apabila minta dikira asing iaitu seorang2 mengikut makanan masing2 apabila ditotal pasti tidak sama dengan jumlah keseluruhan tadi. Apabila ditanya pekerjanya hanya buat bodoh dan berlalu pergi.

Saya ada mengambil beberapa keping gambar dan bil yang tidak complete kedai tersebut. Tarikh pada bil tersebut juga tidak betul.

Saya seorang penggemar ikan bakar/seafood. Sekiranya pembaca yang tinggal atau pernah datang ke selangor/kl pasti tahu kedai makan ikan bakar yang famous iaitu istana bukit dan fendi ikan bakar kelana jaya. Kedai makan ini sangat famous dan harga sangat berpatutan. Kebiasaanya jika makan dengan harga rm20 kami boleh makan ikan yang tersangatlah besar. Jika tidak percaya bolehlah berkunjung ke sana dan ianya terletak di BANDARAYA BESAR

Itu jika disekitar kl/selangor. Kedai selera kampung ni terletak di padang nenas kuala terengganu. Jika diikutkan kawasan sekitarnya ianya hanya jalan laluan utama hendak ke Kelantan bukannya terletak di tengah bandaraya. Kedudukan kedainya yang berhampiran laut juga tidak logik dengan harga yang dikenakan. Dan ikannya dibakar awal pagi dlm pukul 10-11am kerana ini terbukti ikan itu sendiri dalam keadaan sejuk.

Pada 24/8 saya ke sebuah restoran seafood yang terletak di bandaraya kuala terengganu. Keadaan restoran ini yang boleh dikatakan special dengan pemandangan indah masjid kristal dan ditepi sungai dan ianya sebuah restoran yang unik(sila google restoran ni dan ianya boleh dikatakan restoran yang STANDART.D muara live seafood (namapun dah GAH ) nama restoran tersebut. Saya memesan nasi putih,sambal belacan,tomyam campur,dan seekor sotong bakar.Sangat terkejut harga hanya sekitar rm17.Ianya MURAH dan BERPATUTAN dan sangat SEDAP. Saya ada sertakan bil restoran special ini pada sebelah kiri dan bil restoran Nasi kampung tersebut sebelah kanan.Perbezaan harga ketara dan kauliti yang berbeza.Didalam bil Dmuara seafood tersebut ada nyatakan Sotong kecil tpi saiznya hanya lebih kurang ikan yang saya makan di restoran nasi kampung tersebut.

Tagline restoran nasi kampung tersebut adalah “mak kita marah jual mahal ” ianya sangat kelakar Ok (ada sertakan gambar ) Berhati-hati ketika memilih kedai makan nasi campur.Kadang2 kedai biasa mengalahkan RESTORAN.

Beberapa keping gambar disertakan.sila tgk saiz ikan..Merujuk pada tulang ikan pun terbukti ikan tu hanya bersaiz biasa atau katogeri kecik.

By: En Kay

Restoran di RNR Ayer Keroh tipu dan cekik darah

Saya sekeluarga telah singgah utk makan dan solat di kawasan rehat RNR Ayer Keroh arah utara pada hari khamis 23-08-12. Apa yang saya ingin adukan adalah mengenai sebuah salah sebuah gerai yang bagi saya telah menipu pelanggan dan mengenakan harga yang luarbiasa.

Gerai berkenaan adalah gerai hot plate asam pedas melaka. Apa yang inginsaya nyatakan disini adalah harga untuk seketul ayam goreng biasa adalah rm4. Bagi saya ini memengtak masuk akal bagi sebuah gerai biasa, bayangkan hanya dengan menjual 2 ketul ayam saja pemilik sudah mendapat modal untuk seekor ayam.

Kes kedua utk gerai yang sama adalah saya rasa tertipu bila saya telah memesan nasi set asam pedas. Harga yang di pamerkan adalah RM6, tapi bila saya ingin membuat pembayaran harganya sudah menjadi rm7. Bila saya bertanya kepada pekerjanya mereka katakan ini adalah arahan majikan. Namun saya tetap membayarnya kerana ingin memenuhi selera anak2 dan x mahu kecoh2 di depan orang ramai.

By: mohd fadzli fisal

Kedai mamak harga melampau di Bukit Jelutong

Salam sejahtera,

Baru-baru ni saya telah berkunjung ke rumah kawan di area Bukit Jelutong, Shah Alam. Saya mengambil kesempatan untuk menikmati makan malam di restoran mamak berdekatan sambil berborak-borak. Saya telah memesan sup campur, roti potong dan juga teh-o ais. Setelah selesai makan, saya ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Semasa di kaunter saya dapati ada pelanggan yang tidak berpuas hati meninggalkan kaunter dengan mimik muka yang marah dan masam. Saya tertanya-tanya mengapa pelanggan tersebut berkelakuan sedemikian mungkin sebab harga, servis dan sebagainya.

Taukeh kedai mengira harga makanan yang saya pesan. Saya begitu terkejut dengan harga yang dikenakan. Harga untuk sup campur sahaja RM9.00. Roti potong 3 keping RM1.00 dan teh ais RM1.80. Harga yang sangat melampau bagi sebuah restoran yang kurang bersih dan perkhidmatan pelanggan yang kurang baik. Saya rasa marah dan sedikit tertipu dengan harga tersebut patutla ramai pelanggan yang merungut tidak puas hati.

Saya berharap pihak yang berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya agar peniaga tidak menaikkan harga makanan terlalu tinggi.

By: mohd fazlizan

Harga nasi sepinggan yang tidak munasabah di Kuala Terengganu

Assalamualaikum,

Saya pernah makan di sebuah restoran di Kuala Terengganu. Restoran tersebut teletak bertentangan dengan Perodua Hiliran.

Nasi Campur

Apa yang mengejutkan saya ialah harga nasi sepinggan dengan lauk. Berikut adalah senarai lauk yang saya ambil pada hari tersebut: Continue reading Harga nasi sepinggan yang tidak munasabah di Kuala Terengganu

Hentian Rehat Bas Ekpress Lucky Garden Yong Peng Harga Tak Masuk Akal

Saya pengguna kerap bas ekspress KL – JB ingin membuat aduan harga makanan & minuman yang djual di Lucky Garden Yong Peng terlalu mahak seperti harga yang dijual di sebuah kedai bertaraf kopitiam tetapi servis & temapat duduk yang disediakan tidak pula bertaraf seperi kopitiam & tiada free wifi disediakan.

Lucky Garden Yong Peng

Harga roti canai kosong adalah RM2.50 sekeping, harga air tin RM 2.60 setin manakala makanan lain deperti nasi goreng, mi goreng dan lain lain berharga RM7.00 sepinggan / semangkuk. Harga yang ditawarkan seolah olah hendak menekan penumpang kerana tiada pilihan lain. Sudahlah mahal tak sdap pulak tu.

Masalahnya kenapa pemandu pemandu bas ekspress tidak berhenti sahaja di R&R di lebuhraya. Kenapa harus keluar dari kawasan lebuhraya untuk berhenti rehat. Sedangkan banyak R&R yang disediakan dilebuhraya & harga memang berpatutan sangat. Saya cuma nampak kalau singgah ditempat seperti ini pemandu bas yang mendapat untung kerana makanan disediakan untuk mereka.

Bersama ini saya sertakan beberapa gambar yang sempat saya rakamkan pada 9hb April 2012 kira kira jam 2.00 – 2.20 petang.

Harga Makanan
Resit air tin yang dikutip

Selain dari Lucky Garden ada lagi 2 – 3 buah tempat makan yang sama konsep harganya disekitar Air Hitam & Machap. Saya harap isu ini dapat dibawa ketengah oleh Aduan Rakyat.

Terima Kasih.

Anti kaki sembelih

By: Mohamed Amminuddin

Jentik-jentik dalam minuman di Old Town White Coffee

Perkara ini terjadi kepada saya sendiri hari ini, 7/4/2012, waktu lebih kurang jam 7.40pm di OLD TOWN WHITE COFFEE, Jalan Tunku Abdul Rahman, bersebelahan bangunan CIMB, Kuala Lumpur.

Jentik-jentik dalam minuman

Saya dan teman saya order nasi lemak, mee, 2 gelas air coklat dan 2 gelas air kosong. Setelah minuman dan makanan sampai, perkara pertama yang teman saya buat ialah minum air kosong tersebut. Namun belum sempat menelan air tersebut, beliau terlihat suatu objek asing di dalam gelas yang diminum. Apabila melihat objek tersebut dengan lebih dekat, kami dapati ia adalah kepompong jentik-jentik yang masih baru. Adalah sesuatu yang sangat mengejutkan kami apabila melihat air minuman yang di-order mengandungi kepompong jentik-jentik.

Kami terus menangkap gambar minuman tersebut dan memanggil salah seorang pelayan untuk membuat aduan. Namun, tanpa rasa bersalah dan tanpa meminta maaf, apa yang dilakukan oleh pelayan tersebut adalah hanya menukar air. Selain itu, kami lihat perihal pelayan tersebut yang bersahaja dan sempat bergurau dengan pekerja lain yang membuat air. Sudahlah cuai, sempat bergurau senda pula. Langsung tiada tindak balas yang sepatutnya diberikan. Apatah lagi ucapan meminta maaf atas kecuaian dalam menitik beratkan soal kebersihan dan kualiti. Tidak pernah saya membayangkan di dalam minuman akan terkandung kepompong jentik-jentik. Bagaimana mereka sebagai salah satu restoran yang boleh dikatakan terkenal menjaga kebersihan dapur serta barang- barang masakan, minuman yang akn dihidangkan kepada para pelanggan?. Ditambah lagi dengan khidmat pelanggan yang sangat mengecewakan.

Close up

Dan setelah itu, sewaktu ingin membuat bayaran di kaunter, saya memaklumkan kembali perkara tersebut secara baik kepada seorang wanita yang saya percaya manager (uniform kemeja merah) restoran tersebut yang bernama Nora (nametag) sebagai peringatan untuk diambil perhatian dan lebih berhati-hati selepas kejadian itu. Namun, sekali lagi saya kecewa kerana jawapan yang diberi sungguh tidak boleh diterima akal apabila yang saya terima dari mulut Cik Nora itu hanyalah “yeah?” dan dia hanya diam tanpa sebarang reaksi seperti tiada perasaan. Sekali lagi, tiada ucapan meminta maaf.

Sebagai pelanggan, kami rasakan bahawa mereka tiada sifat tanggunggjawab dan tidak langsung peka dan perihatin dengan apa yang diberikan kepada para pelanggan. Bukan hanya produk, malahan kualiti khidmat pelanggan diabaikan. Kami bukan mahukan ganti rugi wang atau makanan percuma, yang kami mahukan adalah rasa tanggungjawab mereka kepada masalah-masalah sebegitu. Mungkin, jentik-jentik di dalam minuman adalah perkara biasa bagi mereka.

Kecewa dengan kebersihan dan keprihatinan kakitangan dan pengurusan Old Town White Coffee Jln TAR membuatkan saya ingin mengetengahkan perkara ini kepada media

By: Hanafi

Harga nasi berlauk yang melampau

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Disini saya ingin membuat aduan keatas sebuah restoran makanan yang terletak di Plaza Shah Alam dimana ianya mengenakan harga yang amat melampau bagi sepinggan nasi berlauk. Kejadian ini berlaku pada 16 Februari 2012, sepinggan nasi berharga RM10.20 untuk nasi putih, sayur kobis, ayam gereng dan sedikit telur ikan. (Semua makanan ini diambil oleh pekerja restoran ini sendiri). Gambar dan resit akan saya sertakan melalui email saya.

Nasi Harga Melampau

Diharap pihak tuan dapat mengetengahkan isu untuk harga makanan yang tidak berpatutan ini supaya peniaga tidak sewenang2nya mengenakan harga makanan sesuka hati untuk mengaut keuntungan daripada pelanggan.

Resit Harga

Sekian, terima Kasih.

By: Kadariah Mustafa

Harga Tidak Berpatutan Di Padang Kota Lama

Kompleks Penjaja Medan Renong, Padang Kota Lama

Pada bulan Disember 2011 saya sekeluarga telah pergi melancong ke Pulau Pinang dan kami telah singgah makan di medan makan di Padang Kota Lama.

Aduan saya:

  1. Boleh dikatakan semua gerai di situ tidak meletakkan tanda harga makanan di gerai masing masing. Ini mesti dilaksanakan supaya peniaga tidak meletakkan harga sesuka hati. Bagi peniaga yang menjual pasembor terutamanya mereka hendaklah meletakkan harga bagi setiap jenis makanan kerana harga lebih mudah di manupulasi. Bayangkan harga sepinggan pasembor boleh mencecah sampai RM30.
  2. Makanan yang disediakan tidak setimpal dengan harganya. Sudahlah mahal tapi rasanya masin. Ini lah yang saya alami ketika memesan kuew tiaw goreng udang.
  3. Suasana yang tidak selesa. Setiap peniaga berebut-rebut mengambil pesanan dari pelanggan secara mendesak sehingga mengelirukan pelanggan.Berilah ruang untuk pelanggan berfikir sambil membuat pilihan sendiri. Keadaan ini amat memalukan kepada para pelancong dalam dan luar negara, seolah-olah setiap peniaga berebut-rebut untuk mendapakan pelanggan.
  4. Yang amat mendukacitakan, berebut-rebut nak ambil pesanan air tapi sampai kami habis makan pun, air minuman tak sampai-sampai.Ini disebabkan terlalu banyak mengambil pesanan sampai ada pesanan pelanggan yang tertinggal.

Disebabkan oleh perkara di atas, kami dah serik untuk pergi ke tempat itu semula dan pengalaman ini juga mungkin di alami oleh ramai pengunjung yang lain. Jika perkara ini tidak diselesaikan, ia mungkin akan menjejaskan imej tempat tersebut di mata pelancong tempatan dan luar negara.

Buat masa ini pun, masalah ini telah diketahui ramai kerana ia tersebar dari mulut ke mulut.

Sekian, terima kasih.

By: Mariazi

Harga makanan kedai mamak kalahkan hotel 5 bintang

Saya yang tinggal di flat ppr desa tun razak tidak puas hati dengan kedai mamak yang terletak di bawah flat itu.Nak dikatakan yang tu RESTORAN pun tak boleh kerana bukannya ada perkhidmatan ‘AIRCOND’,cuma dengan bersewakan satu kedai dan meja yang disusun di luar,kedai itu boleh mengaut keuntungan yang melampau.

Roti canai biasanya dalam harga berapa sen je,tapi kalau makan di kedai ini harganya “RM1.20″,milo ais pula sampai “RM2.20″.bila ditanyakan kenapa mahal,pekerja asing di sana dengan senangnya menjawab “BOS SURUH TARUH ITU HARGA”.

Sarapan pagi je dah mahal mcm tu.bila kita nak makan benda yang digoreng,contonya nasi goreng yang dimasak kosong dengan telur dan sayur je dah kena caj”RM4.00″,nasi goreng ayam pula sampai “RM6.50″.Jika nak disenaraikan memang semua makanan di kedai mamak ini mahal.

Saya memang mengharapkan ada pihak berkuasa yang dapat menjalankan operasi di kedai mamak ini bagi membolehkan pemiliknya mengurangkan harga makanan yang mahal tu.Bukan diminta dikenakan harga murah tetapi diminta supaya harga itu berpatutan dengan apa yang dimakan .

harap aduan ini mendapat prihatin daripada pihak berkuasa.

TERIMA KASIH

By: barathi

Kekejaman terhadap binatang di Restaurant Lucky

Terbaru, terdapat seorang peniaga yang menjual ‘Wan Tan Mee’ di Restaurant Lucky menyiram air panas yang mendidih ke badan anjing-anjing liar yang berada di kawasan situ. Seekor anjing yang kesian menjadi mangsanya dan kulitnya berdarah apabila disiram air panas.

This dog has been tortured by this wan tan mee stall owner.

Hal ini telah disebarkan kat facebook. Gambar lelaki itu telah ditangkap dan keadaan anjing itu pun digambarkan. Harap pihak berkenaan akan membuat apa apa yang boleh untuk memberhentikan tindakan yang kejam ini.

This a very cruel owner of the lucky restaurant in ss17.

By: Kuan Yin Yee

Salah guna kuasa inspektor kesihatan

Saya sebagai salah seorang peniaga kedai makan di daerah kuala krai merasa terkilah dan tidak puas hati terhadap pegawai kesihatan yang menjalankan pemeriksaan kebersihaan di kedai – kedai makan di daerah ini.

Pegawai kesihatan yang sepatutnya menjalankan tugas, tidak melaksanankan tanggungjawab mereka dengan amanah. Kedai-kedai di daerah ini banyak yang kotor dan tidak mematuhi syarat-syarat tahap kebersihan, tidak di periksa dan di ambil tindakan.

Hal ini terjadi kerana kebanyakkan kedai-kedai tersebut adalah hak milik kakitangan kesihatan atau saudara-mara kakitangan.

Aduan ini bukan tuduhan, tetapi ianya hakikat yang terjadi di daerah ini. Perkara ini terjadi di hadapan orang awam dan ianya bukan terjadi sekali dua tapi berkali-kali. Apa tanggapan umum tentang perkara ini. Ianya memberi tanggapan negetif masyarakat terhadap kementerian kesihatan.

Jika hendak menjalankan tugas, lakukan betul-betul jangan pilih kasih. Lakukan pemerikasaan terhadap semua kedai, jangan pilih kedai mana yang harus di periksa dan kedai mana yng tidak harus di periksa.

Kedai yang berdekatan, tapi pemeriksaan kesihatan dilakukan di kedai terpilih saja. Ada kedai yang di periksa sampai 3-4 kali setahun tetapi kedai disebelahnya tidak diperiksa langsung. Setiap kali pemeriksaan kesihatan dijalankan, ia akan memberi tanggapan negetif pelanggan terhadap kedai tersebut.

Semua kedai yang ada kaitan dengan kakitangan kementerian kesihatan tidak akan diperiksa. Harap mendapat perhatian dari pihak atasan kementerian kesihatan. Jangan biarkan kakitangan yang bersikap begini menjalankan tanggungjawab yang tidak amanah.

Ibarat anak, kalau jahat seseorang anak, siapa yang akan dicemuh tentu ibubapa mereka. Jadi pihak yang berkenaan fikirkanlah sendiri

By: baihaqi