Archive for the ‘Kedai Makan’ Category
Masalah Gerai Haram di Bandar Indera Mahkota
Saya wakil daripada IM2/3, Taman Kota Ria, Bandar Indera Mahkota, Kuantan Pahang ingin membuat aduan tentang kewujudan gerai-gerai haram di kawasan ini. Saya telah membuat aduan kepada pihak Majlis Perbandaran Kuantan sejak tahun 2010, namun tiada sebarang tindakan yang diambil.
Antara kesulitan yang dihadapi ialah: Read the rest of this entry »
Harga makanan yang mahal dan layanan pekerja yang teruk
Pada 22/8 bersamaan hari raya ke 4 saya ke kedai makan Nasi Kampung Catering, Padang Nenas, Jalan Mengabang Telipot untuk menjamu selera.Seperti mana maklum pada hari raya sudah pasti sukar untuk mencari kedai kerana ramai peniaga bercuti pada hari raya. Ketika kejadian saya makan seorang diri. Masa tiba di kedai makan terbabit tidak banyak lauk yang tinggal malahan nasi pun sudah tiada. Dalam sekitar 10 minit menunggu nasi telah tiba. Kualiti nasi yang lembik tidak diendahkan kerana lapar. Saya hanya mengambil nasi kosong tanpa kuah, sambal belacan sesudu dan ikan bakar yang saiznya biasa sahaja. Harga tidak dipamerkan dan segelas air teo o ais.

Restoran di RNR Ayer Keroh tipu dan cekik darah
Saya sekeluarga telah singgah utk makan dan solat di kawasan rehat RNR Ayer Keroh arah utara pada hari khamis 23-08-12. Apa yang saya ingin adukan adalah mengenai sebuah salah sebuah gerai yang bagi saya telah menipu pelanggan dan mengenakan harga yang luarbiasa.
Gerai berkenaan adalah gerai hot plate asam pedas melaka. Apa yang inginsaya nyatakan disini adalah harga untuk seketul ayam goreng biasa adalah rm4. Bagi saya ini memengtak masuk akal bagi sebuah gerai biasa, bayangkan hanya dengan menjual 2 ketul ayam saja pemilik sudah mendapat modal untuk seekor ayam.
Kedai mamak harga melampau di Bukit Jelutong
Salam sejahtera,
Baru-baru ni saya telah berkunjung ke rumah kawan di area Bukit Jelutong, Shah Alam. Saya mengambil kesempatan untuk menikmati makan malam di restoran mamak berdekatan sambil berborak-borak. Saya telah memesan sup campur, roti potong dan juga teh-o ais. Setelah selesai makan, saya ke kaunter pembayaran untuk membuat pembayaran. Semasa di kaunter saya dapati ada pelanggan yang tidak berpuas hati meninggalkan kaunter dengan mimik muka yang marah dan masam. Saya tertanya-tanya mengapa pelanggan tersebut berkelakuan sedemikian mungkin sebab harga, servis dan sebagainya.
Taukeh kedai mengira harga makanan yang saya pesan. Saya begitu terkejut dengan harga yang dikenakan. Harga untuk sup campur sahaja RM9.00. Roti potong 3 keping RM1.00 dan teh ais RM1.80. Harga yang sangat melampau bagi sebuah restoran yang kurang bersih dan perkhidmatan pelanggan yang kurang baik. Saya rasa marah dan sedikit tertipu dengan harga tersebut patutla ramai pelanggan yang merungut tidak puas hati.
Harga nasi sepinggan yang tidak munasabah di Kuala Terengganu
Assalamualaikum,
Saya pernah makan di sebuah restoran di Kuala Terengganu. Restoran tersebut teletak bertentangan dengan Perodua Hiliran.
Apa yang mengejutkan saya ialah harga nasi sepinggan dengan lauk. Berikut adalah senarai lauk yang saya ambil pada hari tersebut: Read the rest of this entry »
Hentian Rehat Bas Ekpress Lucky Garden Yong Peng Harga Tak Masuk Akal
Saya pengguna kerap bas ekspress KL – JB ingin membuat aduan harga makanan & minuman yang djual di Lucky Garden Yong Peng terlalu mahak seperti harga yang dijual di sebuah kedai bertaraf kopitiam tetapi servis & temapat duduk yang disediakan tidak pula bertaraf seperi kopitiam & tiada free wifi disediakan.
Jentik-jentik dalam minuman di Old Town White Coffee
Perkara ini terjadi kepada saya sendiri hari ini, 7/4/2012, waktu lebih kurang jam 7.40pm di OLD TOWN WHITE COFFEE, Jalan Tunku Abdul Rahman, bersebelahan bangunan CIMB, Kuala Lumpur.
Harga nasi berlauk yang melampau
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Disini saya ingin membuat aduan keatas sebuah restoran makanan yang terletak di Plaza Shah Alam dimana ianya mengenakan harga yang amat melampau bagi sepinggan nasi berlauk. Kejadian ini berlaku pada 16 Februari 2012, sepinggan nasi berharga RM10.20 untuk nasi putih, sayur kobis, ayam gereng dan sedikit telur ikan. (Semua makanan ini diambil oleh pekerja restoran ini sendiri). Gambar dan resit akan saya sertakan melalui email saya.
Harga Tidak Berpatutan Di Padang Kota Lama
Kompleks Penjaja Medan Renong, Padang Kota Lama
Pada bulan Disember 2011 saya sekeluarga telah pergi melancong ke Pulau Pinang dan kami telah singgah makan di medan makan di Padang Kota Lama.
Aduan saya: Read the rest of this entry »
Harga makanan kedai mamak kalahkan hotel 5 bintang
Saya yang tinggal di flat ppr desa tun razak tidak puas hati dengan kedai mamak yang terletak di bawah flat itu.Nak dikatakan yang tu RESTORAN pun tak boleh kerana bukannya ada perkhidmatan ‘AIRCOND’,cuma dengan bersewakan satu kedai dan meja yang disusun di luar,kedai itu boleh mengaut keuntungan yang melampau.
Roti canai biasanya dalam harga berapa sen je,tapi kalau makan di kedai ini harganya “RM1.20″,milo ais pula sampai “RM2.20″.bila ditanyakan kenapa mahal,pekerja asing di sana dengan senangnya menjawab “BOS SURUH TARUH ITU HARGA”.









