Kecurian Motosikal di Taman Desa Duyong, Melaka

Kecurian motosikal semakin berleluasa di Taman Desa Duyong, Melaka. Lazimnya, sekitar jam 4 pagi ketika penghuni nyenyak tidur, sekumpulan remaja bermotosikal terdiri dari 3 hingga 4 buah motosikal akan menyelinap ke dalam pagar kediaman penghuni. Dengan peralatan seperti pemotong pagar dan screwdriver jenis T yang diubahsuai hujungnya, mereka merodok lubang kunci motosikal yang hendak dicuri, seterusnya menyorong keluar motosikal melalui pagar yang dipotong atau diangkat pintu gatenya. Kelompok motosikal sasarannya ialah jenis Yamaha 135LC, Yamaha Lagenda dan Honda EX5.

Telah banyak kecurian yang berlaku dan dilaporkan, tetapi masih tiada tindakan penambahbaikan yang diambil. Rata-rata penduduk mengambil langkah keselamatan sendiri dengan menyimpan motosikal di dalam rumah masing-masing, kerana kunci tambahan pun berjaya dipecahkan oleh si penyamun.

Pihak JKKK Taman Desa Duyong sedar dan maklum akan perkara ini, tetapi gagal menguatkuasakan rondaan taman seperti yang sepatutnya. Pihak polis hanya menghantar kereta peronda pada waktu yang agak awal sekitar jam 12 malam, atau hanya bila ada kecemasan sahaja.

Kami, kumpulan penghuni terutama yang tinggal di kawasan Fasa IV dan Fasa Baru kini tinggal dalam kerisauan dan ketakutan kerana kumpulan pencuri ini amat ganas dan berani serta memiliki senjata-senjata yang berbahaya seperti alat pemotong Heavy Duty dan sepana bersaiz besar yang mampu menagncam nyawa kami sekiranya tindakan cuba diambil terhadap mereka.

Kepada ADUN Kawasan, pantaulah kawasan anda selalu dan bantulah kami hidup dengan tenang dan bebas dari pencuri.

By: Mangsa Kecurian

Balak untuk pilihanraya di daerah Baling

Saya terpanggil untuk membuat aduan di sini kerana rasa yang tidak puas hati terhadap penebangan balak yang berleluasa di Kg Iboi, Kg Bukit Hijau dan kawasan sekitar di daerah Baling, Kedah. Aktiviti ini dilakukan oleh pihak kerajaan negeri Kedah yang dahulunya pembangkang. Jika kita melalui jalan di sana, kita akan dapat melihat sangat banyak kawasan hutan yang telah digondolkan. Memang tidak dinafikan, hasil hutan adalah tertakluk kepada pihak kerajaan negeri. Tetapi saya tidak pula nampak proses pemuliharaan yang dilakukan contohnya penanaman semula anak pokok dan sebagainya. Hanya kerakusan mereka mengaut hasil hutan. Adakah hal ini demi kepentingan politik mereka?

Perkara kedua yang menimbulkan rasa tidak puas hati saya ialah berkenaan dengan penjualan tanah lot yang dahulunya tanah rizab kerajaan. Hal ini juga berlaku di kawasan tersebut. Padahal, tanah di kawasan tersebut telah diberikan permit oleh jabatan hutan kepada 40 orang penduduk suatu masa dahulu untuk menanam padi huma dan ayah saya salah seorang daripada mereka. Saya mendapat tahu tentang perkara ini daripada seorang kenalan yang tinggal di kawasan tersebut. Saya tidak berpuas hati kerana tanah yang telah diusahakan oleh allahyarham ayah saya telah dijual oleh pihak sekretariat kerajaan negeri Kedah kepada orang lain dan menyatakan yang tanah tersebut akan diberikan hak milik. Walhal, tanah tersebut adalah milik kami walaupun ia adalah tanah rizab. Saya telah menghubungi Pejabat Tanah Baling untuk kepastian tetapi mereka menyatakan tiada sebarang berita yang diterima tentang hal ini. Jadi ke manakah perginya wang yang dibayar oleh pembeli tanah yang dibuat lot ini? Adakah terdapat unsur penipuan demi kepentingan politik oleh orang-orang tertentu?

Saya sangat berharap kemusykilan ini akan terjawab dengan adanya pemantauan daripada pihak Aduan Rakyat. Kerjasama pihak tuan dalam menyelesaikan hal ini saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. Sekian.

By: anti

Status Kes Kecurian di hostel UITM Dungun

Saya mahu meluahkan rasa kecewa terhadap pengurusan Uitm Dungun ekoran kejadian pecah masuk bilik di hotel Uitm Dungun pada 27 Jun 2011 ketika menghadiri kursus di sana.Semua barangan peribadi telah hilang termasuk laptop, camera, iphone, mp3 dan sebagainya dan anggaran kerugian melebihi RM9000.

Apa yang mengecewakan mengenai tahap keselamatan di hotel. Kecurian berlaku ketika saya sedang tidur dan berada di tingkat atas.Bagaimana perompak boleh menaiki bumbung hotel tanpa disedari sedangkan dilengkapi cctv dan pengawal keselamatan boleh

Satu laporan polis telah dilakukan dan hasil siasatan telah diterima.Apa yang mengecewakan pihak Uitm Dungun tidak memberikan kerjasama dalam memberi respon terhadap status kes ini.Saya berkali-kali menghubungi pihak Uitm Dungun tetapi tidak mendapat sebarang jawapan.Saya diminta untuk menunggu kerana mesyuarat bagi membincangkan kes ini akan dijalankan.Malangnya sehingga hari ini saya masih tidak mendapat sebarang respon dari pihak hotel dan Uitm Dungun.

Kelewatan ini telah menimbulkan banyak masalah terhadap karier dan urusan peribadi saya.

Saya harap Aduan Rakyat dapat membantu saya. Terima Kasih.

By: RIDZUAN

Kecurian dan warga asing berhampiran komuter UKM

Sejak kebelakangan ini terlalu banyak kes kecurian berlaku di kawasan perumahan yang terletak berhampiran komuter UKM seperti di Taman Tropika, Taman Universiti dan Taman Vista Emas. Lebih membimbangkan kecurian melibatkan penggunaan ilmu pukau.

Kawasan perumahan tersebut merupakan pilihan penginapan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan bangsa-bangsa asing seperti Afrika, Iran dan sebagainya…Bangsa Indonesia pulak bersepah sana-sini…ramai yang membuka kedai2 runcit/kedai makan yang tumbuh bagaikan cendawan..yang pastinya kebanyakan mereka tiada permit…kadang-kala terasa asing ditempat sendiri…

harap pihak berkuasa membuat pemantauan berterusan!!

By: siti

Kabel Telefon Flat Desa Mentari Blok 2 Dicuri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya ingin membuat aduan berkenaan kabel talian telefon di Flat Desa Mentari Blok 2, Petaling Jaya yang dicuri.

Saya telah membuat aduan kerosakan telekon kepada pihak Telekom Malaysia dan wakil teknikal Telekom telah pun datang membuat siasatan. Setelah diperiksa, didapati kabel talian di bilik saluran telefon Flat berkenaan telah dipotong dan dicuri.

Pihak Telekom memberitahu saya, bahawa pihak penyelenggaraan Flat harus bertanggungjawab menggantikan kabel tersebut dan bukannya Telekom.

Saya telah pergi berjumpa dengan pihak penyenggaraan Flat iaitu Mentari Management Sdn Bhd untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Malangnya, diberitahu bahawa mereka tidak pasti samada ianya akan diganti atau tidak kerana kos yang agak mahal. Dan dimaklumkan juga bahawa di Blok 5 sudah hampir setahun masalah ini tidak selesai.

Apa yanng mengecewakan saya ialah, setiap bulan penduduk membayar yuran penyenggaraan RM45.00 sebulan tetapi masalah sebegini tidak dapat diselesaikan dan pihak pengurusan penyenggaraan seolah-olah lepas tangan.

Bagaimana pula bagi yang melanggan talian telefon dan internet? Setiap bulan harus membayar yuran langganan tetapi perkhidmatan tidak dapat digunakan.

By: Ahmad Suhaimi

Barang Enjin Kereta Dicuri

Assalamualaikum,

Kereta saya telah ditahan di Balai Polis Langgar, Kedah selama 9 bulan sehari sebelum bulan puasa tahun lepas. Saya pergi untuk ambil kereta saya pada 18 Mei 2011 yang lalu. Tetapi malang dan sedihnya apabila distributor kereta kancil saya telah dicuri oleh seseorang yang ada kaitan dengan premis ini.

Untuk pengetahuan, kereta saya itu telah diparkir di belakang balai dan di hadapan kuarters premis ini. Orang luar tidak akan berani untuk mencuri barang-barang ini. Saya rasa masalah ini berlaku di semua premis di seluruh negara.

MINTA TOLONG KEPADA SEMUA KETUA POLIS MEMANDANG SERIUS TERHADAP PENYALAHGUNAAN KUASA PEGAWAI YANG TERBABIT.

By: zamri

Negro and break in

I stayed in one of the unit of shop houses in Serdang Perdana 5, Jalan Serdang Perdana SP5/1 in particular.

I have been staying there for almost 2 years and i experienced a break in to my house somewhere in Nov 2008. As a result of this, i lost a lot of my personal belonging such as lap top, camera, jewelleries etc.. Police report was made and after that no news.

Recently, on 1/4/2011, my house was broken in again for the second time. This happen even though i have put 3 lock to the grill of my house. Again, police report were made.

Other than that, i was quite disturbed by the presence of the negro/africa citizens at the place i stay. They operate one shop without any bill board and are selling alcohol. They always appear at night in big group and always drink and talk very loudly. I dont felt safe as my wife and i always reach home late due to work. And my house i just above the shop operated by this negro.

Hope there will be action taken in order prevent anything bad from happening.

Thanks.

By: Lim Lih Min

Kereta kene pecah, kecewa dengan pihak berkuasa

Saya ingin membuat aduan tentang kes kereta kawan saya kena pecah, bukan cermin sahaja dipecahkan tetapi beg camera saya yang berharga di dalam kereta itu telah dicuri. Pada 21 Mac 2011, saya dan rakan pergi makan di Pulau Mutiara Char Kuey Teow, Sri Sekamat Kajang. Lebih kurang dalam pukul 8:15pm kami tiba di lokasi. Kejadian pecah kereta berlaku pada jam 9:34pm tidak ada siapa pun yang perasan atau nampak. Kami menyedarinya apabila ingin pulang Kpada jam 11:15pm. Kami terperanjat apabila cermin dipecahkan, barang-barang dalam dashboard, dan tempat letak duit syiling terbuka dan bersepah, beg sandang perempuan serta beg camera saya telah hilang. Memang silap kami, kerana meletakkan barang-barang tersebut di dalam kereta, tetapi beg camera saya tu tidak di sengajakan untuk di tinggalkan kerana saya terlupa.

Selepas kejadian itu, kami bergegas ke balai polis berdekatan iaitu di IPD Kajang. Kami telah membuat laporan, dan tiba semula di lokasi kejadian pada jam 12.00am. Pihak polis memberitahu kami ingin datang ke lokasi untuk mengambil gambar, kira-kira jam 1.00am baru lah pihak polis tiba di lokasi. Mereka hanya ambil gambar dah lihat-lihat sebegitu sahaja. Kenapalah mereka tak ambil cap jari ke? Kalau ada kes kematian sahaja ke baru nak ambil cap jari? Kami amat kecewa akan tindakan itu, mereka seperti tidak mengambil berat tentang kes itu. Pihak polis juga berkata, mereka akan datang ke syarikat berdekatan kejadian itu yang mempunyai CCTV untuk melihatnya. Tetapi, janji itu tidak ditunaikan oleh mereka. Keesokan hari, kami lah yang pergi ke syarikat itu untuk meminta kebenaran melihat rakaman CCTV pada malam itu. Kami telah merakamkan video itu melalui handphone, kerana syarikat itu tidak mempunyai perisian CCTV itu untuk diberikan kepada kami.

Pada hari itu juga, kami telah ke balai polis untuk menyerahkan resit-resit pembelian camera, lens, speedlite serta peralatan yang lain untuk dijadikan bahan bukti bahawa barang-barang itu benar-benar hilang dan telah dicuri. Barang-barang itu bernilai lebih kurang RM5k. Apabila pulang, kami menonton semula rakaman tersebut dan mengambil gambar semula daripada handphone untuk kami cetak. Kami mencetak beberapa adegan pencuri itu dan burn video tersebut ke dalam CD untuk diserahkan kepada pihak Polis. Apabila tiba di balai Polis Kajang, kami berjumpa dengan Sarjan yang terlibat dalam kes kami ini. Kami menyerahkan gambar dan CD berkenaan kepada Sarjan tersebut. Sarjan itu berkata, “Ha, macam mana, Nampak tak no plat motor tu?” saya pula berkata, “tak nampak sebab CCTV kurang jelas..” kata Sarjan lagi, “habis tu, macam mana nak tangkap?” kata-kata yang amat mengecewakan saya. Paling kurang pon, cakaplah sesuatu yang boleh menyedapkan hati, contohnya…”nanti saya akan lihat semula video ini dan cuba untuk trace no plate atau cam muka dan sebagainya…” kalau beliau berkata sebegini, sedap juga hati untuk menerimanya. Ini tidak, kami pulang dengan kecewanya, seperti kes ini tidak akan diambil tindakan selanjutnya.

Saya berharap, pihak polis akan mengambil berat tentang kes-kes sebegini, kerana dari kes kecil lah yang akan menjadi besar suatu hari nanti apabila pencuri sentiasa terlepas, manakala mereka pula seronok, kes berleluasa dan melakukan kerja yang sama terhadap orang lain, ianya akan memudaratkan lagi tentang keselamatan orang awam.

Sekian.

Cerita ringkas dari saya,

FIZA

By: Fiza

Ingin Kepastian

Saya Noryaniberasal dari Sabah ingin membuat aduan. Pada 23.08.2010 saya pergi ke bank publik papar ingin mengambil wang pinjaman saya AMANAH IKHTIAR MALAYSIA tetapi saya dapati duit saya telah dikeluarkn pada 21.08.2010. Saya telah berjumpa dengan pihak bank untuk memberitahu tentang masalah saya dan pihak bank memberitahu saya bahawa wang saya telah dikeluarkan oleh penama AFENDI SIDEK yang berasal dari TAWAU berjumlah sebanyak RM1960.40 dan baki duit saya hanyalh rm22.74sen dan atas nasihat pihak bank saya telah membuat laporan di balai polis papar (kpl DG ROSMAH) dan pihak polis memberitahu saya bahawa saya perlu membuat laporan d penampag d unit cawangan khas.

Saya pun membuat aduan di penampang setelah selesai saya dberitahu untuk bersabar menunggu kes ini, dan sehingga kini saya belum menerima apa-apa jawapan dari pihak polis cawangan khas itu dan yang paling menyedihkn hati saya adalah saya pergi kpihak bank untuk bertanya tentang kes saya itu dan pihak bank cakap itu urusan pihak polis, dan bila saya bertanya pihak polis langsung tiada jawapan dan saya telefon tidak berjawab dan saya sms pn tidak berbalas sehingggalh sekarang saya pun tidak pasti sama ada kes saya tu terlalu berat atau memang tiada masa untuk dambil peduli. Di harap pihak yang berkenaan tolonglah perihatin terhadap insan yang lemah ini.

By: noryani

Tindakan manusia yang tidak berperikemanusian

Salam Sejahtera,

Saya mewakili penduduk kawasan estet Saga, Rantau, Seremban, Negeri Sembilan ingin membuat aduan tentang kumpulan samseng yang tidak berperikemanusian.

Minggu lalu, kerani lelaki yang bekerja di estate telah dipukul bertubi-tubi dengan helmet semata sama untuk menyamun sampai berdarah. Dan yang paling menyedihkan tiada satu orang yang datang menolong sehingga orang dirumah keluar memanggil untuk pertolongan. Apa nilai-nilai keprimanusian telah hilang sama sekali? Mengapa kerajaan tidak mahu membenteras kumpulan samseng ini? Yang menyedihkan lagi, ada seorang orang polis ditikam mati.

Kami berharap pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya untuk melindungi penduduk keluarga disini. Kkami sangat takut untuk tinggal disini. Jika pihak berkuasa mengambil tindakan keras, pasti orang orang begini tidak berani berbuat demikian terhadap kami.

Salam dari yang ikhlas menunggu bantuan,,,,,,,,,

By: raju

Risau Taman Perumahan Selalu Dipecah Masuk Pencuri

Saya selaku penduduk di kawasan perumahan Taman Tanjung Minyak Cheng, Melaka tergerak hati utk menghantar aduan ini agar pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan yang sepatutnya berhubung masalah pecah masuk rumah dan rogol.

Baru-baru ini rumah jiran saya telah dipecah masuk dan baru saya tahu kawasan itu memang sering berlaku pecah masuk rumah. Malah rumah sebelah kiri dan kanan saya juga telah dipecah masuk. Malangnya tiada tangkapan dibuat berhubung aduan tersebut. Apa yang menakutkan pihak wanita di taman ini, penjenayah tersebut berani memasuki rumah tanpa memakai baju dan tujuannya juga utk mengganggu kaum hawa malah bertindak memukul jika mereka melawan.

Saya amat berharap pihak yang bertanggungjawab memandang serius perkara ini agar tidak berlaku sesuatu yg tidak diingini baru tindakan akan diambil. Saya juga memohon agar siasatan dilakukan agar penjenayah dapat diberkas. Sekian terima kasih.

By: bella