1,200 Jemaah Umrah Kerugian RM4.8 juta ditipu Agensi

PENGENALAN AWAL TENTANG SYARIKAT I UMRAH RAKYAT SDN BHD (988835-H) & SEVEN SEAS TRAVEL & TOURS SDN BHD (KPL:6534 791586-W)

WAKIL jemaah, Abdul Azizi Badu cuba menghubungi wakil agensi yang menawarkan pakej menunaikan umrah di hadapan pejabat syarikat tersebut dekat Setapak, Kuala Lumpur.
WAKIL jemaah, Abdul Azizi Badu cuba menghubungi wakil agensi yang menawarkan pakej menunaikan umrah di hadapan pejabat syarikat tersebut dekat Setapak, Kuala Lumpur.
  • Syarikat I UMRAH RAKYAT SDN BHD mula ditubuhkan pada April 2012 oleh Zakariah Hassan (CEO) bersama isterinya, Syarifah NorFazihan Bt. Syed Mustaffa seperti yang dimaklumkan kepada semua staf dan perunding syarikat.
  • Syarikat dinamakan I Umrah Rakyat kerana kononnya tujuan syarikat ditubuhkan adalah ingin membantu dan memberi peluang mengerjakan umrah kepada semua lapisan masyarakat, khususnya yang berpendapatan sederhana dengan harga pakej umrah serendah RM3999 bagi 11 hari 9 malam.
  • Pakej Umrah ini dikhabarkan merupakan projek amal yang mana jumlah perlu dibayar oleh Jemaah hanyalah RM3999 manakala harga sebenar pakej adalah RM5500. Jemaah dihebahkan dengan wang dana / infaq sebanyak RM1500 setiap seorang oleh syarikat-syarikat korporat.
  • Syarikat telah melantik Ustaz Fauzi Mustafa (Duta Jus Tok Guru & Moderator al-Kuliyyah TV3) selaku Penasihat Syari’ah syarikat.
  • Sebuah syarikat perlancongan berlesen, Seven SeasTravel & Tours Sdn Bhd kemudiannya telah dibeli oleh Zakariah Hassan. Dengan itu, nama I Umrah bukan lagi nama sebuah syarikat tetapi nama kepada pakej umrah yang ditawarkan di Seven Seas Travel & Tours Sdn Bhd. Segala urusan pendaftaran dan pembayaran jemaah juga harus dibuat melalui borang dan akaun syarikat tersebut bermula awal Mac 2013.

PENDAFTARAN DAN PENERBANGAN JEMAAH I UMRAH RAKYAT SDN BHD 2013

  • Jemaah yang ingin mendaftar perlu membayar deposit sebanyak RM1500.
  • Pendaftaran Jemaah telah mula dibuat seawal bulan NOVEMBER 2012 dan digesa membuat bayaran penuh secepat mungkin walaupun jadual penerbangan adalah pada bulan JUN 2013.
  • Penerbangan pada 2013 adalah seawal bulan MAC 2013.
  • Segala pembayaran boleh dibuat secara tunai melalui Akaun Maybank I UMRAH RAKYAT SDN BHD (5621 8830 1952). Setelah syarikat Seven Seas Travel & Tours Sdn Bhd mengambil alih, semua pembayaran adalah melalui Akaun MAYBANK SEVEN SEAS TRAVEL AND TOURS SDN BHD (5621 8830 4545)

KRONOLOGI KES PENIPUAN OLEH SYARIKAT I UMRAH RAKYAT SDN BHD DAN SEVEN SEAS TRAVEL & TOURS SDN BHD.

PERUNDING: QURRATUL ‘AIN HASMAN

Para Jemaah dimaklumkan tarikh mengerjakan umrah pada bulan Jun 2013 telah ditunda kepada beberapa tarikh. Antaranya:

TARIKH ASAL

TARIKH BARU

8-20 JUN 2013

13 – 22 JUN 2013

16-26 JUN 2013

17 -22 JUN 2013

AIR ASIA X

PAKEJ UMRAH : RM 3999

20 – 30 Mei 2013
Beberapa jemaah telah menerima mesej daripada pihak syarikat bahawa tarikh penerbangan umrah mereka telah dibatalkan atas alasan VISA para Jemaah tidak diluluskan serta isu kuota yang dikuatkuasakan oleh Kerajaan Arab Saudi . Namun, beberapa jemaah dan perunding melaporkan bahawa mereka telah ke syarikat dan mendapati pasport2 Jemaah masih berada di syarikat dan tidak diproses. Kumpulan pertama jemaah umrah yang gagal diterbangkan adalah mereka yang dijadualkan berangkat pada 28 MEI 2013. (penerbangan terakhir MEI 2013)

5 JUN 2013
Satu perjumpaan tertutup antara Ustaz Fauzi Mustaffa bersama beberapa perunding dan jemaah umrah telah diadakan di Masjid Putra, Putrajaya selepas solat Isya’. Tujuan pejumpaan adalah untuk ustaz memaklumkan kepada yang hadir bahawa beliau telah menarik diri dan tidak lagi bersama I Umrah sebagai Penasihat Syari’ah syarikat setelah meragui pihak syarikat dan meyakini bahawa kes penipuan telah dilakukan terhadap jemaah.

7 JUN 2013
Satu perjumpaan telah diadakan antara pihak pengurusan syarikat Seven Seas Travel & Tour Sdn Bhd dan para jemaah di Kelab Darul Ehsan, Ampang. Zakariah Hassan telah memohon maaf atas masalah yang berlaku dan memaklumkan secara terang-terangan bahawa akaun syarikat telahpun kosong atas alasan segala wang telah digunakan bagi membeli tiket penerbangan, menempah hotel, dan segala urusan yang membabitkan jemaah.

Dalam perjumpaan tersebut juga, Zakariah Hassan telah berjanji untuk mencari dana bagi menjayakan beberapa penerbangan pada bulan JUN 2013 yang masih berbaki. Zakariah Hassan juga memberi pilihan kepada para jemaah yang tidak lagi berminat untuk mendaptkan cek refund (post-dated cheque dengan tempoh 45 hari daripada tarikh penerbangan umrah) dan menuntut kembali passport dan segala dokumen masing2.

Selepas perjumpaan ini juga, syarikat Seven Seas Travel & Tours Sdn Bhd yang beralamat di Lot 2-2-23 C&D, Tingkat 2, Wisma Rampai, Jalan 34/26, Rampai Town Center, 53300 Kuala Lumpur telah jarang dibuka/beroperasi. Talian juga tidak diangkat dan tidak dilayan.

10 JUN 2013
Saya, Qurratul ‘Ain Hasman telah dimaklumkan oleh Zakariah Hassan bahawa semua penerbangan tidak dapat dilaksanakan seperti yang dijadualkan. Pihak syarikat akan menunda penerbangan mereka ke tarikh 14 Januari 2014. Namun saya telah menasihati semua jemaah untuk menuntut wang pulangan kerana tidak lagi mempercayai syarikat serta pihak pengurusannya.

JULAI-OGOS 2013
Semua post-dated cheque yang dikeluarkan oleh Seven Seas Travel & Tours kepada jemaah didapati berstatus cek tendang. Zakariah Hassan kemudiannya telah memberi mesej kepada semua bahawa pembayaran secara tunai akan dibuat selewat2nya pada 30 September 2013. Kesemua pihak pengurusan syarikat sukar untuk dihubungi dan syarikat tidak dibuka.

5 OKTOBER 2013
Satu laporan polis ke atas individu terbabit telah dibuat secara beramai-ramai di Balai Polis Wangsa Maju.

  1. Zakariah Hassan (580105-10-6017)
  2. Norhayati Saham
  3. Sharifah Norfazihan Syed Mustaffa (781011-11- 5140)
  4. Suziana Mohd Yamin (670724-10-5346)

Kes ini diklasifikasikan sebagai kes jenayah komersil, dan diletakkan di bawah seliaan Inspektor Rozaidi, Balai Polis Kepong. Inspektor kemudiannya telah menasihatkan para jemaah untuk membuat laporan secara individu untuk laporan yang leih berkesan. Para jemaah kemudiannya telah sepakat untuk turut memanjangkan kes ini dengan membuat aduan di Tribunal Pengguna.

27 OKTOBER 2013
Satu sidang akhbar telah dibuat di Wisma Rampai bagi mengetengahkan isu penipuan syarikat Seven Seas Travel & Tours Sdn Bhd ke atas jemaah. Anggaran jumlah penipuan syarikat adalah bernilai RM 4.8 juta (melibatkan 1200 jemaah). Kes ini tiada perkembangan dan tidak mendapat perhatian mana-mana pihak, termasuk barisan pemimpin negara.

  1. http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131028/je_03/Peserta-pakej-umrah-dakwa-ditipu
  2. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Agensididakwatipu1_200bakaljemaahumrah_kerugianRM4_8juta/Article/?bh

PERKEMBANGAN TERKINI , 30 NOVEMBER 2013

  • Status pemulangan wang jemaah masih tidak diketahui. Janji demi janji.
  • Kesemua suspek gagal ditemui.
  • Sebahagian dokumen penting jemaah masih disimpan oleh pihak syarikat
  • Tiada sebarang perkembangan mengenai siasatan kes ini oleh pihak polis.
  • Aduan jemaah di peringkat tribunal pengguna menghadapi masalah kerana serahan ‘award’ tidak sampai ke tangan pengarah syarikat, melainkan hanya cop dan tanda tangan oleh orang tengah Zakariah Hassan, yakni En.Zulkarnain dan En. Halim.
  • Satu surat permohonan rasmi telah dihantar oleh jemaah kepada Dato’ Hassan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengadakan perjumpaan bersama Dato’ namun surat yang berjawab adalah daripada setiausaha Dato’ beserta tanda tangan S/U tersebut dan hanya menyatakan kes penipuan ini telah dipanjangkan terus kepada Puan Reihana Binti Abdul Razak, Pengerusi Tribunal Pengguna Malaysia untuk tindakan lanjut.

30 NOVEMBER 2013

I UMRAH RAKYAT
Solat hajat dan sidang media di Masjid Muaz Ibnu Jabal Setiawangsa, mewakili jemaah2 yg ditipu oleh syarikat yg menawarkan pakej umrah. Seramai 1200 org terlibat dgn jumlah RM4.8 juta. Duit hilang tidak dikembalikan, syarikat tutup, pengurus dan pengusaha lari. Laporan2 polis dari semua mangsa penipuan telah dibuat sejak 5/10/2013 ttp sehingga kini tidak ada tindakan langsung yg diambil oleh pihak polis.

Para jemaah berhimpun di Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa sekitar jam 8.30 pagi dan turut melibatkan pihak media serta dihadiri oleh Pengerusi Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia PAS, Tuan Zamri . Agenda himpunan adalah:

  1. Solat Hajat berjemaah
  2. Mengadakan sidang akhbar buat kali kedua untuk menyatakan kekesalan para jemaah mengenai tiada perkembangan serta susulan oleh pihak berwajib terhadap kes ini. Tuan Zamri telah mewakili para jemaah untuk bercakap di hadapan pihak media.
  3. Bergerak beramai-ramai ke rumah defenda, Nooryati Saham. Pihak jemaah di beritahu oleh pembantu rumahnya bawa defendan tidak berada di rumah. Hal yang sama berlaku apabila para jemaah tiba di rumah defendan kedua, Suziyati Mohd Yamin. Setibanya di sana, rumah defendan dikawal oleh 2 orang sekuriti Villa Wangsamas atas tanggungjawab menjaga keamanan kawasan setempat. Para jemaah meragui ketiadaan defendan, lalu menunggu di luar rumahnya dalam beberapa jam. 2 orang anggota polis didatangkan dari Balai Polis Wangsa Maju untuk membantu mengesahkan ketiadaan defendan. Pihak pengurusan Villa Wangsamas juga telah turut menghubungi defendan dan akhirnya kami dimaklumkan bahawa defendan benar2 tiada di rumah. Seorang Sarjan dari balai polis yang sama juga kemudiannya tiba untuk membantu proses ini namun gagal dan akhirnya jemaah diminta untuk membuat laporan polis secara beramai-ramai untuk kali kedua di Balai Polis Wangsa Maju. Sekali lagi, kes ini masih tiada perkembangan.

Malangnya rakyat Malaysia!

By: QURRATUL ‘AIN HASMAN

Penjualan dan Penyeludupan Petrol dan Diesel Secara Haram

Salam 1 Malaysia,

Saya seorang pesara yang menetap di utara tanah air. saya ingin mengadu berkenaan penjualan petrol dan diesel yang mencurigakan di kawasan saya. Tidakkah pihak tuan pelik apabila sebuah stesen minyak di kawasan pendalaman kehabisan minyak jualannya selepas 2 atau 3 hari penghantaran.

Adalah satu yang mencurigakan apabila sebuah proton sedan mengisi minyak sehingga RM300. Dan paling menghairankan apabila anak saya juga pernah ternampak bahagian dalam kereta tersebut seolah-olah telah diubah suai untuk kegiatan ini penyeludupan.Mereka hanya beroperasi pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Saya juga pelik, kerana seolah-olah ada yang bersubahat dengan kegiatan ini, sehingga tiada apa-apa tindakan yang diambil.

Saya berharap pihak aduan rakyat dapat melakukan penyiasatan secara rahsia bagi membenteras kegiatan ini.

By: Ahmad Feshal

Hancurkan Pusat Pelacuran di Summit USJ

Baru-baru ini saya pergi ke SUMMIT USJ untuk membeli barangan komputer. Sedang saya berjalan-jalan mencari kedai yang menwarkan harga berpatutan tiba-tiba ada satu lorong gelap yang hampir semua kedainya tutup. Saya terus berjalan dan dapati ada satu kedai yang pelik beroperasi. Dihadapannya kedai tersebut ada seorang wanita berpakaian seksi menunggu. Dia ternampak saya lantas berkata “helo-helo come here” sambil melambai2 tangannya.

Saya buat tidak endah dan berjalan cepat-cepat melintasi dia. Saya lihat kedai tersebut sangat gelap dan bannernya bertulis pusat reflexiology. Saya usha lama dan kemudian nampak seorang remaja lelaki datang dan masuk ke dalam kedai tersebut bersama perempuan seksi tadi.

Saya sangat syak kedai tersebut adalah pusat pelacuran. Saya mohon MPSJ tolonglah buat pemantauan di SUMMIT USJ dalam masa terdekat. Tempat ini merosakkan masyarakat dan agama. Kita mesti banteras maksiat.

By: nasiruddin

Ditipu syarikat penganjur Perak International Explorace 2012

Salam dan Selamat Sejahtera,

Saya, mewakili semua pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga pertandingan Perak International Explorace 2012 ingin meminta bantuan pihak tuan dimana kami telah ditipu oleh pihak penganjur acara tersebut. Kami telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah USD 60,000.00 beranggaran sebanyak RM 180,000.00 secara keseluruhan untuk ketiga-tiga tempat. Akan tetapi sehingga ke hari ini kami masih lagi tidak menerima hadiah kewangan yang dijanjikan.

Kami telah berusaha melalui pelbagai pendekatan seperti menghubungi dan melaporkan hal ini kepada Ministry Tourism Malaysia, Ministry Tourism Perak, Pejabat Menteri Besar Perak, Pejabat SUK Perak dan kami telah menghubungi DATO’ HAMIDAH BT OSMAN, dimana beliau serta pihak-pihak ini telah terlibat secara langsung dengan acara pertandingan ini. Hasilnya kami menerima jawapan serta maklumbalas yang sungguh mendukacitakan serta menghampakan. Kami amat terkilan serta amat kecewa dengan keadaan yang berlaku ini. Bagaimanamungkin acara antarabangsa yang besar lagi gah dan melibatkan lebih 10 negara antarabangsa berakhir sebegini rupa?

Kami memohon budibicara serta pertimbangan pihak tuan didalam menyeleraikan kesulitan yang kami hadapi ini agar hadiah kewangan tersebut diperolehi.

Kerjasama pihak tuan didalam perkara ini amat kami hargai. Sila rujuk lampiran dan untuk sebarang pertanyaan dan sekiranya pihak tuan memerlukan sebarang penjelasan / penerangan lanjut harap hubungi saya.

Sekian,Terima Kasih.
By: Muna Hazwani

Pendatang Asing Makin Berani

Seperti yang kita maklum, semakin lama semakin ramai pendatang asing datang ke Malaysia bekerja sebagai buruh, sebagai pembantu rumah, berkerja di petrol station, tempat cuci kereta dan sebagainya. Di mana saja pergi, di situ ada mereka..ada juga yang menjadi membuka gerai, menjadi peniaga kedai runcit. Benar mereka manusia biasa, ada yang baik dan ada yang sebaliknya…tapi apa yang membimbangkan saya sebagai rakyat bumiputra negara ini, semakin ramai mereka, semakin menjadi-jadi kejadian jenayah di negara kita.

Tinggal di kawasan perumah flat selama ini iaitu 15 tahun di Ampang, belum pernah saya lihat kejadian yang berlaku pada 16 November 2012. Kawasan perumahan flat yang dahulunya diduduki 80% melayu, 10% cina, 10% india, kini dipenuhi oleh pendatang-pendatang asing ini yang majoritinya dari Indonesia. Hampir 50% rumah2 flat di sini dipenuhi oleh mereka, Flat Taman Dato Ahmad Razali di Ampang sudah dikenali sebagai flat Indon. Saya terfikir, bagaimana kehidupan rakyat kita sendiri akan datang.

16 November 2012, pukul 7.45 malam berlaku di hadapan mata saya, di hadapan mata anak saya berumur 3 dan 6 tahun, dan dihadapan ibu saya yang telah lanjut usia..berlaku perang mulut di antara seorang wanita warga indonesia dan seorang lelaki india atau bangladesh, saya sendiri kurang pasti, perang mulut berlaku dalam 10 minit di khalayak ramai tanpa mengira bangsa dan kemudian dileraikan oleh seorang lelaki Indonesia, satu minit kemudian, kedengaran bunyi pergaduhan kembali, wanita tadi yang masih tidak berpuas hati mengajak kawan2 lelaki indonesia menyerang lelaki yg berbangsa india atau bangla tadi..

Saya terkesima melihat kejadian tersebut, lelaki berbangsa india tadi dipukul bertubi-tubi oleh lebih kurang berbelas orang warga lelaki indonesia tanpa belas kasihan, dan mereka yang melihat kejadian tersebut hanya melihat tanpa berbuat apa-apa..saya lihat kejadian ini seperti sesuatu yang aneh, tiada siapa berani yang mahu menolong, tiba2 kedengaran seorang wanita menjerit memanggil polis. Kemudian datang beberapa orang melayu yang meleraikan pergaduhan itu, saya kita 5 minit lagi jika ia berterusan pasti lelaki itu cedera parah atau mati dipukul.

10 minit selepas kejadian baru polis datang..tapi saya lihat mungkin tiada tindakan yang dapat dibuat kerana semuanya telah beransur pergi.

Sekiranya kejadian seperti ini sangat mudah berlaku, selamat kah negara kita? Terlalu ramai bangsa asing hingga rakyat Malaysia sendiri takut pada pendatang asing. Apa akan jadi lagi 10 tahun?Apa akan jadi pada anak2 kita yang akan membesar di kawasan seperti ini?Adakah selamat? Saya berharap kerajaan dapat menangani masalah ini sebelum ia melarat ke peringkat yang lebih dasyat. Pendatang asing semakin berani membuat jenayah di sini secara terang-terangan di hadapan kami rakyat Malaysia dan apa yang saya lihat, semakin hari semakin ramai mereka, saya berharap, do someting, this is our country!And we really love our country!

By: Hanna

Kakitangan Awam Khalwat Kebal Dari Undang-undang?

Terkilan dengan kes seorang guru wanita ditangkap kerana bersekedudukan tanpa nikah di Ulu Tiram, Johor. Walaupun telah berkali aduan dibuat, masih tiada tindakan diambil oleh pihak berkenaan. Oleh itu saya cuba menggunakan medium ini untuk mendapat perhatian pihak terbabit.

Beliau telah diceraikan suaminya pada 23 April 2010 kerana didapati curang dengan seorang lelaki lain berasal dari negeri Pantai Timur. Pada 21 Julai 2010 jam lebih kurang 1.00 pagi di dalam sebuah rumah di Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, Johor beliau telah ditangkap kerana bersekedudukan bersama dengan seorang lelaki bukan muhrim dalam keadaan masih di dalam Edah dan beliau disyaki telah beberapa kali telah melakukan persetubuhan haram. Sehubungan dengan itu, beliau telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 29(1)(a) EJSS No. 9/95 (Khalwat).

Beliau telah di lokap semalaman sebelum dilepaskan dengan jaminan sementara menunggu waktu perbicaraan. Walaubagaimanapun, pihak JAIJ telah mengambil masa yang agak lama untuk menyelesaikan kes ini sedangkan pihak JAIJ sendiri yang membuat tangkapan. Ini membuatkan saya terfikir jikalau bekas suami guru wanita itu sendiri yang menangkapnya dan mengadukan kes itu kepada JAIJ, agaknya berapa lama masa yang diperlukan untuk menyelesaikan kes itu.

Beliau telah disabitkan bersalah oleh mahkamah. Kes ini telah selesai dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah Johor Bahru pada 28 Mac 2011, iaitu selepas 8 bulan insiden itu berlaku. Saya tidak pelik bila membaca mengenai banyak kes-kes syariah yang tertunggak dimahkamah, kalau kes sebegini yang mempunyai cukup bukti pun mengambil masa yang lama untuk diselesaikan, apatah lagi yang tiada bukti kukuh.

Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 1,800.00 atau penjara 6 bulan terhadap beliau. Beliau telah pun membayar denda tersebut.

Sementara itu, saya ingin melahirkan kekesalan dimana Kementerian Pendidikan gagal mengambil sebarang tindakan kepada guru wanita itu walaupun ada aduan telah dibuat.

Semasa kes itu belum dibicarakan dimahkamah, pihak kementerian dikatakan menunggu sebarang keputusan dari pihak mahkamah dan menyalahkan pihak JAIJ atas kelewatan kes ini. Walaubagaimanapun, selepas kes ini selesai dimahkamah dengan keadaan beliau didapati bersalah, pihak kementerian masih gagal mengambil sebarang tindakan sehingga ke hari ini(15 Ogos 2012), iaitu selepas 2 tahun insiden itu berlaku. Bila diajukan pertanyaan kepada pihak kementerian, mereka tidak memberi sebarang jawapan atau kerjasama yang munasabah.

Malahan aduan telah dibuat kepada PPD Pasir Gudang, JPN Johor dan Kementerian Pendidikan di Putrajaya. Saya pernah bertanya kepada seorang pegawai kerajaan tentang kesalahan sebegini, kata beliau biasanya dalam kes sebegini mungkin guru itu boleh dikenakan tindakan tatatertib seperti gantung perkhidmatan, dipindahkan atau diberhentikan. Dalam kes-kes yang serius biasanya tindakan diberhentikan akan diberikan atas sebab memalukan institusi kerajaan.

Malangnya, tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak kementerian. Malah,saya diberitahu guru itu dinaikkan pangkat atas ‘kecemerlangannya’ pada 10 Mei 2012. Apa dah jadi? Saya mengesyaki wujudnya gejala rasuah di dalam penyelesaian kes ini.

Pada saya, kes seperti ini tidak patut dibiarkan. Ia akan memburukkan nama baik pendidik-pendidik lain, sesuai dengan fungsi guru untuk mendidik anak bangsa. Jangan salahkan murid kalau murid sekarang rosak akhlaknya. Sebab kita tahu dari mana puncanya, cuma kita tidak mahu ambil tahu. Kalau guru kencing berdiri, anak murid kencing berlari.

Ini juga membuatkan persepsi masyarakat kepada ketelusan undang-undang terhadap penjawat awam yang melakukan kesalahan yang memalukan jabatan, apatah lagi institusi pendidikan. Adakah penjawat awam kebal dari undang-undang?

By: Khairul ND

Pembalakan Haram Berleluasa di Kpg. Bruit, Daro

Pembalakan haram semakin berleluasa di Kpg. Bruit, Daro, Mukah, Sarawak. Kayu-kayan ditebang sesuka hati. Mereka adalah pembalak-pembalak haram berbangsa Cina. Tiada satu sen pun hasil daripada pembalakan tersebut diberi kepada penduduk Bruit.

Tetapi, menurut seorang daripada pembalak haram tersebut, mereka ada memberi wang hasil daripada pembalakan haram kepada Penghulu kampung malangnya tiada satu sen pun hasilnya diberi kepada penduduk kampung. Jika benar seperti yang dikata, mesti ada sesuatu di sebalik pembalakan haram tersebut. Yang menjadi mangsanya ialah penduduk Kpg. Bruit, terganggu punca pencarian. Air sungai menjadi keruh. Kawasan hutan yang menjadi Hutan Simpan ditebang sesuka hati oleh pembalak haram dari luar dan dengan sewenang-wenangnya mengaut untung.

Pihak kami menjemput pihak Aduan Rakyat untuk turun padang dalam menyelesaikan pemasalahan ini. Sekian, terima kasih.

By: JAAFAR

Judi internet dan dadah di pusat hiburan

Sebagai seorang rakyat malaysia,saya tidak berpuashati kerana pihak-pihak berkenaan tidak mengambil tindakan maksimum terhadap jenayah diatas.Pusat-pusat judi internet berleluasa bagai cendawan tumbuh disekitar Lembah Kelang.merosak akhlak bangsa melayu khususnya, bangsa lain mengaut keuntungan.Maksud saya buat operasi dan tutup pusat-pusat internet berunsur perjudian.Bukan maksud saya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tetapi tindakan yang diambil seolah-olah lakonan sahaja atas arahan kepentingan pihak tertentu. Sampai bila nak habis….

Begitu juga dengan masalah dadah.Segalanya berlonggok di pusat-pusat hiburan dengan penjenayah,penagih,pengedar dan macam-macam jenayah lagi. Cuba kita lihat sekarang adakah dalam berita atau pun dalam rancangan 999 memaparkan operasi-operasi berkaitan dadah di pusat-pusat hiburan?. Saya yakin mereka yang berhibur dipusat-pusat hiburan 80 peratus positif dadah. Dadah adalah punca segala jenayah dan sampai bila malaysia nak bebas dadah. Kuasa pihak berkuasa terbatas atas kepentingan pihak tertentu…

By: mj

Penipuan Gores & Menang di Bandaraya JB – City Square Mall

Sudah sekian lama, sindiket yang menjalankan penipuan gores & menang ini beroperasi di kawasan sekitar City Square Mall, JB. Bila pihak polis menjalankan operasi untuk membanteras kegiatan mereka, anggota-anggota sindiket ini akan menghilangkan diri buat seketika.

Tetapi, setelah tempoh waktu yang tertentu berlalu, sindiket dan anggota-anggotanya akan kembali bergerak aktif dalam usaha mereka untuk memperdayakan lebih ramai orang awam. Satu fakta penting yang sudah dikenalpasti, melalui pemerhatian dan pantauan, anggota-anggota sindiket terdiri daripada pemuda-pemudi berbangsa Cina.

Mereka kelihatan berumur, awal dan pertengahan 20an. Sila rujuk ke entry di blog berikut untuk melihat 20 gambar anggota-anggota sindiket gores & menang berkaitan.

http://super325.com/2012/04/04/scratch-win-scams-in-jb-town-city-square-please-avoid-them-20-photos

By: Anti Gores Dan Menang

Pendatang Indonesia berniaga MLM di Malaysia

Saya ingin sekali menyentuh tentang orang-orang asing terutamanya orang Indonesia yang ada dinegara ini sebagai pekerja asing dan menjalankan perniagaan MLM. Mereka ini sebenarnya datang kesini sebagai pelawat dan ada diantara mereka ada permit tapi bukan dalam bidang perniagaan tapi sebagai buruh ladang.

Soalnya dimana perlaksanaan undang-undang kita? Bila mereka membuat biznes MLM mereka tak perlu bayar income tax tapi org tempatan kena bayar. Saya nak bagi contoh K-link Internasional, memang terlalu ramai orang Indonesia ada dalam bisnes ini dan ramai diantara mereka memang celupar dan perangai menyakitkan hati. Mereka ini tak ada permit tp tak ada pun ditangkap? Kalau mereka boleh senang-senang buat bisnes kat sini habis orang tempatan nak buat apa?

Bagi saya ini satu soal Jenayah. Ini soal penipuan terhadap orang tempatan.

By: Mohd faiz

Kebanjiran Warga Asing di Sabah

Saya telah lama menetap dalam daerah Lahad Datu sejak mula ditugaskan di sini 17 tahun lepas. Bagaimanapun, sejak 5 tahun kebelakangan ini, saya mendapati bahawa warga asing (  PTI) semakin membanjiri segenap ruang dalam bandar ini, baik di kawasan pasar, stesen bas, blok2 bangunan kormesial dan kawasan perkampungan setinggan. Malah didapati dalam tahun 2011 dan 2012 ini saja, kes ragut dan ugut semakin menjadi-jadi melibatkan mangsa di kalangan remaja dan wanita tempatan. kebanjiran PTI ini sangat mudah dikenali dengan hanya mengenali dialek bahasa Melayu yang digunakan di samping penampilan cara berpakaian. Malah sesetengah tempat berhampiran kawasan setinggan, pernah kelihatan kegiatan menjual ‘syabu’ dijalankan hanya di tepi2 jalan.

Masalah ini bukan sahaja berlaku di sekitar sini, malah juga semakin serius di Keningau, Tenom, Sandakan dan Kudat ( Ketika melawat atau berkursus di sana ). Tidak terkecuali juga di Kota Kinabalu.

Persoalannya, mengapa pihak berwajib seolah2 tidak mempunyai satu resolusi menangani masalah ini dengan tegas dan bersepadu? Di mana kecairan sistem yang digunakan sekarang? Apa yang membimbangkan, seolah2 suatu masa nanti tiada lagi kawasan selamat utk generasi tempatan akan datang. Banyak juga kegiatan ekonomi setempat telah dikuasai oleh golongan ini. Harap isu ini dikupas dan diambil tindakan sewajarnya sebelum kita ‘ketakutan’ di bumi sendiri.

By: Alex

Kedai video game sebagai tempat mengedar dadah

Saya sebagai rakyat Malaysia yang perihatin akan kemajuan negara kita ini ingin bersuara. Saya amat sedih melihat anak-anak muda kita yang sepatutnya mengamalkan aktiviti sihat dan berpelajaran kerana mereka bakal menjadi pelapis untuk membangunkan negara kita nanti.

Saya ingin megutarakan kegiatan pengedaran dadah dan tempat perjudian yang bertopengkan kedai permainan video sebagai sandaran untuk mengabur mata orang awam.

Kedai ini berhampiran dengan Bangunan Cathay lama dekat Jalan Gartak, kuching Sarawak.

Kedai ini beroperasi dari pagi hingga malam. Yang menghairankan saya pihak berkuasa tidak mengambil sebarang tindakan keatas mereka ini.,

Malahan saya pernah melihat pihak berkuasa pergi ke kedai ini dengan kenderaan kerajaan tanpa segan silu mengambil wang daripada kedai tersebut.

Tapi tanpa bukti yang kukuh sukar untuk saya menerangkan disini. Tetapi saya sedia berkerjasama dan akan membantu pihak atau anggota aduan rakyat mengumpul maklumat atau bersama-sama menjalani pemerhatian keatas kedai ini.

Yang membimbangkan saya ialah masa depan anak muda atau generasi akan datang kita ini.

Saya berharap agar pihak tuan/puan dapat membantu anak-anak muda kita daripada terus hanyut angkara dadah. Biarlah kita membenteras dari akar umbinya jika kita ingin sama-sama melihat masa depan yang cemerlang.

By: Ahmad

Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai

Saya sebagai seorang insan yang bergelar ibu tersentap hati apabila melihat video yang di muat naik di laman web Youtube yang bertajuk ‘Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai’. Walaupun saya berada jauh di utara namun naluri keibuan saya menyuruh untuk pihak yang berkenaan supaya menyiasat kejadian tersebut.

Kanak-kanak dibungkus dengan kain.

Menitis air mata saya apabila melihat video tersebut yang merakamkan sekumpulan kanak-kanak yang dibungkus seperti mayat dan lebih menyayat hati apabila salah seorang daripada kanak-kanak tersebut ditampal mulutnya bersama dengan puting.

Mulut ditutup.

Apalah salah mereka di perlakukan sedemikian? Tidak dapat saya bayangkan kalau ianya terjadi kepada anak saya. Saya harap aduan saya mendapat perhatian dari pihak tuan dan saya mohon siasatan dilakukan segera. Sekiranya ada pihak yang telah membuat aduan tentang kes ini saya minta maaf kerana mengganggu pihak tuan. Akhir sekali terima kasih kerana sudi membaca aduan saya.

Dibungkus dengan kain.

httpv://www.youtube.com/watch?v=rumfPmoyQAU

By: norell