Jenayah | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Archives
Blogged.my

Archive for the ‘Jenayah’ Category

1,200 Jemaah Umrah Kerugian RM4.8 juta ditipu Agensi

PENGENALAN AWAL TENTANG SYARIKAT I UMRAH RAKYAT SDN BHD (988835-H) & SEVEN SEAS TRAVEL & TOURS SDN BHD (KPL:6534 791586-W)

WAKIL jemaah, Abdul Azizi Badu cuba menghubungi wakil agensi yang menawarkan pakej menunaikan umrah di hadapan pejabat syarikat tersebut dekat Setapak, Kuala Lumpur.

WAKIL jemaah, Abdul Azizi Badu cuba menghubungi wakil agensi yang menawarkan pakej menunaikan umrah di hadapan pejabat syarikat tersebut dekat Setapak, Kuala Lumpur.

  • Syarikat I UMRAH RAKYAT SDN BHD mula ditubuhkan pada April 2012 oleh Zakariah Hassan (CEO) bersama isterinya, Syarifah NorFazihan Bt. Syed Mustaffa seperti yang dimaklumkan kepada semua staf dan perunding syarikat.
  • Syarikat dinamakan I Umrah Rakyat kerana kononnya tujuan syarikat ditubuhkan adalah ingin membantu dan memberi peluang mengerjakan umrah kepada semua lapisan masyarakat, khususnya yang berpendapatan sederhana dengan harga pakej umrah serendah RM3999 bagi 11 hari 9 malam.
  • Pakej Umrah ini dikhabarkan merupakan projek amal yang mana jumlah perlu dibayar oleh Jemaah hanyalah RM3999 manakala harga sebenar pakej adalah RM5500. Jemaah dihebahkan dengan wang dana / infaq sebanyak RM1500 setiap seorang oleh syarikat-syarikat korporat.
  • Syarikat telah melantik Ustaz Fauzi Mustafa (Duta Jus Tok Guru & Moderator al-Kuliyyah TV3) selaku Penasihat Syari’ah syarikat.
  • Sebuah syarikat perlancongan berlesen, Seven SeasTravel & Tours Sdn Bhd kemudiannya telah dibeli oleh Zakariah Hassan. Dengan itu, nama I Umrah bukan lagi nama sebuah syarikat tetapi nama kepada pakej umrah yang ditawarkan di Seven Seas Travel & Tours Sdn Bhd. Segala urusan pendaftaran dan pembayaran jemaah juga harus dibuat melalui borang dan akaun syarikat tersebut bermula awal Mac 2013.

Read the rest of this entry »

Penjualan dan Penyeludupan Petrol dan Diesel Secara Haram

Salam 1 Malaysia,

Saya seorang pesara yang menetap di utara tanah air. saya ingin mengadu berkenaan penjualan petrol dan diesel yang mencurigakan di kawasan saya. Tidakkah pihak tuan pelik apabila sebuah stesen minyak di kawasan pendalaman kehabisan minyak jualannya selepas 2 atau 3 hari penghantaran.

Adalah satu yang mencurigakan apabila sebuah proton sedan mengisi minyak sehingga RM300. Dan paling menghairankan apabila anak saya juga pernah ternampak bahagian dalam kereta tersebut seolah-olah telah diubah suai untuk kegiatan ini penyeludupan.Mereka hanya beroperasi pada waktu-waktu tertentu sahaja.

Read the rest of this entry »

Hancurkan Pusat Pelacuran di Summit USJ

Baru-baru ini saya pergi ke SUMMIT USJ untuk membeli barangan komputer. Sedang saya berjalan-jalan mencari kedai yang menwarkan harga berpatutan tiba-tiba ada satu lorong gelap yang hampir semua kedainya tutup. Saya terus berjalan dan dapati ada satu kedai yang pelik beroperasi. Dihadapannya kedai tersebut ada seorang wanita berpakaian seksi menunggu. Dia ternampak saya lantas berkata “helo-helo come here” sambil melambai2 tangannya.

Saya buat tidak endah dan berjalan cepat-cepat melintasi dia. Saya lihat kedai tersebut sangat gelap dan bannernya bertulis pusat reflexiology. Saya usha lama dan kemudian nampak seorang remaja lelaki datang dan masuk ke dalam kedai tersebut bersama perempuan seksi tadi.

Read the rest of this entry »

Ditipu syarikat penganjur Perak International Explorace 2012

Salam dan Selamat Sejahtera,

Saya, mewakili semua pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga pertandingan Perak International Explorace 2012 ingin meminta bantuan pihak tuan dimana kami telah ditipu oleh pihak penganjur acara tersebut. Kami telah memenangi hadiah wang tunai berjumlah USD 60,000.00 beranggaran sebanyak RM 180,000.00 secara keseluruhan untuk ketiga-tiga tempat. Akan tetapi sehingga ke hari ini kami masih lagi tidak menerima hadiah kewangan yang dijanjikan.

Kami telah berusaha melalui pelbagai pendekatan seperti menghubungi dan melaporkan hal ini kepada Ministry Tourism Malaysia, Ministry Tourism Perak, Pejabat Menteri Besar Perak, Pejabat SUK Perak dan kami telah menghubungi DATO’ HAMIDAH BT OSMAN, dimana beliau serta pihak-pihak ini telah terlibat secara langsung dengan acara pertandingan ini. Hasilnya kami menerima jawapan serta maklumbalas yang sungguh mendukacitakan serta menghampakan. Kami amat terkilan serta amat kecewa dengan keadaan yang berlaku ini. Bagaimanamungkin acara antarabangsa yang besar lagi gah dan melibatkan lebih 10 negara antarabangsa berakhir sebegini rupa?

Read the rest of this entry »

Pendatang Asing Makin Berani

Seperti yang kita maklum, semakin lama semakin ramai pendatang asing datang ke Malaysia bekerja sebagai buruh, sebagai pembantu rumah, berkerja di petrol station, tempat cuci kereta dan sebagainya. Di mana saja pergi, di situ ada mereka..ada juga yang menjadi membuka gerai, menjadi peniaga kedai runcit. Benar mereka manusia biasa, ada yang baik dan ada yang sebaliknya…tapi apa yang membimbangkan saya sebagai rakyat bumiputra negara ini, semakin ramai mereka, semakin menjadi-jadi kejadian jenayah di negara kita.

Tinggal di kawasan perumah flat selama ini iaitu 15 tahun di Ampang, belum pernah saya lihat kejadian yang berlaku pada 16 November 2012. Kawasan perumahan flat yang dahulunya diduduki 80% melayu, 10% cina, 10% india, kini dipenuhi oleh pendatang-pendatang asing ini yang majoritinya dari Indonesia. Hampir 50% rumah2 flat di sini dipenuhi oleh mereka, Flat Taman Dato Ahmad Razali di Ampang sudah dikenali sebagai flat Indon. Saya terfikir, bagaimana kehidupan rakyat kita sendiri akan datang.

Read the rest of this entry »

Kakitangan Awam Khalwat Kebal Dari Undang-undang?

Terkilan dengan kes seorang guru wanita ditangkap kerana bersekedudukan tanpa nikah di Ulu Tiram, Johor. Walaupun telah berkali aduan dibuat, masih tiada tindakan diambil oleh pihak berkenaan. Oleh itu saya cuba menggunakan medium ini untuk mendapat perhatian pihak terbabit.

Beliau telah diceraikan suaminya pada 23 April 2010 kerana didapati curang dengan seorang lelaki lain berasal dari negeri Pantai Timur. Pada 21 Julai 2010 jam lebih kurang 1.00 pagi di dalam sebuah rumah di Taman Bestari Indah, Ulu Tiram, Johor beliau telah ditangkap kerana bersekedudukan bersama dengan seorang lelaki bukan muhrim dalam keadaan masih di dalam Edah dan beliau disyaki telah beberapa kali telah melakukan persetubuhan haram. Sehubungan dengan itu, beliau telah melakukan satu kesalahan dibawah Seksyen 29(1)(a) EJSS No. 9/95 (Khalwat).

Read the rest of this entry »

Pembalakan Haram Berleluasa di Kpg. Bruit, Daro

Pembalakan haram semakin berleluasa di Kpg. Bruit, Daro, Mukah, Sarawak. Kayu-kayan ditebang sesuka hati. Mereka adalah pembalak-pembalak haram berbangsa Cina. Tiada satu sen pun hasil daripada pembalakan tersebut diberi kepada penduduk Bruit.

Tetapi, menurut seorang daripada pembalak haram tersebut, mereka ada memberi wang hasil daripada pembalakan haram kepada Penghulu kampung malangnya tiada satu sen pun hasilnya diberi kepada penduduk kampung. Jika benar seperti yang dikata, mesti ada sesuatu di sebalik pembalakan haram tersebut. Yang menjadi mangsanya ialah penduduk Kpg. Bruit, terganggu punca pencarian. Air sungai menjadi keruh. Kawasan hutan yang menjadi Hutan Simpan ditebang sesuka hati oleh pembalak haram dari luar dan dengan sewenang-wenangnya mengaut untung.

Read the rest of this entry »

Judi internet dan dadah di pusat hiburan

Sebagai seorang rakyat malaysia,saya tidak berpuashati kerana pihak-pihak berkenaan tidak mengambil tindakan maksimum terhadap jenayah diatas.Pusat-pusat judi internet berleluasa bagai cendawan tumbuh disekitar Lembah Kelang.merosak akhlak bangsa melayu khususnya, bangsa lain mengaut keuntungan.Maksud saya buat operasi dan tutup pusat-pusat internet berunsur perjudian.Bukan maksud saya pihak berkuasa tidak mengambil tindakan tetapi tindakan yang diambil seolah-olah lakonan sahaja atas arahan kepentingan pihak tertentu. Sampai bila nak habis….

Begitu juga dengan masalah dadah.Segalanya berlonggok di pusat-pusat hiburan dengan penjenayah,penagih,pengedar dan macam-macam jenayah lagi. Cuba kita lihat sekarang adakah dalam berita atau pun dalam rancangan 999 memaparkan operasi-operasi berkaitan dadah di pusat-pusat hiburan?. Saya yakin mereka yang berhibur dipusat-pusat hiburan 80 peratus positif dadah. Dadah adalah punca segala jenayah dan sampai bila malaysia nak bebas dadah. Kuasa pihak berkuasa terbatas atas kepentingan pihak tertentu…

Read the rest of this entry »

Penipuan Gores & Menang di Bandaraya JB – City Square Mall

Sudah sekian lama, sindiket yang menjalankan penipuan gores & menang ini beroperasi di kawasan sekitar City Square Mall, JB. Bila pihak polis menjalankan operasi untuk membanteras kegiatan mereka, anggota-anggota sindiket ini akan menghilangkan diri buat seketika.

Tetapi, setelah tempoh waktu yang tertentu berlalu, sindiket dan anggota-anggotanya akan kembali bergerak aktif dalam usaha mereka untuk memperdayakan lebih ramai orang awam. Satu fakta penting yang sudah dikenalpasti, melalui pemerhatian dan pantauan, anggota-anggota sindiket terdiri daripada pemuda-pemudi berbangsa Cina.

Read the rest of this entry »

Pendatang Indonesia berniaga MLM di Malaysia

Saya ingin sekali menyentuh tentang orang-orang asing terutamanya orang Indonesia yang ada dinegara ini sebagai pekerja asing dan menjalankan perniagaan MLM. Mereka ini sebenarnya datang kesini sebagai pelawat dan ada diantara mereka ada permit tapi bukan dalam bidang perniagaan tapi sebagai buruh ladang.

Soalnya dimana perlaksanaan undang-undang kita? Bila mereka membuat biznes MLM mereka tak perlu bayar income tax tapi org tempatan kena bayar. Saya nak bagi contoh K-link Internasional, memang terlalu ramai orang Indonesia ada dalam bisnes ini dan ramai diantara mereka memang celupar dan perangai menyakitkan hati. Mereka ini tak ada permit tp tak ada pun ditangkap? Kalau mereka boleh senang-senang buat bisnes kat sini habis orang tempatan nak buat apa?

Read the rest of this entry »

Kebanjiran Warga Asing di Sabah

Saya telah lama menetap dalam daerah Lahad Datu sejak mula ditugaskan di sini 17 tahun lepas. Bagaimanapun, sejak 5 tahun kebelakangan ini, saya mendapati bahawa warga asing (  PTI) semakin membanjiri segenap ruang dalam bandar ini, baik di kawasan pasar, stesen bas, blok2 bangunan kormesial dan kawasan perkampungan setinggan. Malah didapati dalam tahun 2011 dan 2012 ini saja, kes ragut dan ugut semakin menjadi-jadi melibatkan mangsa di kalangan remaja dan wanita tempatan. kebanjiran PTI ini sangat mudah dikenali dengan hanya mengenali dialek bahasa Melayu yang digunakan di samping penampilan cara berpakaian. Malah sesetengah tempat berhampiran kawasan setinggan, pernah kelihatan kegiatan menjual ‘syabu’ dijalankan hanya di tepi2 jalan.

Masalah ini bukan sahaja berlaku di sekitar sini, malah juga semakin serius di Keningau, Tenom, Sandakan dan Kudat ( Ketika melawat atau berkursus di sana ). Tidak terkecuali juga di Kota Kinabalu.

Read the rest of this entry »

Kedai video game sebagai tempat mengedar dadah

Saya sebagai rakyat Malaysia yang perihatin akan kemajuan negara kita ini ingin bersuara. Saya amat sedih melihat anak-anak muda kita yang sepatutnya mengamalkan aktiviti sihat dan berpelajaran kerana mereka bakal menjadi pelapis untuk membangunkan negara kita nanti.

Saya ingin megutarakan kegiatan pengedaran dadah dan tempat perjudian yang bertopengkan kedai permainan video sebagai sandaran untuk mengabur mata orang awam.

Read the rest of this entry »

Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai

Saya sebagai seorang insan yang bergelar ibu tersentap hati apabila melihat video yang di muat naik di laman web Youtube yang bertajuk ‘Penderaan Kanak-Kanak di Taska Permata Kota Masai’. Walaupun saya berada jauh di utara namun naluri keibuan saya menyuruh untuk pihak yang berkenaan supaya menyiasat kejadian tersebut.

Kanak-kanak dibungkus dengan kain.

Read the rest of this entry »