AES di SKVE sengaja mengenakan pengguna

Padahari jam lebih kurang 11 pg 25 nov 13 saya menggunakan lebuhraya ini utk menghantar anak saya menduduki ujian mrsm di baranang. Saya sangat jarang menggunakanya, sepanjang lebuhraya dr susur keluar dr subang ke johor saya melalui lebuhraya saujana putra, disepanjang lebuhraya tersebut terdapat banyak papan tanda had laju iaitu 90km sejam dgn jelas, manakala lebuhraya ke jb papan tanda had laju diletakan dikiri dan juga kanan jalan iaitu dilaluan  kanan. Selepas melalui tol saujana dgn menggunakan smart tag bg menolong melancarkan lg trafik.

Selepas melalui tol semestinya saya mengekalkan laluan kanan dan bergabung dgn kenderaan lain. Pada ingatan saya kelajuan bg lebuh raya ini adalah ssma iaitu 90km sejam. Saya mengekalkan kelajuan 90km sejam dan menuruni jalan dan kelajuan bertambah menjadi dlm 96km sejam.

Pada hemat saya ianya masih dalam had kelajuan, walaubagaimanapun tanpa disedari fladh aes menyala. Saya mengekalkan laluan kanan kerana disebelah kiri ada kenderaan lain.

Pada ptg sekembalinya dr beranang saya mencari kenspa kamera aes menangkap gambar saya. Saya dapati hanya satu papan tanda iaitu peringatan 80km sejam dan operasi kamera. Pada hemat saya papan tanda tersebut disedari oleh saya kerana ianya terlindung oleh kenderaan disebelah kiri saya. Yang sedihnya ianya hanya diSEBELAH KIRI BUKANNYA DISEBELAH KANSN JALAN.

Pada hakikatnya sepatutnya PAPAN TANDA TERSEBUT DILETAK DDISEBELAH KANSN JALAN JUGA DAN BUKAN SATU TEMPAT SAHAJA dan ini dapat memadtikan pengguna dpt menumpukan kpd pemanduan

jika ianya sengaja dilakukan begini, adalah tidak adil bg pengguna yg tidak mengetahui selok belok lebuh raya tersebut dan menzalimi penghuna.

Saya menggunakan kenderaan kereta spectra5 silver phy 1617 kepunyaan isteri saya.

Mohon keadilan bukanya penindasan jika saya disaman

By: rusli bin zakaria

Membantah Cadangan Pembinaan Jalan Dua Lorong di Seksyen 7 Kota Damansara

Selamat Sejahtera,

Saya mewakili penduduk kawasan kejiranan Seksyen 7, Kota Damansara atau secara terperincinya pemilik rumah teres satu setengah tingkat sepanjang/sekitar Jalan Nuri 7/19, ingin mengemukakan bantahan terhadap cadangan oleh pihak tertentu untuk membina jalan dua lorong yang akan bersambung dengan Jalan Nuri 7/19.

Berikut adalah sebab – sebab untuk bantahan yang dibuat:

1) Pembinaan terbabit akan menyebabkan Jalan Nuri 7/19 menjadi salah satu laluan besar/utama untuk para ibu bapa menghantar/mengambil anak – anak mereka ke sekolah agama yang berdekatan. Ini seterusnya akan menyebabkan kesesakan yang tidak diundang untuk penduduk sekitar dimana aliran trafik dijangka akan bertambah

2) Ketidakselesaan juga akan timbul kepada penduduk sekitar, dimana penduduk akan kehilangan tempat meletak kenderaan di bahu jalan seperti mana yang sedang dinikmati pada masa sekarang. Kebanyakan penduduk di kawasan ini adalah terdiri daripada keluarga 2 generasi (ibu, bapa dan anak yang telah membesar), yang mana jumlah pemilikan kenderaan adalah lebih dari dua. Dengan kawasan rumah yang terhad, para pemilik kereta terpaksa meletakkan kereta mereka di bahu jalan.

3) Pendedahan terhadap pencemaran dan gangguan bunyi. Kedudukan kawasan rumah yang terlalu hampir dengan kawasan cadangan pembinaan jalan (kurang dari 50 meter) akan mengakibatkan kualiti kehidupan penduduk terjejas oleh kerana gangguan bunyi, habuk atau debu dan kemalangan membabitkan penduduk dan kenderaan yang lalu lalang

4) Potensi pendedahan terhadap unsur – unsur jenayah. Penduduk Sekseyn 7 Kota Damansara telah bersepakat mengambil khidmat pengawal keselamatan unjuran daripada beberapa kejadian jenayah seperti ragut dan pecah rumah yang telah dialami oleh penduduk disini. Ibu saya sendiri pernah diacukan parang dileher oleh individu yang tidak dikenali ketika beliau sedang berkebun dihadapan kawasan rumah (kawasan yang dikenalpasti untuk pembinaan jalan baru terbabit). Dengan pembinaan jalan baru ini, kawalan keselamatan untuk penduduk sekitar akan dikompromi.

Dengan sebab musabab yang telah diberikan seperti diatas, diharap dapatlah sekiranya pihak TV3 untuk memaparkan isu ini untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya dari pihak yang terbabit.

Sekian.

By: Russdy

Masalah Lalulintas Di Jalan Ke Stesyen Keretapi Kobah

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Di sini izinkan saya meluahkan rasa ketidakpuasanhati bagi mewakili semua penduduk dan pengguna jalan berhampiran dengan Stesyen Keretapi Kobah, Pendang, Kedah. Bermula daripada mulanya Projek pembinaan jalan susur ke Stesyen Keretapi tersebut, kami penduduk Kampung Kobah, Jalan Pendang, Kota Sarang Semut telah ditimpa dengan pelbagai masalah keadaan sekeliling kampung kami.

Di sini saya akan terangkan apa yang berlaku kepada kami sekeluarga agar ianya tidak akan berlaku kepada pengguna dan penduduk yang lain pula. Pada tanggal 8 Nov 2013 lebih kurang jam 1115 malam, 2 orang ahli keluarga saya telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di jalan susur keluar ke Stesyen Keretapi Kobah sehingga meragut nyawa kedua-duanya sepertimana yang disiarkan di dalam Harian Metro bertarikh 11 Nov 2013.

Setelah siasatan dilakukan oleh pihak polis, ianya didapati berpunca daripada keadaan jalan susur ke Stesyen Keretapi terbabit yang mana papan tanda jalan yang tidak betul. Pengguna jalanraya yang datang dari arah Pendang terpaksa melintas menyeberangi garis berkembar jalan untuk ke stesyen tersebut dan pengguna yang datang dari arah Kota Sarang Semut pula terpaksa menanggung risiko di langgar dari belakang oleh kederaan yang menuruni jambatan yang menyeberangi landasan keretapi. Keadaan jalan yang gelap juga adalah salah satu punca kemalangan boleh berlaku.

Jadi saya berharap pihak yang bertanggunjawab dapat memberi penjelasan berkenaan keadaan jalan susur tersebut dan segera membuat semakan tentang keadaan lalulintas di situ. Di sini saya sertakan gambarajah laluan jalan susur ke Stesyen Keretapi Kobah.

By: Shuhaimi Bin Md Desa

Letak Minyak Lebuhraya Karak

Assalamualaikum.

Saya ingin menarik perhatian bersama antara penyebab kemalangan di lebuhraya karak dari Bentong ke Karak antara lokasi favourite towing menunggu rezeki yang dirancang. Saya antara 7 biji kenderaann yang terlibat dalam kemalangan di kilometer 72 yang mana penyebab utama adalah tumpahan minyak. Ini penyebab utama dan menjadi kemusykilan tiada tindakan oleh pihak MTD iaitu syarikat yang bertanggungjawab memastikan tiada tumpahan minyak.

Adalah sukar mengatakan pihak MTD tidak tahu memandangkan semasa laporan polis dibuat dimaklumkan oleh pihak polis pada lokasi yang sama telah berlaku kemalangan pada pagi serta sehari sebelumnya. Adakah ini kerjasama pihak-pihal yang ada kepentingan bisnes? Pihak MTD/towing atau polis traffic?

Mohon segera diambil tindakan jangan sampai ada kehilangan nyawa yang banyak baru tindakan segera diambil. Siasat dan jika terbukti ada kepentingan ianya perlu segera diambil tindakan. Dimana jabatan yang dipertanggungjawab menilai selekoh 3 beradik ini merbahaya ataupun tidak? Adakah kerajaan perlu membayar gaji tanpa kajian yang boleh meningkatkan tahap keselamatan rakyat Malaysia negaraku tercinta.

Diharap ada tindakan susulan dan bukan sekadar hangat seketika dan tunggu sehingga ada kemalangan lain berulang.

By: samsuri

Kesesakan di Jalan Dutamas Raya, Segambut

Assalamualaikum,

Saya ahmad. Tinggal di Anggunpuri Kondominium, Jalan Dutamas Raya.

Aduan saya berkaitan kesesakan lalulintas di Jalan Dutamas Raya. Sepanjang jalan Dutamas Raya terdapat beberapa kondo dan jugak sekolah international. Kedudukan Anggunpuri condo adalah d penghujung jalan dan jalan keluar ke jalan utama terdapat 1 laluan sahaja.

Sejak kebelakangan ini, terutamanya minggu ini, 7 Oktober 2014, kesesakan yang terlampau telah berlaku. kesesakan telah menyebabkan kebanyakkan penghuni tersangkut sehinga sejam, padahal perjalanan untuk ke simpang utama adalah lebih kurang 800meter sahaja tetapi memakan masa sehingga 1jam ke 1jam setengah.

Kesesakan ini juga telah menyebabkan penghuni Anggunpuri tidak dapat keluar dari tempat parking mereka memandangkan kereta tidak bergerak. dan juga telah menyebabkan kelewatan masuk tempat kerja.

Pihak DBKL dan PDRM telah dimaklumkan sebelum ini berkaitan perkara ini tetapi pihak tersebut menyalahkan penghuni kondominium ini yang meletakkan kenderaan di tepi jalan. Akan tetapi. kenderaan-kenderaan yang meletakkan kenderaan mereka di tepi jalan sekitar Anggunpuri dan Menara Duta Ria tiada kaitan dengan kesesakan yang berlaku. Pihak DBKL dan polis hanya tahu datang untuk menyaman kendereaan yang di letakkan di tepi jalan tetapi tidak pula membantu untuk mengawal trafik di persimpangan Changkatview dan persimpangan lampu isyarat.

Saya mewakili penghuni Anggunpuri memintan bantuan pihak tuan untuk membantu dan mencari penyelesaian pada masalah ini. Masalah ini dah lama berlarutan tapi tiada penyelesaian. Mohon pihak tuan menghantar wakil ke kawasan kami untuk melakukan pemantuan. Untuk mekluman, kesesakan akan bermula jam 7.10 pagi.

Sekian

By: ahmad

Masalah Keselamatan Jalan Di Simpang SMSS

Tuan/Puan,

Saya ingin menarik perhatian tuan mengenai masalah yang telah lama menghantui dan semakin merunsingkan kami sebagai warga penghuni di Sek. Men Sains Selangor, Cheras (SMSS) iaitu berkaitan kepayahan dan isu keselamatan untuk keluar/masuk di pintu utama sekolah ini bagi pelbagai urusan seperti menghantar anak ke sekolah dan urusan kerja terutama di waktu puncak. Antara masalah yang dikenalpasti adalah:

1) Percambahan bilangan gerai haram di tepi sepanjang jalan Permaisuri 1 iaitu terutama berhampiran di kiri dan kanan pintu utama SMSS serta peningkatan kenderaan berhenti (legal parking) di tepi jalan untuk membeli jualan. Difahamkan gerai ini telah beberapa kali dikenakan tindakan tetapi ‘masih kebal’ dan masih berniaga dikawasan terbabit. Diminta pihak berkaitan menyiasat perkara ini terutama datang sendiri menyiasat jam 7:00pg hari berkerja. Dicadangkan juga agar satu papan tanda ‘dilarang menjual’ turut dipasang di dalam kompartmen kawasan sekolah tepi pagar tersebut agar tidak dirosakkan.

2) Masalah sebilangan kecil kenderaan yang cuba ‘memotong queue’ dengan menghimpit kekiri dari Jalan Permaisuri 1 utk memasuki jalan lama dengan laju di tepi pintu pagar sekolah amat membahayakan kami untuk masuk/keluar. Tambahan pula, penglihatan pengguna kenderaan tersebut agak terhad dan terhalang akibat gerai/ kenderaan parking di tepi jalan tersebut. Pernah beberapa kali kemalangan kecil berlaku yang turut melibatkan warga sekolah. Dicadangkan agar jalan lama tersebut ditutup terus atau/dan dibina beberapa bonggol di jalan utama (Jalan Permaisuri 1) berhadapan sekolah tersebut bagi memperlahankan kenderaan.

Diharapkan aduan ini dapat diberi perhatian sewajarnya dari pihak tuan.

Sekian.
Warga Sekolah SMSS

By: Abdul Majid Wahab

Janji PM harus ditepati: Jalan Wangkod Topokon

Salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia.

Janji PM yang melaung-laungkan bahawa Jalan raya Wangkod Topokon, Tuaran akan diturap, masih belum kelihatan akan terlaksana. Adakah ini semata-mata janji kerajaan untuk pancing undi atau sebaliknya? Mohon kerajaan peka terhadap permasalahan rakyat. Apatah lagi, kami penduduk di Kg. Wangkod Topokon yang mahukan jalan raya kami diturap.

Memandangkan jalan raya ini adalah jalan utama bagi 5 buah kampung , adalah wajar kerajaan menumpukan sepenuhnya perhatian dan menepati janji bahawa jalan raya Wangkod Topokon akan diturap tahun 2013. Tapi apa yang menyedihkan belum pun ada tanda-tanda bahawa jalan raya Wangkod Topokon akan di turap.

Apa dah jadi sebenarnya? jangan katakan ni permainan politik. Mohon Kerajaan ambil perhatian terhadap masalah kami. Datang dan lihat sendiri, jalan raya kami masih belum diturap!

By: Tyxia Lee

Jalan dari Kuang ke Lebuhraya LATAR Daif

Sebagai salah seorang penduduk tetap Kuang daerah Rawang, saya berasa amat dukacita dengan keadaan jalanraya khususnya dari persimpangan lampu isyarat Kuang menghala ke lebuhraya LATAR. Pada zahirnya jalanraya ini nampak seperti tiada cacat celanya, namun realitinya adalah sebaliknya.

Jalan yang sedia ada hanyalah ditambak sesuka hati sekiranya ada kerosakan tanpa mengikut piawaian yang sepatutnya. Akibatnya jalan menjadi tidak rata dan sangat-sangat merbahaya kepada penunggang-penunggang motosikal khasnya dan pemandu-pemandu amnya. Masalah ini telah berlarutan sekian lamanya tanpa pembelaan dari pihak berwajib.

Bayangkanlah saya terpaksa memandu pada kelajuan 15km/jam bagi mengelakkan hentakkan dan gegaran yang kuat kerana membawa isteri yang sedang sarat mengandung. Dalam masa yang sama pemandu-pemandu yang dibelakang saya membunyikan hon tanda marah kerana saya memandu dalam keadaan yang sangat perlahan.

Harapan saya agar ada pihak-pihak yang berwajib tampil kedepan bagi menyelesaikan masalah penduduk yang pada pandangan perlu penyelesaian secepat mungkin.

By: MD TAHIR BAHARI

JKR Perak: Penduduk Kg Gajah Mahukan Lampu Jalan

Saya mewakili ribuan penduduk setempat yang menggunakan Jln Kg. Gajah – Teluk Intan (Perak) melalui Kg Pulau Besar/Kg Teluk Memali dan kawasan sekitar Jambatan Laxamana(Permatang Pelanduk) berasa sangat kecewa kerana jalan tersebut yang merupakan jalan utama penduduk ke Pekan Teluk Intan serta daerah lain terlalu gelap dan merbahaya. Jalan sepanjang 4km tersebut telah meragut banyak nyawa serta  kemalangan jiwa.

Berdasarkan perhatian, keadaan jalan yang terlalu gelap dan hampir dengan tebing jalan (ban besar) kiri dan kanan jalan hanya beberapa kaki sahaja dari bahu jalan tidak dihadang dengan penghadang besi dsbnya. Pemandu yang menggunakan jalan tersebut, terpaksa membahayakan nyawa setiap kali menggunakan jalan tersebut diwaktu malam memandangkan tiada lampu jalanraya sepanjang laluan tersebut. Keadaan lebih rumit bilamana keadaan hujan menyulubungi pemandu yang melalui jalanraya tersebut.

Justeru, saya/kami  berharap pihak JKR PERAK memasang lampu jalan sepanjang laluan tersebut demi keselamatan pengguna bersama. Untuk makluman laluan tersebut tidak pernah wujud lampu jalan walaupun negara telah merdeka sekian lamanya. Melalui aduan ini penduduk dan pengguna laluan tersebut berharap pihak kerajaan negeri PERAK dan PIHAK BERWAJIP campur tangan menyelesaikan masalah ini.

Sekian Terima Kasih..

By: Dr. Hj. Zubir Ariffin

Masalah Projek Prasarana Naik Taraf Jalan Dan Bekalan Air Paip

Saya mewakili penduduk Lorong Gemilang,KM10,Parit Bengkok,MK 2 Bagan, Batu Pahat meluahkan rasa tidak puas hati ekoran masalah jalan yang tidak dinaiktaraf serta tekanan air paip rendah. Kawasan penempatan kami dikawasan pinggir bandar dan bukannya di pedalaman, rasanya tidaklah sukar untuk dilihat mahupun dipantau oleh pihak berkuasa yang terlibat. Sebenarnya, masalah ini telah berlanjutan selama setahun. Janji hanya tinggal janji namun yang jelasnya hanya untuk menyedapkan hati.

Sebelum ini, pihak kami telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa iaitu YB. Datuk Hj. Aris bin Samsudin, ADUN Kawasan Semerah Batu Pahat, Johor. Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan mahupun tinjauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Antara masalah yang dihadapi oleh pihak kami ialah :

  1. Keadaan jalan tanah merah sepanjang 500 meter – rosak teruk (berlopak-lopak dan sangat lecak pada hari hujan dan berdebu ketika cuasa panas).
  2. Ruang jalan yang sempit hanya satu lorong kenderaan.
  3. Tekanan air paip rendah disebabkan saluran batang paip bersaiz kecil. Ia tidak dapat membekalkan keperluan air secukupnya sebagaimana yang diperlukan oleh penduduk di kawasan ini.

Sehubungan dengan itu aduan ini perlu diambil serius dan tindakan susulannya haruslah segera. Semoga slogan ’RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’ dilaksanakan sepertimana yang telah dijanjikan dan bukan omong-omong kosong semata.

Dari : penduduk yang mengharap.

By: Nur Farhana

Jalan Sesak Taman LTAT Bukit Jalil

Setiap hari saya akan menunggu hampir setengah jam untuk keluar dari taman LTAT Bukit jalil akibat kesesakan luar biasa pengguna jalan raya yang berpusu-pusu ketempat kerja. kesesakan bertambah buruk apabila pengguna jalan raya dari kawasan bandar kinrara dan sewaktu dengannya melalui jalan yang sama serentak pada waktu pagi. diharap dapat membuka satu simpang jalan berlampu isyarat dihadapan Sirim berhad Bukit jalil untuk kenderaan keluar dan masuk berbanding semua pengguna menggunakan simpang ini untuk menuju kearah pusat bandar.

Persimpangan tersebut adalah salah satu simpang berlampu isyarat untuk penduduk disini menuju ke pusat bandar atau ke lebuhraya utara selatan, walaupun jalan tersebut berstatus “lebuhraya” namun kewujudan persimpangan yang bersistematik dan besesuaian dengan populasi penduduk perlulah seiring dengan pembangunan yang dilakukan dikawasan ini. disini juga ditempatkan sebuah balai bomba. apa yang akan terjadi apabila berlaku situasi kecemasan, adakah boleh dijadikan alasan jentera bomba tidak dapat melepasi halangan lalu lintas untuk mereka yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. diharap pihak perancang bandar dan pihak berkuasa berkaitan dapat memantau keperluan rakyat.

sekian sahaja keluhan dari saya dan ramai penduduk Taman LTAT dan sekitarnya.

By: Mohd Sofi

Masalah Kesesakan Lalu Lintas Di Persimpangan Endah Parade, Bukit Jalil

Saya merupakan pengguna harian Lebuhraya MEX dan KESAS untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Amat mendukacitakan kerana setiap kali pulang dari kerja, saya dan pengguna yang lain terpaksa menempuh kesesakan yang teruk dan menjadi luar biasa terutama pada hari Jumaat untuk membuat pusingan di persimpangan Endah Parade.

Saya dan pengguna jalan raya yang lain amat berharap agar pihak Lebuhraya KESAS yang telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari pengguna dapat memikirkan penyelesaian yang holistik bagi mengurangkan kesesakan dan membantu memudahkan pengguna.

Antara penyelesaian yang di cadangkan adalah termasuk seperti membina pusingan U bertingkat seperti yang terdapat di hadapan IOI Mall atau membesarkan jalan di persimpangan Endah Parade dengan menyediakan “dedicated” jalan bagi tujuan pusingan U tanpa perlu menunggu lampu isyarat.

By: Mohd

Laluan maut Kota Tinggi ke Ulu Tiram

SALAM 1 MALAYSIA, Saya merupakan salah seorang pembayar cukai jalan di Malaysia. Saya ingin membuat aduan mengenai laluan pembunuh di KOTA TINGGI ke ULU TIRAM. Laluan KOTA TINGGI KE ULU TIRAM adalah laluan yang sangat bahaya kerana tiada lampu jalan sepanjang jalan ULU TIRAM KE KOTA TINGGI ini menyebabkan berlaku banyak kemalangan maut boleh dikatakan pada setiap minggu pasti ada kemalangan yang berlaku terutama pada waktu hujan dan waktu malam.

Selain itu jalan sepanjang laluan itu tidak rata dan garisan jalan amat mengelirukan maka terjadinya kemalangan. Saya sebagai pembayar cukai jalan raya merayu pada pihak kerajaan di manakah hak kami?apa peranan pihak JKR KOTA TINGGI dalam menyelesaikan masalah ini? sampai bila masalah ini terus berlaku? adakah bila separuh rakyat KOTA TINGGI mati baru hendak selesaikan masalah ini. MANA SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN? Kami semua berharap pihak TV3 dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

By: pengundi kerajaan