Archive for the ‘Jalan Raya’ Category
Janji PM harus ditepati: Jalan Wangkod Topokon
Salam 1 Malaysia kepada semua warga Malaysia.
Janji PM yang melaung-laungkan bahawa Jalan raya Wangkod Topokon, Tuaran akan diturap, masih belum kelihatan akan terlaksana. Adakah ini semata-mata janji kerajaan untuk pancing undi atau sebaliknya? Mohon kerajaan peka terhadap permasalahan rakyat. Apatah lagi, kami penduduk di Kg. Wangkod Topokon yang mahukan jalan raya kami diturap.
Memandangkan jalan raya ini adalah jalan utama bagi 5 buah kampung , adalah wajar kerajaan menumpukan sepenuhnya perhatian dan menepati janji bahawa jalan raya Wangkod Topokon akan diturap tahun 2013. Tapi apa yang menyedihkan belum pun ada tanda-tanda bahawa jalan raya Wangkod Topokon akan di turap.
Jalan dari Kuang ke Lebuhraya LATAR Daif
Sebagai salah seorang penduduk tetap Kuang daerah Rawang, saya berasa amat dukacita dengan keadaan jalanraya khususnya dari persimpangan lampu isyarat Kuang menghala ke lebuhraya LATAR. Pada zahirnya jalanraya ini nampak seperti tiada cacat celanya, namun realitinya adalah sebaliknya.
Jalan yang sedia ada hanyalah ditambak sesuka hati sekiranya ada kerosakan tanpa mengikut piawaian yang sepatutnya. Akibatnya jalan menjadi tidak rata dan sangat-sangat merbahaya kepada penunggang-penunggang motosikal khasnya dan pemandu-pemandu amnya. Masalah ini telah berlarutan sekian lamanya tanpa pembelaan dari pihak berwajib.
JKR Perak: Penduduk Kg Gajah Mahukan Lampu Jalan
Saya mewakili ribuan penduduk setempat yang menggunakan Jln Kg. Gajah – Teluk Intan (Perak) melalui Kg Pulau Besar/Kg Teluk Memali dan kawasan sekitar Jambatan Laxamana(Permatang Pelanduk) berasa sangat kecewa kerana jalan tersebut yang merupakan jalan utama penduduk ke Pekan Teluk Intan serta daerah lain terlalu gelap dan merbahaya. Jalan sepanjang 4km tersebut telah meragut banyak nyawa serta kemalangan jiwa.
Berdasarkan perhatian, keadaan jalan yang terlalu gelap dan hampir dengan tebing jalan (ban besar) kiri dan kanan jalan hanya beberapa kaki sahaja dari bahu jalan tidak dihadang dengan penghadang besi dsbnya. Pemandu yang menggunakan jalan tersebut, terpaksa membahayakan nyawa setiap kali menggunakan jalan tersebut diwaktu malam memandangkan tiada lampu jalanraya sepanjang laluan tersebut. Keadaan lebih rumit bilamana keadaan hujan menyulubungi pemandu yang melalui jalanraya tersebut.
Masalah Projek Prasarana Naik Taraf Jalan Dan Bekalan Air Paip
Saya mewakili penduduk Lorong Gemilang,KM10,Parit Bengkok,MK 2 Bagan, Batu Pahat meluahkan rasa tidak puas hati ekoran masalah jalan yang tidak dinaiktaraf serta tekanan air paip rendah. Kawasan penempatan kami dikawasan pinggir bandar dan bukannya di pedalaman, rasanya tidaklah sukar untuk dilihat mahupun dipantau oleh pihak berkuasa yang terlibat. Sebenarnya, masalah ini telah berlanjutan selama setahun. Janji hanya tinggal janji namun yang jelasnya hanya untuk menyedapkan hati.
Sebelum ini, pihak kami telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa iaitu YB. Datuk Hj. Aris bin Samsudin, ADUN Kawasan Semerah Batu Pahat, Johor. Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan mahupun tinjauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Antara masalah yang dihadapi oleh pihak kami ialah : Read the rest of this entry »
Jalan Sesak Taman LTAT Bukit Jalil
Setiap hari saya akan menunggu hampir setengah jam untuk keluar dari taman LTAT Bukit jalil akibat kesesakan luar biasa pengguna jalan raya yang berpusu-pusu ketempat kerja. kesesakan bertambah buruk apabila pengguna jalan raya dari kawasan bandar kinrara dan sewaktu dengannya melalui jalan yang sama serentak pada waktu pagi. diharap dapat membuka satu simpang jalan berlampu isyarat dihadapan Sirim berhad Bukit jalil untuk kenderaan keluar dan masuk berbanding semua pengguna menggunakan simpang ini untuk menuju kearah pusat bandar.
Persimpangan tersebut adalah salah satu simpang berlampu isyarat untuk penduduk disini menuju ke pusat bandar atau ke lebuhraya utara selatan, walaupun jalan tersebut berstatus “lebuhraya” namun kewujudan persimpangan yang bersistematik dan besesuaian dengan populasi penduduk perlulah seiring dengan pembangunan yang dilakukan dikawasan ini. disini juga ditempatkan sebuah balai bomba. apa yang akan terjadi apabila berlaku situasi kecemasan, adakah boleh dijadikan alasan jentera bomba tidak dapat melepasi halangan lalu lintas untuk mereka yang mengalami kecemasan mendapatkan bantuan. diharap pihak perancang bandar dan pihak berkuasa berkaitan dapat memantau keperluan rakyat.
Masalah Kesesakan Lalu Lintas Di Persimpangan Endah Parade, Bukit Jalil
Saya merupakan pengguna harian Lebuhraya MEX dan KESAS untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Amat mendukacitakan kerana setiap kali pulang dari kerja, saya dan pengguna yang lain terpaksa menempuh kesesakan yang teruk dan menjadi luar biasa terutama pada hari Jumaat untuk membuat pusingan di persimpangan Endah Parade.
Saya dan pengguna jalan raya yang lain amat berharap agar pihak Lebuhraya KESAS yang telah mengaut keuntungan berlipat kali ganda dari pengguna dapat memikirkan penyelesaian yang holistik bagi mengurangkan kesesakan dan membantu memudahkan pengguna.
Laluan maut Kota Tinggi ke Ulu Tiram
SALAM 1 MALAYSIA, Saya merupakan salah seorang pembayar cukai jalan di Malaysia. Saya ingin membuat aduan mengenai laluan pembunuh di KOTA TINGGI ke ULU TIRAM. Laluan KOTA TINGGI KE ULU TIRAM adalah laluan yang sangat bahaya kerana tiada lampu jalan sepanjang jalan ULU TIRAM KE KOTA TINGGI ini menyebabkan berlaku banyak kemalangan maut boleh dikatakan pada setiap minggu pasti ada kemalangan yang berlaku terutama pada waktu hujan dan waktu malam.
Selain itu jalan sepanjang laluan itu tidak rata dan garisan jalan amat mengelirukan maka terjadinya kemalangan. Saya sebagai pembayar cukai jalan raya merayu pada pihak kerajaan di manakah hak kami?apa peranan pihak JKR KOTA TINGGI dalam menyelesaikan masalah ini? sampai bila masalah ini terus berlaku? adakah bila separuh rakyat KOTA TINGGI mati baru hendak selesaikan masalah ini. MANA SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN? Kami semua berharap pihak TV3 dapat membantu menyelesaikan masalah ini.
Kedaifan Jalan Raya di Saratok
Saya merupakan seorang ‘tuai rumah’ di sebuah perkampungan yang terletak di daerah Saratok, dengan lebih terperinci saya memberitahu rumah panjang saya terletak di Engkudu Atas yang beralamat Tr. Lembang, Engkudu Atas, Sebetan 95400, Saratok, Sarawak.
Jalan raya berkeadaan berbatu-batu dan berdebu, tidak bertar seperti jalan raya biasa. Kesukaran penduduk saya melewati jalan raya ke rumah panjang untuk ke pekan yang terdekat meskipun rumah panjang kami telah berada di bawah naungan dua (2) orang pemimpin kerajaan, namun permasalahan ini tetap tidak diendahkan setelah banyak kali pihak kami membuat aduan kepada mereka.
Masalah Jalan Raya Hulu Langat
Asssalamualaikum,
Saya ingin meminta jasa baik tuan memberikan perhatian dan tindakan dengan masalah jalan raya di kawasan Hulu Langat yang bermula dari Batu 14 sehingga Batu 9, Hulu Langat, Selangor.
Masalah yang terjadi ialah: Read the rest of this entry »
Keadaan Jalan Raya Ulu Kukut
Saya yang juga merupakan anak jati daerah Kudat ingin membuat aduan mengenai keadaan jalan raya yang semakin terjejas di kawasan Ulu Kukut. Jalan raya yang merupakan penghubung utama daerah Kudat, Kota Marudu dan Pitas terjejas teruk.
Sebagai pengguna jalan raya tersebut saya sangat kecewa dengan keadaan jalan raya yang sangat teruk. Pihak-pihak yang berkenaan seperti hanya melepaskan batuk di tangga sahaja. Kualiti penurapan amat rendah dan lemah. Walaupun sudah dibaiki, jalan raya tersebut hanya mampu bertahan dalam tempoh yang singkat.





