IPTS | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Archive for the ‘IPTS’ Category

Pensyarah dan Pelajar KIST Teraniaya

LANJUTAN KES KIST YG KAMI POST KAN, kami ada dpt lagi feedback dari yg terlibat .

Salam,sy solehah,sahihkan post berkenaan KIST di post admin. saya pensyarah KIST. artikel saya,

Read the rest of this entry »

KLMU Lewat Membuat Pembayaran Balik Baki PTPTN

Salam 1 Malaysia,

Saya adalah bekas pelajar kolej Cosmopoint Sabah untuk sesi 2008-2011. Selepas tamat sahaja praktikal, kami di minta untuk mengisi borang refund(pembayaran balik) baki PTPTN. Namun tiada respon/surat yang saya terima sebagai pemberitahuan atau maklumat.

Pada tahun ini,bulan Mac, saya telah membuat follow up terhadap refund tersebut, tapi pihak kolej mengatakan bahawa kami dikehendaki untuk mengisi borang tersebut sekali lagi memandangkan borang yang lama telah hilang disebabkan kononnya oleh kelalaian staf lama yang sudah berhenti kerja. Seharusnya jika borang tersebut hilang mereka harus memaklumkan kepada para pelajar.

Read the rest of this entry »

Graduan Diwajibkan Bayar Yuran Graduan Walaupun Tidak Hadir

Saya graduan Cybernetics International College of Technology Taman Maluri Kuala Lumpur, ingin menyampaikan rasa tidak puas hati terhadap kolej ini.  Saya diminta untuk membayar Sebanyak RM350 bagi yuran graduan walaupun saya tidak dapat menghadirinya atas sebab kesempitan wang malahan juga sebagai seorang anak yatim piatu yang masih lagi belum mendapat apa-apa jua pekerjaan..

Terasa ditindas oleh pihak kolej tersebut. Sepatutnya kami diberi pilihan yang sewajarnya sekiranya tidak dapat menghadiri majlis tersebut dan pihak kolej sepatutnya lebih profesional dalam hal sebegini. Mereka sepatutnya lebih paham dengan situasi sebegini. Sebagai contoh sekiranya graduan tidak dapat menghadiri majlis tersebut, pihak kolej sepatutnya memberi pilihan dengan hanya membayar wang pemprosesan untuk mendapatkan transkrip diploma tersebut.

Read the rest of this entry »

Ditipu oleh Greencity International College

Saya telah ditipu oleh pihak Greencity International College kerana mereka tidak menasihatkan saya untuk tidak menjalani kursus Food & Beverage kerana ketidak halal kursus dan peluang kerja yang ditawarkan di Cruise Ship yang menghendaki saya terlibat dengan alkohol.

Sebelum saya mempastikan kursus itu diambil, saya telah bertanyakan pada pihak kolej bahawa saya tidak boleh terlibat dengan alkohol dan mereka memberi alasan yang saya boleh bertukar ke bahagian halal apabila kerja di Cruise Ship nanti dan itu tiada masalah untuk saya di masa akan datang.

Read the rest of this entry »

Tambahan untuk Kolej Uniti Port Dickson, Indah Khabar Dari Rupa

Selamat Sejahtera,

Saya sebagai ibu bapa kepada pelajar yang telah ditipu EA2 yang bermulut manis ini berharap agar tindakan segera diambil oleh pihak UNITI. Yuran yang dibayar mahal tetapi Indah Khabar Dari Rupa. EA menyatakan palajar akan dapat ini dan itu, tp ibarat perniagaan MLM, EA hanya mementingkan imbuhan yang akan diperolehi jika ramai pelajar yang mendaftar. Bayangkan kalau seorang pelajar yang mendaftar, EA akan dapat RM2,000, siapa yang tidak mahu? Janji pandai berkata-kata sudah cukup.

Disamping itu, kemanakag perginya duit yuran yang dibayar oleh pelajar? PERSOALAN BESAR. Ibu bapa lain juga disaran agak berfikir sejenak agar tidak menjadi mangsa yang tertipu seperti saya. Mungkin keputusan SPM anak tidaklah membanggakan tetapi kita masih ada institut kemahiran yang boleh melatih anak-anak ini, yuran nya juga tidak lah mahal. Saya melihat kehadapan untuk memberhentikan anak saya daripada UNITI untuk mencari peluang berlajar yang lain.

Read the rest of this entry »

Kolej Kejururawatan ICHS Tipu Duit Pelajar

Pada 02/07/2012, seramai 500 orang pelajar di kolej yang bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan ini dimaklumkan bahawa kolej kejururawatan ini tidak lagi akan beroperasi. Mereka diarahkan untuk mengemas barangan masing-masing dan keluar dari rumah sewa selewat-lewatnya pada 03/07/2012. Tanpa diberitahu dengan jelas apakah solusi pihak kolej, mereka digesa untuk pulang ke kampung buat sementara wakatu. Menurut anak saudara saya (salah seorang pelajar di sini), beberapa minggu kemudian, bekalan api dan air kerap dipotong berikutan pihak kolej tidak membuat bayaran. Pihak tuan rumah sewa mereka juga ada mengugut untuk mengganggu pelajar yang menginap di rumah mereka, jika pihak kolej tidak membuat bayaran.

Pada 03/07/2012, saya ada pergi berjumpa dengan ketua bahagian hal ehwa pelajar kolej tersebut. Ibu bapa & penjaga dimaklumkan bahawa para pelajar akan dipindahkan ke Kolej Asian Metropolitan di Cheras dalam masa terdekat tanpa melibatkan sebarang kos. Saya berjaya mendapatkan liputan daripada Berita Harian mengenai hal ini namun tida respon daripada pihak media yang lain.

Read the rest of this entry »

Graduan Ijazah Pendidikan IPTS – KPM tak nak terima

SEGELINTIR pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kini mula tertekan gagal memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.

Kebimbangan itu berikutan keputusan Kementerian Pelajaran hanya menerima permohonan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seperti dihantar kepada graduan program itu yang memohon menjadi guru di sekolah kerajaan.

Read the rest of this entry »

Masih menantikan  bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)

Salam 1Malaysia, saya ingin bertanya. Apakah nasib bagi segelintir pelajar-pelajar yang mengambil jurusan ACCA di Sentral Technology College, Pulau Pinang tidak layak untuk menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ? Jikalau pihak pengurusan kolej tersebut gagal untuk mengemaskini rekod-rekod pelajar mereka? Saya difahamkan pelajar-pelajar lain yang mengikuti program CAT-ACCA di IPTS lain seperti Sunway, Kasturi, PTPL, dll. telah pun menerima baucer BB1M tanpa sebarang kesulitan beberapa minggu yang lalu.

Saya mengadu ini mewakili diri saya serta sahabat handai yang lain disini ingin juga mendapat peruntukan baucer RM200 seperti pelajar lain. Bukankah semua pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia berhak dan layak untuk mendapatkan baucar BB1M tersebut? Apakah terdapat komplikasi-komplikasi dalam tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian baucar tersebut? Dan jikalau memang benarlah pihak pengurusan kolej tersebut bersikap leka dan sambil lewa, gagal untuk mengemaskinikan rekod-rekod pelajar mereka, lalu mengabaikan tanggungjawab mereka pada hak  pelajar yang sememangnya berhak dan layak untuk mendapatkan baucar BB1M, pihak mana yang harus dipersalahkan?

Read the rest of this entry »

Pembabitan Politik dalam UniKL MFI

Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) merupakan sebuah institut pengajian tinggi yang terletak di Bangi.

Aduan mengenai agenda seorang pensyarah yang berunsurkan politik di dalam kolej dimana pensyarah tersebut bertindak seperti mempergunakan pelajar demi tujuan kepentingan tertentu. Sebagai pelajar, saya terasa seperti dipergunakan oleh pensyarah tersebut demi kepentingan beliau tersendiri.

Apabila ditanya, pensyarah tersebut kerap mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk kepentingan kelab tersendiri tetapi dari segi lisan pensyarah tersebut seolah-olah memutarbelitkan kata-katanya sedangkan diri pensyarah tersebut tidak menggambarkan apa yang beliau katakan.

Read the rest of this entry »

Komputer Percuma Cosmopoint

Komputer Percuma seperti yang di janjikan semasa pendaftaran di Cosmopoint cawangan Ipoh masih belum di terima setelah saya hampir masuk ke semester terakhir pengajian diploma saya di sini.

Amat mengecewakan sedangkan masa pendaftaran dahulu mereka berjanji (secara lisan) yang komputer riba tersebut akan di terima dalam semester kedua. Tapi sehingga dah hampir tamat semester ke lima, komputer di maksudkan masih belum kami terima.

Read the rest of this entry »

Terkilan dengan Binary University College

Saya salah seorang pelajar jurusan Diploma Komputer & Pengurusan (DKP) di Binary University College. Saya berasa amat tertipu dengan apa yang berlaku. Sebaik sahaja menjejak kaki di Binary saya berasa seolah-olah tertipu sangat. Keadaan kolej yang indah khabar dari rupa. Namun saya masih bersabar sebab niat saya hanya untuk belajar.

Sebaik final exam last semester tahun 2010. Saya ada berjumpa dengan kordinator IT dan maklumkan apa tindakan selanjutnya. Beliau menyuruh saya hantar alamat untuk praktikal. Seperti sedia maklum saya telah hantar pelbagai alamat untuk praktikal namun tiada respond. {ketika itu hantar melalui emel pada kordinator tersebut} Saya juga ada menghubungi beliau namun beliau mengatakan tidak dapat. Saya hantar lagi namun tiada respond.

Read the rest of this entry »

Permotongan insuran tanpa pengetahuan pelajar

Saya wakil dari sebilangan pelajar di Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), Kepala Batas, Pulau Pinang ingin mengemukakan ketidakpuasan hati mengenai potongan insuran yang dilakukan setiap semester sepanjang kami belajar disini. Ini adalah kerana kami dimaklumkan pemotongan insuran hanya dilakukan semester pertama sahaja. Tetapi apa yang berlaku sekarang sebaliknya.

Pihak berkenaan telah melanggar perjanjian dengan memotong insuran pada setiap semester walhal kami tidak menerima sebarang dokumen atau kad insuran sebagai bahan bukti. Sebelum ini kami pernah merujuk perkara ini kepada pihak atasan tetapi tiada sebarang tindakan yang sewajarnya. Kami berharap agar pihak berkenaan dapat mengambil serius tentang hal ini dan membuat sesuatu utk menyelesaikan masaalah yang kami hadapi. Kami ingin mempertahankan hak kami sebagai seorang pelajar. Sekian terima kasih..

Read the rest of this entry »

Status MQA dan PTPTN

Saya pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka tetapi mengikuti program di bawah Universiti Tun Abdul Razak. Saya mengambil kursus Bachelor of Education. Semester ini merupakan semester pertama, yang menjadi masalahnya ialah permohonan ptptn kami masih belum di luluskan hingga kini sedangkan final exam tidak lama lagi. PTPTN masih belum diluluskan kerana MQA kursus kami telah tamat tempoh. Pihak Unirazak seakan tidak ambil peduli. Apabila kami merujuk hal ini pada pihak pengurusan mereka menyatakan dalam proses dan seolah-olah cuba melarikan diri. Kami perlukan jawapan segera supaya senang untuk kami mengambil tindakan yang sepatutnya. Pihak pengurusan menyatakan sudah 2 kali pihak unirazak memohon MQA tetapi tidak lulus dan yang kali ke 3 ini masih dalam proses.

Sekiranya pihak kerajaan ingin memansuhkan kursus pendidikan bagi IPTS sepatutnya ia dilakukan dari sekarang. Jangan kerana kami dari IPTS kami di anak tirikan. Kami bukannya bodoh. Sekarang kami masih menantikan kelulusan dari MQA. Jika tiada juga jawapan dari pihak mereka, kami terpaksa berhenti atau tukar kursus yang lain. Tetapi jika perkara ini masih tidak ada maklum balas dari pihak Unirazak, bagaimana dengan status kami.

Read the rest of this entry »