Archive for the ‘IPTS’ Category
Kolej Kejururawatan ICHS Tipu Duit Pelajar
Pada 02/07/2012, seramai 500 orang pelajar di kolej yang bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan ini dimaklumkan bahawa kolej kejururawatan ini tidak lagi akan beroperasi. Mereka diarahkan untuk mengemas barangan masing-masing dan keluar dari rumah sewa selewat-lewatnya pada 03/07/2012. Tanpa diberitahu dengan jelas apakah solusi pihak kolej, mereka digesa untuk pulang ke kampung buat sementara wakatu. Menurut anak saudara saya (salah seorang pelajar di sini), beberapa minggu kemudian, bekalan api dan air kerap dipotong berikutan pihak kolej tidak membuat bayaran. Pihak tuan rumah sewa mereka juga ada mengugut untuk mengganggu pelajar yang menginap di rumah mereka, jika pihak kolej tidak membuat bayaran.
Pada 03/07/2012, saya ada pergi berjumpa dengan ketua bahagian hal ehwa pelajar kolej tersebut. Ibu bapa & penjaga dimaklumkan bahawa para pelajar akan dipindahkan ke Kolej Asian Metropolitan di Cheras dalam masa terdekat tanpa melibatkan sebarang kos. Saya berjaya mendapatkan liputan daripada Berita Harian mengenai hal ini namun tida respon daripada pihak media yang lain.
Graduan Ijazah Pendidikan IPTS – KPM tak nak terima
SEGELINTIR pelajar yang mengikuti pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), kini mula tertekan gagal memperoleh pekerjaan selepas menamatkan pengajian.
Kebimbangan itu berikutan keputusan Kementerian Pelajaran hanya menerima permohonan daripada institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) seperti dihantar kepada graduan program itu yang memohon menjadi guru di sekolah kerajaan.
Masih menantikan bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)
Salam 1Malaysia, saya ingin bertanya. Apakah nasib bagi segelintir pelajar-pelajar yang mengambil jurusan ACCA di Sentral Technology College, Pulau Pinang tidak layak untuk menerima bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) ? Jikalau pihak pengurusan kolej tersebut gagal untuk mengemaskini rekod-rekod pelajar mereka? Saya difahamkan pelajar-pelajar lain yang mengikuti program CAT-ACCA di IPTS lain seperti Sunway, Kasturi, PTPL, dll. telah pun menerima baucer BB1M tanpa sebarang kesulitan beberapa minggu yang lalu.
Saya mengadu ini mewakili diri saya serta sahabat handai yang lain disini ingin juga mendapat peruntukan baucer RM200 seperti pelajar lain. Bukankah semua pelajar institut pengajian tinggi di seluruh Malaysia berhak dan layak untuk mendapatkan baucar BB1M tersebut? Apakah terdapat komplikasi-komplikasi dalam tatacara dan prosedur dalam pelaksanaan pemberian baucar tersebut? Dan jikalau memang benarlah pihak pengurusan kolej tersebut bersikap leka dan sambil lewa, gagal untuk mengemaskinikan rekod-rekod pelajar mereka, lalu mengabaikan tanggungjawab mereka pada hak pelajar yang sememangnya berhak dan layak untuk mendapatkan baucar BB1M, pihak mana yang harus dipersalahkan?
Pembabitan Politik dalam UniKL MFI
Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI) merupakan sebuah institut pengajian tinggi yang terletak di Bangi.
Aduan mengenai agenda seorang pensyarah yang berunsurkan politik di dalam kolej dimana pensyarah tersebut bertindak seperti mempergunakan pelajar demi tujuan kepentingan tertentu. Sebagai pelajar, saya terasa seperti dipergunakan oleh pensyarah tersebut demi kepentingan beliau tersendiri.
Apabila ditanya, pensyarah tersebut kerap mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk kepentingan kelab tersendiri tetapi dari segi lisan pensyarah tersebut seolah-olah memutarbelitkan kata-katanya sedangkan diri pensyarah tersebut tidak menggambarkan apa yang beliau katakan.
Komputer Percuma Cosmopoint
Komputer Percuma seperti yang di janjikan semasa pendaftaran di Cosmopoint cawangan Ipoh masih belum di terima setelah saya hampir masuk ke semester terakhir pengajian diploma saya di sini.
Amat mengecewakan sedangkan masa pendaftaran dahulu mereka berjanji (secara lisan) yang komputer riba tersebut akan di terima dalam semester kedua. Tapi sehingga dah hampir tamat semester ke lima, komputer di maksudkan masih belum kami terima.
Terkilan dengan Binary University College
Saya salah seorang pelajar jurusan Diploma Komputer & Pengurusan (DKP) di Binary University College. Saya berasa amat tertipu dengan apa yang berlaku. Sebaik sahaja menjejak kaki di Binary saya berasa seolah-olah tertipu sangat. Keadaan kolej yang indah khabar dari rupa. Namun saya masih bersabar sebab niat saya hanya untuk belajar.
Sebaik final exam last semester tahun 2010. Saya ada berjumpa dengan kordinator IT dan maklumkan apa tindakan selanjutnya. Beliau menyuruh saya hantar alamat untuk praktikal. Seperti sedia maklum saya telah hantar pelbagai alamat untuk praktikal namun tiada respond. {ketika itu hantar melalui emel pada kordinator tersebut} Saya juga ada menghubungi beliau namun beliau mengatakan tidak dapat. Saya hantar lagi namun tiada respond.
Permotongan insuran tanpa pengetahuan pelajar
Saya wakil dari sebilangan pelajar di Allianze University College of Medical Sciences (AUCMS), Kepala Batas, Pulau Pinang ingin mengemukakan ketidakpuasan hati mengenai potongan insuran yang dilakukan setiap semester sepanjang kami belajar disini. Ini adalah kerana kami dimaklumkan pemotongan insuran hanya dilakukan semester pertama sahaja. Tetapi apa yang berlaku sekarang sebaliknya.
Pihak berkenaan telah melanggar perjanjian dengan memotong insuran pada setiap semester walhal kami tidak menerima sebarang dokumen atau kad insuran sebagai bahan bukti. Sebelum ini kami pernah merujuk perkara ini kepada pihak atasan tetapi tiada sebarang tindakan yang sewajarnya. Kami berharap agar pihak berkenaan dapat mengambil serius tentang hal ini dan membuat sesuatu utk menyelesaikan masaalah yang kami hadapi. Kami ingin mempertahankan hak kami sebagai seorang pelajar. Sekian terima kasih..
Status MQA dan PTPTN
Saya pelajar Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka tetapi mengikuti program di bawah Universiti Tun Abdul Razak. Saya mengambil kursus Bachelor of Education. Semester ini merupakan semester pertama, yang menjadi masalahnya ialah permohonan ptptn kami masih belum di luluskan hingga kini sedangkan final exam tidak lama lagi. PTPTN masih belum diluluskan kerana MQA kursus kami telah tamat tempoh. Pihak Unirazak seakan tidak ambil peduli. Apabila kami merujuk hal ini pada pihak pengurusan mereka menyatakan dalam proses dan seolah-olah cuba melarikan diri. Kami perlukan jawapan segera supaya senang untuk kami mengambil tindakan yang sepatutnya. Pihak pengurusan menyatakan sudah 2 kali pihak unirazak memohon MQA tetapi tidak lulus dan yang kali ke 3 ini masih dalam proses.
Sekiranya pihak kerajaan ingin memansuhkan kursus pendidikan bagi IPTS sepatutnya ia dilakukan dari sekarang. Jangan kerana kami dari IPTS kami di anak tirikan. Kami bukannya bodoh. Sekarang kami masih menantikan kelulusan dari MQA. Jika tiada juga jawapan dari pihak mereka, kami terpaksa berhenti atau tukar kursus yang lain. Tetapi jika perkara ini masih tidak ada maklum balas dari pihak Unirazak, bagaimana dengan status kami.
Pusat pengajian swasta enggan memulangkan duit PTPTN pelajar
Saya merupakan pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta di Mantin, Negeri Sembilan. Saya bakal menjadi graduasi pada masa beberapa bulan akan datang. Saya mengadu ini untuk mewakili diri saya dan juga rakan-rakan yang lain yang mendapat pinjaman PTPTN untuk pembiayaan pembelajaran peringkat diploma di kolej ini. Kami sepatutnya mendapat pulangan baki dari kolej yang telah diproses oleh PTPTN yang jumlahnya mencecah puluhan ribu.
Masalah kami bermula apabila pihak kolej telah menukarkan pembiayaan kami dari MARA ke PTPTN. Setelah semua yuran telah diproses oleh PTPTN kepada kolej ini pada tahun ini, kami ingin menuntut hak kami. Apa yang mendukacitakan kami ialah, setiap kali kami bertemu dengan pihak yang berkaitan, mereka menegaskan ia masih dalam proses dan kami harus menunggu.
Penipuan yuran pengajian di KLMU
Salam Sejahtera, saya mewakili sebilangan pelajar di KLMU ingin membuat aduan tentang pembayaran yuran belajar di KLMU. Dalam kes saya, saya baru sahaja tukar course di KLMU dan telah membuat “credit transfer” untuk subject yang saya telah buat dan bayar. Bila saya mahu membuat bayaran untuk sem terkini saya diberitahu oleh pihak kolej bahawa sumer yuran akan di bayar mengikut semester dan bukan ikut subject yg saya ambil termasuk subject yang telah saya buat sebelom ini.
Ape motif mereka untuk buat begini? Saya telah buat “credit transfer” dan sepatut nyer saya tidak perlu membayar untuk subject itu dan sekarang mereka suruh saya bayar jugak? Kalo macam itu ape guna nyer saya membuat “credit transfer” ..saya tidak mengamil subject itu tapi saya kena bayar juga?





