Dimana nilai ISMP kami?

Persoalam yang membelenggu graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) selama setahun kini sudah terjawab. Ramai yang sudah ditempatkan di sekolah-sekolah menengah dan ada segelintir yang masih menjadi calon simpanan. Namun, pada masa yang sama ramai yang mungkin tidak menyedari masih ada graduan ISMP yang tidak mendapat sebarang respon positif untuk dipanggil temuduga apatah lagi berpeluang untuk berkhidmat di sekolah. Kami yang merupakan graduan ISMP (Open market) sehingga ke hari ini masih dalam belenggu kerana tidak berpeluang untuk menjalani temuduga dan berkhidmat di sekolah kerajaan.

Persoalan paling ketara, adakah hanya kerana kami dalam golongan ‘pasaran terbuka’ tidak layak untuk menerima hak yang sama seperti graduan ISMP yang lain. masalah ini sangat menyakitkan golongan kami yang rata-rata masih menjadi penganggur. Tiada perbezaan yang menjarakkan antara golongan ISMP dan ISMP (open market) sepanjang tempoh pengajian di IPTA sebelum ini. Tempoh pengajian kami selama 4 tahun, menjalani praktikal di sekolah, menerima pembelajaran yang sama iaitu dilatih untuk menjadi seorang pendidik. Pendek kata’kami sama tapi tidak serupa’ kerana perbezaan kursus yang diambil.

Kami sangat berharap agar golongan yang berkenaan dapat meneliti semula untuk membantu dan membela nasib kami yang kurang baik. Masalah kami akan tetap berlanjutan sekiranya tiada pihak yang membantu untuk pencerahan sekaligus menyelesaikan kekusutan ini. kami berharap agar masalah ini mendapat perhatian sewajarnya. Sekian.

Muhamad Zulkiffli

Pelatih IPG dinafikan hak elaun praktikum

Kami seramai 25 orang pelajar jurusan B.Ed TESL ( Ijazah berkembar luar negara -IPGM)merupakan guru pelatih IPGM di sebuah IPG yang terletak di pusat bandar Kota Kinabalu, Sabah. Pada Januari 2013, kami telah menjalani latihan praktikum di sekolah menengah sekitar Kota Kinabalu selama 3 bulan. Permasalahan kami ialah, sehingga kini kami masih belum dibayar elaun praktikum kami seperti yang dijanjikan di dalam taklimat praktikum.Untuk makluman, kami diberitahu bahawa kami akan menerima elaun sebanyak RM 10 sehari untuk menjalani latihan praktikum kami. Namun, setelah setahun berlalu, kami masih belum menerima elaun kami.

Lebih malang lagi, kami telah menghubungi pihak IPGM tersebut dan diberitahu bahawa kami sebenarnya tidak layak menerima elaun praktikum. Ini amat mengejutkan kami kerana sebelum ini, kami telah diberi taklimat bahawa kami bkl menerima sekitar RM 600 untuk elaun praktikum kami, seperti mana yang telah diterima oleh rakan sepengajian kami( program ijazah berkembar b.ed tesl dengan universiti luar negara) di IPG lain spt di Kampus Kota Bharu, Darul Aman, Ipoh, dan Bahasa Antarabangsa.

Pada pendapat kami, jawapan yang diberi oleh pihak IPG kami amat meragukan dan kami berharap agar pihak tuan dpt menjalankan siasatan mengenai integriti sistem pentadbiran kami. Amat memalukan membuka pekung sebuah institusi pendidikan guru di mana kami menimba ilmu, namun kami merasakan kami adalah pihak yang tertindas. Kami tidak mahu sistem pentadbiran IPGM yang tidak baik ini menjejaskan kualiti guru guru yang bakal dihasilkan.

GAYA YANG LANSUNG TIDAK BERGAYA

By: umaira

Skim Gaji Pensyarah IPTA Perlu Perubahan

Skim gaji pensyarah ipta perlu perubahan. Ini memandangkan bidang tugas seorang pensyarah adalah luas dan pelbagai. Pensyarah ipta perlu menyumbang dlm perkara2 spt pengajaran, penyeliaan pelajar ijazah tinggi dan penilaian tesis, membentang kertas kerja, menerbitkan makalah dlm jurnal dan menerbitkan buku ilmiah, berkhidmat kpd universiti, berkhidmat kpd masyarakat dll.

Jika dibandingkan dengan skim gaji guru, gaji pensyarah ipta sudah ketinggalan di belakang. Seorang pensyarah yg berkelulusan phd yg berkehendakkan kenaikan pangkal perlu mengisi borang dan menyediakan dokumen sokongan yg rumit dan banyak. Kemudian perlu melalui temuduga yg belum tentu berjaya. Berbanding dgn guru yg hanya mempunyai ijazah pertama tidak perlu ditemuduga dan mengisi borang yg rumit.

Guru kini menikmati skim kenaikan pangkat berbentuk ‘time based’. Dalam masa 22 tahun bertugas  pangkat atau gred gaji guru bersamaan dgn pensyarah kanan dan 25 tahun bersamaan dengan profesor madya di universiti. Sudah tiba masanya skim gaji pensyarah dilihat semula dan dibuat perubahan.

By: zainal jamal

Ugutan dari pihak Linguaphone

Perkara yang saya ingin utarakan ialah Ugutan Pihak Linguaphone. Semasa tahun pertama pengajian di IPTA, ada seorang jurujual Linguaphone menarik tangan saya secara tiba-tiba. Beliau menjelaskan tentang produk tersebut. Pada mulanya saya tidak berminat dengan produk tersebut, tetapi dengan pujukan beliau, saya telah bagi deposit kepada beliau.

Beliau berkata bayaran selebihnya boleh dibuat pada bila bila masa sahaja. Sehingga sekarang mereka kerap menelefon saya untuk menjelaskan bayaran tersebut. Sudah 2 tahun mereka menggugut saya dengan kata-kata kasar jikalau saya tidak menjelaskan bayaran tersebut. Sehingga kini mereka menghantar surat ke alamat rumah saya. Dalam kandungan surat tersebut, mereka telah mengenakan saya dengan kadar cas bunga yang sangat tinggi. Sehingga kini mereka berkata kadar bunga yang tertunggak sebanyak RM535.

Mereka juga berkata hendak memberi surat peguam dan nama saya akan disenaraikan sebagai CTOS. Kenapa mereka sanggup menganiaya pelajar. Saya harap pihak tertentu segera membantu keadaan saya yang serba daif ni.

By: shah

94 Graduan ISMP Belum Posting

Kami (94 graduan ISMP IPTA) tidak tahu sama ada adakah semua pihak dalam KPM dan SPP sudah maklum atau tidak akan isu 94 graduan yang tercicir dalam temuduga Mac 2012 sama ada kerana gagal dalam temuduga tersebut atau tidak dibenarkan temuduga kerana dokumen yang tidak lengkap. Beberapa kali isu ini telah diutarakan, tetapi setiap kali berhubung dengan mana-mana pegawai, soalan yang sama ditanya berulang kali seolah memang tiada tindakan langsung diambil untuk menyelesaikan masalah ini atau tiada pegawai yang dilantik untuk menguruskan hal ini. Keputusan temuduga Mac 2012 telah dibacakan oleh TPM dalam sidang media

Selepas keputusan posting pada Mei 2012 yang lalu, kami terus merayu untuk diberi peluang temuduga kali kedua. Tetapi sehingga saat ini, suara kami hanya dipandang sepi. Kali terakhir KPM yang diwakili oleh Dr. Puad Zarkashi hanya mengumumkan 63 graduan ISMP 2011 akan diberi peluang temuduga kali kedua (23/11/2012). Tetapi tetap tiada tindakan susulan. Dan selebihnya, tidak diberitahu akan status mereka. Adakah KPM dan SPP hanya mampu memberi jawapan ‘kami tidak tahu’ setiap kali kami bertanya tentang permohonan temuduga kali kedua bagi kami?

Pegawai KPM, En. Amran pernah membuat kenyataan sebelum keputusan posting diiumumkan oleh TPM pada Mei 2012 bahawa :

Sekiranya gagal dalam temuduga. Tunggu untuk temuduga seterusnya. Kebiasaannya peratusan yang gagal hanya sedikit. Kegagalan temuduga bukan berdasarkan jumlah graduan bagi opsyen tersebut tetapi bergantung kepada penilaian penemuduga terhadap persediaan menjadi guru berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Boleh cuba membuat rayuan melalui surat kepada SPP. Walaubagaimanapun perlu mohon semula dengan graduan junior yang lain. Graduan yang gagal dalam interview ini perlu juga bersaing dengan graduan junior untuk penempatan seterusnya. Bagi yang gagal, perlu memohon semula untuk temuduga.Sumber 

Bila kami mengajukan soalan kepada SPP, mereka menjawab hanya menunggu senarai nama dari KPM. Bagi pihak tuan/puan yang tidak maklum tentang keputusan posting Mei 2012 yang lalu, di sini kami nyatakan kembali  keputusan tersebut berdasarkan kenyataan TPM pada 27 April 2012 :

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) amat prihatin dengan  masalah yang dihadapi oleh graduan pendidikan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan telah mengambil langkah-langkah prakmatik dalam menyelesaikan soal penempatan mereka di sekolah-sekolah KPM.

Beberapa ketetapan dan penyelarasan telah dibuat bagi memastikan graduan ISMP yang belum ditempatkan dapat diserapkan di sekolah-sekolah bermula Mei ini.

Seramai 5,510 graduan IPTA telah mendapat panggilan temuduga dari Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) mulai Januari tahun ini. Proses temuduga telah diadakan secara berfasa.

Seramai 4,953 graduan telah hadir dan dari jumlah tersebut SPP terpaksa menolak 32 graduan kerana gagal mengemukakan dokumen lengkap sementara 557 calon dianggap menolak tawaran temuduga apabila mereka tidak menghadirkan diri pada hari temuduga itu dijalankan.

Seramai 4,859 graduan telah berjaya dalam temuduga manakala 62 graduan telah gagal kerana tidak memenuhi empat (4) elemen yang dinilai iaitu keterampilan diri dan sikap, keupayaan berfikir dan kemahiran berkomunikasi, pengetahuan am dan isu semasa pendidikan serta pengetahuan bidang tugas.

Bagi sejumlah 4,859 graduan yang berjaya dalam temuduga, 29 graduan telah diberi penempatan ke Pusat Anak Permata Negara pada 8 April lalu.

Baki 4,830 graduan pula akan diberi penempatan secara berfasa. Penempatan Fasa 1 akan dilaksanakan pada 23 Mei 2012 dengan melibatkan 4,671 graduan.

Daripada jumlah itu, seramai 4,116 graduan akan ditempatkan di Sekolah Menengah, 439 akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan, 98 di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan 18 di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

Baki 159 pula akan ditempatkan di Sekolah Menengah dalam Penempatan Fasa 2 pada bulan Julai 2012 .

Pecahan graduan ISMP mengikut IPTA adalah seperti berikut :

Universiti Utara Malaysia (90), Universiti Sains Malaysia (368), Universiti Teknologi Malaysia (185), Universiti Perguruan Sultan Idris (3,017), Universiti Pertanian Malaysia (482), Universiti Malaya (308), Universiti Sains Islam Malaysia (54), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (105), Universiti Kebangsaan Malaysia (330), Universiti Teknologi Mara (132), Universiti Islam Antarabangsa (53) dan Universiti Malaysia Sabah (214).

Pada Januari 2012, KPM telah melantik 2,397 graduan IPTA daripada 5,510 graduan sebagai Guru Interim bagi memenuhi keperluan pengisian guru-guru di Sekolah Menengah. Berikutan penempatan ini, perkhidmatan Guru Interim tersebut akan ditamatkan. Walaubagaimanapun, Guru Interim yang berjaya temuduga akan ditempatkan dan dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) pada 23 Mei 2012 berdasarkan keperluan pengisian mengikut opsyen pengajaran di Sekolah Menengah, Sekolah Kebangsaan, SJKC dan SJKT.

Guru Interim adalah guru yang dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri bagi mengisi kekosongan sementara di sekolah-sekolah KPM. Perkhidmatan mereka adalah sehingga akhir tahun 2012 dan boleh ditamatkan dengan notis sebulan apabila terdapat bekalan guru tetap yang diterima dari SPP. Sumber

Berdasarkan kenyataan media ini menjadikan kami sekarang tinggal 94 orang sahaja yang masih berjuang untuk mendapatkan posting. Harap pihak-pihak yang terlibat jelas akan situasi sebenar dan masih punya timbang rasa untuk membela nasib kami. Sedangkan 60% daripada 13000 GSTT dulu boleh diserap terus ke dalam jawatan guru, takkan tiada langsung peluang bagi kami untuk menuntut posting setelah 4 tahun berusaha mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Kami tidak kisah bersaing dengan junior-junior kami, asalkan kami diberi hak yang sama adil. Bukan dipinggirkan terus dengan jawapan berterusan seperti ‘TIDAK TAHU’. Sekian, terima kasih.

‘JANJI MASIH BELUM DITEPATI’

Keselamatan pelajar UMS Sandakan

Saya salah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan ingin membuat aduan berkaitan dengan keselamatan kami. Untuk pengetahuan pihak tuan penceroboh sulu itu sudah berada hampir dengan kampus kami. Kami berasa tidak selamat dengan situasi semasa ini.

Ketika kami keluar ke pasar raya Giant, salah seorang kawan saya terdengar bunyi tembakan. Kampus kami terletak di pedalaman yang dikelilingi dengan ladang kelapa sawit iaitu batu 10 sungai batang ini menyebabkan peluang untuk mereka menyerang kami juga tidak terjangka. Kami tidak dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa dan emosi kami juga terganggu kerana kami tidak dapat membezakan antara orang tempatan dengan penceroboh sulu.

Peluang untuk penceroboh terbabit untuk menjadikan kami sebagai tebusan juga sangat tinggi kerana kawasan kampus kami yang sunyi dan berhampiran dengan sg. manila. Kami sentiasa dihimpit ketakutan dan ada juga yang mengalami trauma akibat terdengar bunyi tembakan. Kinabatangan yang berada hampir dengan kami juga telah diceroboh, bantulah kami untuk kami balik ke kampung halaman untuk menjamin keselamatan kami.

Untuk pengetahuan pihak tuan jarak antara kampus kami dengan lahad datu lebih kurang 100km manakala jarak antara kinabatangan dengan kampus kami 80km. Kawalan keselamatan kampus kami juga hanya membekalkan seramai 8 orang pengawal sahaja untuk memerhatikan kami seramai 250 orang pelajar, kami berasa terancam dan sangat takut. Kami harap pihak tuan dapat memberi kami semua cuti dan menangguhkan pengajian kami buat sementara waktu sehingga situasi ini reda. Terima Kasih

By: Anisah

Sistem Penempatan PISMP Kucar-Kacir

Melihat kepada dunia pendidikan di malaysia sekarang, begitu banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. Begitu juga banyaknya langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memajukan dan menambahbaik kualiti pendidikan negara sejajar dengan dasar-dasar yang dirancang secara jangka masa pendek mahupun panjang.

Kualiti institusi pendidikan negara tidak boleh tidak lari daripada mengambilkira pembangunan model insan guru terlatih dan bersahsiah unggul. Justeru pemantapan insan guru dibentuk melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bertempat di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program ini berjalan dengan lancar bersama beberapa penambahbaikan kurikulum dan kokurikulum serta program-program kerohanian sepanjang 5 tahun setengah pengajian. Sehingga kini Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah melahirkan beribu-ribu guru terlatih bersahsiah unggul di bawah program PISMP sejak tahun 2011. Bagi kohort keluaran tahun 2012 juga tidak kurang hebatnya menerima pujian dan menjadi kebanggaan sekolah-sekolah tempat mereka berkhidmat.

Perkara ini disifatkan sebagai amat berbaloi dengan pelaburan kerajaan persekutuan di bawah peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang menawarkan elaun pengajian kepada guru pelatih tanpa perlu meminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Peruntukan yang berjuta itu kemudian dibayar semula dengan perjanjian kontrak perkhidmatan di bawah fasal 2.7 (a) di mana guru pelatih dikehendaki untuk berkhidmat dengan  KPM setelah tamat pengajian selama 5 tahun. Tempoh perkhidmatan ini dilihat setimpal dengan peruntukan elaun yang telah banyak dibelanjakan ke atas guru-guru pelatih. Maka dengan ini, jelas ia adalah pelaburan jangka masa panjang yang berbaloi oleh pihak KPM.

Namun, apa yang terjadi di tahun 2013? Kohort ketiga di bawah program yang sama menghadapi pelbagai kesulitan menjelang tahun 2013 setelah menamatkan pengajian pada penghujung Disember 2012. Guru-guru pelatih terpaksa mengisi borang penempatan dari KPM, bahkan terpaksa mengisi lagi borang di Jobsmalaysia seperti graduan lain. Tidak cukup dengan itu, tiada satu kata putus diberikan oleh pihak KPM mengenai status penempatan kohort ini yang secara keseluruhannya mencecah 3700 orang ,sehinggalah pada pertengahan bulan Januari 2013.

Berita penempatan pada waktu tersebut diterima baik oleh graduan-graduan guru pelatih ini, tetapi amat menyedihkan apabila hanya kurang separuh daripada jumlah asal mereka ditempatkan sebagai guru interim. Mereka diinterimkan berdasarkan keperluan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan India (SJK(C), SJK(T)) di seluruh negara. Walaubagaimanapun mereka tetap bersyukur dengan rezeki yang diterima sekalipun interim itu bukanlah sebagai guru tetap. Tidak cukup dengan itu, timbul pula permasalahan di mana ada di antara mereka tidak diterima di sekolah-sekolah yang telah dihantar. Kes-kes ini berlaku di sekitar Selangor kebanyakkannya dan beberapa buah negeri lain. Jadi, bagaimana KPM mengatur hal ini? Adakah hanya umpama melepaskan batok di tangga?

Berbalik pula kepada nasib graduan guru-guru pelatih yang berbaki terpaksa menganggur dan bekerja sambilan berikutan tidak dapat bekerja tetap kerana terikat dengan kontrak KPM. Rata-rata di antara mereka ada yang telah berkahwin bahkan menimang cahaya mata dan juga bakal berumahtangga. Kewangan yang tidak menentu dan pekerjaan yang tidak tetap umpama mereka digantung tidak bertali oleh bakal majikan iaitu KPM sendiri. Apakah benar KPM tidak menjanjikan penempatan pada graduan PISMP? Jika benar, mengapa mengikat kontrak dengan guru-guru pelatih ini?

Penjelasan demi penjelasan telah dan sedang diraih dari pelbagai pihak. Kini tiba masanya untuk suara graduan IPGM kohort ketiga didengar oleh rakyat Malaysia. Bukan untuk memperlekehkan usaha KPM. Tapi sekadar menimbulkan persoalan mengapa penempatan mereka amat lewat dan begitu susah mahu memberi kenyataan tarikh tertentu? Persoalan lain pula, adalah suatu yang pelik apabila KPM melewatkan penempatan graduan-graduan ini tatkala sekolah-sekolah sedang tenat kerana guru yang tidak mencukupi.

Ironinya adalah isu ini terjadi tatkala graduan guru-guru pelatih ini begitu bersemangat mahu memikul beban tugas sebagai seorang guru yang begitu mencabar sekarang ini. Mereka amat berkeyakinan dan optimis dengan aspirasi pendidikan negara kerana telah diterapkan dengan begitu banyak pendedahan sewatu menuntut di IPGM. Mereka juga sentiasa cakna dengan perubahan sistem dan keperluan pendidikan negara bahkan pelbagai inovasi baharu telah dikaji dan diaplikasikan sepanjang mereka menjalani tempoh praktikum dahulu. Apakah masalah yang dihadapi sekarang akan memudarkan semangat mereka untuk menjadi seorang insan guru yang unggul? Ia bergantung pada pertimbangan KPM yang lebih arif.

Demi merungkaikan masalah ini, diharap pihak yang bertanggungjawab dapat meneliti perkara ini sedalam-dalamnya. Kita tidak mahu tenaga kerja yang dilatih menggunakan wang negara sejak bertahun-tahun tidak digunakan sepenuhnya. Di mana letaknya isi yang terpampang di dinding-dinding sekolah dan pejabat-pejabat pelajaran seluruh negara yang mengatakan, “…mengoptimumkan penggunaan tenaga profesional di sekolah…”. bagaimana ingin mengoptimumkan penggunaan tenaga andaikata sumbernya tidak diserap ke sekolah-sekolah? Janganlah kerana mahu menjaga hati sesetengah pihak untuk kepentingan dan agenda lain, sehinggakan sanggup membazirkan apa yang telah dibina dan dididik selama ini. Usah biarkan yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Yang benar,

Graduan IPGM Menganggur

By: YUSUF Y

Insititut Pendidikan guru tidak diselenggara dengan baik

Saya ingin  membuat aduan mengenai  keadaan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya, Kota Kinabalu Sabah yang berada dalam keadaan tidak memuaskan. Faciliti seperti tandas, asrama berada dalam keadaan teruk, toilet tidak dapat dibaiki, keadaan asrama yang kotor dan sebagainya.

Begitu juga dengan keadaan kelas, kemudahan LCD tidak diselenggara dengan baik, malah pelajar yang perlu membeli LCD sendiri. keadaan kelas yang tidak kondusif untuk proses pengajaran and pembelajaran berlansung. Bangunan ditumbuhi kulat dan lain2

Begitu juga dengan jalan ke asrama yang berlobang dan boleh mengundang bahaya kepada pengguna kenderaan.

Saya tidak pasti jika inilah keadaan untuk melatih bakal guru, saya risau akan sistem pendidikan Malaysia suatu hari nnt

By: Nur

Rumah sewa mahal bagi pelajar Politeknik Merlimau Melaka

Saya pelajar Politeknik Merlimau Melaka ingin membuat aduan tentang harga rumah sewa yang tidak berpatutan. Pelajar dikenakan bayaran RM1000 untuk rumah sewa dengan alasan terdapat sedikit ubah suai di dalam rumah tersebut (bilik air).

Walaupun terdapat rumah sewa yang mengenakan bayaran yang murah, saya sebagai pelajar senior amat sedih apabila mendengar aduan dari pelajar junior yang tidak mempunyai banyak pilihan kerana rumah sewa penuh di kawasan yang berdekatan yang memerlukan mereka berjalan kaki ke kelas. Saya juga ada menelefon tuan rumah tersebut bagi mendapatkan harga yang lebih berpatutan tetapi di marah dan disuruh meminta sewa rumah murah di pusat kebajikan. -5 julai 2012

By: sham

Kekurangan asrama bagi pelajar-pelajar di Matrik Gopeng

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Saya merupakan penjaga kepada salah seorang pelajar semester 3 di Matrik Gopeng, Perak. Isnin lalu pelajar-pelajar semester 3 telah melapor diri ke Matrik setelah cuti semester. Tetapi apa yang sangat mendukacitakan, pelajar-pelajar tersebut tidak mempunyai bilik asrama tempat tinggal. Ini berlaku (dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan) disebabkan pihak pengurusan Matrik Perak telah tersilap menerima pelajar baru bagi sessi tahun 2012 yang berlebihan.

Pelajar-pelajar senior terpaksa di tempatkan di rumah2 felo walhal rumah tersebut tidak dilengkapi dengan sebarang peralatan atau perabot seperti meja, kerusi, loker bagi kegunaan pelajar2 tersebut. Malah ada juga yang terpaksa duduk di dalam stor kerana satu rumah felo perlu diisi 10-15 orang penuntut. Setelah ada ibu bapa yang membuat aduan di Kementerian Pelajar Malaysia, pelajar-pelajar tersebut telah diarahkan keluar dan menumpang dibilik-bilik penuntut baru.

Masalahnya bilik2 yang dihuni penuntut2 baru juga telah penuh namun dan padat, malah pelajar2 senior ini juga terpaksa dipisahkan dengan setiap orang perlu menumpang di bilik penuntut yang baru. Perkara ini akan menyebabkan penuntut tidak dapat belajar dan tinggal dengan selesa menyusahkan pelajar2 senior jika mereka perlu berdiskusi @ mentelah bersama2 di sebabkan setiap dari mereka terpisah di bilik yang berasingan.

Saya mohon pihak yang berkenaan agar dapat menyiasat dan menangani masalah ini dengan kadar SEGERA agar tiada penuntut yang tercicir @ gagal disebabkan masalah ini.

By: Rozi

Risau projek bangunan fakulti kejuruteraan UM tidak siap ikut jadual

Saya selaku wakil kepada pelajar yang menuntut fakulti Kejuruteraan UM, ingin meluahkan kerisauan tentang kegagalan pihak kontraktor menyiapkan projek Bangunan Baru Blok Bangkel Kejuruteraan yang telah bermula pada jun 2011 dan dijangka siap pada September 2012 ini. Perkembang terkini(16/5/2012) kerja-kerja piling baru 10% dan bila dilihat sekarang kerja2 piling tidak bergerak.

Pihak kami juga ada mendengar tentang masalah dengan pihak perunding serta pihak kontraktor sendiri yang tidak dapat tangani oleh TNC Pembangunan sendiri. Pihak kami juga mendapat maklumat Berkenaan dengan kontraktor yang di lantik adalah kontraktor yang bermasalah di mana sampai sekarang projek MRSM di perlis masih tidak di siapkan walaupun sudah mendapat lanjutan masa selama DUA tahun lebih di mana projek itu sepatutnya siap pada awal 2010.

Status sekarang projek MRSM tersebut telah di ambil alih oleh pihak ke-3, dimana pihak kontraktor sudah tidak mempunyai kemampuan untuk menyiapkannya. Inilah menjadi kerisauan pihak kami, sekiranya bangunan ini gagal siap dlm masa yang ditetapkan malah mungkin kelewatan mungkin mengambil masa 2 hingga 3 tahun lagi akan siap serta kegagalan pihak Jabatan Pembangunan UM yang di ketuai TNC Pembangunan sendiri menyelesaikan masalah ini (sudah terkenal dgn suka melewatakan penyiapan projek di UM) akan menganggu pencapaian mengengam segulung ijazah.

By: Wan sabri

Tolong Kami di IPG

Sejak 2006 kami para pensyarah di IPG dihidangkan dengan pelbagai cerita yang menarik. Namun setelah hampir 6 tahun berlalu semuanya tinggal janji. Di sini saya suarakan beberapa isu di IPG (Institut Pendidikan Guru):

  1. Mulai tahun 2008 kami dipaksa kerja 8 jam mulai jam 8 hingga 5 petang. Kerja 8 jam seminggu ini tanpa ada sebarang punca kuasa yang jelas. Kami dipaksa bekerja 8 jam tanpa diberikan hak kami seperti cuti 35 hari setahun dan kelayakan yang seharusnya kami dapat kerana bekerja 8 jam seminggu.
  2. Kemudahan di IPG sangat terhad. Tiada kemudahan asas yang baik seperti perpustakaan, kemudahan sukan (track yang sangat teruk), dan kemudahan jurnal online yang disediakan oleh IPTA. Kemudahan bilik darjah sangat daif tanpa penghawa dingin dan bilik darjah sangat panas seperti mengajar di ketuhar.
  3. Kepimpinan di semua peringkat, samada di peringkat IPGM mahupun di IPG Kampus yang sangat tidak berkualiti. Rektor kami sangat tidak kompeten. Tetapi anehnya kontraknya disambung sahaja. Sementara di peringkat IPG Kampus lagi teruk. Kami dilayan seperti kuli di stesyen keretapi di India.
  4. Kemudahan grant untuk penyelidikan yang tiada langsung. Semasa kami di bawah BPG grant ini akan diagihkan kepada Maktab Perguruan dengan memilih satu atau dua artikel yang baik untuk diketengahkan di peringkat pusat. Sekarang ini jauh panggang dari api.

Mohonlah pihak yang berkenaan meneliti perkara ini kerana kami di IPG Kampus sudah tak larat menyuarakan keluhan kami namun tiada kesampaian. InsyaAllah PRU ke 13 kami akan mengundi Pakatan Rakyat kerana kerajaan Barisan Nasional tidak mempedulikan kami.

Sekian

Pensyarah Kecewa.

By: Mat Soto

Keputusan Ujian MEdSI tidak adil!

Saya adalah graduan diploma dari sebuah universiti pendidikan. Saya dan rakan-rakan graduan menghadapi masalah di mana kami tidak mendapat penempatan dalam menduduki Ujian MEdSI. Ujian MEdSI ini adalah amat penting bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Tanpa Ujian MEdSI ini kami tidak akan dapat penempatan di universiti yang mempunyai pendidikan.

Kami berasa tidak patut, hal ini kerana pihak MPM seharusnya memberi peluang kepada pelajar khususnya pelajar yang mempunyai asas pendidikan untuk menduduki ujian Medsi dan selepas itu barulah ditetapkan sama ada kami layak atau tidak untuk menduduki fasa seterusnya iaitu temuduga. Tindakan pihak MPM yang menolak permohonan kami secara mentah tanpa memberi peluang kepada kami untuk menduduki ujian medsi adalah tidak wajar sama sekali.

Pada pandangan kami, seharusnya calon diberi peluang untuk menduduki Ujian MEdSI dan hasil daripada keputusan Ujian MEdSI tersebut barulah boleh dijadikan syarat untuk menduduki fasa seterusnya. Kami juga berasa sangat duka cita apabila diberitahu bahawa Ujian MEdSI ini tidak dibenarkan untuk membuat rayuan.

Jadi persoalan yang ingin saya bangkitkan apa kriteria yang diperlukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dalam menduduki Ujian MEdSI? Bantulah kami menghadapi masalah ini. Hal ini kerana ia melibatkan masa depan kami. Apa kriteria yang kami tidak cukup sehingga kami tidak layak. Sepatutnya kami dilayan sama rata. Adakah keputusan final kami tidak mencukupi? Adakah kerana SPM kami tidak bagus dan tidak layak untuk menjadi seorang pendidik.

Apa yang dikesalkan pelajar yang tidak minat dalam pendidikan mendapat peluang keemasan ini. Namun bagi kami yang tertunggu-tunggu ini tidak diberi peluang. Kami bukan ini serkap jarang, tapi kami merasakan pemilihan bagi penempatan Ujian MEdSI ini dilakukan secara rawak. Saya wakil pelajar pendidikan berharap isu ini dapat dipertimbangkan. Tolonglah bantu kami. Segala pertolongan amat dihargai

By: wakil pelajar pendidikan