IPTA | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Archive for the ‘IPTA’ Category

Keselamatan pelajar UMS Sandakan

Saya salah seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah Kampus Sandakan ingin membuat aduan berkaitan dengan keselamatan kami. Untuk pengetahuan pihak tuan penceroboh sulu itu sudah berada hampir dengan kampus kami. Kami berasa tidak selamat dengan situasi semasa ini.

Ketika kami keluar ke pasar raya Giant, salah seorang kawan saya terdengar bunyi tembakan. Kampus kami terletak di pedalaman yang dikelilingi dengan ladang kelapa sawit iaitu batu 10 sungai batang ini menyebabkan peluang untuk mereka menyerang kami juga tidak terjangka. Kami tidak dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa dan emosi kami juga terganggu kerana kami tidak dapat membezakan antara orang tempatan dengan penceroboh sulu.

Read the rest of this entry »

Sistem Penempatan PISMP Kucar-Kacir

Melihat kepada dunia pendidikan di malaysia sekarang, begitu banyak cabaran yang terpaksa ditempuhi. Begitu juga banyaknya langkah-langkah diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memajukan dan menambahbaik kualiti pendidikan negara sejajar dengan dasar-dasar yang dirancang secara jangka masa pendek mahupun panjang.

Kualiti institusi pendidikan negara tidak boleh tidak lari daripada mengambilkira pembangunan model insan guru terlatih dan bersahsiah unggul. Justeru pemantapan insan guru dibentuk melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bertempat di Institut Pendidikan Guru di seluruh Malaysia. Program ini berjalan dengan lancar bersama beberapa penambahbaikan kurikulum dan kokurikulum serta program-program kerohanian sepanjang 5 tahun setengah pengajian. Sehingga kini Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) telah melahirkan beribu-ribu guru terlatih bersahsiah unggul di bawah program PISMP sejak tahun 2011. Bagi kohort keluaran tahun 2012 juga tidak kurang hebatnya menerima pujian dan menjadi kebanggaan sekolah-sekolah tempat mereka berkhidmat.

Read the rest of this entry »

Insititut Pendidikan guru tidak diselenggara dengan baik

Saya ingin  membuat aduan mengenai  keadaan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Gaya, Kota Kinabalu Sabah yang berada dalam keadaan tidak memuaskan. Faciliti seperti tandas, asrama berada dalam keadaan teruk, toilet tidak dapat dibaiki, keadaan asrama yang kotor dan sebagainya.

Begitu juga dengan keadaan kelas, kemudahan LCD tidak diselenggara dengan baik, malah pelajar yang perlu membeli LCD sendiri. keadaan kelas yang tidak kondusif untuk proses pengajaran and pembelajaran berlansung. Bangunan ditumbuhi kulat dan lain2

Read the rest of this entry »

Rumah sewa mahal bagi pelajar Politeknik Merlimau Melaka

Saya pelajar Politeknik Merlimau Melaka ingin membuat aduan tentang harga rumah sewa yang tidak berpatutan. Pelajar dikenakan bayaran RM1000 untuk rumah sewa dengan alasan terdapat sedikit ubah suai di dalam rumah tersebut (bilik air).

Walaupun terdapat rumah sewa yang mengenakan bayaran yang murah, saya sebagai pelajar senior amat sedih apabila mendengar aduan dari pelajar junior yang tidak mempunyai banyak pilihan kerana rumah sewa penuh di kawasan yang berdekatan yang memerlukan mereka berjalan kaki ke kelas. Saya juga ada menelefon tuan rumah tersebut bagi mendapatkan harga yang lebih berpatutan tetapi di marah dan disuruh meminta sewa rumah murah di pusat kebajikan. -5 julai 2012

Read the rest of this entry »

Kekurangan asrama bagi pelajar-pelajar di Matrik Gopeng

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia. Saya merupakan penjaga kepada salah seorang pelajar semester 3 di Matrik Gopeng, Perak. Isnin lalu pelajar-pelajar semester 3 telah melapor diri ke Matrik setelah cuti semester. Tetapi apa yang sangat mendukacitakan, pelajar-pelajar tersebut tidak mempunyai bilik asrama tempat tinggal. Ini berlaku (dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan) disebabkan pihak pengurusan Matrik Perak telah tersilap menerima pelajar baru bagi sessi tahun 2012 yang berlebihan.

Pelajar-pelajar senior terpaksa di tempatkan di rumah2 felo walhal rumah tersebut tidak dilengkapi dengan sebarang peralatan atau perabot seperti meja, kerusi, loker bagi kegunaan pelajar2 tersebut. Malah ada juga yang terpaksa duduk di dalam stor kerana satu rumah felo perlu diisi 10-15 orang penuntut. Setelah ada ibu bapa yang membuat aduan di Kementerian Pelajar Malaysia, pelajar-pelajar tersebut telah diarahkan keluar dan menumpang dibilik-bilik penuntut baru.

Read the rest of this entry »

Risau projek bangunan fakulti kejuruteraan UM tidak siap ikut jadual

Saya selaku wakil kepada pelajar yang menuntut fakulti Kejuruteraan UM, ingin meluahkan kerisauan tentang kegagalan pihak kontraktor menyiapkan projek Bangunan Baru Blok Bangkel Kejuruteraan yang telah bermula pada jun 2011 dan dijangka siap pada September 2012 ini. Perkembang terkini(16/5/2012) kerja-kerja piling baru 10% dan bila dilihat sekarang kerja2 piling tidak bergerak.

Pihak kami juga ada mendengar tentang masalah dengan pihak perunding serta pihak kontraktor sendiri yang tidak dapat tangani oleh TNC Pembangunan sendiri. Pihak kami juga mendapat maklumat Berkenaan dengan kontraktor yang di lantik adalah kontraktor yang bermasalah di mana sampai sekarang projek MRSM di perlis masih tidak di siapkan walaupun sudah mendapat lanjutan masa selama DUA tahun lebih di mana projek itu sepatutnya siap pada awal 2010.

Read the rest of this entry »

Tolong Kami di IPG

Sejak 2006 kami para pensyarah di IPG dihidangkan dengan pelbagai cerita yang menarik. Namun setelah hampir 6 tahun berlalu semuanya tinggal janji. Di sini saya suarakan beberapa isu di IPG (Institut Pendidikan Guru):

  1. Mulai tahun 2008 kami dipaksa kerja 8 jam mulai jam 8 hingga 5 petang. Kerja 8 jam seminggu ini tanpa ada sebarang punca kuasa yang jelas. Kami dipaksa bekerja 8 jam tanpa diberikan hak kami seperti cuti 35 hari setahun dan kelayakan yang seharusnya kami dapat kerana bekerja 8 jam seminggu.
  2. Kemudahan di IPG sangat terhad. Tiada kemudahan asas yang baik seperti perpustakaan, kemudahan sukan (track yang sangat teruk), dan kemudahan jurnal online yang disediakan oleh IPTA. Kemudahan bilik darjah sangat daif tanpa penghawa dingin dan bilik darjah sangat panas seperti mengajar di ketuhar.
  3. Kepimpinan di semua peringkat, samada di peringkat IPGM mahupun di IPG Kampus yang sangat tidak berkualiti. Rektor kami sangat tidak kompeten. Tetapi anehnya kontraknya disambung sahaja. Sementara di peringkat IPG Kampus lagi teruk. Kami dilayan seperti kuli di stesyen keretapi di India.
  4. Kemudahan grant untuk penyelidikan yang tiada langsung. Semasa kami di bawah BPG grant ini akan diagihkan kepada Maktab Perguruan dengan memilih satu atau dua artikel yang baik untuk diketengahkan di peringkat pusat. Sekarang ini jauh panggang dari api.

Read the rest of this entry »

Keputusan Ujian MEdSI tidak adil!

Saya adalah graduan diploma dari sebuah universiti pendidikan. Saya dan rakan-rakan graduan menghadapi masalah di mana kami tidak mendapat penempatan dalam menduduki Ujian MEdSI. Ujian MEdSI ini adalah amat penting bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Tanpa Ujian MEdSI ini kami tidak akan dapat penempatan di universiti yang mempunyai pendidikan.

Kami berasa tidak patut, hal ini kerana pihak MPM seharusnya memberi peluang kepada pelajar khususnya pelajar yang mempunyai asas pendidikan untuk menduduki ujian Medsi dan selepas itu barulah ditetapkan sama ada kami layak atau tidak untuk menduduki fasa seterusnya iaitu temuduga. Tindakan pihak MPM yang menolak permohonan kami secara mentah tanpa memberi peluang kepada kami untuk menduduki ujian medsi adalah tidak wajar sama sekali.

Read the rest of this entry »

Masalah Koperasi Politeknik Kuching Sarawak

Saya merupakan student kat Politeknik ini selama beberapa semester dan semester kali ini iaitu sesi Disember 2011 merupakan paling teruk sekali dibandingkan dahulu. ini kerana pengurusan Koperasi Politeknik Kuching Sarawak yang tidak teratur masa buka dan tutup koperasi berkenaan. Pekerja dalam koperasi berkenaan kini gemar mengambil kesempatan dengan sesuka hati mengubah masa untuk koperasi tersebut untuk beroperasi.

Sebagai rujukan, dimaklumkan bahawa dalam bulan april koperasi berkenaan tidak akan buka pada waktu malam, tetapi secara tiba-tiba tanpa notis koperasi berkenaan buka pada waktu malam tanpa pengetahuan pelajar lain terutama pelajar perempuan yang agak jauh jarak dari asrama ke koperasi berkenaan. Ini menimbulkan kemarahan di kalangan pelajar lain yang mana koperasi tersebut hanya mengambil kesempatan dalam kesempitan terhadap pengguna.

Read the rest of this entry »

Nasib pensyarah pelatih perubatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang amat berhormat Dato’ Seri Muhammad Najib kerana menunjukkan keprihatinan beliau kepada nasib pejawat awam dengan cuba memperkenalkan SBPA baru-baru ini. Namun, berikutan ketidakpuasan hati ramai pejawat awam yang lain, ia telah dimansuhkan. Coretan ini ditulis berikutan permasalahan yang kembali timbul dengan pemansuhan tersebut.

Untuk makluman, saya adalah salah seorang dari penyarah pelatih perubatan di salah satu universiti awam. Sebelum saya meneruskan coretan ini, di harap semua maklum bahawa pensyarah pelatih perubatan adalah seorang doktor yang telah menyertai universiti bagi menjalankan tugas sebagai doktor dan juga bakal penyarah.

Read the rest of this entry »