Perkhidmatan Kakitangan Hospital Serdang Mengecewakan

Saya ingin membuat aduan atas sikap tidak profesional + tidak mesra pelanggan seorang doktor di hospital serdang ketika saya mendapatkan rawatan di sana semalam. Di bilik OT pada tarikh 13/6/2014, saya ada temujanji untuk pemeriksaan endoskopi pada pukul 7.30am.

Saya datang dengan tepat pada waktu yg diminta. Pada pukul 7.3am saya diberi bius.sampai pukul 10am (hampir 3jam) saya terpaksa menunggu doctor dengan keadaan saya yang dibius. Doctor dengan sikap yang tidak prihatin kepada pesakit kerana dia terpaksa gantikan tempat doctor yang sepatutnya rawat saya, dengan keadaan marah dia lakukan prosedur, kasar,emotional,dan tidak ada sikap prihatin kepada pesakit.saya ingin meminta pihak atasan HOSPITAL SERDANG sila ambil berat dengan sikap seorang DOKTOR yang tidak prihatin dan tidak profesional.sepatutnya seorang doktor tidak boleh membabitkan masalah peribadi kepada pesakit.

Setelah selesai, saya langsung tidak diberitahu atau dikonsultansi oleh doktor tersebut mengenai rawatan itu. Bila saya tanya kepada nurse yg bertugas mengenai result pemeriksaan, dia hanya jawab ‘pergi kaunter 5, kat sini takde doktor’. Bila saya pergi ke kaunter 5, hanya ada seorg nurse sahaja, doktor takde pun. Oleh kerana kecewa dgn layanan mereka saya ambil keputusan utk balik sahaja. Bukan itu sahaja, saya terpaksa menunggu hampir 2jam untuk dapatkan surat cuti sakit.#Kepada Doktor NANI.PLEASE!!ALERT!jgn dilakukan kepada pesakit lain.

Oleh: MOHD RAMZI

Jururawat Islam tidak dibenarkan memakai tudung

Kami yang beragama Islam tidak dibenarkan memakai tudung seperti KKM dan beberapa hospital yang lain. Kami yang dibenarkan memakai anak tudung sahaja. Kami pernah membuat permohonan untuk memakai tudung menutup leher tapi telah di tolak.

Alasan yang diberikan, tudung yang menutup leher boleh menyebabkan penyembaran kuman. Kami rasa tidak adil untuk jururawat Islam di Sunway Medical Centre.

By: Rosina

Prosedur di Hospital Kuala Lumpur tidak memmuaskan hati

Salam satu Malaysia,

Pakcik saya telah dimasukkan ke hospital besar kuala lumpur pada 9.11.2013. Pada mulanya pihak hospital telah memaklumkan kepada kami bahawa pakcik saya mempunyai batu karang dan akan membuat bedahan. Semasa pemeriksaan oleh doktor, apabila ditanya oleh kami bila pembedahan akan dibuat doktor menyatakan bahawa tidak kecukupan alat di hospital dan sekiranya cepat dapatkan rawatan di hospital swastan dan pakcik saya tidak akan mati hanya kerana batu karang. Inikah layanan yang diberikan kepada pesakit? memang diakui ramai pesakit tunggu gilira mereka.. Sekiranya betul dakwaan doktor itu, kenapakah kerajaan tidak dapat memperuntukkan dana untuk itu? apakah nilai nyawam orang yang berpendapatan rendah tidak berharga lagi?

Selepas tiga hari, pakcik saya memang tidak tahan dengan kesakitan dan isterinya telah merayu kepada staff nurse untuk memeriksanya dan seorang pakar telah memeriksa dia. Dan kini pakar tersebut menyatakan bahawa ianya bukan karang dan sebenarnya saluran darah telah pecah dan satu lagi telah tersumbat dan kemungkinan boleh menyebabkan jangkitan. pada 14.11.2013 pakar kata akan buat pembedahan pada 15.11.2013. Pada 15.11.2013, pihak hospital kata perlukan RM8,000. bagi alat untuk memberhentikan memisahkan kedua-dua saluran tersebut dan memintan kami untuk membuat aturan.

Kenapakah masa yang lama diambil oleh pihak hospital dan pada 15.11.2013 baru meminta duit untuk mendapatkan alat itu? dan menurut mereka akan membuat pembedahan pada 18.11.2013. Maklumlah pada 16.11.2013 & 17.11.2013 mereka curi rehat.Keadaan pakcik saya sudah bertambah teruk. pada 17.11.2013, kami diberitahu mereka masih cari alat tersebut yang sesuai. Pada 18.11.2013 tidak ada pembedahan dibuat.

Beginikah layanan diberikan kepada setiap pesakit dan apakah mereka akan bertanggungjawab sekiranya apa-apa berlaku kepada dia? Mereka hanya akan menulis laporan sahaja.

By: kavitha s

Tolong beri layanan baik untuk pesakit

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memohon maaf sekiranya apa yang saya ingin sampaikan ini menyinggung hati dan perasaan pihak kakitangan hospital. Tapi tolong anggap ini sebagai satu teguran yang boleh membantu mengubah kualiti dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak hospital agar lebih baik untuk kami semua rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

Untuk makluman pihak tuan, ayah saya telah menjalani X ray dan skan di sebuah klinik swasta dan mendapati terdapat batu karang hampir 3 berhampiran buah pinggang. Keadaan ini menyebabkan ayah saya sering sakit perut. Doktor swasta berkenaan mencadangkan agar ayah saya segera ke hospital Pulau Pinang untuk mendapat rawatan. Apabila ayah saya ke hodpital, beliau telah berjumpa dengan doktor muda berbangsa India yang sangat baik budi pekerti. Ayah saya senang dengan perkhidmatan dan layanan yang diberikan oleh doktor tersebut. Namun demikian, ayah saya diminta untuk membuat X ray dan ujian darah. Apabila ayah saya ke makmal untuk  manjalani ujian X Ray seperti yang diarahkan oleh doktor berkenaan, pihak pegawai yang bertugas seorang wanita muda yang sedang mengandung dengan nada kasar tidak mahu membuat ujian X Ray kepada ayah saya dan menyuruh ayah saya membuat ujian X Ray mengikut alamat tempat tinggal dengan alasan mereka sibuk, kerja banyak dan mereka tidak membuat ujian X Ray kepada orang yang tinggal di luar pulau. Jika ayah saya mahu membuat ujian X ray beliau perlu membawa surat doktor terlebih dahulu.

Ayah saya seorang warga emas sangat sedih dengan layanan tersebut dan terus ke   makmal darah untuk membuat ujian darah seperti yang di arahkan doktor. Namun demikian semasa di makmal, ayah saya mendapati pegawai di tempat tersebut telah bergaduh dengan seorang klien berbangsa cina. Selepas klien tersebut beredar, pegawai berkenaan telah memberiktahu ujian darah tidak boleh dibuat jika pihak makmal X Ray menolak untuk membuat ujian X Ray pada ayah saya. Ayah saya kembali dengan perasaan kecewa dan sedih kerana menerima layanan buruk dari bangsa sendiri sedangkan bangsa lain yang berpangkat dan bukan beragama Islam boleh memberi layanan yang baik. Ayah saya terpaksa menunggu dari pagi hingga jam 3.00 petang.

Saya berharap agar pihak berkenaan dapat memberikan perkhidmatan yang setimpal dengan gaji yang diterima setiap bulan. Tolong beri penjelasan yang baik dan profesional kepada klien terutamanya yang sakit dan tidak kasar. Apa yang kita buat pada hari ini, dinilai bukan sahaja didunia tapi juga diakhirat. Mungkun didunia kita terlepas, tapi diakhirat kita semua pasti akan mendapat pembalasan atas setiap perbuatan kita didunia ini.

Sekali lagi saya mohon maaf sekiranya apa yang saya sampaikan ini menginggung hati dan perasaan pihak hospital. Tapi sebagai seorang anak saya sedih dengan aduan yang disampaikan oleh ayah saya. Kita semua ada ayah dan ibu, semua kita mahukan layanan yang terbaik untuk ayah dan ibu kita masing-masing. Jadi saya mohon agar tolong beri layanan yang baik terutamanya kepada warga emas dan kanak-kanak.

By: iswaniza

Layanan buruk jururawat di Hospital Kuala Krai

Saya ingin membuat aduan mengenai sikap tidak bertanggungjawab staff nurse di wad rajawali, Tingkat 2, Hospital Kuala Krai. Ayah saya telah dimasukkan ke wad pada hari Khamis,7 November 2013. Ayah saya merupakan pesakit strok sejak 3 bulan yang lalu. ayah saya dimasukkan ke wad kerana masalah jangkitan kuman pada saluran pernafasan yang menyebabkn bengkak pada kerongkong, jangkitan kuman pada saluran urinari, masalah kurang haemoglobin dan luka di bahagian punggung (bedsore/ kudis tekanan).

Apa yang membuatkan saya tidak puas hati adalah layanan yang diberikan oleh kebanyakan staff nurse di wad tersebut yang tidak ikhlas bekerja, bersikap nkuarng sopan dan kasar pada pesakit. Mereka bekerja seperti terpaksa.

Pada keesokan hari, doktor yang bertugas untuk telah membuka balutan pada bedsore ayah saya dan hanya melapik dengan kain sahaja. Doktor berkenaan telah mengarahkan nurse melakukan dressing(mencuci luka). Namun begitu, tiada tindakan yang diambil walaupun beberapa kali diberitahu oleh saya dari tengahi sehingga waktu malam.Hal ini boleh menjadi punca infeksi pada luka ayah saya. Apabila staff nurse bertukar shif pada waktu malam, saya memberitahu staff nurse supaya dressing, dengan muka masam dan nada suara yang agak keras dia memberitahu saya mereka tidak melakukannya pada waktu malam dan menyatakan hanya staff nurse shif pagi sahaja ditugaskan melakukan prosedur tersebut. Staff nurse memberitahu saya jika dia tiada kerja baru akan datang. Saya menunggu sehingga pukul 11 malam tapi tiada seorang pun staff nurse yang datang.

oleh itu, saya meminta abang saya datang ke wad bersama barang2 untuk dressing dari rumah dan melakukan prosedur tersebut sendiri. Sehingga keesokan pagi masih tiada staff nurse yang datang bertanya pada saya tentang ayah saya. Ini menunjukkan betapa tipisnya sikap tanggungjawab dalam diri staff nurse di sana walhal sebelum mereka diambil bekerja mereka telah mengangkat sumpah akan berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan kepakaran mereka.

By: nor asiahadayu

Profesion Perubatan?

Jika seorang Doktor itu tidak tahu merawat pesakit,layakkah ia bergelar seorang Doktor?atau seorang Jururawat yang tidak mahu menjaga pesakit dibawah jagaannya,layakkah ia bergelar seorang Jururawat?

Kalau anda ingin tahu,inilah yang berlaku dalam profesion perubatan di hospital-hospital di dearah Kota Kinabalu.Ia sangat memalukan apabila seseorang yang bergelar Doktor sering kali bertanya maklumat pesakit kepada ahli keluarga atau penjaga pesakit sedangkan setiap maklumat pesakit telah direkod dalam data maklumat yang disimpan di hospital ataupun Kementerian Kesihatan Malaysia, begitu juga para jururawat yang terasa terbeban untuk menjaga pesakit dalam jagaan mereka.

Bercakap tentang jururawat yang mempunyai sikap seperti ini adalah satu sikap yang telah melanggar profesion kejururawatan dalam bidang perubatan,anda akan jumpa jururawat yang bersikap seperti ini di Pusat Penjagaan Lingzhi Kapayan.Bukan itu sahaja, Driver Ambulance sering tidak “available” apabila berkerja lebih masa atau jarak jauh dan yang lebih menyedihkan apabila seorang pesakit lumpuh seluruh badan tidak layak dihantar oleh ambulance tapi harus dibawa pulang oleh ahli keluarga melalui enisiatif sendiri dan dikeluarkan dari pusat jagaan hospital kerana dengan alasan tidak boleh dirawat tanpa melakukan sesi rawatan seperti fesioterapi dan rawatan yang berkaitan.

Hal ini berlaku sendiri kepada ahli keluargaku sendiri apabila pihak hospital megeluarkan ayahku dari pusat jagaan hospital tanpa mendapat rawatan yang sepatutnya dan begitu juga kepada para jururawat yang sering mengeluh apabila melakukan tugas mereka sendiri.Saya berharap agar pihak berwajib segera memantau masalah ini dan membuat tindakan sewajarnya kerana masalah ini boleh mencemar profesion perubatan di Malaysia.

By: Rahman

Layanan Buruk Pihak Hospital Pesakit Luar Lahad Datu

Saya ingin membuat aduan tentang layanan buruk pihak hospital Lahad Datu. Baru-baru ini, 19hb Ogos 2013(isnin), mak saya yang berumur hampir 60 tahun telah di layan dengan buruk oleh staff hospital pesakit luar Lahad Datu.

Pada mulanya, mak saya telah mendaftar dan mendapat nombor 300 lebih dan terpaksa menunggu lama. Apa bila berjumpa Dr. , mak saya di marah dan Dr. yang tak bertamadun pun meninggikan suara kepada mak saya yang kepenatan . Dr. tiada timbang rasa dan hormat itu menyuruh mak saya ke makmal no.14, bila mak saya cuba bertanya dengan staff di kaunter kononnya tempat pertanyaan , hanya menjawab ” no. 14, no.14 la . . . tau ka . . pegi la no.14, cari sendiri.”

Begitukah cara melayan pesakit, terutamanya orang tua. Mak saya hanya terdiam mengangguk mengiyakan kata-kata kurang beradab staff hospital tersebut.

Mak saya seorang warga tua, yang tidak biasa dengan keadaan itu terus berjalan bertanya orang-orang di situ dengan hati yang sebak, memikirkan dirinya yang tidak di hormat sebagai orang yang sudah tua ,  dan kurang sihat. Dari pagi sehingga petang mak saya berada di hospital, menunngu sehingga selesai. Hanya mampu bersabar dan bertahan dengan karenah kurang ajar staff di hospital tersebut.

Mak saya seorang yang lemah lembut, hanya tahu mengiyakan cakap orang lain, tidak pernah menyusahkan orang. Cerita ini pun terkeluar setelah saya bertanya mak saya, kenapa jadi sakit teruk setelah seminggu dari hospital. Mulanya mak saya tidak ingin bercerita, tapi akhirnya saya dapat tahu daripada adik saya, bila saya tanya semula mak saya, dia pun mula menceritakan sambil mengalirkan air mata.

Saya tidak pasti sama ada aduan ini akan sampai, atau berkesan kerana saya kurang yakin. Tapi seorang kawan saya telah memberi cadangan menggunakan saluran ini.

Saya amat berharap, perkara ini di ambil tindakkan supaya tidak berlaku kepada warga emas yang lain dan ibu kepada orang lain.

By: M. Farid

Layanan buruk staff nurse Hospital Besar Tawau

Saya ingin membuat aduan mengenai sikap kurang bertanggungjawab staff nurse di wad maternity 1, Tingkat 1, Hospital Besar Tawau. Adik ipar saya telah dimasukkan ke wad ini pada hari Ahad, 18 Ogos 2013 setelah mengalami masalah dengan kandungannya yang sudah berusia 7 bulan. Setelah mendapatkan pengesahan bahawa bayi di dalam kandungan telah tiada, adik ipar saya telah di tahan di wad maternity 1 sehingga sekarang.

Apa yang membuatkan saya tidak puas hati adalah layanan yang diberikan oleh kebanyakan staff nurse di wad tersebut yang tidak ikhlas melayan pesakit seperti mereka cuma terpaksa membuat kerja mereka. Tidak pernah senyum kepada pesakit mahu pun kepada pelawat pesakit yang datang tetapi cuma menunjukkan muka masam mereka sahaja. Memandangkan keadaan kesihatan adik ipar saya yang kurang baik, suaminya mengambil keputusan untuk menjaganya di wad tersebut tetapi dilarang keras oleh staff nurse di sana. Saya tidak kisah jika staff di situ menjaga pesakit-pesakit dengan baik. Tetapi kebanyakan dari mereka hanya melepak dan bercerita di kaunter sahaja. Semua pesakit terpaksa mengurus diri sendiri walaupun dalam keadaan yang sakit teruk.

Di manakah sikap yang patut ada pada setiap staff nurse terutama sekali di wad maternity yang rata-rata pesakitnya memerlukan layanan yang baik dan ikhlas? Di mana perginya motto ‘Kami sedia membantu’ serta piagam pelanggan yang sentiasa dilaung-laungkan?

TARAF PERKHIDMATAN

  1. Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat dan bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  2. Setiap pelanggan akan diberikan perkhidmatan sebaik mungkin secara profesional.
  3. Setiap pelanggan akan disediakan dengan kemudahan dan persekitaran yang bersih dan sempurna.

Kesemua taraf perkhidmatan yang dinyatakan di atas langsung tidak dipraktikkan di wad tersebut. Saya berharap pihak yang berwajib akan mengambil tindakan tegas terhadap perkara ini.

Sekian, terima kasih.

By: sharmila

Budaya sambil lewa berterusan di Hospital Melaka

Institusi hospitaliti kerajaan pada masa sekarang sudah banyak berubah samada dari segi teknologi ataupun servis yang ditawarkan malangnya Hospital Melaka masih lagi jauh langkah untuk mengejar standard yang dikhabarkan mampu meyaingi hospital swasta mahupun mahu selaras dengan pengiktirafan sendiri oleh negeri Melaka sebagai negeri bandar maju jika mentaliti masih lagi di takuk lama terutama institusi yang melibatkan penyembuhan dan menyelawatkan nyawa.

Contoh yang terang dan nyata adalah bagaimana staff masih lagi bersikap sambil lewa terhadap pesakit, menggunakan bahasa kasar, tidaj fokus dan menimbulkan masalah malahan perkara yang sama berulang kali namun tiada inisiatif yang diambil untuk membaikinya.

Bayangkan bagaimaba staff di Hospital Melaka membiarkan warga emas yang sakit teruk menunggu berjam-jam tanpa diberitahu alasan? Tanpa memberi apa apa justifikasi tiada apa tindajan diambil. Bagaiman keadaan yang staff Hospital Melaka beritahu kononya ‘miss communication’ dan membebankan pesakit tapi cuma berlalu pergi tanpa minta maaf dan justifikasi?

Bagaimana sikap sekuriti yang ‘double standard’ dalam memantau keselamatan atau membebankan pesakit? Procedure amat penting tetapi bagaimana pelaksanaanya dapat menampung kebaikan dari procedure itu sendiri. Ataupun staff di Hospital Melaka hanya selesa di takuk lama sedangkan hospital kerajaan yang lain sudah mula membuktikan bahwa mereka boleh bersaing di pasaran bersama hospital kerajaan.

By: Mia

Kecewa Dengan Perkhidmatan Hospital Putrajaya

Pada bulan November 2012, saya telah dimasukkan ke Hospital Putrajaya setelah demam dan doktor mendapati saya mengalami anaemia.  Saya juga berhasrat untuk membuat tuntutan dengan pihak insurans.  2 bulan selepas itu, saya dikehendaki membuat ujian darah untuk mengenalpasti masalah kesihatan saya.

Keputusan diambil pada bulan Februari 2013.  Pada masa itu, doktor mendapati saya mempunyai tanda-tanda talassemia.  Darah diambil pada hari tersebut dan keputusan untuk ujian saringan talassemia boleh diperolehi pada 8 Mei 2013.

Saya dikehendaki pula hadir pada 7 Mei 2013 untuk mengambil darah.  Jururawat yang mengambil darah saya meyakinkan saya bahawa keputusan darah yang telah diambil pada Februari 2013 yang lalu akan diperolehi pada hari esok (8 Mei 2013).  Setelah saya hadir untuk bertemu doktor pada 8 Mei 2013, doktor mendapati tiada keputusan untuk ujian saringan talassemia.  Menambahkan lagi kekecewaan saya, doktor mengarahkan saya mengambil darah lagi pada hari itu untuk tujuan ujian saringan talassemia.  Dan, keputusan akan diperolehi pada bulan September nanti.

Saya amat kecewa dengan perkhidmatan ini sehinggakan tuntutan saya dengan pihak insurans telah ditutup semata-mata menunggu keputusan ujian darah saya yang tidak berkesudahan selama 6 bulan.

By: Putra Girl

Tempat rawatan Klinik Ortopedik HBKL

Dukacita dimaklumkan saya mendapat tahu dari Klinik Ortopedik akan berpindah ke tempat baru berkuatkuasa pada 15.1.2013.   Untuk makluman, klinik ortopedik baru yang sedia ada  ini memberi kesusahan kepada pesakit atau orang awam untuk mendapatkan rawatan atas sebab-sebab berikut:

1.  Ruangan bagi menurunkan pesakit bagi pesakit yang menggunakan kerusi roda, bertongkat, dan troli adalah padat dan ini menyebakan pesakit merasa lemas dalam keadaan sebegini.

2.  Urusan rawatan satu tempat ke tempat lain juga jauh dan ini juga menyukarkan pesakit sebegini.

3.  Kenderaan awam yang ingin menurun atau mengambil pesakit terlalu jauh. dan ini menyebabkan pesakit merasa tertekan dan bertambah sakit untuk naik kenderaan keluarga mereka.

4.  Bagi pengambilan ubat pesakit juga memberi masalah kepada orang awam.

5.  Tempat yang pesakit ingin membuat rawatan memberikan beban kepada pesakit dimana pesakit berkerusi roda atau bertongkat untuk naik lift.

Adakah ini dikatakan pesakit diutama?

Bagi klinik ortopedik yang masih ada sekarang ini (lama) amat menyenangkan pesakit dari segi turunkan pesakit, ruang menunggu pesakit, ruang rawatan pesakit, dan ruang untuk mengambil ubat atau rawatan bagi kes x-ray bagi kes-kes kecemasan pada masa itu dan juga ruang legar bagi keluarga pesakit yang menunggu pesakit amat selesa.

Harapan bagi pesakit yang masih dalam rawatan atau susulan dan juga keluarga pesakit agar tempat klinik ortopedik yang sedia ada ini dikekalkan. Dalam hal ini perkara ini perlu dititikan berat untuk pesakit dan orang awam dan bukannya untuk kepentingan bagi individu yang mempunyai kepentingan dalam jabatan tersebut. Pesakit dan orang awam didahulu baru ini dinamakan rakyat 1 malaysia.

By: shamsudin bin lamin

Kecuaian pihak Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Saya ingin melahirkan rasa terkilan saya terhadap pihak Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia atas kejadian yang berlaku semasa di bilik bersalin.

Pada 25 Mei 2012, saya datang ke Bahagian Kemasukan Bersalin PPUKM setelah dinasihati untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan air ketuban yang berkurangan kerana kandungan saya telah terlebih hari. Saya telah ditahan di wad pada 25hb. Mei 2012 bersamaan hari Jumaat setelah mendapati air ketuban semakin berkurangan dan sepatutnya saya dijangkakan bersalin pada 20hb. Mei 2012 tetapi telah terlewat 5 hari.

Saya telah dipaksa bersalin dan dimasukkan ubat Prostin sebanyak dua kali tetapi bukaan masih 2cm. Pada 27hb. Mei 2012 bersamaan hari Ahad iaitu dalam pukul 2 pagi saya telah di hantar ke bilik bersalin untuk bersalin secara normal setelah air ketuban saya dipecahkan oleh seorang doktor pelatih pada pukul 1 pagi. Sehingga pukul 10 pagi, baru saya rasa ada berlaku ‘contraction’ yang terlampau dan meminta jururawat supaya memberitahu doktor untuk menjalankan pembedahan tetapi doktor tidak membenarkan sebab anak sulung kena bersalin normal. Apa yang saya tidak faham di sini kenapa perlu paksa bersalin normal jika merbahaya bayi.

Seperkara yang saya kesali ialah layanan kakitangan yang mengendalikan saya. Kumpulan jururawat dan doktor itu hanya beberapa kali datang ke sisi katil saya untuk memeriksa denyutan nadi melalui CTG ibu dan anak sepanjang pagi. Pada 1.10 tengahari, saya dapati bacaan CTG fetus menurun saolah-olah mesin itu tidak berfungsi dan meminta supaya suami memanggil jururawat dan jururawat hanya datang selepas 5 minit dipanggil. Hanya pada waktu itu barulah mereka melakukan tindakan kecemasan. Saya dimaklumkan oleh doktor di dalam bilik pembedahan memberitahu anak saya telah lemas dan memerlukan alat bantuan pernafasan. Pakar Paediatrik pula memaklumkan kepada saya bahawa anak saya telah mengalami ‘brain hypoxia’.

Saya percaya jika tindakan awal dapat diambil dan CTG anak saya dipantau, anak saya tidak akan mengalami kelemasan semasa proses bersalin dan dapat menyelamatkan anak saya. Soalannya sekarang, mengapa CTG anak tidak dipantau sedangkan kumpulan jururawat itu seharusnya memberikan perhatian terhadap monitor CTG yang ada pada mereka.

Sekarang ini, timbul lagi masalah apabila saya ingin mengambil laporan post-mortem. Pelbagai alasan diberikan dengan mengatakan laporan siap dalam tempoh 6 bulan tetapi apabila saya bertanya dengan Hospital Kuala Lumpur, laporan post-mortem siap dalam tempoh 3 bulan paling lambat dan hospital putrajaya dalam tempoh 4 minggu. Walau bagaimana pun, pihak hukm kena memberi laporan post mortem kepada saya kerana itu adalah hak saya.

Saya rasa amat kecewa dengan pihak hospital. Ini telah memberi gambaran buruk terhadap hospital universiti. Saya berharap agar ibu-ibu lain di luar sana tidak mengalami nasib yang sama seperti saya. Cukup memberi kesan emosi kepada kehidupan saya.

By: HASLINA

Klinik Kesihatan Kelana Jaya Tidak Memuaskan

Perkhidmatan / Pengurusan / Layanan (Nurse & Doktor) amat tidak memuaskan terutama nya bagi kaunter ibu mengandung. Tempat yang sempit dan sistem kaunter dan layanan yang tidak teratur terdapat di sini. Terdapat banyak tekanan bilamana seseorang pesakit berada di klinik ini. Dan lokasi klinik dengan petempatan pesakit amatlah mengecewakan kerana meletakkan kawasan / daerah untuk sesebuah klinik.

Dengan alasan klinik kerajaan dan murah tidak sama sekali boleh dipakai dan diterima, ini kerana perkhidmatan kesihatan / ubatan seharusnya dibiayai oleh kerajaan terutama bagi golongan sederhana dimana wang yang diperolehi dari rakyat.

Diharapkan pihak berwajib melakukan sesuatu yang drastik bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyelarasan bagi kawasan ini.

Sekian, Tk

By: Danial