Hospital | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Archive for the ‘Hospital’ Category

Tempat rawatan Klinik Ortopedik HBKL

Dukacita dimaklumkan saya mendapat tahu dari Klinik Ortopedik akan berpindah ke tempat baru berkuatkuasa pada 15.1.2013.   Untuk makluman, klinik ortopedik baru yang sedia ada  ini memberi kesusahan kepada pesakit atau orang awam untuk mendapatkan rawatan atas sebab-sebab berikut:

1.  Ruangan bagi menurunkan pesakit bagi pesakit yang menggunakan kerusi roda, bertongkat, dan troli adalah padat dan ini menyebakan pesakit merasa lemas dalam keadaan sebegini.

Read the rest of this entry »

Kecuaian pihak Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia

Saya ingin melahirkan rasa terkilan saya terhadap pihak Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia atas kejadian yang berlaku semasa di bilik bersalin.

Pada 25 Mei 2012, saya datang ke Bahagian Kemasukan Bersalin PPUKM setelah dinasihati untuk mendapatkan rawatan susulan berikutan air ketuban yang berkurangan kerana kandungan saya telah terlebih hari. Saya telah ditahan di wad pada 25hb. Mei 2012 bersamaan hari Jumaat setelah mendapati air ketuban semakin berkurangan dan sepatutnya saya dijangkakan bersalin pada 20hb. Mei 2012 tetapi telah terlewat 5 hari.

Saya telah dipaksa bersalin dan dimasukkan ubat Prostin sebanyak dua kali tetapi bukaan masih 2cm. Pada 27hb. Mei 2012 bersamaan hari Ahad iaitu dalam pukul 2 pagi saya telah di hantar ke bilik bersalin untuk bersalin secara normal setelah air ketuban saya dipecahkan oleh seorang doktor pelatih pada pukul 1 pagi. Sehingga pukul 10 pagi, baru saya rasa ada berlaku ‘contraction’ yang terlampau dan meminta jururawat supaya memberitahu doktor untuk menjalankan pembedahan tetapi doktor tidak membenarkan sebab anak sulung kena bersalin normal. Apa yang saya tidak faham di sini kenapa perlu paksa bersalin normal jika merbahaya bayi.

Read the rest of this entry »

Klinik Kesihatan Kelana Jaya Tidak Memuaskan

Perkhidmatan / Pengurusan / Layanan (Nurse & Doktor) amat tidak memuaskan terutama nya bagi kaunter ibu mengandung. Tempat yang sempit dan sistem kaunter dan layanan yang tidak teratur terdapat di sini. Terdapat banyak tekanan bilamana seseorang pesakit berada di klinik ini. Dan lokasi klinik dengan petempatan pesakit amatlah mengecewakan kerana meletakkan kawasan / daerah untuk sesebuah klinik.

Dengan alasan klinik kerajaan dan murah tidak sama sekali boleh dipakai dan diterima, ini kerana perkhidmatan kesihatan / ubatan seharusnya dibiayai oleh kerajaan terutama bagi golongan sederhana dimana wang yang diperolehi dari rakyat.

Read the rest of this entry »

Hospital Ampuan Rahimah -Perkhidmatan Kurang memuaskan

Saya ingin membuat aduan terhadap layanan yang di berikan oleh kakitangan Hospital Ampuan Rahimah Klang. Baru-baru ini saya mengalami kesesakan nafas, demam yang berpanjagan. Setelah di nasihatkan oleh klinik yang saya kunjungi saya di suruh ke hospital kerana di syaki denggi.

Saya juga mengalami sesak nafas. Setibanya di hospital, saya di suruh masuk ke bilik pemeriksaan untuk di periksa tekanan darah. Kemudian di suruh pula menunggu. Padahal saya sudah sesak nafas dan badan menggigil kesejukkan.

Read the rest of this entry »

Masalah parking Hospital Kuala Lumpur

Saya berkerja di Hospital Kuala Lumpur. Sejak kawasan parking di ambil alih oleh Bismark Technology, kawasan Hospital Kuala Lumpur menjadi huru hara. Penjaga parking bersikap sangat kurang ajar terhadap pesakit dan juga doktor di hospital. Mereka menunda kereta saya di sebabkan saya meletakkannya di tempat yg tidak mempunyai garisan parking.

Saya terpaksa meletakkan kenderaan saya di sana di sebabkan tiada kawasan yg berdekatan untuk meletakkan kereta saya kerana saya telah dipanggil untuk kes kecemasan di dalam dewan bedah. Setelah siap kes saya keluar semula dan mendapati kereta saya telah ditunda. Saya kemudian ke pejabat Bismark di dalam hospital dan mereka meminta Rm250 untuk melepaskan kereta saya.

Read the rest of this entry »

Layanan Biadap Dari Pihak Hospital Kulim

Saya amat terkilan dan kecewa dengan tingkah laku dan layanan yang amat tidak memuaskan yang diberikan kepada ayah saya pada 24/06/2012. Saya membawa ayah saya ke Hospital Kulim pukul 5.00 pagi setelah mengadu sakit pada bahagian perut. Dirawat dari seorang doktor berbangsa India, berkemungkinan ayah saya mengalami batu karang atau apendiks. Beberapa ketika kemudian, doktor menasihatkan supaya kembali ke hospital secepat mungkin setelah dirawat jika masalah yang dialami berlarutan.

Selepas solat maghrib, ayah saya tidak dapat bergerak kerana sakit yang dialami semakin parah. Setelah ke hospital di Unit Kecemasan, ayah saya diberi satu borang berwarna merah dan menunggu 3 jam menanti giliran. Selepas dirawat kurang dari 5minit, ayah saya disuruh ke bilik X-Ray tanpa dipandu oleh kakitangan hospital. Saya membawa ayah ke bilik X-Ray, terdapat seramai 12 orang pesakit menunggu giliran sedangkan kakitangan yang bertugas sedang berbual,menonton TV dan tidak mengendahkan pesakit.Hampir 4 jam menunggu barulah tiba seorang kakitangan senior memanggil ayah saya sedangkan ayah saya tidak menahan kesakitan yang dialami sehingga tidak dapat bergerak. Selepas mendapat film X-Ray, saya memberi film tersebut pada bahagian kaunter pada ruang menunggu dihadapan.

Read the rest of this entry »

Kecewa dengan prosedur hospital

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kanser? Apa itu kanser? Kita sering melihat iklan-iklan dan juga poster yang berkaitan dengan kanser di dalam majalah, televisyen, surat khabar dan juga dalam berbagai bentuk media yang lain. Adakah kita mengambil berat akan iklan-iklan tersebut? Sebenarnya, sebelum ini, saya juga tidak pernah mengambil berat akan iklan dan juga artikel mengenai kanser yang disiarkan oleh media. Kesedaran tentang penyakit pembunuh no 1 ini datang setelah adik saya yang bongsu meninggal dunia setelah disahkan menghidapi Osteos sarcoma iaitu kanser tulang.

Adik saya berumur 18 tahun dan disahkan menghidapi kanser tulang pada awal Mac 2012. Siapa sangka, dalam masa 2 bulan lebih, penyakit ini telah meragut nyawanya. Beliau merupakan seorang pelajar tingkatan 6 Atas, dan dikenali sebagai seorang yang ceria dan aktif bersukan. Sebelum disahkan menghidapi penyakit ini, beliau mengalami rasa lenguh-lenguh di bahagian lutut kanannya dan ia mula membengkak sejak hujung tahun yang lalu 2011. Keadaan ini menyebabkan beliau sukar untuk berjalan dan sering tidak hadir ke sekolah.

Read the rest of this entry »

Hospital Tengku Ampuan Rahimah Urus Pesakit Sambil Lewa

2 minggu lalu, ayah saya telah dimasukkan ke HTAR selepas disahkan beliau terkena penyakit angin ahmar atau stroke. Sebelum beliau dimasukkan ke hospital berkenaan, bermacam2 perkara yang saya lalui. Pada mulanya, kira-kira jam 7.30 malam, saya dan abang kandung saya telah membawa ayah saya pergi ke klinik 1Malaysia di Puncak Alam, Selangor setelah ayah saya mengadu bahawa beliau terasa pening dan mahu pitam. Sesampainya disana, doktor telah memeriksa tekanan darah ayah saya dan keputusannya terlampau tinggi iaitu sebanyak 200. Doktor menyuruh kami membawa ayah ke hospital dengan menyertakan surat yang telah ditulis olehnya. Tanpa memberikan sebarang ubat kepada ayah sy, kami menuju ke hospital dengan menaiki kereta milik abang saya.

Perjalanan ke HTAR mengambil masa lebih kurang 45 minit. Sesampainya kami disana, saya bertanya di kaunter di mana tempat untuk kes kecemasan seperti ayah saya. Petugas di situ menunjukkan tempat tersebut dan saya bergegas ke sana sementara abang saya menunggu ayah saya didalam kereta. Saya mendaftarkan ayah saya dan menyerahkan surat yang diberikan oleh doktor klinik 1Malaysia tadi. Petugas di kaunter pendaftaran itu seolah-olah malas dan bersikap sambil lewa apabila membaca surat tersebut. Dia meminta kad pengenalan ayah saya dan menulis dalam sehelai borang bewarna kuning.

Read the rest of this entry »

Kecewa dengan kakitangan Klinik 1Malaysia

Pada 5/3/2012 saya telah pergi keklinik 1 Malaysia di nilai negeri Sembilan. Waktu itu lebih kurang jam 8.15 malam. Apabila saya masuk kebilik rawatan kakitangan bertugas enggan memeriksa saya apabila saya memberi tahu bahawa saya adalah mangsa ragut.  Apakah ada syarat utk rakyat malaysia yg ditimpa musibah dan dalam kecemasan seperti mangsa ragut tidak boleh diberi rawatan di kelinik 1 Malaysia ini.

Saya amat kecewa dan sedih dalam keadaan saya yang masih takut dan trauma, mereka memberi layanan sebegini kepada saya. Saya amat sedih apa bila salah seorang kakitangan menyuruh saya membeli panadol diluar apabila saya mengadu sakit kepala.  Kalau untuk membeli diluar memang tak perlu lah saya kesana mendapatkan rawatan.

Read the rest of this entry »

Kecuaian Hospital Seremban menyebabkan kaki dipotong

Pada 1hb Feb 2012, anak saudara saya telah dimasukkan ke Hospital Seremban akibat kemalangan motosikal dan setelah diperiksa, anak saudara saya mengalami patah kaki kanan iaitu patah tulang peha dan lutut juga. Sebelum pembedahan dijalankan, saya sendiri menyaksikan bahawa kaki dan jari jemari kaki anak saudara saya masih boleh bergerak seperti biasa apabila doktor mengarahkan menggerakkannya.

Pada 8hb Feb 2012,anak saudara saya dibedah tetapi sebelum dibedah, doktor menyuruh kami membayar sebyk RM2400 untuk membeli sejenis alat dipasang pada lututnya kerana pihak hospital tidak menanggung kos seperti itu. Untuk dijadikan cerita, hari pertama selepas habis pembedahan, kaki ank saudara saya hanya mampu bergerak beberapa saat sahaja. Doktor memberi alasan itu hanya kesan dari ubat bius yang ada. Masuk hari ke-2 kaki ank saudara saya masih tidak mampu bergerak dan kaku dan sehinggalah hari seterusnya iaitu hari ke-3, dengan serta merta Hospital Seremban telah memindahkan anak saudara saya ke Hospital HUKM krn melihat kaki anak saudara saya kaku pucat dan sejuk.

Read the rest of this entry »