Archive for the ‘General’ Category
Kenaikan GAS pengguna
Sejak bulan lalu (April), saya telah mendapati tong-tong GAS pengguna telah ditukar nama kepada syarikat MIRO daripada sedia ada yang bernama Petronas, Mobil, Shell dll. Sejak ia ditukar, harga bagi setiap tong gas naik sebanyak RM1.00.
Saya cuba dapatkan penjelasan daripada pihak kedai dan mereka hanya menyatakan bahawa semua syarikta tong gas telah diambilalih oleh sebuah syarikat milik anak ahli politik terkenal di Malaysia. tetapi mereka enggan menyatakan siapa pemilik tersebut.
Masalah tuntutan wang tambang pengundi
Salam 1Malaysia
Pengundi yang balik mengundi tidak diberikan elaun wang tambang. Bagi kawasan Kg. Kebakat, Wakaf Bharu, Kelantan iaitu En. Nxxx dan penghulu bersikap sambil lewa dan berdolak dalih. Kemanakah duit tambang itu dilesapkan jika peruntukan tambang tidak sampai ke tangan pengundi? Rakan-rakan pengundi yang lain juga mengalami nasib yang sama.
Masalah ini berlaku kerana kecuaian pihak Barisan Nasional (BN) menyerahkan duit kepada individu tertentu dan tiada pemantauan serius. Sepatutnya pihak kerajaan mengadakan pemberian elaun tambang bagi pengundi melalui agihan voucher seperti mana pengagihan Boucer Buku 1Malaysia.
Pemberian COLA Untuk Pesara Tentera
Salam dan selamat sejahtera diucapkan kepada seluruh Warga dan Rakyat Malaysia . Terlebih lagi buat pucuk pimpinan tertinggi Pemerintah Malaysia.
Saya mencadangkan agar Kerajaan menimbangkan memberi elaun COLA buat semua pesara tentera yang berpencen bagi mengenangkan jasa mereka semasa berkhidmat. Tambahan bagi mereka-mereka yang menetap di bandar-bandar besar seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur serta yang seangkatan dengannya bagi meringankan beban kehidupan seharian yang semakin tinggi.
Diharap Ketua Pengarah JHEV melihat akan perkara ini serta masalah yang di hadapi anggota tentera yang bersara. Dan mungkin juga boleh di panjangkan kepada anggota tentera tidak berpencen.
Bayaran Masuk Ke Water Parks di iCity
Pada 16 November 2012, hari Jumaat saya dan keluarga pergi ke iCity dan water park yang baru dilancar pada 15 November 2012. Kami sangat teruja untuk melihat dan menikmati apa yang ditawarkan di situ. Di kaunter tiket kami dimaklumkan terdapat 2 pakej harga iaitu untuk hari bekerja (weekdays) iaitu RM 35.00 untuk dewasa dan hari minggu (weekend), iaitu RM 40.00 untuk dewasa.
Semasa membuat pembelian tikat pada hari tersebut, hari Jumaat (weekdays), kami dikenakan bayaran RM40.00 seorang dewasa. Apabila saya membuat pertanyaan dikaunter tiket tersebut mengapa harga tiker RM40.00, saya dimaklumkan bahawa RM40.00 adalah kerana musim cuti sekolah. Saya tidak berpuas hati kerana dalam phamplets dan papantanda di kaunter tiket tidak disebut langsung harga pada musim cuti sekolah.
Pengambilan Tanah Rizab Perumahan Taman Sri Selising Machang
Assalamualaikum…
Saya adalah wakil penduduk perumahan Tmn Sri Selising Machang Kelantan, ingin membuat aduan mengenai pengambilan tanah rizab perumahan oleh penduduk setempat.
Tanah rizab kerajaan adalah laluan pejalan kaki dan laluan kecemasan jika berlaku kemalangan kebakaran dan sebagainye telah dimonopoli oleh penduduk setempat.dimana menjadi tanah milik individu yang didirikan konkrit untuk dapur,ruang tamu dan garage kereta. ini mengundang masalah kepada penduduk setempat untuk laluan jalan kaki serta jika terjadinye kebakaran..
Isu-isu kerbersihan and tempat letak kereta di Taman Teratai Mewah
Terdapatnya banyak makmak and gerai-gerai berada in sepanjang jalan langkawi, Taman Teratai Mewah yang menyebabkan kediaman ini menghadapi banyak masalah, misalnya, kebershihan, makmak/gerai-gerai ini tidak membersihkan kawasan yang mana mereka pakai untuk berniaga, banyak minyak and sisa makanan masak tertinggal di situ selepas mereka berniaga. pelangan-pelangan juga buang sampah-sarah merata-rata, menyebabkan kawasan sini kotor and banyak lipas dan tikus.
Lagipun, meraka berniaga di petak letak kereta dan menghalang orang lain seperti residen sini atau pelanggan kedai untuk letak kerata sini, makmak sini juga beradakan Siaran bola sepak sepanjang larut malam yang menggangu residen sini tidak dapat rehat dengan baik.
Karaoke Stadium Larkin
Sejak hari Sabtu lepas, saya dan keluarga saya tidak lena tidur malam disebabkan karaoke ‘open air’ dari sebuah restoran di Stadium Larkin. Sebelum ini, aktiviti karaoke tidak kedengaran. Saya rasa, mungkin tuan punya kedai ingin memeriahkan bulan Ramadhan dengan menganjurkan aktiviti ini.
Apa yang menaikkan kemarahan adalah sesi karaoke restoran ini diadakan di tempat terbuka. Mereka menyanyi sehingga larut malam, iaitu 2 atau 3 pagi. Lokasi restoran itu dikelilingi kawasan perumahan flat dan apartmen di kawasan Larkin Perdana lebih kurang 300 meter sahaja. Bunyi bising karaoke boleh didengar seluruh kawasan Larkin Perdana. Aktiviti mereka mengganggu waktu tidur semua penduduk di kawasan itu.
Rakyat Tidak boleh mengundi pos jika bukan pelajar tajaan Kerajaan
Baru saja anak saya mendaftar sebagai pengundi. Anak meminta jadi pengundi pos tetapi kerani pendaftar kata hanya pelajar luar nergara tajaan keraajan sahaja boleh. Pelajar sendirian tidak layak.
Boleh saya tanya siapa membuat undang-undang ini? Adakah ini termaktub dalam perlembagaan Malaysia? Maka, pelajar sendiran yang belajar di luar negara dengan wang sendiri, bukan Rakyat lagi, tetapi boleh memegang Paspot Malaysia sebagai Rakyat!
Kemudahan di KKTM Rembau Mengecewakan
Saya merupakan bapa kepada anak saya yang kini sedang menuntut di Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau, N.Sembilan. Kini anak saya sudah berada di semester 5. Namun, sejak hari pertama ketika mendaftar anak saya, beberapa kemudahan Kolej yang dicanangkan didalam website kolej tersebut indah khabar dari rupa.
Contohnya kemudahan di lab. Peralatan yang sudah rosak namun tidak dibaiki apatah lagi untuk diganti. Peralatan untuk kemudahan membuat[projek juga tidak begitu bagus, namun pihak atasan menekan pelajar untuk memberikan hasil berkualiti. Bagaimana hendak hasilkan kerja yang berkualiti kalau kemudahan ibarata hidup segan mati tak mahu? Selain itu, tindakan diskriminasi oleh beberapa tenaga pengajar lelaki yang gemar mencari salah pelajar juga menimbulkan tanda tanya saya.
Kesukaran Mendapatkan Pembantu Rumah kerana risau hantar anak ke nurseri
Isu bayi tersedak susu semakin bertambah. Saya semakin risau untuk hantar anak ke nurseri, setiap hari berdoa agar tidak terjadi perkara yang buruk terhadap bayi saya. Isu risau ni tidak akan terjadi sekiranya kerajaan kita tidak huru hara tentang isu pembantu rumah indonesia. Cubalah permudahkan urusan dan kurangkan monopoli oleh agen. Kononnya nak kuatkuasakan undang-undang, tetapi kesannya bayaran untuk mendapatkan seorang maid makin tinggi dan makin lama untuk tunggu.
Saya dah survey tiga kali nurseri di sekitar Bangi, majoritinya ada lima bayi di setiap nurseri dengan hanya dua atau tiga penjaga sahaja. Ditambah lagi dengan mereka perlu juga menjaga anak 1-3 tahun. Saya rasa bukan di Bangi sahaja menghadapi masalah ini, malah diseluruh Malaysia, kita menghadapi masalah untuk menghantar dan menjaga anak kita.





