Masalah bekalan air di Kuarters Pendidikan Terenggun, Kuala Lipis

Saya seorarang penduduk Kuarters Pendidikan Terenggun, Kuala Lipis, Pahang. Saya amat tidak berpuas hati dengan bekalan air ke kuarters kediaman kami sejak saya mula berpindah ke sini pada 10 September 2013. Sejak itu, bekalan air bersih melalui paip hanya disalurkan 2 dan 3 hari seminggu. Kami mengalami putus bekalan air 4-5 hari seminggu setiap minggu.

Ketika email ini ditulis kami sudah 3 hari mengalami putus bekalan air.

Tindakan memutuskan bekalan air ini amat tidak patut. Air adalah keperluan asas yang amat penting. Kami tidak dimaklumkan dengan keputusan yang di buat oleh pihak PAIP bahawa bekalan air ke kediaman kami diputuskan atau dihentikan buat sementara waktu.

Saya selaku penduduk di sini amat tidak selesa dengan keadaan tiada bekalan air ini. Malahan perancangan percutian membawa keluarga tinggal di kuarters pendidikan Terenggun sepanjang cuti persekolahan adalah tindakan yang tidak masuk akal. Bekalan asas tidak baik di saat Pahang dikatakan mampu membekalkan air ke negara jiran.

Selain itu, bil air dari pihak PAIP amat tidak munasabah. Bekalan air hanya untuk 2-3 hari seminggu atau hanya 12 hari mempunyai bekalan air bersih.. tetapi bil air mencecah RM15.00 yang kononnya perlu dibayar selepas diberi diskaun kerajaan negeri.

Apakah ini dikatakan perkhidmatan terbaik untuk rakyat pahang selepas syarikat air pahang diswastakan? Tolong ambil tindakan yang sepatutnya.

By: Siti N

Bekalan Air Terputus di Bukit Keledang

Selepas siapnya tangki air di Bukit Keledang, Sega masalah air tiada semakin kerap, sehingga aduan ini dihantar, masalah air di kawasan Kg.Orang Asli Ulu Renggol (23 keluarga ). Jalan Klinik Ulu Renggol(9), Kg.Serdang(6), Sungai Selut(4 ) dan Kg Kekabu(12 ) masih tiada. Kalau sebelum ini air akan naik  walaupun dalam pukul 3.00 hingga 5.00 pagi kami tetap bersabar. Tetapi sekarang ini masalah semakin teruk sejak pengambil alihan pengurusan air dari JBA kepada PAIP, air boleh dikatakan tiada langsung. Kami hanya bergantung kepada air yang dihantar oleh lori PAIP 2-3 kali seminggu. Kadang-kadang tiada langsung.

Aduan ini telah saya utarakan kepada PAIP Pahang dan pernah juga saya hantar ke Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negeri salinan ke Menteri Besar, ADUN batu Talam .Jawapan yang diberi ialah pihak kontraktor belum lagi menyerahkan tangki air baru kepada pihak PAIP padahal projek telah lama siap. Sehingga kini tiada jawapan yang benar-benar tepat apa yang sebenarnya berlaku.

Kepada pihak pengurusan air PAIP segerakanlah perbaiki perkhidmatan air di Ulu Renggol ini. Telah terlalu lama kami merasa azab peritnya tiada air ini.Lebih-lebih lagi semasa cuti am dan cuti panjang. Berjela-jela keluarga yang balik menyumpah kerana terpaksa mandi ke sungai yang airnya berbau.

Kami sudah meluat melihat paparan di media massa tentang bekalan air yang tiada di negeri pembangkang. Sedangkan negeri diperintah oleh BN juga lebih teruk daripada itu. Kepada pihak Kerajaan Negeri Pahang, jangan ada niat pun hendak ekspot air ke Selangor. Perbetulkan bekalan air di Pahang dulu baru membantu negeri lain. Rasalah denyut nadi rakyat di kampong-kampong.

By: Sazali bin Jaafar Sidek

Sada Kulim: Khidmat Pelanggan Paling Teruk

Saya telah membuat aduan tentang meter paip air saya bocor kepada SADA Alor Star. Selepas 3 minggu tidak ada apa-apa perkembang, saya telah menelefon semula SADA Alor Star. Saya agak marah dan menanya tentang perkembangan. Sada Alor Star pula meminta saya menelefon Sada Kulim. Apabila saya menelefon, staff tidak peramah dan asyik pass line kepada staff lain.

Akhirnya, saya Berjaya bercakap dengan seorang pegawai. Selepas itu, seorang staff tidak beruniform sada datang ke rumah saya. Selepas memeriksa meter saya, staff mengatakan staff lain pula akan datang kemudian untuk menukar meter.

Dua minggu berlalu, tiada apa-apa perkembangan. Sekali lagi saya menelefon SADA Kulim dan memberitahu mengenai meter saya rosak. Staff berjanji akan hantar staff lain esok tetapi, sekali lagi selepas dua minggu, tiapa apa-apa perkembangan. Sekali lagi saya menelefon Sada Kulim, pegawai perempuan tidak sopan langsung. Kesemua pegawai tidak berani untuk memperkenalkan diri, takut saya akan buat laporan.

Saya ingin mengetahui, SADA perlu masa berbulan-bulan ke untuk membaiki kerosakkan meter? Bila saya bagi memberitahu pegawai perempuan tersebut bahawa saya yang kena bayar bil tinggi tiap-tiap bulan, sambil lewa beliau mengatakan bahawa SADA akan buat pelarasan. Kalau macam itu jawapan staff, maksudnya pembaziran air dialu-alukan oleh SADA ke?

Braveman (nama samaran)

By: Jeyamoghan K

56 tahun Penderitaan Penduduk Kg. Jaya Bakti, Beluran

Assalamualaikum.

Baru-baru ini, kami sekeluarga dari semenanjung berkunjung ke rumah salah seorang saudara rapat kami yang berada di Beluran, Sabah. Alhamdulillah, penduduk sabah sangat baik dan mesra.persekitarannya pun tenang.

Malangnya apa yang mengecewakan kami ialah masih ada lagi segolongan rakyat malaysia yang tidak dapat mengecapi kelengkapan dan kemudahan asas untuk hidup iaitu BEKALAN AIR.

Menurut penduduk kampung Jaya Bakti,Beluran , Sabah, Acap kali mereka semua sudah menyuarakan kepada hal yang bertanggungjawab namun, hanya tong-tong air sahaja diberikan. mana sumber airnya??

Seperti yang kita tahu, air amat penting sekali berbanding dengan keperluan lain. Jika tiada air, bagaimana hendak memasak, bagaimana hendak mengambil wuduk, kebersihan diri untuk solat (bagi yang muslim) dan bagaimana hendak melakukan rutin harian lain? Tepuk dada dan fikir-fikirkan lah. mengapa masih ada lagi hal-hal seperti ini?

INGAT, AMANAH YANG DIBERI OLEH ALLAH ITU, AKAN DISOAL KEMBALI APABILA TIBANYA AKHIRAT.AMANAH ITU TANGGUNG JAWAB. TANGGUNGJAWAB BERMAKNA, TANGGUNG DI DUNIA,JAWAB DI AKHIRAT!

Seperti yang diberitahu, penduduk kampung Jaya Bakti, Beluran ini hanya mengharapkan air hujan yang turun dan juga air sungai.Tetapi itu semua di luar kawalan manusia. Jika musim kemarau berlaku, dan tiada hujan turun, bagaimana mereka menjalankan rutin harian mereka? Saya percaya tuan/puan juga adalah seorang muslim.Tentu dapat berfikir dengan logik bukan? :)

PENDUDUK KAMPUNG BAKTI YANG KIRA-KIRA LEBIH 1500 ORANG HIDUP DENGAN HANYA TERPAKSA BERGANTUNG DENGAN MENGGUNAKAN AIR ANAK SUNGAI DAN LONGKANG KOTOR UNTUK MANDI, MEMASAK,MINUMAN DAN MENJALANKAN RUTIN SEHARIAN SEBAGAI MANUSIA DAN ORANG ISLAM. JIKA SEBULAN HUJAN TIDAK TURUN MAKA SEBULAN LAH MEREKA TONG-TONG TADAHAN MEREKA KERING.NAUZUBILLAH!

Penderitaan itu amat saya rasai setelah lebih tiga minggu berkampung di sana. Allahuakbar, hanya Allah sajalah yang tahu kesusahan mereka. Mungkin dari pihak yang bertanggungjawab tidak pernah merasai bagaimana keperitan dan penderitaan hidup mereka,apatah lagi yang ada anak-anak kecil di rumah tidak kurang juga suri rumah sepenuh masa.
Sumber pendapatkan mereka bukan lah lumayan sampai beribu-ribu untuk membeli tong-tong air dan beli air mineral di luar.

Kesengsaraan yang ditanggung sejak 30 tahun lalu berikutan ketiadaan bekalan air bersih, semakin membebankan setiap kali musim kemarau antara Januari hingga April setiap tahun!!.Walaupun ada air sungai yang berhampiran seperti yang saya nyatakan tadi, ianya masih tidak boleh digunakan disebabkan pencemaran sungai yang dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa toksik beberapa kilang pemprosesan kelapa sawit sejak 1989.

Seperti yang diberitahu , penderitaan penduduk akibat ketiadaan bekalan air bersih bukan setakat menghimpit mereka sejak sebelum merdeka, malah selepas negara mencapai kemerdekaan. kesiannya nasib mereka.Mereka ialah Rakyat Malaysia sama seperti kita , Tapi mengapa perkara ini masih terjadi dan tidak diambil berat walaupun sudah berulang kali diutarkan ke pihak berkenaan.ianya seperti mencurah air ke daun keladi.

Secara kebetulan, saya menjumpai keratan akhbar Berita Harian bertarikh
3 OKTOBER 2010 bermakna ianya telah diadukan kepada pihak berkenaan 3 tahun yang lalu,mengapa perkara ini dibiarkan?? Pihak mana yang bertanggungjawab? 3Tahun , perkara ini dibiarkan sepi seperti pasir di tepi jalan.Kami berasa kecewa dan hanya terpaksa menggeleng kepala sahaja.

Sila rujuk keratan akhbar disini.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/KKB007X/Article/

Namun, yang saya banggakan ialah semangat penduduk disini.Mereka tidak pernah berputus asa menhubungi pihak bertanggungjawab.Mereka teruskan hidup mereka dengan semangat gigih dan kesabaran yang sangat-sangat tinggi.Pesanan saya, ialah tiada gunanya kita membangunkan kawasan-kawasan yang sudah terbangun dan megah, kan bagus jika dibangunkan kawasan-kawasan yang belum terbangun.Hanya Allah Taala sahaja tahu keperitan hidup mereka.

Semoga Pihak bertanggungjawab dan berkenaan cakna dengan perkara ini kerana ia melibatkan kebersihan, keimanan dan kehidupan manuisa .Bagaimana kita hendak bertemu dengan Allah jika keadaaan diri kita kotor dan tidak bersih?Pemimpin diberi tanggungjawab untuk memimpin dan membantu orang lain. Dengan ini, saya memberi amanah kepada tuan/puan yang menerima aduan ini.Semoga kita semua dapat membantu penduduk malaysia yang masih dalam keperitaan dan penderitaan serta dengan membantu mereka ini, kita pun dapat meningkatkan amalan kita .

Sekian Terima kasih. Hanya Allah yang dapat membalas kebaikan tuan/puan.Semoga dipermudahkan urusannya. (^_^).aamen,
Assalamualaikum.w.b.t

By: AZURIN

Masalah Projek Prasarana Naik Taraf Jalan Dan Bekalan Air Paip

Saya mewakili penduduk Lorong Gemilang,KM10,Parit Bengkok,MK 2 Bagan, Batu Pahat meluahkan rasa tidak puas hati ekoran masalah jalan yang tidak dinaiktaraf serta tekanan air paip rendah. Kawasan penempatan kami dikawasan pinggir bandar dan bukannya di pedalaman, rasanya tidaklah sukar untuk dilihat mahupun dipantau oleh pihak berkuasa yang terlibat. Sebenarnya, masalah ini telah berlanjutan selama setahun. Janji hanya tinggal janji namun yang jelasnya hanya untuk menyedapkan hati.

Sebelum ini, pihak kami telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa iaitu YB. Datuk Hj. Aris bin Samsudin, ADUN Kawasan Semerah Batu Pahat, Johor. Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan mahupun tinjauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Antara masalah yang dihadapi oleh pihak kami ialah :

  1. Keadaan jalan tanah merah sepanjang 500 meter – rosak teruk (berlopak-lopak dan sangat lecak pada hari hujan dan berdebu ketika cuasa panas).
  2. Ruang jalan yang sempit hanya satu lorong kenderaan.
  3. Tekanan air paip rendah disebabkan saluran batang paip bersaiz kecil. Ia tidak dapat membekalkan keperluan air secukupnya sebagaimana yang diperlukan oleh penduduk di kawasan ini.

Sehubungan dengan itu aduan ini perlu diambil serius dan tindakan susulannya haruslah segera. Semoga slogan ’RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’ dilaksanakan sepertimana yang telah dijanjikan dan bukan omong-omong kosong semata.

Dari : penduduk yang mengharap.

By: Nur Farhana

Syabas dan Air

Saya ingin mengadu mengenai ketiadaan air di kawasan perumahan kami Vista Amani Condominium di Bandar Tun Razak/Sri Permaisuri sejak 28 December 2011. Ketiadaan air menyebabkan perkara aktiviti harian tak terurus kami susah nak mandi, pakaian yg perlu dicuci dgn anak-anak sekolah. Lori Sayabas hanya datang sekali sekala dengan bekalan air yg sedikit. Mereka datang hanya bila ada yang telefon dengan marah. Taska yg beroperasi pun tiada air..anak2 kecil tidak dpt mandi. Memang teruk.

Apa peranan pengurusan tertinggi Syabas dalam isu air di sini? Dah masuk hari ke 12 kami di rumah ketiadaan air. Pihak Syabas seolah-olah tidak berbuat apa2 hanya memberi janji palsu kepada kami semua. Kami tinggal di Kuala Lumpur tapi kedaifannya seolah2 tinggal di luar bandar dengan tiada bekalan air.

Saya mohon tv3 tolong buat liputan sebab perkara ketiadaan air adalah perkara yang paling teruk pernah terjadi dalam tahun 2013! Kalau sehari dua boleh tahan lagi tapi ini dah masuk 2 minggu seminggu siapa pun tak tahan! Sangat-sangat sedih dan kecewa dengan pihak SYABAS! Wakil rakyat mana ?? Mmg menyusahkan rakyat!

By: Iraz

Masalah Ketiadaan Air di Pangsapuri Sri Shamelin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Saya ingin membuat aduan pasal ketiadaan air di kawasan perumahan di Taman Shamelin Perkasa, khususnya di Pangsaputi Sri Shamelin. Sehingga tarikh ini sudah 2 minggu kami menghadapi musibah ini . Semua maklum bahawa air ialah sumber yg paling penting bg kita. Ketiadaan air ini banyak menjejaskan produktiviti kerja, emosi dan juga kesihatan kita.

Di sini saya ingin mengetahui apakah tindakan yang di lakukan oleh pihak Syabas dan pihak2 lain yang bertanggungjawab secara langsung dalam permasalahan ini? Kenapa sudah 2 minggu air tiada, baru 2 kali lori air datang untuk membekalkan air kpd penduduk?? tidakkah Syabas mempunyai jadual berkala untuk melaksanakan misi ini?? Pihak Syabas tidak boleh bergantung kepada berapa banyak aduan telefon yang dibuat, barulah bekalan air akan dihantar ke kawasan tersebut.

Apa yang perlu di ingatkan, jangan menganiaya kami untuk kepentingan anda. Anda tidak merasa kesusahan kami kerana anda tidak merasakan apa yg kami rasakan. Lakukan tugas anda kerana ALLAH kerana DIA MAHA mengetahui. Pikir2kanlah.

By: nora

Bilakah Isu Gangguan Air di Ampang akan berakhir

Gangguan Bekalan Air DiSelangor bilakah akan berakhir.Sekiranya masalah ini masih berpanjangan harap ada orang yang bertanggungjawab dapat menolong selesai masalah penduduk dikawasan Ampang dan Cheras.Bertalu-talu menelefon minta bekalan air kecemasan dihantar tapi tiada penghantaran dibuat.Call banyak kali untuk dapatkan bekalan air kecemasan.

Bila ditanya mengapa tak hantar air ,katanya lori terhad permintaan terlalu banyak.Tapi kondo tempat orang kaya satu hari sampai 6 trip penghantaran,terhad pakah itu.Itu namanya pilih kasih.Kami semua pun rakyat yang turut membantu dalam pembanguna ekonomi negara,kami juga harus dapat menikmati hidup yang selesa tas usaha kami.Wahai orang yang berkuasa harap fikirkan ,kalau bekan air terrawat dah semakin kritis ,agihkan secara adil.Tapi kondo,kedai mamak ada pulak tangki yang dibekalkan oleh syabas.

Kawasan kondo yang berpagar ada dibekalkan tangki apa nak jadi dengan penduduk diluar pagar.Janganlah pihak yang berkuasa memilih kasih kepada golongan kaya yang tinggal didalam pagar.Bila call Syabas dia kata tangki tu terhad ada 170 sahaja.Kalau dah tahu terhad, letak tangki tu tepi jalan besar kawasan pandan utama semua penduduk boleh merasa barulah adil……Harap ketengahkan isu ini….Akhiri penderitaan kami.Kami pun rakyat yang sama 2 berusaha untuk negara tapi lelah jerih kami bukan untuk kesenagan oarang lain.

By: LINDA

Air tiada seminggu di Bandar Tasik Permaisuri

Saya nak buat aduan pasal ketiadaan air di kawasan perumahan di Bandar Tasik Pernaisuri. Sila ambil perhatian kerana perkara ini sgt serius. Ketiadaan air menyebabkan perkara seharian tak terurus contohnya kami tak boleh mandi, pinggan tak berbasuh, baju tak berbasuh dan produktiviti kami bekrja menurun! Lori air pun tak datang. Datang hanya bila penduduk marah.

Contohnya semalam saya call sebab lori air tak datang seharian menyebabkan kami hanya ada air cukup2 untuk basuh kencing sahaja! Kalau nak buang air besar pun terpaksa tahan! Apa pengurusan syabas lakukan? Sekurang kurangnya buka paip air di malam hari seperti sebelum ini. Jgn biarkan penduduk kering kontang tanpa air! Kami ada anak kecil!

Apa peranan pengurusan syabas dalam hal ini? Saya minta tv3 tolong buat liputan sebab perkara ketiadaan air adalah perkara yang paling teruk pernah terjadi dalam tahun 2013! Kalau sehari dua boleh tahan lagi tapi ini dah masuk lebih seminggu siapa pun tak tahan! Sangat-sangat kecewa dengan SYABAS! Mmg menyusahkan orang saja!

Sekian terima kasih.

By: ernie

Masalah Air di DUN Lumadan

Kami tak tahu kenapa ianya terjadi. Air merupakan keperluan asas tetapi sering berlaku dan amat mengecewakan. Sebelum ini kita sering dihidangkan dengan isu air di selangor tetapi tempat kami bagaikan diabaikan.

Masalah air di Kg Maraba, Beaufort dalam DUN Lumadan dan Parlimen Sipitang amat membimbangkan. Kami hanya menerima air pada jam 2.00 pagi (itu pun kadang-kadang) dan akan ditutup sebelum jam 6.00 pagi. Masalah air ini berpunca apabila dibinanya water pam di Kg Inuman bertujuan untuk menarik air ke Kg Lingkungan, Kg Lubok dan Kg Weston.

Sebelum ini jurutera daerah telah menyatakan maslah air akan diselesaikan jika loji air baharu di Beaufort telah siap. Hal ini umpama menanam tebu dibibir sahaja. Acapkali kali melaporkan masalah kami ini tetapi tidak diendahkan.

Diharap pihak berwajib mengambil tindakan dengan segera. Apa guna ungkapan janji ditepati jika ianya tidak dikota.

By: rasa terkilan

Masalah Air di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah

Assalamualikum/ Salam Sejahtera,

Saya adalah salah seorang penjaga kepada pelajar di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. Mohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/ Negeri, Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Bekalan Air dan yang terbabit melihat secara serius Masalah Air yang dihadapi oleh pelajar di kolej matrikulasi tersebut. . Masalah yang telah berlanjutan sekian lama menyebabkan pelajar2 mengadu kepada ibu bapa/ penjaga.

Keadaan bertambah serius sejak kebelakangan ini dan pihak Kolej Matrikulasi/ terbabit hanya mampu membekalkan air yang tercemar kepada para pelajar. Ada pelajar terpaka keluar hingga ke Kuala Lumpur menumpang rumah kawan atau kenalan/ saudara untuk tujuan mandi/ membasuh pakaian. Keadaan ini amat membimbangkan terutama dari aspek keselamatan pelajar2. Mohon pihak terbabit memandang serius masalah ini. Ini melibatkan masalah kesihatan dan keperluan asas yang sepatutnya disediakan sebaik mungkin kepada pelajar2 di Kolej Matrikulasi tersebut.

Kami hanya disensasikan oleh berita2 masalah air di negeri di bawah Pakatan Pembangkang..tapi sebenarnya masalah air di negeri bawah pentadbiran BN juga berlaku sudah sekian lama..Mohon tolong selesaikan masalah air di Pusat Matrikulasi Kuala Pilah ini..Pelajar2 ini adalah aset negara..macam mana mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pelajaran sekiranya kebersihan serta keselesaan diri berada pada peringkat yang teruk. Mohon pihak terbabit mengambil tindakan segera. Terima kasih.

By: Amir

Masalah air di Simunjan, Sarawak kian meruncing

Sudah hampir 4 bulan masalah air di Simunjan Sarawak tidak dapat ditangani oleh Pemimpin Kawasan kami. Keadaan semakin kritikal masa ini kerana Loji Air Simunjan yang menampung air kepada penduduk Daerah Simunjan sudah kekeringan. Tangki (tong) air sudah diletakkan di kawasan Pasar dan Kampung Nanas Simunjan, tetapi kawasan kampung lain yang paling kritikal tidak ada air, belum lagi diberi tangki air tersebut. Keadaan ini menyebabkan penduduk berebut-rebut mengambil air di kawasan pasar.

Apa yang menyedihkan, sekiranya keadaan ini berlarutan adalah menjadi satu masalah yang besar kepada kami penduduk di Simunjan kerana terpaksa menunggu dan mengangkut air setiap hari ke rumah kami untuk tujuan masak, minum, makan, basuh kain baju, berak dan sebagainya. Keadaan ini mengundang derita kerana kesengsaraan hidup kami masa ini tidak dijaga sebetul-betulnya oleh pemimpin di kawasan kami. Mereka kurang memantau dan tidak dapat mencari cara yang terbaik menangani masalah air di Simunjan.

Mengapakah pada masa ini, Simunjan tidak diistiharkan Darurat, kerana masalah ini sudah semakin meruncing. Bayangkan pada setiap hari kami terpaksa mengambil air jauh dari kampung kami untuk keperluan seharian. Penduduk yang tiada kereta, dan motorsikal pula berhadapan dengan situasi yang lebih memeritkan. Jarak pasar Simunjan dengan Kampung kami iaitu Kampung Sageng lebih kurang 8-10 kilometer. Ini bermakna mereka yang tiada kemudahan seperti yang disebutkan menghadapi masalah mengangkut air ke rumah.

Untuk makluman juga, sudah hampir 4 bulan setitik air pun tidak pernah sampai ke dalam rumah kami. Keadaan yang perit ini ditambah lagi dengan masalah penghantaran air yang tidak dapat dilakukan seperti sebelumnya. Kalau sebelumnya kami penduduk di Kampung Sageng Baru dan Kampung Tabuan menerima air setiap hari daripada lori menghantar air tetapi sekarang tidak lagi.

Hari ini sudah masuk 6 hari kami tidak dihantar air, dan kami terpaksa mencari air ke sana ke sini. Sudah masuk 2 hari ini kami terpaksa bergelut mengambil air yang hanya diletakkan di Pasar Simunjan dan di tepi jalan Kampung Nanas Simunjan. Ini disebabkan tangki air masih tidak diletakkan di tepi jalan kampung kami. Kami sangat berharap agar pemimpin di kawasan kami segera menghantar tangki tersebut dan menghantar sebanyak mungkin lori penghantar air kerana sekarang seluruh penduduk Simunjan bergelut dengan ketiadaan air langsung.

Kami juga berharap pemimpin di kawasan kami menyegerakan lebih banyak alternatif baru untuk mengatasi masalah air di Simunjan. Sebelum ini YB Naroden pernah menyatakan untuk membesarkan loji dan menambah loji Simunjan dengan menggunakan mesin yang lebih besar kuasa kudanya, tetapi sampai sekarang ia masih tidak wujud. Rancangan untuk mengambil air sungai juga masih tidak diketahui kesudahannya kerana banyak spekulasi terhadapnya didengari masa ini.

Apa yang kami harapkan agar pemimpin P200 Batang Sadong perlu memainkan peranan yang lebih jitu dan efektif bagi membantu masalah air di Simunjan. Jangan hanya memantau masalah ini dari jauh sahaja, kalau boleh turun padang melihat ragam dan senario yang berlaku di Simunjan sekarang. Kami sudah banyak kali menyuarakan masalah ini kepada pihak tertentu tetapi sampai sekarang tiada tindakan susulan yang terbaik dapat digunakan bagi menyelesaikan masalah air di Simunjan Sarawak.

Kami mengharapkan agar Perdana Menteri kita Dato Seri Najib boleh membantu kami menangani isu ini kerana pemimpin kawasan kami terlalu perlahan dalam mengatasi masalah ini. Mudahan juga apa yang saya luahkan ini mendapat perhatian daripada PIHAK ADUAN RAKYAT dan menjengok kami pada masa yang terdekat ini. Komitmen daripada pihak anda sangat kami hargai. Tolong kami bantu kami.

By: JEMAT BIN ADAM

Masalah Bekalan Air Bersih Semakin Meruncing di Semporna

Apabila saya menyebut Semporna, pasti ramai yang terbayang dengan pulau dan tempat peranginannnya yang cantik. Tapi, tahukah anda bahawa Semporna menghadapi kemelut catuan bekalan air bersih? Semacam tidak rasional di pendengaran,apabila masalah bekalan air bersih yang merupakan masalah biasa di Negara Dunia Ketiga turut dirasai di daerah Semporna yang terkenal dengan keindahan pulaunya di mata dunia.Tambahan pula,ianya terletak di sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia.

Di kawasan pekan Semporna khususnya Bandar Utama,air akan dibekalkan setiap hari mengikut tempoh tertentu. Di kawasan ini, tiada air sebelum 8 pagi, antara 12 tengah hari sehingga 3 petang dan juga selepas 8 malam. Namun begitu, seringkali berlaku tidak terdapat bekalan air pada waktu yang sepatutnya air dibekalkan. Selain itu, penggunaan pam air juga seolah-olah menjadi kewajipan di setiap premis di pekan ini disebabkan oleh tekanan air yang rendah sewaktu air bersih dibekalkan.

Malahan, di sesetengah kawasan di daerah Semporna seperti Bugaya, catuan air yang lebih teruk dilakukan. Air bersih hanya dibekalkan 3 hari seminggu (Rabu, Sabtu, dan Ahad) dari jam 3 petang sehingga 9 malam sehingga slogan “1 Rumah 1 Perigi” amat sesuai untuk penduduk di kampung ini memandangkan setiap rumah mempunyai sekurang-kurangnya satu perigi bagi menampung masalah kekurangan bekalan air bersih,walau pun mereka terpaksa menggunakan air perigi yang masin.

Kami sedar akan peranan penting dan tanggungjawab sosial yang mampu dimainkan oleh pihak media hari ini yang telah banyak membantu dalam menyelesaikan masalah rakyat dengan membawa masalah mereka ke tengah masyarakat .Dengan itu,selaku warga tempatan di sini,kami mengambil keputusan untuk meminta kerjasama pihak media bagi mendedahkan hal ini kepada umum.Kami berharap agar tindakan ini mampu membuka mata pihak yang berwajib agar segera mengambil langkah proaktif bagi menangani masalah ini yang telah berlarutan sejak sekian lama.

Maka, kami sangat mengharapkan kerjasama pihak media untuk membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini kerana keadaan catuan air bersih ini telah merencatkan aktiviti seharian penduduk tempatan serta menyebabkan keadaan rakyat tempatan yang majoritinya golongan berpendapatan rendah semakin terhimpit.Kami turut bersedia untuk memberi sebarang kerjasama yang diperlukan oleh pihak media untuk tujuan ini.Sebarang kerjasama dan jasa baik pihak tuan dalam mengatasi masalah ini pihak kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

By: Arnida Abdullah