Archive for the ‘Bekalan Air’ Category
Masalah Projek Prasarana Naik Taraf Jalan Dan Bekalan Air Paip
Saya mewakili penduduk Lorong Gemilang,KM10,Parit Bengkok,MK 2 Bagan, Batu Pahat meluahkan rasa tidak puas hati ekoran masalah jalan yang tidak dinaiktaraf serta tekanan air paip rendah. Kawasan penempatan kami dikawasan pinggir bandar dan bukannya di pedalaman, rasanya tidaklah sukar untuk dilihat mahupun dipantau oleh pihak berkuasa yang terlibat. Sebenarnya, masalah ini telah berlanjutan selama setahun. Janji hanya tinggal janji namun yang jelasnya hanya untuk menyedapkan hati.
Sebelum ini, pihak kami telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa iaitu YB. Datuk Hj. Aris bin Samsudin, ADUN Kawasan Semerah Batu Pahat, Johor. Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan mahupun tinjauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Antara masalah yang dihadapi oleh pihak kami ialah : Read the rest of this entry »
Pekerja Syabas menutup paip bekalan air
Saya ingin membuat aduan bahawa kawasan perumahan kami telah masuk minggu kedua tiada bekalan air. Di kawasan Ampang Avenue ini, hanya apartment Mesra Villa yang telah putus bekalan air hingga masuk minggu kedua dan kami di fahamkan bahawa pekerja Syabas sendiri yang telah menutup paip yang menyalurkan air ke apartment kami. Ini tidak masuk akal kerana semua kawasan perumahan teres di sekitar ini tidak pernah terputus langsung bekalan air. Bahkan semua apartment berdekatan seperti apartment Seri Maya, Seri Nilam juga langsung tidak mengalami masalah bekalan air.
Apa yang menyedihkan kami, terdapat 2 tangki besar bersebelahan kediaman kami. Ini menunjukkan pekerja Syabas sengaja tidak menyalurkan air dari tangki tersebut ke kediaman kami. Notis pertama kami terima mengatakan bahawa pam di Gombak mengalami masalah. Bagaimana di salurkan dari Gombak pula? Tidak logik sama sekali jika hanya apartment kami yang di salurkan dari Gombak.
Syabas dan Air
Saya ingin mengadu mengenai ketiadaan air di kawasan perumahan kami Vista Amani Condominium di Bandar Tun Razak/Sri Permaisuri sejak 28 December 2011. Ketiadaan air menyebabkan perkara aktiviti harian tak terurus kami susah nak mandi, pakaian yg perlu dicuci dgn anak-anak sekolah. Lori Sayabas hanya datang sekali sekala dengan bekalan air yg sedikit. Mereka datang hanya bila ada yang telefon dengan marah. Taska yg beroperasi pun tiada air..anak2 kecil tidak dpt mandi. Memang teruk.
Apa peranan pengurusan tertinggi Syabas dalam isu air di sini? Dah masuk hari ke 12 kami di rumah ketiadaan air. Pihak Syabas seolah-olah tidak berbuat apa2 hanya memberi janji palsu kepada kami semua. Kami tinggal di Kuala Lumpur tapi kedaifannya seolah2 tinggal di luar bandar dengan tiada bekalan air.
Masalah Ketiadaan Air di Pangsapuri Sri Shamelin
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Saya ingin membuat aduan pasal ketiadaan air di kawasan perumahan di Taman Shamelin Perkasa, khususnya di Pangsaputi Sri Shamelin. Sehingga tarikh ini sudah 2 minggu kami menghadapi musibah ini . Semua maklum bahawa air ialah sumber yg paling penting bg kita. Ketiadaan air ini banyak menjejaskan produktiviti kerja, emosi dan juga kesihatan kita.
Di sini saya ingin mengetahui apakah tindakan yang di lakukan oleh pihak Syabas dan pihak2 lain yang bertanggungjawab secara langsung dalam permasalahan ini? Kenapa sudah 2 minggu air tiada, baru 2 kali lori air datang untuk membekalkan air kpd penduduk?? tidakkah Syabas mempunyai jadual berkala untuk melaksanakan misi ini?? Pihak Syabas tidak boleh bergantung kepada berapa banyak aduan telefon yang dibuat, barulah bekalan air akan dihantar ke kawasan tersebut.
Bilakah Isu Gangguan Air di Ampang akan berakhir
Gangguan Bekalan Air DiSelangor bilakah akan berakhir.Sekiranya masalah ini masih berpanjangan harap ada orang yang bertanggungjawab dapat menolong selesai masalah penduduk dikawasan Ampang dan Cheras.Bertalu-talu menelefon minta bekalan air kecemasan dihantar tapi tiada penghantaran dibuat.Call banyak kali untuk dapatkan bekalan air kecemasan.
Bila ditanya mengapa tak hantar air ,katanya lori terhad permintaan terlalu banyak.Tapi kondo tempat orang kaya satu hari sampai 6 trip penghantaran,terhad pakah itu.Itu namanya pilih kasih.Kami semua pun rakyat yang turut membantu dalam pembanguna ekonomi negara,kami juga harus dapat menikmati hidup yang selesa tas usaha kami.Wahai orang yang berkuasa harap fikirkan ,kalau bekan air terrawat dah semakin kritis ,agihkan secara adil.Tapi kondo,kedai mamak ada pulak tangki yang dibekalkan oleh syabas.
Air tiada seminggu di Bandar Tasik Permaisuri
Saya nak buat aduan pasal ketiadaan air di kawasan perumahan di Bandar Tasik Pernaisuri. Sila ambil perhatian kerana perkara ini sgt serius. Ketiadaan air menyebabkan perkara seharian tak terurus contohnya kami tak boleh mandi, pinggan tak berbasuh, baju tak berbasuh dan produktiviti kami bekrja menurun! Lori air pun tak datang. Datang hanya bila penduduk marah.
Contohnya semalam saya call sebab lori air tak datang seharian menyebabkan kami hanya ada air cukup2 untuk basuh kencing sahaja! Kalau nak buang air besar pun terpaksa tahan! Apa pengurusan syabas lakukan? Sekurang kurangnya buka paip air di malam hari seperti sebelum ini. Jgn biarkan penduduk kering kontang tanpa air! Kami ada anak kecil!
Masalah Air di DUN Lumadan
Kami tak tahu kenapa ianya terjadi. Air merupakan keperluan asas tetapi sering berlaku dan amat mengecewakan. Sebelum ini kita sering dihidangkan dengan isu air di selangor tetapi tempat kami bagaikan diabaikan.
Masalah air di Kg Maraba, Beaufort dalam DUN Lumadan dan Parlimen Sipitang amat membimbangkan. Kami hanya menerima air pada jam 2.00 pagi (itu pun kadang-kadang) dan akan ditutup sebelum jam 6.00 pagi. Masalah air ini berpunca apabila dibinanya water pam di Kg Inuman bertujuan untuk menarik air ke Kg Lingkungan, Kg Lubok dan Kg Weston.
Masalah Air di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah
Assalamualikum/ Salam Sejahtera,
Saya adalah salah seorang penjaga kepada pelajar di Kolej Matrikulasi Kuala Pilah. Mohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia/ Negeri, Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Bekalan Air dan yang terbabit melihat secara serius Masalah Air yang dihadapi oleh pelajar di kolej matrikulasi tersebut. . Masalah yang telah berlanjutan sekian lama menyebabkan pelajar2 mengadu kepada ibu bapa/ penjaga.
Keadaan bertambah serius sejak kebelakangan ini dan pihak Kolej Matrikulasi/ terbabit hanya mampu membekalkan air yang tercemar kepada para pelajar. Ada pelajar terpaka keluar hingga ke Kuala Lumpur menumpang rumah kawan atau kenalan/ saudara untuk tujuan mandi/ membasuh pakaian. Keadaan ini amat membimbangkan terutama dari aspek keselamatan pelajar2. Mohon pihak terbabit memandang serius masalah ini. Ini melibatkan masalah kesihatan dan keperluan asas yang sepatutnya disediakan sebaik mungkin kepada pelajar2 di Kolej Matrikulasi tersebut.
Masalah air di Simunjan, Sarawak kian meruncing
Sudah hampir 4 bulan masalah air di Simunjan Sarawak tidak dapat ditangani oleh Pemimpin Kawasan kami. Keadaan semakin kritikal masa ini kerana Loji Air Simunjan yang menampung air kepada penduduk Daerah Simunjan sudah kekeringan. Tangki (tong) air sudah diletakkan di kawasan Pasar dan Kampung Nanas Simunjan, tetapi kawasan kampung lain yang paling kritikal tidak ada air, belum lagi diberi tangki air tersebut. Keadaan ini menyebabkan penduduk berebut-rebut mengambil air di kawasan pasar. Read the rest of this entry »
Masalah Bekalan Air Bersih Semakin Meruncing di Semporna
Apabila saya menyebut Semporna, pasti ramai yang terbayang dengan pulau dan tempat peranginannnya yang cantik. Tapi, tahukah anda bahawa Semporna menghadapi kemelut catuan bekalan air bersih? Semacam tidak rasional di pendengaran,apabila masalah bekalan air bersih yang merupakan masalah biasa di Negara Dunia Ketiga turut dirasai di daerah Semporna yang terkenal dengan keindahan pulaunya di mata dunia.Tambahan pula,ianya terletak di sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia.
Di kawasan pekan Semporna khususnya Bandar Utama,air akan dibekalkan setiap hari mengikut tempoh tertentu. Di kawasan ini, tiada air sebelum 8 pagi, antara 12 tengah hari sehingga 3 petang dan juga selepas 8 malam. Namun begitu, seringkali berlaku tidak terdapat bekalan air pada waktu yang sepatutnya air dibekalkan. Selain itu, penggunaan pam air juga seolah-olah menjadi kewajipan di setiap premis di pekan ini disebabkan oleh tekanan air yang rendah sewaktu air bersih dibekalkan.





