Bank | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Archive for the ‘Bank’ Category

Kecewa dengan Bank Islam

Saya merupakan peminjam pembiayaan kenderaan Bank Islam sejak tahun 2010. Saya tertarik dengan promosi 0 downpayment bawah promosi Gradhitz ketika itu dan setiap bulan saya membayar RM775. Kini setelah 4 tahun pembiayaan, timbul pula masalah apabila pihak Bank Islam tanpa memaklumkan pada peminjam telah tag C dalam laporan Bank Negara Malaysia. Hal ini disedari bila saya cuba untuk buat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat. Pegawai dari Bank Rakyat memaklumkan tag C ini adalah penjadualan semula pinjaman yang biasanya dibuat oleh peminjam untuk mengurangkan pembiayaan dan memanjangkan tempoh pinjaman.

Saya telah pergi ke Bank Islam cawangan terdekat untuk mendapatkan perjelasan mengenai hal ini sebab saya tidak pernah memohon untuk penjadualan semula pinjaman. Masalah saya kemudian dipanjangkan ke bahagian pembiayaan automobil Bank Islam di Butterworth. Pegawai pusat pembiayaan automobil bernama Puan Su memaklumkan yang pembiayaan saya telah tertunggak 2 bulan. Saya memaklumkan sebagai kakitangan awam saya hanya boleh bayar selepas 25 haribulan jadi tunggakan yang sebenarnya cuma sebulan. Tapi yang paling mengejutkan beliau mengatakan tag C dibuat sejak Ogos 2013 tanpa memaklumkan pada peminjam dan Bank Islam dengan ‘baik hati’ telah membayar sebulan pembiayaan saya sedangkan setiap bulan saya membayar jumlah yang sama cuma tertunggak sebulan.

Read the rest of this entry »

Servis lembab BSN cawangan Kulim

Pada hari Selasa 30hb Sept 2013m saya ke Bank BSN cawangan Kulim untuk membuka akaun baru setelah mendapat arahan urusan eleun PVR akan menggunakan akaun BSN. Dalam hati saya merungut kenapa perlu akaun bank yang lain setelah sekian lama menggunakan khidmat akaun Maybank. Walaubagaimanapun sebagai orang bawahan, saya patuh pada arahan.

Saya sampai dibank berkenaan pada jam 1:50PM. saya terjumpa kawan yang juga hendak membuka akaun yang sama disitu, dia sampai pada jam 1:15PM. Saya mendapat nombor angka giliran 1198, tertera nombir terkini baru 1140. Saya nampak ramai makcik dan pakcik duduk menunggu. Kaunter ada 5, tapi buka 2 ?

Read the rest of this entry »

Talian Khidmat Pelanggan Bank Islam Mengecewakan

Saya memilih untuk memiliki kad kreadit i-bank islam memandangkan tawaran yang diberikan amat menarik. Tak perlulah saya nyatakan berapa lama pemohonan ini diproses berbanding bank-bank lain kerana mungkin mereka punyai prosedur yang tersendiri. Malangnya kad kreadit yang saya terima, bukanlah kad milik saya.

Saya telah mengambil inisiatif dengan menyerahkan kad tersebut di cawangan yang berhampiran. Setelah itu saya menelefon talian khidmat pelanggan 24jam. dengan memilih urusan LAIN_LAIN PERTANYAAN. berkali-kali menelefon TIADA YANG MENJAWAB PANGGILAN. Saya meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi (mengikut prosedur) malangnya hingga ke hari ini tiada yang membuat tindakan susulan.

Read the rest of this entry »

Kecewa dengan perkhidmatan BSN

Saya ingin menyatakan rasa amat tidak puas hati dengan layanan staf kakitangan BSN Temerloh,yang betul-betul tidak mesra dengan pelanggan.

Saya tidak kisah jika mereka tidak tahu menghormati insan seperti saya,tapi tolonglah hormat pada warga-warga emas yang ingin berurusan seperti pengeluaran wang melalui buku.Ada masanya mereka dimarahi jika tersalah.Mereka warga emas.Apalah yang mereka tahu,lainlah jika ada waris yang bersama-sama datang menbantu.

Dengan muka yang masam,menyebabkan saya sudah tidak berminat lagi nak datang ke bank itu.Berginikah layanan anda terhadap pelanggan.Perkara ini dah terlalu lama saya simpan,tapi sekarang saya ingin meluahkannya.

Read the rest of this entry »

Pendedahan maklumat pelanggan kepada pihak ketiga

Saya pemengang kredit kad Ambank sejak tahun 2007 sehingga kini dan sepanjang waktu itu sy tidak pernah mendapat gangguan daripada mana-mana pihak insuran, kad center atau sebagainya untuk mempromosikan service mereka. Tetapi selepas saya menggunakan kredit kad daripada Maybank sejak Nov.2011 (ditawarkan melalui phone call daripada pegawai berbangsa melayu), pelbagai pihak telah menelefon saya untuk mempromosikan produk mereka, dimana ianya amat menggangu diri saya.

Adakah maklumat peribadi saya telah didedahkan kepada pihak ketiga oleh pihak Maybank? Itu andaian saya. Sekiranya ianya betul diharap pihak atasan bank dapat memberi nasihat kepada pegawai yang terlibat betapa pentingnya untuk merahsiakan setiap maklumat pelanggan termasuk nombor h/phone. Dan kepada pegawai-pegawai bank yang terlibat, merahsiakan maklumat pelanggan adalah satu amanah yg dipertanggungjawab ke atas anda.

Read the rest of this entry »

Kehilangan Duit Dalam Bank BSN

Pada 7 OKTOBER 2011 saya telah ditipu oleh pihak yang mengaku dirinya dari pihak Celcom. Beliau mendakwa ingin memberikan ganjaran wang sebanyak RM5000 kepada pihak saya lalu beliau meminta saya memberikan no. atas kad bank dan ic saya untuk bertujuan memasukkan duit secara online internet banking.

Setelah memberi maklumat yang diminta, kemudian saye semak duit dalam bank tetapi tiada duit yang dijanjikan, saya berasa tertipu lalu saya terus menelefon pihak bank untuk blockkan kad saya untuk tujuan keselamatan. Pada 13  Oktober saya pergi ke bank BSN Cawangan Termerloh untuk memaklumkan kepada pihak bank atas apa yang berlaku tetapi juruwang tersebut mengambil sambil lewa dan tidak memberi respon yang jelas terhadap aduan saya.

Read the rest of this entry »

Kecewa dengan perkhidmatan Bank Islam

Saya merupakan seorang pelanggan Bank Islam sejak dari tahun 2009. Pada awalnya saya merupakan pelanggan bank konvensional terkemuka di negara ini, tetapi setelah disedarkan oleh beberapa tokoh agama mengenai produk perbankan islam menyebabkan saya memilih Bank Islam untuk urusan kewangan saya.

Pada bulan Disember 2011, saya memohon produk KAD DEBIT VISA di Bank Islam Kepala Batas Pulau Pinang untuk memudahkan urusan kewangan saya. Namun pihak Bank mencadangkan saya untuk membuka lagi satu akaun bernama Al-Awfar untuk mendapatkan kad tersebut. Saya bersetuju untuk membuka akaun tersebut setelah didesak oleh pihak bank dengan pelbagai ganjaran lumayan.

Read the rest of this entry »

RHB-PAYPAL – Kecewa dengan online system

Saya amat kecewa dengan RHB PAYPAL. Saya menggunakan khidmat online RHB PayPAL untuk top up duit, sebanyak RM1825.32. bertarikh 17OCT2011 sehingga sekarang duit saya masih belum dapat dikembalikan.

Saya harap mana mana pengguna berwaspadalah dengan khidmat RHB PAY PAL. Sudah melebihi sebulan duit saya belum dikembalikan. Amat mengecewakan, sebab pegawai pegawai yang dihubungi antara RHB dan PayPay masing masing menunding keslahan antara satu sama lain.

Read the rest of this entry »

CIMB cekik darah

Saya telah membeli rumah lelong di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 6/6/2011. Saya telah membayar RM 25,400 sebagai deposit.

Pada 10/6/2011, isteri kepada tuanpunya Tanah telah memasukkan kaveat persendirian kerana berlaku jualbeli. Peguam pinjaman saya telah memberitahu saya bahawa pindahmilik tidak dapat dilakukan kerana kaveat tersebut.

Saya telah berusaha meminta pihak CIMB menanggung perbelanjaan guaman untuk mengeluarkan kaveat dan menambahkan tempoh bayaran. Tetapi permohonan saya ditolak .

Read the rest of this entry »

Konspirasi oleh pihak bank dan peguambela

Ingin memohon pandangan pihak tuan bagaimana caranya untuk mengenengahkan satu konspirasi oleh pihak bank dan peguambela (yang saya lantik) di mahkamah sehingga menyebabkan kerugian kewangan/asset (rumah) yang besar kepada diri saya, sehingga mencemarkan maruah serta menghancurkan kehidupan peribadi dan keluarga saya.

Saya sudah tidak ada jalan lain, maka oleh yang demikian saya berharap agar pihak aduan rakyat dapat memberi panduan.

Read the rest of this entry »

Perkhidmatan RHB Mengecewakan

Kecewa dengan perkhidmatan Bank RHB bagi sistem top up Paypal yang baru dilancarkan.  Duit telah ditolak daripada akaun simpanan bank namun belum ada sebarang duit di top up di dalam akaun Paypal.

Laporan telah dibuat kepada pihak bank namun tindakan belum diambil dan mengambil masa yang terlalu lama untuk memulangkan semula duit yang telah ditolak. Tidak ada sebarang maklumbalas daripada pihak bank dan terpaksa menghubungi pihak bank dengan kerap untuk mendapatkan maklumbalas.

Read the rest of this entry »

Penipuan telemarketing ‘anak syarikat CIMB’

Saya baru sahaja habis panggilan dengan sebuah syarikat yang kononnya adalah anak syarikat CIMB. Saya kurang pasti nama syarikat , ataupun nama lelaki yang saya berhubung sebentar tadi. apa yang saya ingat adalah percakapan telefon tadi.

saya : hello

xx : helo, saya dari company YY , salah sebuah anak syarikat CIMB

saya : ok Read the rest of this entry »

Kehilangan wang di dalam akaun Bank Islam

Saya  ingin BankIslam membuat siasatan keatas kehilangan wang didalam akaun saya seperti mana saya telah membuat aduan di balai polis dan cawangan Bank Islam di Ampang saya ingin Bank Islam bertanggung jawap di atas kesulitan ini.

Pada 11/08/2011 jam lebih kurang 1405 hrs, semasa saya berada di dalam Bazaar Masjid India,Kuala Lumpur. Tanpa saya sedari beg duit dalam beg tangan sudah hilang. Puas saya mencari tetapi tidak dijumpai dan saya syaki ianya kena seluk saku oleh seseorang tidak tahu siapa kerana zip beg tangan telah terbuka. Apabila saya sedari saya terus pergi ke balai polis berdekatan dan membuat aduan. Dengan ini saya menghubungi pegawai Bank Islam utk membatal kan card bank islam saya.

Read the rest of this entry »