Archive for the ‘Bank’ Category
Talian Khidmat Pelanggan Bank Islam Mengecewakan
Saya memilih untuk memiliki kad kreadit i-bank islam memandangkan tawaran yang diberikan amat menarik. Tak perlulah saya nyatakan berapa lama pemohonan ini diproses berbanding bank-bank lain kerana mungkin mereka punyai prosedur yang tersendiri. Malangnya kad kreadit yang saya terima, bukanlah kad milik saya.
Saya telah mengambil inisiatif dengan menyerahkan kad tersebut di cawangan yang berhampiran. Setelah itu saya menelefon talian khidmat pelanggan 24jam. dengan memilih urusan LAIN_LAIN PERTANYAAN. berkali-kali menelefon TIADA YANG MENJAWAB PANGGILAN. Saya meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi (mengikut prosedur) malangnya hingga ke hari ini tiada yang membuat tindakan susulan.
Kecewa dengan perkhidmatan BSN
Saya ingin menyatakan rasa amat tidak puas hati dengan layanan staf kakitangan BSN Temerloh,yang betul-betul tidak mesra dengan pelanggan.
Saya tidak kisah jika mereka tidak tahu menghormati insan seperti saya,tapi tolonglah hormat pada warga-warga emas yang ingin berurusan seperti pengeluaran wang melalui buku.Ada masanya mereka dimarahi jika tersalah.Mereka warga emas.Apalah yang mereka tahu,lainlah jika ada waris yang bersama-sama datang menbantu.
Dengan muka yang masam,menyebabkan saya sudah tidak berminat lagi nak datang ke bank itu.Berginikah layanan anda terhadap pelanggan.Perkara ini dah terlalu lama saya simpan,tapi sekarang saya ingin meluahkannya.
Pendedahan maklumat pelanggan kepada pihak ketiga
Saya pemengang kredit kad Ambank sejak tahun 2007 sehingga kini dan sepanjang waktu itu sy tidak pernah mendapat gangguan daripada mana-mana pihak insuran, kad center atau sebagainya untuk mempromosikan service mereka. Tetapi selepas saya menggunakan kredit kad daripada Maybank sejak Nov.2011 (ditawarkan melalui phone call daripada pegawai berbangsa melayu), pelbagai pihak telah menelefon saya untuk mempromosikan produk mereka, dimana ianya amat menggangu diri saya.
Adakah maklumat peribadi saya telah didedahkan kepada pihak ketiga oleh pihak Maybank? Itu andaian saya. Sekiranya ianya betul diharap pihak atasan bank dapat memberi nasihat kepada pegawai yang terlibat betapa pentingnya untuk merahsiakan setiap maklumat pelanggan termasuk nombor h/phone. Dan kepada pegawai-pegawai bank yang terlibat, merahsiakan maklumat pelanggan adalah satu amanah yg dipertanggungjawab ke atas anda.
Kehilangan Duit Dalam Bank BSN
Pada 7 OKTOBER 2011 saya telah ditipu oleh pihak yang mengaku dirinya dari pihak Celcom. Beliau mendakwa ingin memberikan ganjaran wang sebanyak RM5000 kepada pihak saya lalu beliau meminta saya memberikan no. atas kad bank dan ic saya untuk bertujuan memasukkan duit secara online internet banking.
Setelah memberi maklumat yang diminta, kemudian saye semak duit dalam bank tetapi tiada duit yang dijanjikan, saya berasa tertipu lalu saya terus menelefon pihak bank untuk blockkan kad saya untuk tujuan keselamatan. Pada 13 Oktober saya pergi ke bank BSN Cawangan Termerloh untuk memaklumkan kepada pihak bank atas apa yang berlaku tetapi juruwang tersebut mengambil sambil lewa dan tidak memberi respon yang jelas terhadap aduan saya.
Kecewa dengan perkhidmatan Bank Islam
Saya merupakan seorang pelanggan Bank Islam sejak dari tahun 2009. Pada awalnya saya merupakan pelanggan bank konvensional terkemuka di negara ini, tetapi setelah disedarkan oleh beberapa tokoh agama mengenai produk perbankan islam menyebabkan saya memilih Bank Islam untuk urusan kewangan saya.
Pada bulan Disember 2011, saya memohon produk KAD DEBIT VISA di Bank Islam Kepala Batas Pulau Pinang untuk memudahkan urusan kewangan saya. Namun pihak Bank mencadangkan saya untuk membuka lagi satu akaun bernama Al-Awfar untuk mendapatkan kad tersebut. Saya bersetuju untuk membuka akaun tersebut setelah didesak oleh pihak bank dengan pelbagai ganjaran lumayan.
RHB-PAYPAL – Kecewa dengan online system
Saya amat kecewa dengan RHB PAYPAL. Saya menggunakan khidmat online RHB PayPAL untuk top up duit, sebanyak RM1825.32. bertarikh 17OCT2011 sehingga sekarang duit saya masih belum dapat dikembalikan.
Saya harap mana mana pengguna berwaspadalah dengan khidmat RHB PAY PAL. Sudah melebihi sebulan duit saya belum dikembalikan. Amat mengecewakan, sebab pegawai pegawai yang dihubungi antara RHB dan PayPay masing masing menunding keslahan antara satu sama lain.
CIMB cekik darah
Saya telah membeli rumah lelong di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur pada 6/6/2011. Saya telah membayar RM 25,400 sebagai deposit.
Pada 10/6/2011, isteri kepada tuanpunya Tanah telah memasukkan kaveat persendirian kerana berlaku jualbeli. Peguam pinjaman saya telah memberitahu saya bahawa pindahmilik tidak dapat dilakukan kerana kaveat tersebut.
Saya telah berusaha meminta pihak CIMB menanggung perbelanjaan guaman untuk mengeluarkan kaveat dan menambahkan tempoh bayaran. Tetapi permohonan saya ditolak .
Konspirasi oleh pihak bank dan peguambela
Ingin memohon pandangan pihak tuan bagaimana caranya untuk mengenengahkan satu konspirasi oleh pihak bank dan peguambela (yang saya lantik) di mahkamah sehingga menyebabkan kerugian kewangan/asset (rumah) yang besar kepada diri saya, sehingga mencemarkan maruah serta menghancurkan kehidupan peribadi dan keluarga saya.
Saya sudah tidak ada jalan lain, maka oleh yang demikian saya berharap agar pihak aduan rakyat dapat memberi panduan.
Perkhidmatan RHB Mengecewakan
Kecewa dengan perkhidmatan Bank RHB bagi sistem top up Paypal yang baru dilancarkan. Duit telah ditolak daripada akaun simpanan bank namun belum ada sebarang duit di top up di dalam akaun Paypal.
Laporan telah dibuat kepada pihak bank namun tindakan belum diambil dan mengambil masa yang terlalu lama untuk memulangkan semula duit yang telah ditolak. Tidak ada sebarang maklumbalas daripada pihak bank dan terpaksa menghubungi pihak bank dengan kerap untuk mendapatkan maklumbalas.
Penipuan telemarketing ‘anak syarikat CIMB’
Saya baru sahaja habis panggilan dengan sebuah syarikat yang kononnya adalah anak syarikat CIMB. Saya kurang pasti nama syarikat , ataupun nama lelaki yang saya berhubung sebentar tadi. apa yang saya ingat adalah percakapan telefon tadi.
saya : hello
xx : helo, saya dari company YY , salah sebuah anak syarikat CIMB
saya : ok Read the rest of this entry »





